Powered By Blogger

Saturday 13 December 2014

What Do You Want To Be When You Grow Up?

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2005

Aku mulakan dengan situasi sekitar tahun 2005,seorang budak lelaki berumur 9 tahun.Tahun depan bakal dipukul mak ayah jika dia meninggalkan solat fardhu.Seorang kanak-kanak normal yang masih lagi riang dalam dunianya tersendiri.Kabur akan apa itu hidup,tiada matlamat hidup,mengharapkan tuah mendapat keputusan baik dalam peperiksaan dan sudah tentu tahunya hanyalah bermain dan terus bermain.Indah bukan zaman kanak-kanak,seperti tiada masalah,tak perlu fikir apa pun,tak payah fikir "Alamak exam nak dekat ni!", "Damn! homework tak siap lagi", "Apa cikgu ajar ni,tak paham" "Arghh stressnya!!!".Dia rilek jer,cool sentiasa.

"HS(nama samaran) what do you want to be when you grow up?" Soal Guru BI pada budak itu
"I want to be scientist"

Budak2,tahunya doktor,polis,bomba,askar dan saintis

Dia juga seorang pengawas sekolah dari darjah 3 sehinggalah darjah enam.Pengawas yang hanya tahu tulis nama budak bising,budak lambat datang kelas dan budak main dalam kelas masa cikgu tak ada.Itu yang dia tahu.Tanggungjawab? ngehh, tahu eja je.Waktu rehat ditugaskan menjaga blok akademik supaya pelajar tidak masuk ke kelas bagi mengelakkan kecurian.Emm,budak kecik tetap budak kecik.habis satu sekolah dia berlari main kejar2 dengan kawan yang lain.Pagi dia ditugaskan menjaga pintu sekolah bahagian belakang.Emm,dialah makhluk Allah terakhir yang masuk ke pintu itu ketika yang lain sudah terpacak di dataran perhimpunan.Dia? Rilek je.Tapi kadang-kadang kalut juga dek kerana cikgu warning.Tapi apalah sangat, dia tetap budak 9 tahun yang asyik dengan dunianya sendiri.

Itu dulu....
Melalui proses tumbesaran yang normal,Dia semakin membesar,meninggi dan berisi

2014
Kini,Dia dulunya seorang budak telah bergelar pelajar universiti.Sudah kenal apa itu kehidupan,sudah ada tujuan dan matlamat hidup tapi belum ada GF.ngehh ~~~ Yang pasti dia dah DEWASA!
Hari demi hari dia meniti hidup ini.Berbagai tarbiyah dia peroleh dari Yang Satu.Kadang dia penat dengan hidup ini dek kerana peritnya menuntut ilmu itu.Dia pernah berniat untuk bertemu denganNya.Namun dia tahu dia hina dan belum layak untuk berdiri menghadapNya.Dan dia terpaksa mengharungi semuanya berbekalkan reda dan takwa.Maha penyayangnya Allah itu Dia mengutuskan budak itu dengan insan2 yang sering memberi semangat padanya.Dia ada seorang akak yang selalu beri ayat2 al-Quran sebagai penguat semangat untuk terus kuat di jalan ilmu ini.


Dia pegang pada janjiNya bahawa setelah kesulitan adanya kemudahan.Mujahadanya dalam jalan ilmu ini tidak lain tidak bukan hanya ingin peroleh reda Ilahi.Pernah satu ketika dia tertanya2 untuk apa dia bersusah payah,penat lelah tak tidur malam menuntut ilmu ini,apakah semata2 ingin peroleh kerjaya hebat?kumpul duit banyak2 & pergi merantau seluruh dunia? Sehinggalah suatu hari datang seorang senior.Tanpa dia bertanya apa2 akhi itu memberi jawapan akan persoalannya selama ini

"Belajar bukan untuk dapat kerja gaji tinggi2.Ya,memang tidak salah untuk menjadi seperti itu,tapi kena ingat bukan itu matlamat kita menuntut ilmu.Rezeki itu ketentuan Allah.Tak perlu risau jika kita yakin akan janji Allah setelah kita usaha sebaik mungkin.Konsep taqwa.Tanam dalam hati.Matlamat kita satu,REDA ALLAH,DIK.ingat tu! "

Jawapan dari Allah menerusi seorang akhi yang sentiasa mengambil berat tentang pembelajaran dia.Setiap minggu jika dia free,dia datang menjenguk memberi usrah.See!Allah itu Maha Penyayang,Maha Mengetahui apa yang hambanya sedang hadapi.Selagi kita sentiasa yakin padaNya,usah risau Dia sentiasa di sisi

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW.  bersabda "Allah berfirman "Aku berada di sisi persangkaan hambaKu.Dan Aku selalu bersamanya di saat dia mengingatiKu" HR Muslim 

Kini,dia seorang remaja yang sedang bermujahadah berusaha sebaik mungkin di atas jalan ilmu ini untuk menamatkan perjalanan ini sehingga ke hujung jalan.Reda Allah menjadi matlamat hidup,melihat keluarga bahagia dan senang menjadi impiannya.Walau perit manapun jalan itu,dia terpaksa tempuh jua kerana itulah dunia bukan tempat berehat bagi yang menginginkan Sorga.Syurgalah tempat berehat bagi mereka.

"Actually,What i really want to be when i grow up is, I WANT TO BE A CHILD....."







Sunday 13 July 2014

Hidup = London Ferris


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


London Ferris atau lebih dikenali Eye of London.Gahnya dia berdiri dengan bertapakkan dua kaki itu menjadi tatapan segenap ruang kota London.Apa yang hendak disentuh pada entry kali bukan mengenai London Ferris atau apa-apa yang berkenaan dengan London.Tetapi lebih menjurus kepada sebuah persoalan dan realiti kehidupan.Yang jika diintai disebalik kemegahan bulatan London Ferris itu terdapat sebuah nilai yang boleh dijadikan sebuah simbolik kehidupan.

Ya! RODA KEHIDUPAN...
Seringkali yang tua asyik berpesan kepada kita, "Hidup ini umpama roda.Kadang kita di atas,kadang kita di bawah".Betul lah tu....kita pernah rasa diri kita hebat kerana berjaya mendapat pointer tinggi,kita pernah merasa diri kita bagus kerana mendapat pelbagai tawaran,kita juga pasti sering merasai kegembiraan sehinggakan seolah-olah hidup ini begitu indah sekali.Itu pasti.Tapi semua itu tidak akan berlaku tanpa adanya kesusahan,ujian,cobaan.

Firman Allah S.W.T;

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" [al-Ankabut;2-3]

Kita pasti akan diuji.Tidak kira lah diuji dari segi kesihatan ke,kemewahan ke,ataupun dari segi pangkat...yang penting PASTI akan diuji!


SENIORITY
#ditujukan khas buat bakal-bakal 'penanam2 anggur' a.k.a SPM leaver

Aku (rasanya panggilan ini lebih sesuai) nak kongsikan secebis lah pengalaman aku sewaktu mula bertapak dalam dunia baru ni,alam universiti.Perkara paling utama sekali yang aku nak higlight ialah soal EGO.Ya! aku tahu masing-masing sudah bergelar super senior di sekolah dulu.Tapi gelaran itu just tersekat sampai pintu pagar sekolah korang je.Di luar,korang masih lagi kanak-kanak Ribena yang baru nak teroka dunia sebenar di luar sana.Jangan tinggi kan sangat seniority tu silap-silap korang yang dipandang rendah akhirnya nanti.

Bila di universiti nanti anda semua akan melalui minggu oreantasi.Ada u yang panggil MSR Minggu Silaturahim dan ada yang panggil Minggu Siswa.Jika dulu masa f1 f2 mind set kita bila sahaja dengar tentang minggu oreantasi mesti kita suka.Yelaa seminggu tak ada kelas,buat aktiviti itu itu,explorace lah sgala baghai.Tapi bila di universiti sebut sahaja "Minggu Oreantasi" semua cabut lari masuk bilik kunci.Siapa tak jenuh satu hari dok dengar taklimat,taklimat,taklimat...Tapi sebenarnya sepanjang minggu inilah yang akan membuktikan siapa diri kita sebenarnya setelah hampir 5 tahun di'lentur'.Tempoh waktu seminggu inilah yang akan mula memaparkan siapa kita untuk tahun-tahun berikutnya.

Ada sebab kenapa senior atau faci yang bertugas sepanjang minggu oreantasi tu mengarahkan kita supaya pakai pakaian begini,begitu.Tuck-in lah,pakai baju berkolar lah,pakai kasut bertutup,pakai nametag dan macam-macam lagi peraturan pemakaian.Ada sebab kenapa tiap malam program habis pukul 1,2 pagi then semua kena bangun tidur pukul 4 pagi.Dan ada sebab kenapa masa oreantasi nanti korang semua akan dimarah,ditengking dalam dewan setiap malam!

1.Tuck-in,baju kolar,kasut,nametag

Memang itulah penampilan seorang doktor,seorang engineer,seorang peguam,.SEORANG YANG BERKERJAYA HEBAT ITULAH PAKAIANNYA SETIAP HARI.Jika anda tak dapat nak berketerampilan sebegitu,sudah sampai masanya anda packing bag daftar keluar dari PALAM ke,PASUM ke dan start susun strategi jadi businessman ke,jadi petani ke.Tapi nak jadi businessman,petani yang berjaya juga harus segak,kemas.SO,WHO ARE YO TO BE???

"Status seseorang juga berdasarkan penampilannya juga" ~HSXB7~

2.Program habis pukul 1,2 pagi.Then korang suruh aku bangun pukul 4 pagi?? What the ...!!!

Dik,nak jadi orang hebat kena kurang tidur.Doktor,arkitek,specialist semua tak cukup tidur dik.Dapat call pagi2 buta sebab ada emergency case kat ICU.Siapkan kan skecthing,model sampai tak tidur sebab esok presentation.Pagi2 lagi kena pi hangar check aircraft status sebab pukul 5 pagi ada departure.Semua itu memang lifestyle seorang manusia hebat.Nak jadi muslim hebat pun kena kurang tidur,bangun tahajjud.

3.Kena marah,tengking,maki

Its a normal scene in life bro! Lebih-lebih lagi bila korang berkerja makan gaji satu hari nanti.Memang akan sentiasa dimarah,itu tak betul,ini tak betul.Semuanya bos yang betul.Kita tak ada hak nak cakap apa2 pada orang atasan.Masa kerja nanti pantang silap sikit,pantang lewat sikit dah kena masuk bilik jumpa bos.Bukan masa zaman kerja sahaja.Bahkan bila anda menjadi student juga anda akan hadapi situasi seperti itu.PASTI.Lebih-lebih lagi pelajar-pelajar malaysia di luar negara terutamanya di negara Arab dan Rusia.Di sana majority rakyatnya memang sejak azali lagi bersifat kasar baik dari bahasanya dan juga adab dan perilakunya.Jadi jangan menangis lah bila anda berjalan di tepi jalan raya tiba-tiba anda dilontar oleh kanak-kanak Arab.Kerana itulah cara gurauan mereka.Belajar di Rusia pula anda harus kuat semangat.SEMANGAT MESTI KENA SOLID,PADU! kerana lecturer di sana amatlah menggerunkan.Berani lawan cubalah,jangan lecturer lelaki,lecturer perempuan pun dah cukup buat student lelaki malaysia menangis.Ini semua FAKTA ya wahai adik2 sekalian.BUKAN PROPA semata2...

Kerana itulah mereka-mereka yang berpengalaman itu melakukan perkara-perkara demikian.Ianya adalah sebagai persediaan buat kita supaya tidak akan terkejut akan situasi sebegitu,orang kata CULTURE SHOCK.Kerana itulah saya jadikan London Ferris as opening entry kali ini.Bila kita berasa kita sedang berada di atas,jadi siap siaga untuk berhadapan dengan segala kemungkinan kerana satu masa nanti kita akan kembali di bawah semula.Itulah lumrah kehidupan.Yang muda tegap berdiri,pasti akan tua membongkok.Yang pandai grad 4flat pasti akan bekerja di bawah seseorang juga.

DAN YANG SENIOR DI MRSM,SBP,SMK,SMKA....PASTI AKAN BERGELAR JUNIOR SEMULA DI UNIVERSITI NANTI.KONKLUSINYA JANGAN EGO!


~THE BEST MSR I EVER HAVE~ 

Sekian =)





Tuesday 1 July 2014

#Stalking


#Stalking



Orang cakap siapa yang suka stalking-stalking ni tak tahu malu,busy body,buat dosa kering.
Ada aku kisah.Aku suka stalking orang.
Kenapa aku suka stalking?

Bila aku stalking,aku dapat tahu ada kawan aku yang sudah menjadi seorang yang lebih baik dari aku,ada kawan aku akhlak mereka lebih hebat dari aku,mereka berda'wah,mereka telah menjadi seorang muslim yang hebat.Aku ingin sekali menjadi seperti mereka.Lalu,aku doa agar aku dapat jadi seperti mereka.

Bila aku stalking,aku dapat tahu ada kawan2 perempuan/lelaki aku sudah ada bf/gf.Ada yang siap bergambar bersama teman masing2.upload jadi gambar dp.Aku dapat tahu ada kawan perempuan aku yang sudah tidak bertudung.Lalu,aku doa agar Allah membimbing mereka ke arah yang benar.Aku sebut satu persatu nama mereka.

Bila aku stalking,aku dapat tahu peribadi seseorang itu bagaimana.Aku dapat tahu bagaimana pergaulan mereka dengan rakan2,bagaimana bahasa mereka,baik atau lagha,aku dapat tahu apa yang dibualkan,sama ada perkara sia-sia atau manfaat.semuanya melalui status mereka.


Kerana itulah aku suka stalking.Bukan untuk menyibuk hal peribadi seseorang dan bukan juga ingin menambah dosa kering melihat gambar2 lagha.tetapi lebih pada ingin muhasabah diri melihat umat Islam di alam maya.

(Tuesday,6 May 2014; 7:26 a.m)

-HASHTAG 5-

-


#Tawaran



#Tawaran

Mak : bila keputusan keluar?
Anak : 4 hri bln ni/ 8 mei ni. (Dah byk kali mak tanya)

Dalam kita bergembira mendapat bermacam2 tawaran yg bakal keluar tak lama lagi,ada insan yang sedang berasa sedih sebenarnya.Mereka lah mak & ayah.
Mereka bukan sedih kerana anak mereka ini mendapat tawaran menyambung pengajian,tetapi mereka berat hati untuk melepaskan anak itu.Anak yang selama ini amat dijaga makan minumnya,solatnya dan juga hatinya.Mereka risau siapakah yang bakal menjaga anak itu pabila berada di luar sana kelak.

Sekadar peringatan bersama,bila sudah berada di luar sana nanti pilihlah kawan yang boleh memimpin kau ke jalan yang benar.Jangan hancurkan dirimu yang selama ini dijaga baik oleh dua insan itu...

(Thursday,1 May 2014; 15:50)

-HASHTAG 4-



#Lagi-lagi


#Lagi-lagi

Adik bongsu : sekolah Mira lagi best (dengan bangganya dia berkata)
Adik ketiga : tak! sekolah Inul lagi,lagi,lagi lagi best!!
Si abang : Tak! sekolah abang laaagi,lagi,lagi,lagi,lagi,lagi,laaaagi BEST!

Hahaha,bagi kanak-kanak 'lagi-lagi' itu membawa maksud sesuatu itu lebih hebat.Apa-apa yang dikatakan oleh mereka adalah sesuatu yang ikhlas dan jujur dari hati.Tidak kiralah apa yang ingin dikatakan dengarlah.Kalau mereka kata anda buruk,Ya!memang betul lah tu anda memang buruk,Hahahah

Kanak-kanak ini sangat memerlukan perhatian.Jika tidak mereka akan merasa tidak dihargai.DENGARLAH....

(Friday,25 April 2014; 7:30 p.m)

-HASHTAG 3-














#LIKE


#LIKE

Kita selalu post gambar,update status,
Dan pastinya dalam hati mesti menginginkan LIKE dari friends,
Maka berbanggalah kita pabila gambar/status itu mendapat banyak LIKE,
Ada yang berpuluh LIKE,dan ada yang sampai beratus LIKE,
Tapi,cuba fikir adakah solat kita,ibadat kita pernah mendapat LIKE dari Allah?

(Wednesday,23 April; 10:48 a.m)

-HASHTAG 2-


#Teringin



#TERINGIN

Kadang-kadang teringin update cover photo gambar-gambar di luar negara,teringin bergambar berlatar belakangkan guguran daun musim luruh atau memakai baju sejuk yang tebal sambil kedua-dua tangan menyeluk poket dek kesejukan musim sejuk.

Kadang-kadang teringin update location was at Moscow,Russia,was at United Kingdom,was at Alexandria,Egypt.

Kadang-kadang teringin cerpen,puisi sambil duduk di bangku atas di atas rumput menikmati indahnya musim bunga dan musim luruh

Kadang-kadang teringin... hmm jika hendak dicatat semua keinginan memang banyak.Tidak salah untuk kita berangan mengimpikan sesuatu.Apa yang penting angan-angan itu haruslah diiringi segenggam semangat untuk terus usaha merealisasikan impian itu.

(Sunday,20 April 2014; 12:20 p.m)

"1001 Alkisah merupakan idea baru saya untuk berkarya bagi menambah seri laman blog yang glooming nii.Ianya adalah sebuah koleksi status FB saya yang berkisahkan tentang realiti kehidupan,ada juga nasihat dan tidak ketinggalan da'wah.Moga bermanfaat buat semua.Peace 
yaw!"

-HASHTAG 1-


Thursday 12 June 2014

FIFA vs RAMADAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


VS




Jam 3 pagi 13 Jun 2014,

Maka bermula lah demam Piala Dunia FIFA!!!!!!! Yahoo!!!!!! Pasukan tuan rumah Brazil akan merasmikan perlawanan dengan lawannya,Crotia.Dan tentunya aku sokong Brazil sebab ada Neymar.Haha..

"Wei,jom jom tidur awal nanti nak tengok game brazil-crotia malam ni"

"Okay2, kau kunci jam pukul 2: 45 tau"

"Okay set!"

Wahhh,semangat sungguh demo semua nak tengok FIFA ni.Bukan demo berdua saja seluruh dunia menunggu saat ini.Sehinggakan stesyen-stesyen televisyen,radio,surat khabar, bah kan Uncle Google pun dah tukar 'baju' semua dok bercerita tentang bola bola bola.Ha! countdown,Huishh semangat sungguh mu ni.
Ini lah dia antara tipu daya musuh Islam.Hanya dengan sebiji bola sahaja cukup berjaya melekakan hampir segenap umat Islam sedunia dan utamanya di Malaysia.Saya sendiri tidak kurang lekanya.Tetapi tidak lah sampai ke tahap sanggup tidak tidur malam semata-mata demi FIFA.

Satu perkara yang saya perasan dan mungkin anda juga perasan FIFA kali ini di adakan dengan begitu hampirnya ia dengan sebuah hari paling besar bagi umat Islam.Ya! Ramadan al-Mubarak.Nampak tak liciknya depa ni semua dok pancing kita semua.Tidak salah untuk kita meminati perkara yang kita minat.Tetapi jangan lah sehinggakan ianya mendatangkan murka Allah.

Sanggup bangun 2-3 pagi untuk tengok game.Niat sudah tentunya salah.Dah tu bila game habis confirm semua qada' tidur.Agak-agak tidur pukul berapa tu?? Agak-agak bila dah tidur bangun pukul berapa ya??? 

"Dush,dash,dush" habis subuh melepas.Tidak kah itu mendatangkan murka Allah.Bila time puasa punya lah susah nak bangun qiam.Padahal badan semua pakat 6 pack,tangan berketul-ketul dek bumping tiap hari.Tapi malang setakat sehelai selimut yang ringan tidak mampu diangkat segala muslce di tangan.

"Kau pun sama H'aila Sepia!!" (tuju untuk diri sendiri)

Mungkin akan ada yang bersuara,

"Elehhh,tak yah nak nasihat orang sangat laa kau pun apa kurangnya." 

Haih.....saya sedar siapa diri saya.Saya tahu saya juga seperti yang lain,pernah terlajak subuh,pernah tinggal solat,saya juga ada dosa.Tapi kalau semua umat Islam asyik mempersoalkan soalan demikian,siapa lagi yang akan beri peringatan,beri nasihat kerana semua kita ada dosa tersendiri.Kita tidak dicipta untuk menjadi seorang yang suci dari dosa.Bukan,itu bukan kita.Kalau kita ini suci dari dosa seperti malaikat confirm semua manusia di bumi ini HAH! kau masing masing dok pandang atas dengan bangganya.Ya,sebab tiada dosa...

"Bila kita asyik mengajak orang ke arah kebaikan,sedang kita juga masih belum cukup baik sebenarnya pada masa yang sama akan muncul satu perasan di hati kita satu perasaan MALU.Dan rasa itulah yang akan mendorong diri untuk melakukan kebaikan yang kita sampaikan kepada orang tadi."

"Hey,H'aila Sepia panjang berjela kau tulis.Nasihat orang kau buat ke??? " 

Cubalah ajak orang buat baik then tanya diri,perli diri adakah anda juga melakukannya.Insyaa Allah hati kita akan tergerak jua untuk melakukan kebaikan itu....

"Biar lah mulut orang mengherdik kita kerana asyik mengajak kebaikan sedang diri tidak lah sebaik mana.Kerana kau berada pada jalan yang benar.ALLAH MAHA TAHU"



Wednesday 11 June 2014

Bukan Tidak Dapat,Cuma Belum Masanya

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Kalau dulu,terasa kagum sangat dengan mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.Melihat gambar-gambar mereka di laman salam perantauan.Ada juga yang mengupload gambar di FB.Haih...Hidup bertarbiyah di negara orang sudah tentunya satu pengalaman yang bukan semua orang perolehnya.

German,Spain,United Kingdom,New Zealand,Australia,bla bla bla

"Arghhh,bestnyaa!!! diorang!!!"

Terdetik di hati;

"Bila lah agaknya aku nak bergelar pelajar oversea? Boleh ke?"

Tamat SPM,jiwa ditambah dengan satu ujian,iri melihat rakan-rakan yang berjaya memperoleh Skim Pelajar Cemerlang(SPC) di mana mereka akan melanjutkan pelajaran lebih awal dari pelajar biasa.

Sedang aku? masih belum ada rezeki... Duduk laa aku menganggur di rumah.Tolong mak,jaga adik-adik.Memang pada mulanya hati agak sedih dek kerana seakan-akan tidak percaya dengan takdir yang berlaku ini.Tapi,alah biasa tegal biasa lama kelamaan hati dengan redha menerima semuanya.

Kerana aku yakin,

"Bukan Tidak Dapat,Cuma Belum Masanya..."

Kini,tiba masanya.Alhamdulillah aku telah berjaya mendapat program khas MARA iaitu Program Ijazah Luar Negara (Pra Russia).Haih,seperti apa yang pernah aku katakan,Bukan tidak dapat,cuma belum masanya.Sesungguhnya,Allah itu ada perancanganNya tersendiri.Kita sebagai hamba tugas kita adalah berusaha sebaik mungkin dan reda akan jalan cerita yang ditakdirkan.

Tidak sangka,budak yang selama ini memandang rendah pada dirinya bahawa dia tidak berupaya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara akhirnya berjaya juga peroleh apa yang diidamkan selama ini.

Hanya satu pesan ku untuk kau wahai budak,

"WALAU DI MANA KAU BERADA,JANGAN LUPA SIAPA KAU"

Antara tempat yang bakal aku jejak,In syaa Allah

"Mosco Aviation Institute"

Di sini lah pusat pengajian aku semasa degree nanti...

"St. Basil Cathederal"

Lambang kebanggan rakyat Rusia...



"Stesyen Metro Kievskaya"

"Stesyen Metro Komsomolskaya"

Antara pengangkutan utama di sana  nanti....


Antara perkara mengapa aku suka belajar di luar negara kerana bila berada di sana nanti sudah tentunya semua perkara kita yang buat,semua keputusan kita putuskan,semua pilihan kita yang pilih semuanya sekali bergantung pada diri sendiri.AKU SENDIRI,TANPA KELUARGA TANPA SIAPA-SIAPA.Itu yang akan mahu,kerana bila kita sendiri hanya ada satu sahaja yang menemani iaitu ALLAH.Di sana nanti hanya Dia lah tempat pergantungan.Dia lah tempat mengadu,Dia lah tempat memohon Dia lah segalanya.

Saat melakukan sesuatu tugasan,
Lakukan demi ALLAH,

Sewaktu takut membuat keputusan,
Serahkan ia pada ALLAH,

Dan bila bingung harus memilih yang mana,
Mohon pada ALLAH agar berikan petunjuk,
Jalan terbaik...

















Wednesday 21 May 2014

Selamat Tinggal Encik Mimpi


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"That trademark....."

Awan biru di langit tinggi,
Sayap sang helang melebar megah,
Encik Mimpi mengundur diri,
Buat H'aila Sepia terus berda'wah!

Sudah tiba masanya aku memperkenalkan nama pena aku yang sebenar,H'aila Sepia.Nama inilah yang aku gunakan untuk segala urusan penghantaran karya di surat khabar,majalah dan juga pada pihak penerbit buku.Mungkin rezeki itu belum tiba.Sehingga kini,masih belum ada karya-karya aku yang disiarkan lagi.Tidak mengapa,itulah dia cabaran terbesar menjadi seorang penulis.Ada seorang sahabat pena ku dia memerlukan tempoh masa selama 10 bulan untuk sebuah karyanya diterbitkan oleh pihak penerbit.Apatah lagi H'aila Sepia yang baru sahaja berusia 4 bulan.

"Kenapa nama blog Encik Mimpi?"
"Apa itu H'aila Sepia? seseorang yang istimewa kah?"

Mari aku #throwback,semuanya bermula semasa aku baru sahaja membuat blog ini.Ketika itu,aku saja-saja buat blog,mengisi masa lapang.Maklumlah lepasan SPM yang menanam anggur di rumah...Jadi aku fikir hendak menjadikan blog ini sebagai diari aku.Semasa hendak meletakkan nama blog ketika itu aku sedang mendengar lagu Encik Mimpi Rindukanlah terus sahaja aku meletakkan nama blog aku Coretan Encik Mimpi.Maka lahirlah Encik Mimpi.....

Hari berlalu pergi, aku seringkali blogwalking,membaca blog-blog orang lain.Dan ketika itulah satu minat mula timbul,untuk berda'wah melalui penulisan.Kebanyakan blog yang aku terjah rata-rata mereka menulis cerpen atau artikel yang berunsurkan da'wah.Kerana itulah aku mula giat menulis cerpen,artikel dan puisi yang berunsurkan rona kehidupan dan da'wah.

"H'aila Sepia?"

oh,H'aila Sepia merupakan sebuah nama file yang aku jumpa dalam lap top akak aku. "H'aila Sepia...hmm,sesuai ni buat nama pena" terus aku pilih sebagai nama pena aku.Jadi,H'aila Sepia tidak menjurus kepada seseorang yang istimewa atau siapa-siapa.Ianya sekadar nama sebuah file dalam lap top...

"HSXB7?"

hmmmm,hanya pemilik sebenar yang tahu apakah ia?siapakah dia? 

"Siapa pemiliknya?"

Hanya tuhan yang tahu.....(okay,sekian peace yaw!)

      ~H'aila Sepia~


Sunday 18 May 2014

Medical Check Up


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi yang Maha Penyayang.



"4002, kauter 2" gema suara cik komputer kedengaran saat aku mengambil nombor giliran.
"Pergh,lama lagi ni! " tunggu,tunggu dan terus menunggu.Ayah sudah pun keluar untuk urusan kerja.Tinggal lah seorang budak lelaki berbaju kelabu di kerusi biru itu (AKU).

"4020"," 2015","3070", nombor di hospital memang begitu.Tiada aturan nombor kerana setiap nombor itu urusannya berlainan.Itu kadang-kadang ada melompat-lompat nombornya.

Mata terus memerhati keadaan sekeliling.Bermacam ragam,bermacam watak aku jumpa.Aku memang suka usha-usha, stalking-stalking orang sekeliling.Tapi bukan hanya pandangan kosong,pandangan untuk muhasabah diri.Ada seorang budak perempuan,aku perhatikan gelagatnya.Tidak silap aku dia juga mempunyai urusan sama seperti aku.Ketika itu,ada seorang mak cik tua sedang berjalan di hadapannya mencari tempat duduk.Lalu budak itu lantas bangun menyapa mak cik tua itu untuk mempersilakan dia duduk.Padahal,banyak lagi kerusi yang mak cik itu boleh duduk.Tetapi budak perempuan itu dengan rela hati memimpin tangan mak cik itu dan men'duduk'kannya.Satu perkara yang aku tertarik mengenai budak perempuan itu.Dia FREEHAIR.Aku tahu dia Melayu dan ISLAM.Mungkin dari sudut lain dia ada silapnya.Tapi apa yang aku belajar ialah "NILAI PERIBADI SESEORANG BUKAN BERDASARKAN PENAMPILANNYA YANG ALIM,BUKAN BERDASARKAN RUPANYA YANG CANTIK ATAU HANDSOME,TAPI PADA HATINYA YANG SUCI" kita sering mengklasifikasikan seseorang itu berdasarkan luarannya sahaja.Nampak sahaja perempuan muslim freehair terus sahaja menilai dia itu jahat,tak beribadah,tak ikut perintah Allah.Kita silap...

"4017,kaunter 2" budak lelaki berbaju kelabu pun bangun dan pergi ke kaunter 2

"Adik ambil ni, pergi bilik 8 ya."

"Okay,terima kasih kak"

Ingat bila nombor dah dipanggil dah boleh berurusan.Rupanya kena lagi menunggu giliran untuk masuk ke bilik 8 pula.Tunggu,tunggu dan terus menunggu....

Mata kembali meliar.Mencari 'mangsa-mangsa' buat tatapan mata hati.Kali ini mangsanya merupakan seorang sahabat aku sejak aku tadika lagi.Namanya Huzaifi.Pelajar di MRSM Muadzam Shah.Lama benar tak berjumpa.Sejak tamat sekolah rendah masing-masing terpisah ke tempat pengajian masing-masing,Dia ke Pahang,aku ke Negeri Sembilan.Takdir Allah,kami jumpa akhirnya,

aku : buat medical check up jugak ea?
Huzaifi : Aah.Kau pun?
aku : Aah,Sambung mana nanti?
Huzaifi : PALAM.Kau?
aku : ooh,aku UPM.
........................

Lama juga kami berbual dalam satu jam.Kami bual tentang universiti masing-masing,buat apa masa cuti,nak sambung apa lepas ni,semua perihal tentang SPM leaver.Dalam hati aku terasa satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak tafsirkan.Rasa masa berlalu sungguh pantas sekali.Amat pantas.Huzaifi yang aku kenal dulu semasa sekolah rendah seorang yang sangat kuat bercakap.Sampai sekarang dia kuat bercakap.Kini,kami bakal melanjutkan pengajian kami ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.Tup,tup, kawan tadika aku sekarang dah nak masuk universiti dah...

"TIME WAIT FOR NO MAN.MASA YANG BERLALU TINGGAL KENANGAN,MASA DEPAN TERUS MENJADI PERSOALAN.APA YANG PASTI IALAH MATI.PASTI BERLAKU BILA-BILA DAN DI MANA SAHAJA.JIKA KITA SENDIRI MERASAKAN MASA ITU BERLALU DENGAN PANTAS.MAKA,BERWASPADALAH WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH! AJAL MU SEMAKIN DEKAT.SANGAT!!! DEKAT. "

"Mohamad Sahirul! "akak misi panggil masuk ke bilik 8

maka bermula lah segala jenis proses dalam medical check up.Dari ujian mata,timbang berat dan tinggi,ujian darah,gigi,ujian air kencing sampailah X-ray.Alhamdulillah dalam 2 jam selesai semuanya.

"okay dik,lepas ni adik pergi kaunter D jumpa doktor.Lepas tu boleh balik dah" 
"okay,terima kasih kak" kalau boleh aku nak berbual dengan akak misi bilik 8 itu.Dia sangat peramah orangnya.Tapi aku faham banyak lagi kerenah yang dia perlu layan.Sekadar ucapan terima kasih sahaja aku sampaikan.

Semasa menunggu giliran untuk berjumpa doktor.

"Medical check up eh dik?" seorang pak cik beruniform menyapa aku

"Aah,ya saya"

"Masuk mana lepas ni?"

"UPM."masa ni malu-malu kucing lagi.belum selesa lagi hendak berbual.

"Ohh,anak pak cik pun UPM jugak.Pak cik pun datang medical check up anak pak cik ni"

"Oh ye ke!UPM Serdang ya cik?" mula dah bibit-bibit soal-menyoal

"Aah,asasi" 

.............................

dipendekkan cerita rupa-rupanya pak cik itu merupakan kawan sekerja ayah aku.Dan anaknya pula merupakan teman rapat kepada kawan-kawan ku di maktab.Haihh....

"KITA MERANCANG.ALLAH JUGA MERANCANG.DAN SEBAIK-BAIK PERANCANG ITU IALAH ALLAH.INDAH SUNGGUH JALAN PENCERITAAN ALLAH INI MEMPERKENALKAN AKU DENGAN SEORANG INSAN YANG BERGELAR SAHABAT.NAMANYA HAZWAN.TINGGI ORANGNYA DAN MEMANG SELESA DIAJAK BERBUAL.TAK SANGKA BELUM SEMPAT MENDAFTAR SUDAH PEROLEH SEORANG KENALAN.MORAL OF THE STORY,SENTIASA LAH BERSANGKA BAIK DENGAN PERANCANGAN ALLAH ITU.MUNGKIN SEKARANG KITA MASIH KABUR UNTUK MELIHAT APAKAH HIKMAH DI SEBALIK SEMUA YANG TERJADI ITU.TAPI,PERCAYALAH SATU HARI NANTI AKAN ADA SATU SINAR JAWAPAN DISEBALIK KABURAN ITU..."




Saturday 10 May 2014

Jari-jemari itu


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Puisi Jari-jemari Itu

Jari-jemari itu,
Yang membelai ku,
Tika kulit ku masih kemerah-merahan,
Buat pertama kali,
Aku bisa merasai belaian kasih seorang ibu,
Dia tersenyum,
Tanda syukur.

Jari-jemari itu,
Yang mengusap tangis ku,
Saat aku jatuh dari basikal,
Luka berdarah itu,
Dia yang rawat,
Dengan jari-jemari itu.

Jari-jemari itu,
Yang asyik menekan nombor pada telefon,
Mengharap khabar dari si anak,
Lalu suara harapan itu keluar,
Penuh puas hatinya mendengar,
Walau hanya seketika.

Kini jari-jemari itu sudah tidak berdaya,
Urat dawai mula memenuhi seluruh jari,
Namun,
Jiwanya tetap kuat,
Menahan panahan rindu di hati,
Menunggu si anak pulang ke pangkuan,
Suatu hari nanti.

(SELAMAT HARI IBU)

Secupak Rindu


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Secupak Rindu

Jarak yang memisahkan,
Engkau dan aku,
Terlukis sebuah rasa,
Berbingkai rindu,
Gelisah karna mu,
Ingin di dekat mu,
Suka dan duka bersama mu,
Berharap esok hari,
Kita bersatu,
Menembus dinding waktu,
Menghalang rasa ku,
Aku di sini,
Kau di sana,
Terpisah oleh takdirnya,
Biar jasad tak bertemu,
Hati tetap bersatu,
Doa ku kirim,
Agar secupak rindu ku,
Singgah di ruang hati mu.


Saturday 3 May 2014

Sang Pendosa


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sang Pendosa

                    
          

                   Gelap langit di atas sana seperti hendak jatuh meruntuh.Hamparan langit yang gah meninggi di atas rela menunduk atas arahan Yang Maha Esa.Isinya dicurahkan ke atas bumi yang penuh dengan Sang Pendosa.Buat Sang Pendosa itu merasai nikmat dunia ciptaanNya ini.Sedang manusia yang lemah lagi kerdil itu dengan bangganya ia memikul amanah sebagai khalifah muka bumi ini tanpa berasa sedikit malu sekalipun akan dosa-dosa yang telah dilakukan.
                 
               Kelihatan salah seorang Sang Pendosa keseorang di bawah sepohon pokok.Dia merenung tepat pada hamparan langit yang baru sahaja menurunkan titisan hujan rahmat itu.Kelam suasana selepas hujan itu diisi pula dengan tiupan angin bertiup sayup.Indah sungguh perasaan itu.Tatkala dia merenung,tercurah spontan air jernih persis mutiara mengalir dari kelopak mata itu.Dia mengesat,namun tetap juga jatuh dan terus mengalir.
                 
                   “Ya Allah,mengapa aku menangis?Padahal hati aku sudah cukup mengeras hitam dibalut dosa-dosa ku.Kenapa aku menangis? Adakah kerana masih ada titik putih pada hati ku Ya Allah?”  Sang Pendosa itu kebingungan
               
                   Dia Sang Pendosa telah banyak dosa yang dilakukannya.Sehingga satu masa dia langsung tidak berasa takut tatkala dia melakukan dosa itu.
                 
                 Dia Sang Pendosa sudah begitu alpa akan segala nikmat di dunia ini.Nafsu sarakah menjadi raja dalam wilayah ‘Hati’ dalam hidupnya selama ini.Iman hanya sekadar hamba.Namun,dalam wilayah itu masih ada pejuang yang sedang bertungkus-lumus membebaskan hamba itu,AZAM & INSAF.
                
                 Walaupun sehingga kini mereka masih belum berjaya menumpaskan raja itu,mereka tetap berjuang demi iman yang selama ini terseksa.Mereka berdoa kepada tuhan.Mereka berusaha dengan segala kelengkapan dan senjata untuk bertempur.KalamNya sering dibaca,dahinya tidak pernah lupa untuk bersujud pada Yang Esa hatta setiap hari-harinya seringkali mengingatiNya.Namun tetap jua kalah.
           
              Sungai air mata di kedua pipinya masih mengalir.Kadang-kala Sang pendosa itu sudah tidak berdaya untuk memikul semua itu.Dia putus harapan.Tapi,dia tahu itu bukan jalan yang terbaik.Sesungguhnya Allah sedang mengujinya.Dan setiap ujian yang diberi itu adalah yang termampu oleh hamba-hambaNya.Lalu,para pejuang AZAM & INSAF itu bangkit semula.Lantas dicapai kembali segala senjata dan terus berjuang!
           
                    Kerna mereka yakin suatu hari nanti mereka pasti MENANG!!!

#Kita,Sang Pendosa.Yang sarat dengan berbagai-bagai dosa yang tak kelihatan.Kita,Sang Pendosa.Yang hatinya penuh dengan tompok-tompok hitam pada hati.Ya! itulah kita.Adalah lebih baik kita sering kali kalah terhadap nafsu daripada kita hanya duduk berteleku tanpa sebarang inisiatif untuk berusaha.Sesungguhnya Allah lebih suka kepada hambaNya yang sentiasa berusaha untuk mendekat diri kepadaNya,daripada hambaNya yang langsung tidak berusaha.Terus berjuang wahai pejuang HATI !!!

Sunday 27 April 2014

Catatan Seharian di Unikl MFI


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani




Sudah agak lama aku tidak berkelana di sini.Mungkin kerana tiada apa-apa yang penting hendak dikhabarkan.Maklumlah,lepasan SPM yang hanya duduk 'menanam anggur' di rumah.Bukan seperti mereka yang sudah mula melalui perjalanan menuju suatu destinasi yang sudah pasti.Sedang aku,masih lagi terpinga-pinga menunggu rezeki itu tiba.Tetapi,aku bersyukur dengan keadaan situasi aku sekarang.Sekurang-kurangnya aku dapat merasai apa yang dilalui mak dan ayah sewaktu aku tiada.Nyata mak dan ayah masih memerlukan keberadaan aku buat masa ini.Dan kerana itulah Dia takdirkan aku untuk tinggal di rumah sementara ini...

Sabtu lalu,merupakan kali pertama dan kali terakhir aku menghadiri sesi temuduga MARA.Lebih kurang dua minggu aku membuat persiapan semata-mata untuk temuduga pada hari itu.Segala-galanya daripada cara memperkenalkan diri,isu-isu semasa sehinggalah bidang yang aku ingin ceburi telah aku telaah.Sehinggakan aku sudah fasih sedikit mengenai bahasa Rusia. 

Moye imya = nama saya
ya rodom iz = saya berasal dari..
dobroya utro = selamat pagi
kak djela = apa khabar?
khoroshiye novusti = khabar baik

Sehinggalah hari itu tiba,26 April.Kami diminta berpakaian sukan lengkap dan membawa alat tulis.baju sukan? alat tulis? perkara pertama yang terlintas ialah " UJIAN KECERGASAN".Walaupun aku bukan seorang atlet yang mempunyai stamina yang banyak,tapi ianya agak melegakan aku.Kerana sejujurnya aku tidak suka akan situasi temuduga formal itu.Temuduga bagi program aku diadakan di Unikl MFI.Pada mulanya,aku keseorangan kerana setahu aku tiada seorang pun kawan-kawan aku yang mengambil program ini.Sehinggalah tatkala aku menaiki tangga menuju ruang menunggu,aku terserempak dengan seorang kawan semaktab ku,Sofina.Syukur,ada juga kenalan.Sekurang-kurangnya tidak lah begitu janggal.Dan ditakdirkan kami disatukan dalam satu kumpulan yang sama.Lebih senang lah aku hendak berkomunikasi...

Baiklah bercerita mengenai temuduga MARA pada tahun ini sudah tentunya berlainan daripada tahun-tahun lepas.Pada tahun 2012,tiada langsung temuduga dijalankan bermaksud semua pemohon yang layak,melepasi kriteria yang dikehendaki terus sahaja berjaya.Pada tahun 2013,juga tiada temuduga tetapi digantikan dengan ujian physhometric dan ujian bertulis.Dan bagi generasi 1996 (calon 2014) pula...

Temuduga dibahagikan dua sesi :

Sesi pertama : IQ test 
Dimana kami dikehendaki membincangkan satu topik dalam kumpulan.Kumpulan aku dikehendaki untuk membincangkan mengenai " What is the contribution of Tun Dr. Mahathir to Malaysia?".Pada mulanya masing-masing kaku terdiam.Aku cukup pantang terhadap situasi begini.Terus aku mulakan bicara dengan mencadangkan seorang ketua kumpulan.Setelah itu,barulah suara-suara yang tadinya kaku mula berbicara.Wah,rupa-rupanya mereka lebih hebat dari apa yang dijangka.Namun,aku tidak kisah kerana tujuan aku ke sini bukan untuk menunjukkan kehebatan tetapi hanya untuk mendapatkan pengalaman itu.20 minit masa diberi untuk perbincangan akhirnya tamat.Kini tiba pula masa para penemuduga itu menyoal soalan yang sungguh aku tidak sangka.Antara soalan yang diajukan ;

1. Can you read Surah An- Nas (diajukan kepada calon C7)
2. Why we must pray 5 times a day ( C4,C5 & C 6)
3 . What is your opinion about fasting ( C1,C2 dan AKU)

Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.Aku tidak tahu mengapa sepanjang sesi itu aku asyik tersengih.Seolah-olah tiada langsung rasa gementar itu.Padahal,bahasa inggeris aku memang hancur.HAHAH...

Sesi kedua : Business test 
Kami dikehendaki membuat dua layang-layang.Wah! lagi aku suka.Jika aktiviti berkumpulan sebegini memang aku tiada masalah untuk bekerjasama dalam kumpulan.10 minit masa diberi.Berbekalkan helaian surat khabar,lidi penyapu,gunting dan benang akhirnya layang-layang kami siap untuk diterbangkan.Nasib tidak berapa baik,hanya satu sahaja yang berjaya diterbangkan.Tidak mengapa kerana bagi aku bukan itu yang mereka utamakan.Kemudian,kami disoal mengenai apa kesilapan yang kami pelajari dari aktiviti itu.

SEDIKIT PENGAJARAN YANG AKU PEROLEH...

"Niat kerana hendak menimba ilmu,bukan kerana hendak menunjukkan kehebatan diri."

"Bagi mereka yang akan menghadapi temuduga,peganglah kata-kata diatas ini.Ingat,sewaktu temuduga jadilah diri sendiri.Jangan cuba-cuba untuk menjadi seorang yang bukan diri anda kerana para penemuduga mampu mengenalpasti siapa diri anda.Semasa berhujah perlulah yakin walaupun apa yang dikatakan salah.Mereka tidak melihat poin anda,tetapi mereka hendak menilai jati diri dan kepercayaan anda terhadap diri sendiri.Jika dalam aktiviti berkumpulan pula,cuba untuk mainkan peranan sebagai ahli kumpulan.Tetapi,harus diingat jangan menguasai kumpulan itu.Dan akhir sekali,sentiasalah bersedia dengan takdir yang akan terjadi.Reda lah dengan segala keputusan yang akan diperoleh.Kerana sesungguhnya itulah yang terbaik untuk kita.Allah lebih mengetahui tentang sesuatu perkara..."



Thursday 17 April 2014

Jejaka Kaca Mata Hitam

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



                     Tapak kaki merah jambu Si Comot memijak-mijak pipi ku.Kepalanya juga digesel-geselkan pada mata ku.Sudah tiba masanya untuk aku tamatkan persembahan lakonan ku di alam mimpi itu.
                      
                     “Okay,okay Comot cukup! Akak bangun ni.” Bingkas aku bangun dari perbaringan dan terus mendapatkan Si Comot yang jelas sedang dahagakan belaian kasih sayang aku.Comot satu-satunya ‘adik’ aku yang bukan manusia.Kami telah membelanya sejak dia kecil lagi.Longkang di belakang rumah menjadi saksi kali pertama kami berjumpa.Saat itu dia dalam keadaan yang sungguh kotor.Dan kerana itu kami menggelarkannya Comot.Kini Comot sudah hampir berusia 10 tahun.Berat,Gemuk dan tentu sekali gebu berbulu.Itulah gambaran Comot sekarang.Kami lima beradik seringkali berebutkan Si Comot semata-mata untuk dijadikan teman tidur atau lebih mudah dalam erti kata lain, ‘bantal peluk’.
                    
                    “Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk merasai nikmat kehidupanMu ini.” Hati ku berbisik tanda syukur sedang mulut melafazkan syukur itu.Dan sebagai menzahirkan kesyukuran itu,aku membawa jasadku ke bilik air.Kelihatan Comot sedang berjalan menyusur keluar dari bilik ku.Air wudhuk diambil.Terasa sekali kedinginan subuh pada titisan air yang mula mengalir pada tapak tangan ku.
                
                  Begitulah rutin harian ku setiap kali bangun daripada tidur.Selesai sudah mengambil wudhuk cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik.Kelihatan ayah,mak dan adik-adik sudah berada di ruang solat.Masing-masing sedang sibuk membentangkan sejadah.
            
                         “Lambatlah kau!”
                       
                        “Sibuk lah kau!”
          
                       Sempat lagi kami berperang mulut.Sememangnya aku rindu sekali ingin bertekak dengan adik-adik ku.Maklumlah sudah empat tahun kami berpisah.Empat tahun dahulu takdir Tuhan telah menghantar aku ke Jerman untuk aku bertadabbur di sana.Kini,takdir itu akhirnya telah menemukan kami sekeluarga  semula setelah majlis graduasi ku tamat setahun yang lalu.
5 minit kemudian,
              
                  Tapak tangan yang lembut itu ku kucup memohon reda darinya.Aku bisa melihat urat-uratnya jelas tertimbul pada anak jarinya.Sungguh ayah seorang yang kuat dan gigih dalam menyara kami berlima.Dengan kedua-dua tangan itulah dia membelai kami ketika tidur,dia menyuapkan kami makanan dan mencari nafkah sehinggalah kami dapat terus berdiri sekarang ini.Malah,Inul iaitu adik keempat ku telah semakin mengembang dek kerana terlalu banyak disuap oleh ayah.
         
                     “Akak,dah sedia dah hari ni?” tiba-tiba ayah bersuara.
             
                      Dah sedia?Hari ini? Oh tidak! Hari ini…aku akan,
            
                 “Bernikah!!!!!!” lautan hati yang tadinya begitu tenang dengan kedamaian Subuh terus bergelora kerana dicampakkan sebuah batu soalan oleh ayah.Aku terus menjadi tidak keruan.Soalan ayah gagal dijawab.Aku merembat kain sejadah ku dan menuju masuk ke dalam bilik.Pintu dikunci.Telekung dibuka dan diletakkan di atas katil.Masuk bilik air.Dan,
           
                “ARGHHHH!!!!!!!!!!” lautan bergelora itu terus melambungkan isinya keluar dari mulutku.


***************
                 
                   Hari ini hari yang paling bermakna buat kami sekeluarga.Tepat jam tiga petang nanti berlangsunglah majlis pertunangan aku dan Si Dia.Bermacam-macam perasaan berkecamuk dalam hati ku.Siapa tak gembira dapat pasangan yang kita suka.Dan siapa tak risau bila nak berkahwin.Berpisah daripada keluarga.Memikul tanggungjawab yang berat sebagai seorang isteri.Dan jika diizinkan olehNya menjadi seorang ibu.Semuanya itu merupakan satu pengalaman baharu yang amat memerlukan persediaan yang secukupnya.Adakah aku benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi semua itu? Soalan itu pernah ku lontarkan pada Si Dia saat dia melafazkan keiinginannya untuk menjadikan aku sebagai teman hidupnya.
               
                      “Saya bukan bermaksud ingin menolak lamaran awak.Tapi saya takut saya belum sedia lagi ingin menjadi seorang isteri dan juga insyaa Allah seorang ibu…”
              
                   “Awak,tiada manusia yang sempurna.Dan bagi saya awak lah gadis yang terbaik untuk saya.Soal sedia atau tidak kita boleh hadapinya bersama.Awak ada kelemahan awak,saya juga ada kelemahan saya.Pasangan yang sempurna adalah mereka yang saling melengkapkan kelemahan pasangan mereka itu.Jika hubungan itu ialah suatu hubungan yang halal,maka yakinlah Allah akan sentiasa ada untuk membantu…”
             
                  Tiap kali aku melihatnya,membuatkan aku sentiasa teringat padaNya.Dia bukan seorang imam yang warak.Dia juga bukan seorang pendakwah yang sentiasa berjubah dan berserban.Dia hanya insan biasa dengan perwatakan yang luar biasa.Jejaka lain sibuk meminta-minta nombor telefon pasangannya.Tetapi,dia tidak.Jejaka lain asyik bersembang di laman facebook bersama pasangan masing-masing setiap masa.Sedang dia,kadang-kadang hanya sebulan sekali sahaja menegur ku di facebook.Itupun kerana ingin bertanya soal kerja.Jejaka lain pasti sahaja membelikan kuntuman bunga mahupun hadiah buat pasangannya.Dia? Jangankan kuntuman bunga,sekuntum pun tidak pernah aku terima daripadanya.Kerana itulah bagi ku dia luar biasa.Bukan kerana dia tidak romantik,tetapi kerana bukan semua itu yang kami perlukan.Tidak pernah dalam Islam mengajar umatnya yang berpasangan sebelum bernikah untuk melakukan semua itu.Malah,ianya adalah tidak digalakkan sama sekali.Kerna dia sayang pada ku.Dia tidak mahu menjadikan hubungan kami ini suatu hubungan yang lagha.Kerna dia cinta pada ku.Dia tinggalkan semua nikmat-nikmat bercinta sebelum bernikah itu.Hanya cinta yang hakiki dan direda olehNya sahaja bakal berkekalan sehingga ke pintu syurga.
                   
                         “Kak! Cepat lah turun.Mari sarapan.” Rindu sekali jeritan itu.Jika di Jerman,tiada siapa yang sudi menjemput ku makan.Maklumlah rakan serumah semua sudah keluar awal pagi untuk ke kelas masing-masing.Dari atas lagi aku sudah terbau kelazatan mi goring basah sentuhan mak.Dalam aku melangkah ke dapur,sempat juga aku mencuci mata melihat deretan barang hantaran di ruang tamu.Tiba-tiba di antara  sembilan susunan dulang itu,anak mata ku terganggu akan sesuatu.Sebuah kaca mata hitam Oakly Holbrook Rootbeer  sedang memantulkan cahaya matahari tepat ke mataku.Membuatkan aku terimbau kenangan dua tahun dahulu saat aku sedang menuntut di Jerman.

University of Heidelberg,Jerman
                     
                   Guguran bunga-bunga Cherry Blossom terhampar menutupi Grabengasse Street.Curahan sinaran mentari menyerikan lagi permandangan perjalanan ku pagi itu.Menikmati kesemua unsur ini pada setiap pagi ku,membuatkan aku terus kuat dan bersemangat untuk menghadapi segala badai yang menanti di hadapan sana.Meski diri ini tampak sendirian,namun aku percaya ada yang sedang menjaga ku.Dia lah tuhan ku,Allah.Allah berfirman,

Wahai orang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar ; (Surah Al-Baqarah;153)”.
                  
                         Kata-kataNya itu aku tambatkan pada tiang iman ku.Selagi aku berpegang pada jalanNya,selagi aku tunaikan segala perintahNya dan selagi aku berdoa padaNya,nescaya aku tidak akan keseorangan di sini.Itu janjiNya!
                
                             Langkah-langkah ku kian beransur laju.Dek terpukau akan keindahan ciptaan-ciptaanNya itu tadi,kini aku sedar yang aku sudah terlewat lebih lima minit.Kecantikan Miss Cherry Blossom terpaksa ku tinggalkan di belakang.Anak-anaknya yang gugur di sepanjang jalan tidak ku endahkan lagi.Kali ini,sudut pandang ku hanya tajam melihat helaian-helaian kertas pada pelukan ku.Aku belek sehelai demi sehelai untuk memastikan tiada satu yang ketinggalan.Sehinggalah takdir itu terjadi betul-betul di hadapan pintu masuk University of Heidelberg.
             
                      “Bushh!” Dua jasad bertembung antara satu sama lain.Helaian-helaian itu terlepas dari pelukan ku jatuh bersepah di atas jalan.
           
                    “Ops!sorry,sorry!” Dua  gelombang suara sekali gus bertembung antara satu sama lain.Masing-masing sibuk memungut helaian-helaian kertas itu yang semakin ganas ingin terbang bersama tiupan angin.Tiba-tiba….
          
                “Crucks!” bunyi itu kedengaran di sebalik helaian-helain kertas tadi.Aku seakan sudah dapat mengagak yang aku telah terpijak sesuatu.Sesuatu yang ku pasti milik jejaka itu.
               
                    “Oh My God! My lovely glasses,It cracked!” kaca mata hitamnya telah pun pecah dek dilanyak oleh kaki ku. Habis lah aku.Dah lah elaun aku belum masuk lagi.Duit tak ada.Nak bayar pakai apa? Tengok macam mahal kaca matam hitam dia ni.Ya Allah,tolong aku…
               
                “Emmm,I’am really sorry sir.So sorry.I,I..I promise I will pay you back.How much?” Sir??? Aku panggil dia.Dah lah muka lagi muda dari aku.Dah tu boleh janji pula nak bayar balik? Pakai apa? Daun kering? Sera,Sera….itu lah aku bila sedang dalam keadaan bercelaru.Pasti si mulut akan bertindak terlebih dahulu daripada otak ku.
              
                “No! I want you to repair it back!” jelas sekali pada riak mukanya yang dia begitu marah pada aku.Bertambah resah lah aku dibuatnya.Lebih-lebih lagi dia meminta aku untuk membaiki ia semula.
             
                    “Ini lah kaca mata paling aku sayang…” tiba-tiba dia bersuara perlahan,
          
                    “Are you Malaysian?”
             
                     “Yes,I am.”
               
             “Oh! Saya pun Malaysia juga! Selamat berkenalan!” gelisah ku tadi terus sahaja menjadi reda semula pabila mendapat tahu dia juga sebangsa dengan aku.Senyuman di bibir ku terukir.Tanda perkenalan.
              
                 “Malaysia tak Malaysia.Saya nak awak baiki semula kaca mata saya ni! Saya nak esok juga.Faham!” terus cair senyuman ku tadi.
           
                   Amboi! Panas barannya mamat ni.Rilek sudah.Baru kaca mata retak,dah melenting tinggi.Pantang sungguh aku jika ditengking-tengking sebegini rupa.
            
                  “Hello,cik abang oi! Awak ingat saya ni tukang baiki ke nak baiki kaca mata hitam ‘kesayangan’ awak tu cepat-cepat.Saya tahu lah saya salah sebab langgar awak dan rosakkan kaca mata hitam awak.Tapi, berilah saya masa untuk hantar kaca mata hitam tu ke kedai.” Aku terus membalas serangan itu.
          
                  “Ada saya kisah siapa awak? Nah! Awak ambil kaca mata ni.Esok,tepat 9 pagi saya tahu awak dah terpacak depan pintu masuk ni dengan kaca mata hitam saya yang telah dibaiki,okay! Terima kasih,saya pergi dulu.” Dengan muka cap tempe basi itu dia terus melangkah pergi.Pergi begitu sahaja?
            
                     “Eh,kurang asam betul mamat ni! Suka hati mengarah orang macam tu.Sombong betul! Tak apa,kau tengok lah apa jadi esok…” gigi ku ketap.Tanda geram melihat kesombongan lelaki itu tadi.Muka tak setampan Lee Min Ho pun.Tapi berlagak mengalahkan Mr. World!
            
                    Itulah dia pertemuan aku dengan Si Kaca Mata Hitam.Bagi aku jejaka yang berkaca mata hitam ni semua memang berlagak sombong.Mereka perasan bahawa diri mereka itu sangat hebat,tampan dan menjadi tumpuan gadis-gadis sekelilingnya.Tapi,maaf! Bukan gadis seperti aku.Mulai hari itu,
         
                           “Aku benci jejaka kaca mata hitam!” Luahan hati jujur melafazkannya pada bibir yang sedang berbicara.Pagi ini,pagi yang bermula dengan emosi.Semuanya gara-gara lelaki itu.Namun,apalah daya ku hendak lari dari takdirNya ini.Mahu tak mahu aku harus  hadapi ia juga.Terpaksalah aku keluarkan duit yang berbaki di dalam dompet kurus-keding ini untuk membaiki kaca mata itu.Sering kali aku begitu risau memikirkan soal duit.Kadang kala elaun daripada pihak penaja lambat dimasukkan.Jadi,sementara menunggu elaun dimasukkan terpaksalah aku membuat bajet untuk tempoh tertentu.Maklumlah,aku bukan datang daripada keluarga yang berada.Segala perbelanjaan ku di sini hanya mengharapkan elaun tajaan.Jika tidak,mati kebulur lah aku di sini.Pernah suatu masa dahulu,aku begitu terdesak akan duit oleh kerana pihak penaja terpaksa menangguh elaun selama sebulan.Lebih-lebih lagi ketika itu merupakan cuti musim sejuk.Ketika itu aku sedikit terkilan dan sedih melihatkan sahabat-sahabat lain gembira mengembara ke seluruh ruang Eropah.Sedang aku? Hanya mampu ‘menikmati’ keindahan gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka di rumah sahaja.Mujur ada teman yang sejati sentiasa di sisi ku.Dia lah teman sejati ku.Dia lah Humaira’,teman serumah ku.Pabila mengetahui akan masalah yang sedang aku hadapi ini,terus sahaja dia meluahkan kesudiannya untuk menemankan aku di rumah.
                    
                      “Sera,awak tak pergi mana-mana ya cuti kali ni?Tak apa,saya temankan awak ya.Lagi pun final lagi dua minggu.Boleh lah kita belajar sama-sama!”
                  
                          “Eh! Mai,awak pun tak pergi mana-mana ke?”
                   
                  “Kalau boleh memang nak.Tapi,tak syok lah kalau awak tak ada sekali.Tak apa,nanti cuti final ni kita ‘balas dendam’! Kita kumpul duit,kita pergi Istanbul,nak?” Istanbul? Satu-satunya tempat impian ku sejak dahulu lagi.Teringin sekali dahi ini bersujud di Masjid Kubah Biru itu.
                 
                         “Wah! Mesti lah nak! Jom kita rancang dari sekarang.” Teruja sekali.Tidak sabar rasanya menantikan saat itu tiba.Air muka yang tadinya berkecamuk dengan riak sedih terus sahaja berubah gembira.
                
                        “Istanbul kami datang!!!”Rumah sunyi itu tiba-tiba bersuara oleh sorakan gembira kami.Biar lah Winter Break kali ini kami ‘berpuasa’ selama tiga minggu di rumah sahaja.Peperiksaan akhir perlu diutamakan dahulu.Selepas itu,baru lah kami boleh ‘beraya’ di Istanbul.Dan Alhamdulillah,akhirnya perancangan kami berjaya.Impian untuk menapak di bumi Konstatinopal menjadi kenyataan.Percutian yang begitu sempurna sekali bagi ku.Ditambah lagi dengan keputusan final yang cemerlang menambahkan lagi kepuasan di hati.Mungkin ini lah hikmah disebalik duka yang Dia kirimkan pada ku sewaktu cuti musim sejuk dahulu.Mungkin jika aku pergi bercuti ketika itu,keputusan aku akan menurun atau lebih teruk lagi? Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segalanya.


**************

                           Seperti yang telah dijanjikan.Walaupun aku tidak pernah menjanjikan apa-apa dengan dia,rasa bersalah itu tetap mengasak aku untuk pergi berjumpa dengan lelaki itu juga.Betul-betul di hadapan pintu masuk Heidelberg,sekujur jasad sedang tegak berdiri dengan bangganya bersama kaca mata hitam.Berapa banyak lah kaca mata hitam mamat ni?
                       
                     “Assalammualaikum,nah! Kaca mata hitam awak.Saya dah tukar kanta dia dengan yang baru.Jadi,lepas ni saya tak ada masalah lagi dengan awak.Boleh saya pergi dulu?” Salam diberi.Namun,terukir pada riak wajah ku tanda benci melihat lelaki itu.
                     
                         “Waalaikummussalam! Apa ni? Saya nak kanta yang serupa macam kanta yang sebelum ni.Nah! Ambil balik!”
                      
                    "What! Kau dengar sini,susah payah aku pergi cari kedai kaca mata semalam.Dah tu terpaksa guna duit aku sampai aku terpaksa tak makan malam! Sekarang kau suruh aku ganti balik kanta ni? Okay,kau nak kanta yang serupa kan?Kau tengok ni” Api kemarahan semakin marak.Bisikan Si Durjana menambahkan lagi keberangan di hati.Kini,iman sedang bertubi-tubi ditindas oleh nafsu.Membuatkan aku  bertindak di luar jangkaan.Tangan ku lekas merampas kaca mata di tangannya lalu menghempaskan ia ke bawah.Tidak cukup dengan itu,aku tambahkan lagi dengan lanyakan tapak kaki ku.Dan pada ketika itu lah,
               
                    “Adik!!!!!!!!” jejaka berkaca mata hitam yang sedang berada di hadapan ku itu tiba-tiba menjerit.Dia jatuh melutut,mengutip sisa-sisa kanta yang telah hancur ku pijak.Bingkainya juga telah terpatah dua.Kemegahannya,ketampanannya tadi,kian lenyap digantikan dengan air mata yang mula jatuh berjurai-jurai pada pipi si jejaka itu.
            
              “Eh,awak okay? Kenapa menangis ni?” soal aku langsung tidak berjawab.Dia langsung pergi begitu sahaja.Pergi dengan hati yang sangat hancur.Kelihatan dari jauh dia sedang mengesat pipinya yang basah. Ya Allah,apa yang telah aku lakukan ini.Kejam sungguh hambaMu ini Ya Allah.Sungguh aku terlalu mengikut nafsu kemarahan sehingga lenyap sifat perikemanusiaan ku.Wahai Tuhan,ampun kan aku…
              
                    “Aku mesti minta maaf pada dia.” Hati berazam ingin perbetulkan segala khilaf yang telah dilakukan.
             

****************
                  
                        Puas aku mencari si dia di seluruh Heidelberg City.Hari ini sudah masuk hari kedua misi pencarian ku yang tampak tiada hasilnya.Namanya juga aku tidak tahu,bagaimana aku mahu bertanya pada orang.Jika sudah tahu nama,mungkin agak mudah untuk aku mencari dia
                 
                      “Excuse me..” tiba-tiba anak mata ku tertangkap seorang lelaki berkaca mata hitam sedang melintas di hadapan ku.Langsung ku tegur.
              
                          “Yes,can I help you miss?”
            
                         “Oh,nothing…sorry” sekali lagi jangkaan ku salah.Pantang melihat lelaki berkaca mata hitam pasti ku tegur. “Si Jejaka Mata Hitam,dimanakah kau.Izinkan aku untuk meminta maaf…” keluh hati merayu untuk bertemu dengan si dia sekali lagi.Dosa seseorang pada  seseorang hanya boleh dimaafkan oleh orang yang telah kita lakukan kesalahan padanya.Itulah yang dirisaukan aku.Takut-takut ‘masa’ itu tiba sebelum ku sempat meminta maaf padanya.Ketika menghirup secawan Cappuchino yang penuh dengan rasa kesal di dalamnya,tiba-tiba hirupan itu terhenti.Seorang lelaki sedang duduk betul-betul bersebelahan dengan meja ku.Kali ini,aku pasti itulah dia.Si Jejaka Mata Hitam!
                   
                     “Assalammualaikum” lembut suara ku melafazakan salam kepadanya.Tanda kesal.
                
                        “Waalaikummussalam,eh!” terkejut.Dahinya berkerut tatkala memandang tepat pada mata ku.Lalu,tanpa sebarang kata dia terus bangun.
               
                        “Eh,awak tunggu! Saya tahu awak marah.Saya minta maaf sangat-sangat tentang hari tu.Maaf kan saya…” langkahnya terhenti.Nyata dia memang seorang yang prihatin.Dia sedar bahawa aku benar-benar ingin meminta maaf.Kerusinya ditarik semula lalu mempersilakan aku duduk.
                 
                           “Saya bukan marah awak.Cuma saya agak terkilan dengan apa yang terjadi hari tu.Maklumlah,kaca mata hitam tu bukan sekadar kaca mata hitam sahaja.Malah lebih daripada itu.Disebalik kaca mata itu,ada pelbagai kisah suka duka saya dengan seseorang.”
               
                         “Maksud awak?” keliru.Persoalan mula melompat-lompat keluar.Kini,aku sudah mula faham kenapa kaca mata hitam itu membuatkan dia sedih.
             
                       “Semuanya berlaku sebulan yang lepas.Lebih tepat lagi pada tarikh 8 Mac.Waktu itu saya bersama keluarga pergi menghantar adik saya ke lapangan KLIA kerana dia akan menyambung pelajarannya di Beijing, China.Ketika minit-minit terakhir untuk kami berjumpa,dia ada memberikan sesuatu pada saya.Sesuatu pemberian yang amat bermakna buat saya.Kaca mata hitam inilah pemberian darinya.Inilah kenangan terakhir saya dengan dia.Saya rasa tak perlu lagi saya ceritakan apa yang terjadi selepas itu.Seluruh dunia telah gempar mengenai tragedi ini.”
             
                   “Innalillahiwainnailaihiraji’un.Awak,saya tak sangka boleh jadi macam ni sekali.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya janji,saya akan bayar berapa sahaja yang awak minta.”
               
                  “Tak apa lah.Takdir dah terjadi.Siapa lah kita nak menghindarinya.Jika sudah tertulis di ‘atas’ sana tentang sesuatu,pasti akan terjadi jua.Kita sebagai hambaNya,perlu kuat dan tabah menghadapi segala ketentuan.Reda dengan apa yang berlaku.Saya yakin disebalik semua ini pasti ada hikmahnya.Soal awak,saya sudah lama maafkan.Saya tak ambil hati pun.Awak tak perlu lah risau ya.” Senyuman di bibirnya  jelas terukir tanda ikhlas.Mudahnya dia memaafkan seseorang yang telah pun merosakkan sebuah kenangan yang sangat bermakna dalam hidupnya.
                          
                 Dia seorang jejaka yang berkaca mata hitam.Sungguh tanggapan aku terhadap dia sangat berlawanan dari apa yang sedang aku perhatikan di hadapan ku sekarang ini.Dia jejaka berkaca mata hitam punya hati yang sangat tulus dan luhur.Meski hatinya lembut namun jiwanya kental menghadapi segala ujian yang sedang bertandang dalam bahtera hidupnya.Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga pasti memberikan satu tamparan yang amat menyakitkan sehingga meninggalkan luka pada hati.Namun,tidak bagi lelaki berkaca mata hitam di hadapan ku ini.Dia masih lagi mampu berdiri menjalani pelayaran itu..Aku kagum melihat dia.Sungguh kejadian yang berlaku pada aku ini menyedarkan aku bahawa ada insan yang lebih susah daripada apa yang sedang aku alami.Hati ku tertarik melihat perilakunya,seolah-olah hati aku telah terdetik sesuatu.
                  
                    “Ya Allah,jika Dia lah takdir ku.Kau satukan lah kami.” Hati berbisik.
                        
                  “By the way,nama saya Sahirah Akilah.Degree tahun dua Kejuruteraan Fizik.Awak?”
                    
                  “Saya Tengku Nashrin.Master final year dalam perubatan.”
                   
                  “What! Master? Final year? Berapa umur awak sebenarnya?” jelas terpampang pada wajah ku.Tanda tidak percaya.Muka semuda dia merupakan Master holder tahun terakhir.
                  
                     “Saya dah 28 tahun.Kenapa? Tak percaya?” ketawanya kecil melihatkan aku yang sedang melopong terkejut.Siapa tidak percaya melihat muka semuda itu rupanya sudah 28 tahun.Tua enam tahun dari umur ku.
                
                   Mulai hari itu,bermula lah perkenalan buat kali kedua antara aku dengan seorang jejaka berkaca mata hitam.Dia tenang dan sentiasa menggembirakan orang-orang di sekelilingnya.Sesuai sekali untuk dicalonkan dalam senarai jejaka idaman ku.Hari demi hari,kami lebih mengenali antara satu sama lain.Namun,proses perkenalan kami bukan seperti pasangan-pasangan lain.Kami tidak bertemu secara berdua,kami tidak pernah berhubung dan kami juga tidak pernah bertanya khabar.Jadi bagaimana kami kenal? Jawapannya ialah kawan! Sering kali aku bertanya pada kawan-kawan perempuan yang mengenali dia.Aku tanya pencapaian akademiknya,bagaimana pergaulan dia antara lelaki dan perempuan,apa yang sering dia lakukan serta banyak lagi.Bermacam-macam perkara aku tahu tentang dia.Kini,nama Tengku Nashrin itu tergolong antara tiga teratas dalam carta jejaka idaman ku.
                   
                          Itu lah cerita dua tahun yang lalu tika aku di Jerman…


*******************

                         “Aku terima nikah Sahirah Akilah Binti Mohd Sah dengan mas kahwin RM 14.00 tunai..” Akad dilafaz.Doa dimohon pada  Yang Esa.Maka terputuslah sebuah timbunan beban yang dipanggil tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak perempuannya.Beban itu kini digalas oleh seorang lelaki yang sedang berada di tengah ruang tamu bersebelahan dengan ayah.Dia lah Si Dia yang diutus oleNya untuk memimpin ku sepanjang perjalanan ini.Perjalanan sebagai seorang isteri sudah semestinya bukan mudah seperti yang dijangka.Walau ini lah saat paling indah buat aku,namun di sebalik senyuman itu masih ada sisa-sisa kerisauan untuk menggalas tanggungjawab ini.
                   
               Mungkin Si Dia lah yang terbaik buat ku.Sesungguhnya kita merancang,Allah juga merancang.Dan sebaik-baik perancang sudah semestinya Allah.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagi kamu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah;216)

                         “Mai,kau ada nampak Nashrin tak? Dah lama aku tak nampak dia.” Soal aku pada Humaira.
                      
                          “Tengku Nashrin?”
                    
                          “Siapa lagi Nashrin kat Heidelberg ni..”
                   
                         “Eh,kau tak tahu ? Dia kan dah habis belajar.Masa kita cuti sem bulan lepas.Dia terus balik Malaysia.”
                      
            Aku terkesima pabila mendapat berita yang Tengku Nashrin sudah balik Malaysia.Sudah sebulan aku di sini,kini baru ku tahu khabarnya.Mungkin Tengku Nashrin bukan lah jodoh terbaik buat ku.Sejak hari itu sehingga lah hari aku bernikah,aku langsung tidak menerima berita tentangnya.
                   
            “Tengku Nashrin.Walaupun takdir pernah menemukan kita suatu ketika dahulu.Kini,takdir itu telah memisahkan kita.Meski kau tidak mengetahui,tetapi aku yakin Allah tahu bahawa engkau pernah bertakhta di hati ku.Namun,sekarang hati ini telah pun menjadi milik Si Dia.Aku gembira kerana pernah bertemu dengan seorang jejaka seperti engkau.Tetapi nyata Allah lebih mengetahui.Allah mengurniakan sesuatu kepada kita,bukan apa yang kita mahu.Tetapi,Dia mengurniakan sesuatu kepada kita,kerana itulah yang kita perlukan sebenarnya.Kini,Allah telah berikan sesuatu yang sememangnya aku perlukan.Allah satukan aku dengan Si Dia kerana Si Dia lah yang terbaik untuk aku.Semoga Allah juga mempertemukan seseorang yang terbaik untuk kau.”


Siapa Si Dia?

Hanya Tuhan Yang tahu... =)
                        
                                                                
 Encik Mimpi kata :
“Jejaka kaca mata hitam.Pada tanggapan kita ‘jejaka kaca mata hitam’ itu merupakan suatu simbol yang melambangkan kemegahan,keegoan dan kebanggaan.Tetapi kadang-kala tanggapan itu salah sama sekali.Nyata ianya hanya sekadar satu penilaian dari sepasang mata sahaja.Janganlah kita menggunakan mata ini sebagai satu cara untuk kita menilai diri seseorang.Sebaliknya,nilai lah dengan mata hati.Tidak semestinya wanita yang tidak bertudung itu tidak beriman.Jangan lah sewenang-wenangnya melabelkan non-muslim itu sebagai ahli neraka.Bukan bermaksud mereka yang telah terjebak dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas,zina adalah golongan yang telah binasa kehidupannya.Sesungguhnya,kita lah yang harus bertanggungjawab memimpin mereka ke arah jalan yang benar.Bersamalah kita membina sebuah umat Islam yang hebat dan disegani suatu ketika dahulu…”