Powered By Blogger

Sunday 27 April 2014

Catatan Seharian di Unikl MFI


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani




Sudah agak lama aku tidak berkelana di sini.Mungkin kerana tiada apa-apa yang penting hendak dikhabarkan.Maklumlah,lepasan SPM yang hanya duduk 'menanam anggur' di rumah.Bukan seperti mereka yang sudah mula melalui perjalanan menuju suatu destinasi yang sudah pasti.Sedang aku,masih lagi terpinga-pinga menunggu rezeki itu tiba.Tetapi,aku bersyukur dengan keadaan situasi aku sekarang.Sekurang-kurangnya aku dapat merasai apa yang dilalui mak dan ayah sewaktu aku tiada.Nyata mak dan ayah masih memerlukan keberadaan aku buat masa ini.Dan kerana itulah Dia takdirkan aku untuk tinggal di rumah sementara ini...

Sabtu lalu,merupakan kali pertama dan kali terakhir aku menghadiri sesi temuduga MARA.Lebih kurang dua minggu aku membuat persiapan semata-mata untuk temuduga pada hari itu.Segala-galanya daripada cara memperkenalkan diri,isu-isu semasa sehinggalah bidang yang aku ingin ceburi telah aku telaah.Sehinggakan aku sudah fasih sedikit mengenai bahasa Rusia. 

Moye imya = nama saya
ya rodom iz = saya berasal dari..
dobroya utro = selamat pagi
kak djela = apa khabar?
khoroshiye novusti = khabar baik

Sehinggalah hari itu tiba,26 April.Kami diminta berpakaian sukan lengkap dan membawa alat tulis.baju sukan? alat tulis? perkara pertama yang terlintas ialah " UJIAN KECERGASAN".Walaupun aku bukan seorang atlet yang mempunyai stamina yang banyak,tapi ianya agak melegakan aku.Kerana sejujurnya aku tidak suka akan situasi temuduga formal itu.Temuduga bagi program aku diadakan di Unikl MFI.Pada mulanya,aku keseorangan kerana setahu aku tiada seorang pun kawan-kawan aku yang mengambil program ini.Sehinggalah tatkala aku menaiki tangga menuju ruang menunggu,aku terserempak dengan seorang kawan semaktab ku,Sofina.Syukur,ada juga kenalan.Sekurang-kurangnya tidak lah begitu janggal.Dan ditakdirkan kami disatukan dalam satu kumpulan yang sama.Lebih senang lah aku hendak berkomunikasi...

Baiklah bercerita mengenai temuduga MARA pada tahun ini sudah tentunya berlainan daripada tahun-tahun lepas.Pada tahun 2012,tiada langsung temuduga dijalankan bermaksud semua pemohon yang layak,melepasi kriteria yang dikehendaki terus sahaja berjaya.Pada tahun 2013,juga tiada temuduga tetapi digantikan dengan ujian physhometric dan ujian bertulis.Dan bagi generasi 1996 (calon 2014) pula...

Temuduga dibahagikan dua sesi :

Sesi pertama : IQ test 
Dimana kami dikehendaki membincangkan satu topik dalam kumpulan.Kumpulan aku dikehendaki untuk membincangkan mengenai " What is the contribution of Tun Dr. Mahathir to Malaysia?".Pada mulanya masing-masing kaku terdiam.Aku cukup pantang terhadap situasi begini.Terus aku mulakan bicara dengan mencadangkan seorang ketua kumpulan.Setelah itu,barulah suara-suara yang tadinya kaku mula berbicara.Wah,rupa-rupanya mereka lebih hebat dari apa yang dijangka.Namun,aku tidak kisah kerana tujuan aku ke sini bukan untuk menunjukkan kehebatan tetapi hanya untuk mendapatkan pengalaman itu.20 minit masa diberi untuk perbincangan akhirnya tamat.Kini tiba pula masa para penemuduga itu menyoal soalan yang sungguh aku tidak sangka.Antara soalan yang diajukan ;

1. Can you read Surah An- Nas (diajukan kepada calon C7)
2. Why we must pray 5 times a day ( C4,C5 & C 6)
3 . What is your opinion about fasting ( C1,C2 dan AKU)

Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.Aku tidak tahu mengapa sepanjang sesi itu aku asyik tersengih.Seolah-olah tiada langsung rasa gementar itu.Padahal,bahasa inggeris aku memang hancur.HAHAH...

Sesi kedua : Business test 
Kami dikehendaki membuat dua layang-layang.Wah! lagi aku suka.Jika aktiviti berkumpulan sebegini memang aku tiada masalah untuk bekerjasama dalam kumpulan.10 minit masa diberi.Berbekalkan helaian surat khabar,lidi penyapu,gunting dan benang akhirnya layang-layang kami siap untuk diterbangkan.Nasib tidak berapa baik,hanya satu sahaja yang berjaya diterbangkan.Tidak mengapa kerana bagi aku bukan itu yang mereka utamakan.Kemudian,kami disoal mengenai apa kesilapan yang kami pelajari dari aktiviti itu.

SEDIKIT PENGAJARAN YANG AKU PEROLEH...

"Niat kerana hendak menimba ilmu,bukan kerana hendak menunjukkan kehebatan diri."

"Bagi mereka yang akan menghadapi temuduga,peganglah kata-kata diatas ini.Ingat,sewaktu temuduga jadilah diri sendiri.Jangan cuba-cuba untuk menjadi seorang yang bukan diri anda kerana para penemuduga mampu mengenalpasti siapa diri anda.Semasa berhujah perlulah yakin walaupun apa yang dikatakan salah.Mereka tidak melihat poin anda,tetapi mereka hendak menilai jati diri dan kepercayaan anda terhadap diri sendiri.Jika dalam aktiviti berkumpulan pula,cuba untuk mainkan peranan sebagai ahli kumpulan.Tetapi,harus diingat jangan menguasai kumpulan itu.Dan akhir sekali,sentiasalah bersedia dengan takdir yang akan terjadi.Reda lah dengan segala keputusan yang akan diperoleh.Kerana sesungguhnya itulah yang terbaik untuk kita.Allah lebih mengetahui tentang sesuatu perkara..."



Thursday 17 April 2014

Jejaka Kaca Mata Hitam

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



                     Tapak kaki merah jambu Si Comot memijak-mijak pipi ku.Kepalanya juga digesel-geselkan pada mata ku.Sudah tiba masanya untuk aku tamatkan persembahan lakonan ku di alam mimpi itu.
                      
                     “Okay,okay Comot cukup! Akak bangun ni.” Bingkas aku bangun dari perbaringan dan terus mendapatkan Si Comot yang jelas sedang dahagakan belaian kasih sayang aku.Comot satu-satunya ‘adik’ aku yang bukan manusia.Kami telah membelanya sejak dia kecil lagi.Longkang di belakang rumah menjadi saksi kali pertama kami berjumpa.Saat itu dia dalam keadaan yang sungguh kotor.Dan kerana itu kami menggelarkannya Comot.Kini Comot sudah hampir berusia 10 tahun.Berat,Gemuk dan tentu sekali gebu berbulu.Itulah gambaran Comot sekarang.Kami lima beradik seringkali berebutkan Si Comot semata-mata untuk dijadikan teman tidur atau lebih mudah dalam erti kata lain, ‘bantal peluk’.
                    
                    “Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk merasai nikmat kehidupanMu ini.” Hati ku berbisik tanda syukur sedang mulut melafazkan syukur itu.Dan sebagai menzahirkan kesyukuran itu,aku membawa jasadku ke bilik air.Kelihatan Comot sedang berjalan menyusur keluar dari bilik ku.Air wudhuk diambil.Terasa sekali kedinginan subuh pada titisan air yang mula mengalir pada tapak tangan ku.
                
                  Begitulah rutin harian ku setiap kali bangun daripada tidur.Selesai sudah mengambil wudhuk cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik.Kelihatan ayah,mak dan adik-adik sudah berada di ruang solat.Masing-masing sedang sibuk membentangkan sejadah.
            
                         “Lambatlah kau!”
                       
                        “Sibuk lah kau!”
          
                       Sempat lagi kami berperang mulut.Sememangnya aku rindu sekali ingin bertekak dengan adik-adik ku.Maklumlah sudah empat tahun kami berpisah.Empat tahun dahulu takdir Tuhan telah menghantar aku ke Jerman untuk aku bertadabbur di sana.Kini,takdir itu akhirnya telah menemukan kami sekeluarga  semula setelah majlis graduasi ku tamat setahun yang lalu.
5 minit kemudian,
              
                  Tapak tangan yang lembut itu ku kucup memohon reda darinya.Aku bisa melihat urat-uratnya jelas tertimbul pada anak jarinya.Sungguh ayah seorang yang kuat dan gigih dalam menyara kami berlima.Dengan kedua-dua tangan itulah dia membelai kami ketika tidur,dia menyuapkan kami makanan dan mencari nafkah sehinggalah kami dapat terus berdiri sekarang ini.Malah,Inul iaitu adik keempat ku telah semakin mengembang dek kerana terlalu banyak disuap oleh ayah.
         
                     “Akak,dah sedia dah hari ni?” tiba-tiba ayah bersuara.
             
                      Dah sedia?Hari ini? Oh tidak! Hari ini…aku akan,
            
                 “Bernikah!!!!!!” lautan hati yang tadinya begitu tenang dengan kedamaian Subuh terus bergelora kerana dicampakkan sebuah batu soalan oleh ayah.Aku terus menjadi tidak keruan.Soalan ayah gagal dijawab.Aku merembat kain sejadah ku dan menuju masuk ke dalam bilik.Pintu dikunci.Telekung dibuka dan diletakkan di atas katil.Masuk bilik air.Dan,
           
                “ARGHHHH!!!!!!!!!!” lautan bergelora itu terus melambungkan isinya keluar dari mulutku.


***************
                 
                   Hari ini hari yang paling bermakna buat kami sekeluarga.Tepat jam tiga petang nanti berlangsunglah majlis pertunangan aku dan Si Dia.Bermacam-macam perasaan berkecamuk dalam hati ku.Siapa tak gembira dapat pasangan yang kita suka.Dan siapa tak risau bila nak berkahwin.Berpisah daripada keluarga.Memikul tanggungjawab yang berat sebagai seorang isteri.Dan jika diizinkan olehNya menjadi seorang ibu.Semuanya itu merupakan satu pengalaman baharu yang amat memerlukan persediaan yang secukupnya.Adakah aku benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi semua itu? Soalan itu pernah ku lontarkan pada Si Dia saat dia melafazkan keiinginannya untuk menjadikan aku sebagai teman hidupnya.
               
                      “Saya bukan bermaksud ingin menolak lamaran awak.Tapi saya takut saya belum sedia lagi ingin menjadi seorang isteri dan juga insyaa Allah seorang ibu…”
              
                   “Awak,tiada manusia yang sempurna.Dan bagi saya awak lah gadis yang terbaik untuk saya.Soal sedia atau tidak kita boleh hadapinya bersama.Awak ada kelemahan awak,saya juga ada kelemahan saya.Pasangan yang sempurna adalah mereka yang saling melengkapkan kelemahan pasangan mereka itu.Jika hubungan itu ialah suatu hubungan yang halal,maka yakinlah Allah akan sentiasa ada untuk membantu…”
             
                  Tiap kali aku melihatnya,membuatkan aku sentiasa teringat padaNya.Dia bukan seorang imam yang warak.Dia juga bukan seorang pendakwah yang sentiasa berjubah dan berserban.Dia hanya insan biasa dengan perwatakan yang luar biasa.Jejaka lain sibuk meminta-minta nombor telefon pasangannya.Tetapi,dia tidak.Jejaka lain asyik bersembang di laman facebook bersama pasangan masing-masing setiap masa.Sedang dia,kadang-kadang hanya sebulan sekali sahaja menegur ku di facebook.Itupun kerana ingin bertanya soal kerja.Jejaka lain pasti sahaja membelikan kuntuman bunga mahupun hadiah buat pasangannya.Dia? Jangankan kuntuman bunga,sekuntum pun tidak pernah aku terima daripadanya.Kerana itulah bagi ku dia luar biasa.Bukan kerana dia tidak romantik,tetapi kerana bukan semua itu yang kami perlukan.Tidak pernah dalam Islam mengajar umatnya yang berpasangan sebelum bernikah untuk melakukan semua itu.Malah,ianya adalah tidak digalakkan sama sekali.Kerna dia sayang pada ku.Dia tidak mahu menjadikan hubungan kami ini suatu hubungan yang lagha.Kerna dia cinta pada ku.Dia tinggalkan semua nikmat-nikmat bercinta sebelum bernikah itu.Hanya cinta yang hakiki dan direda olehNya sahaja bakal berkekalan sehingga ke pintu syurga.
                   
                         “Kak! Cepat lah turun.Mari sarapan.” Rindu sekali jeritan itu.Jika di Jerman,tiada siapa yang sudi menjemput ku makan.Maklumlah rakan serumah semua sudah keluar awal pagi untuk ke kelas masing-masing.Dari atas lagi aku sudah terbau kelazatan mi goring basah sentuhan mak.Dalam aku melangkah ke dapur,sempat juga aku mencuci mata melihat deretan barang hantaran di ruang tamu.Tiba-tiba di antara  sembilan susunan dulang itu,anak mata ku terganggu akan sesuatu.Sebuah kaca mata hitam Oakly Holbrook Rootbeer  sedang memantulkan cahaya matahari tepat ke mataku.Membuatkan aku terimbau kenangan dua tahun dahulu saat aku sedang menuntut di Jerman.

University of Heidelberg,Jerman
                     
                   Guguran bunga-bunga Cherry Blossom terhampar menutupi Grabengasse Street.Curahan sinaran mentari menyerikan lagi permandangan perjalanan ku pagi itu.Menikmati kesemua unsur ini pada setiap pagi ku,membuatkan aku terus kuat dan bersemangat untuk menghadapi segala badai yang menanti di hadapan sana.Meski diri ini tampak sendirian,namun aku percaya ada yang sedang menjaga ku.Dia lah tuhan ku,Allah.Allah berfirman,

Wahai orang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar ; (Surah Al-Baqarah;153)”.
                  
                         Kata-kataNya itu aku tambatkan pada tiang iman ku.Selagi aku berpegang pada jalanNya,selagi aku tunaikan segala perintahNya dan selagi aku berdoa padaNya,nescaya aku tidak akan keseorangan di sini.Itu janjiNya!
                
                             Langkah-langkah ku kian beransur laju.Dek terpukau akan keindahan ciptaan-ciptaanNya itu tadi,kini aku sedar yang aku sudah terlewat lebih lima minit.Kecantikan Miss Cherry Blossom terpaksa ku tinggalkan di belakang.Anak-anaknya yang gugur di sepanjang jalan tidak ku endahkan lagi.Kali ini,sudut pandang ku hanya tajam melihat helaian-helaian kertas pada pelukan ku.Aku belek sehelai demi sehelai untuk memastikan tiada satu yang ketinggalan.Sehinggalah takdir itu terjadi betul-betul di hadapan pintu masuk University of Heidelberg.
             
                      “Bushh!” Dua jasad bertembung antara satu sama lain.Helaian-helaian itu terlepas dari pelukan ku jatuh bersepah di atas jalan.
           
                    “Ops!sorry,sorry!” Dua  gelombang suara sekali gus bertembung antara satu sama lain.Masing-masing sibuk memungut helaian-helaian kertas itu yang semakin ganas ingin terbang bersama tiupan angin.Tiba-tiba….
          
                “Crucks!” bunyi itu kedengaran di sebalik helaian-helain kertas tadi.Aku seakan sudah dapat mengagak yang aku telah terpijak sesuatu.Sesuatu yang ku pasti milik jejaka itu.
               
                    “Oh My God! My lovely glasses,It cracked!” kaca mata hitamnya telah pun pecah dek dilanyak oleh kaki ku. Habis lah aku.Dah lah elaun aku belum masuk lagi.Duit tak ada.Nak bayar pakai apa? Tengok macam mahal kaca matam hitam dia ni.Ya Allah,tolong aku…
               
                “Emmm,I’am really sorry sir.So sorry.I,I..I promise I will pay you back.How much?” Sir??? Aku panggil dia.Dah lah muka lagi muda dari aku.Dah tu boleh janji pula nak bayar balik? Pakai apa? Daun kering? Sera,Sera….itu lah aku bila sedang dalam keadaan bercelaru.Pasti si mulut akan bertindak terlebih dahulu daripada otak ku.
              
                “No! I want you to repair it back!” jelas sekali pada riak mukanya yang dia begitu marah pada aku.Bertambah resah lah aku dibuatnya.Lebih-lebih lagi dia meminta aku untuk membaiki ia semula.
             
                    “Ini lah kaca mata paling aku sayang…” tiba-tiba dia bersuara perlahan,
          
                    “Are you Malaysian?”
             
                     “Yes,I am.”
               
             “Oh! Saya pun Malaysia juga! Selamat berkenalan!” gelisah ku tadi terus sahaja menjadi reda semula pabila mendapat tahu dia juga sebangsa dengan aku.Senyuman di bibir ku terukir.Tanda perkenalan.
              
                 “Malaysia tak Malaysia.Saya nak awak baiki semula kaca mata saya ni! Saya nak esok juga.Faham!” terus cair senyuman ku tadi.
           
                   Amboi! Panas barannya mamat ni.Rilek sudah.Baru kaca mata retak,dah melenting tinggi.Pantang sungguh aku jika ditengking-tengking sebegini rupa.
            
                  “Hello,cik abang oi! Awak ingat saya ni tukang baiki ke nak baiki kaca mata hitam ‘kesayangan’ awak tu cepat-cepat.Saya tahu lah saya salah sebab langgar awak dan rosakkan kaca mata hitam awak.Tapi, berilah saya masa untuk hantar kaca mata hitam tu ke kedai.” Aku terus membalas serangan itu.
          
                  “Ada saya kisah siapa awak? Nah! Awak ambil kaca mata ni.Esok,tepat 9 pagi saya tahu awak dah terpacak depan pintu masuk ni dengan kaca mata hitam saya yang telah dibaiki,okay! Terima kasih,saya pergi dulu.” Dengan muka cap tempe basi itu dia terus melangkah pergi.Pergi begitu sahaja?
            
                     “Eh,kurang asam betul mamat ni! Suka hati mengarah orang macam tu.Sombong betul! Tak apa,kau tengok lah apa jadi esok…” gigi ku ketap.Tanda geram melihat kesombongan lelaki itu tadi.Muka tak setampan Lee Min Ho pun.Tapi berlagak mengalahkan Mr. World!
            
                    Itulah dia pertemuan aku dengan Si Kaca Mata Hitam.Bagi aku jejaka yang berkaca mata hitam ni semua memang berlagak sombong.Mereka perasan bahawa diri mereka itu sangat hebat,tampan dan menjadi tumpuan gadis-gadis sekelilingnya.Tapi,maaf! Bukan gadis seperti aku.Mulai hari itu,
         
                           “Aku benci jejaka kaca mata hitam!” Luahan hati jujur melafazkannya pada bibir yang sedang berbicara.Pagi ini,pagi yang bermula dengan emosi.Semuanya gara-gara lelaki itu.Namun,apalah daya ku hendak lari dari takdirNya ini.Mahu tak mahu aku harus  hadapi ia juga.Terpaksalah aku keluarkan duit yang berbaki di dalam dompet kurus-keding ini untuk membaiki kaca mata itu.Sering kali aku begitu risau memikirkan soal duit.Kadang kala elaun daripada pihak penaja lambat dimasukkan.Jadi,sementara menunggu elaun dimasukkan terpaksalah aku membuat bajet untuk tempoh tertentu.Maklumlah,aku bukan datang daripada keluarga yang berada.Segala perbelanjaan ku di sini hanya mengharapkan elaun tajaan.Jika tidak,mati kebulur lah aku di sini.Pernah suatu masa dahulu,aku begitu terdesak akan duit oleh kerana pihak penaja terpaksa menangguh elaun selama sebulan.Lebih-lebih lagi ketika itu merupakan cuti musim sejuk.Ketika itu aku sedikit terkilan dan sedih melihatkan sahabat-sahabat lain gembira mengembara ke seluruh ruang Eropah.Sedang aku? Hanya mampu ‘menikmati’ keindahan gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka di rumah sahaja.Mujur ada teman yang sejati sentiasa di sisi ku.Dia lah teman sejati ku.Dia lah Humaira’,teman serumah ku.Pabila mengetahui akan masalah yang sedang aku hadapi ini,terus sahaja dia meluahkan kesudiannya untuk menemankan aku di rumah.
                    
                      “Sera,awak tak pergi mana-mana ya cuti kali ni?Tak apa,saya temankan awak ya.Lagi pun final lagi dua minggu.Boleh lah kita belajar sama-sama!”
                  
                          “Eh! Mai,awak pun tak pergi mana-mana ke?”
                   
                  “Kalau boleh memang nak.Tapi,tak syok lah kalau awak tak ada sekali.Tak apa,nanti cuti final ni kita ‘balas dendam’! Kita kumpul duit,kita pergi Istanbul,nak?” Istanbul? Satu-satunya tempat impian ku sejak dahulu lagi.Teringin sekali dahi ini bersujud di Masjid Kubah Biru itu.
                 
                         “Wah! Mesti lah nak! Jom kita rancang dari sekarang.” Teruja sekali.Tidak sabar rasanya menantikan saat itu tiba.Air muka yang tadinya berkecamuk dengan riak sedih terus sahaja berubah gembira.
                
                        “Istanbul kami datang!!!”Rumah sunyi itu tiba-tiba bersuara oleh sorakan gembira kami.Biar lah Winter Break kali ini kami ‘berpuasa’ selama tiga minggu di rumah sahaja.Peperiksaan akhir perlu diutamakan dahulu.Selepas itu,baru lah kami boleh ‘beraya’ di Istanbul.Dan Alhamdulillah,akhirnya perancangan kami berjaya.Impian untuk menapak di bumi Konstatinopal menjadi kenyataan.Percutian yang begitu sempurna sekali bagi ku.Ditambah lagi dengan keputusan final yang cemerlang menambahkan lagi kepuasan di hati.Mungkin ini lah hikmah disebalik duka yang Dia kirimkan pada ku sewaktu cuti musim sejuk dahulu.Mungkin jika aku pergi bercuti ketika itu,keputusan aku akan menurun atau lebih teruk lagi? Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segalanya.


**************

                           Seperti yang telah dijanjikan.Walaupun aku tidak pernah menjanjikan apa-apa dengan dia,rasa bersalah itu tetap mengasak aku untuk pergi berjumpa dengan lelaki itu juga.Betul-betul di hadapan pintu masuk Heidelberg,sekujur jasad sedang tegak berdiri dengan bangganya bersama kaca mata hitam.Berapa banyak lah kaca mata hitam mamat ni?
                       
                     “Assalammualaikum,nah! Kaca mata hitam awak.Saya dah tukar kanta dia dengan yang baru.Jadi,lepas ni saya tak ada masalah lagi dengan awak.Boleh saya pergi dulu?” Salam diberi.Namun,terukir pada riak wajah ku tanda benci melihat lelaki itu.
                     
                         “Waalaikummussalam! Apa ni? Saya nak kanta yang serupa macam kanta yang sebelum ni.Nah! Ambil balik!”
                      
                    "What! Kau dengar sini,susah payah aku pergi cari kedai kaca mata semalam.Dah tu terpaksa guna duit aku sampai aku terpaksa tak makan malam! Sekarang kau suruh aku ganti balik kanta ni? Okay,kau nak kanta yang serupa kan?Kau tengok ni” Api kemarahan semakin marak.Bisikan Si Durjana menambahkan lagi keberangan di hati.Kini,iman sedang bertubi-tubi ditindas oleh nafsu.Membuatkan aku  bertindak di luar jangkaan.Tangan ku lekas merampas kaca mata di tangannya lalu menghempaskan ia ke bawah.Tidak cukup dengan itu,aku tambahkan lagi dengan lanyakan tapak kaki ku.Dan pada ketika itu lah,
               
                    “Adik!!!!!!!!” jejaka berkaca mata hitam yang sedang berada di hadapan ku itu tiba-tiba menjerit.Dia jatuh melutut,mengutip sisa-sisa kanta yang telah hancur ku pijak.Bingkainya juga telah terpatah dua.Kemegahannya,ketampanannya tadi,kian lenyap digantikan dengan air mata yang mula jatuh berjurai-jurai pada pipi si jejaka itu.
            
              “Eh,awak okay? Kenapa menangis ni?” soal aku langsung tidak berjawab.Dia langsung pergi begitu sahaja.Pergi dengan hati yang sangat hancur.Kelihatan dari jauh dia sedang mengesat pipinya yang basah. Ya Allah,apa yang telah aku lakukan ini.Kejam sungguh hambaMu ini Ya Allah.Sungguh aku terlalu mengikut nafsu kemarahan sehingga lenyap sifat perikemanusiaan ku.Wahai Tuhan,ampun kan aku…
              
                    “Aku mesti minta maaf pada dia.” Hati berazam ingin perbetulkan segala khilaf yang telah dilakukan.
             

****************
                  
                        Puas aku mencari si dia di seluruh Heidelberg City.Hari ini sudah masuk hari kedua misi pencarian ku yang tampak tiada hasilnya.Namanya juga aku tidak tahu,bagaimana aku mahu bertanya pada orang.Jika sudah tahu nama,mungkin agak mudah untuk aku mencari dia
                 
                      “Excuse me..” tiba-tiba anak mata ku tertangkap seorang lelaki berkaca mata hitam sedang melintas di hadapan ku.Langsung ku tegur.
              
                          “Yes,can I help you miss?”
            
                         “Oh,nothing…sorry” sekali lagi jangkaan ku salah.Pantang melihat lelaki berkaca mata hitam pasti ku tegur. “Si Jejaka Mata Hitam,dimanakah kau.Izinkan aku untuk meminta maaf…” keluh hati merayu untuk bertemu dengan si dia sekali lagi.Dosa seseorang pada  seseorang hanya boleh dimaafkan oleh orang yang telah kita lakukan kesalahan padanya.Itulah yang dirisaukan aku.Takut-takut ‘masa’ itu tiba sebelum ku sempat meminta maaf padanya.Ketika menghirup secawan Cappuchino yang penuh dengan rasa kesal di dalamnya,tiba-tiba hirupan itu terhenti.Seorang lelaki sedang duduk betul-betul bersebelahan dengan meja ku.Kali ini,aku pasti itulah dia.Si Jejaka Mata Hitam!
                   
                     “Assalammualaikum” lembut suara ku melafazakan salam kepadanya.Tanda kesal.
                
                        “Waalaikummussalam,eh!” terkejut.Dahinya berkerut tatkala memandang tepat pada mata ku.Lalu,tanpa sebarang kata dia terus bangun.
               
                        “Eh,awak tunggu! Saya tahu awak marah.Saya minta maaf sangat-sangat tentang hari tu.Maaf kan saya…” langkahnya terhenti.Nyata dia memang seorang yang prihatin.Dia sedar bahawa aku benar-benar ingin meminta maaf.Kerusinya ditarik semula lalu mempersilakan aku duduk.
                 
                           “Saya bukan marah awak.Cuma saya agak terkilan dengan apa yang terjadi hari tu.Maklumlah,kaca mata hitam tu bukan sekadar kaca mata hitam sahaja.Malah lebih daripada itu.Disebalik kaca mata itu,ada pelbagai kisah suka duka saya dengan seseorang.”
               
                         “Maksud awak?” keliru.Persoalan mula melompat-lompat keluar.Kini,aku sudah mula faham kenapa kaca mata hitam itu membuatkan dia sedih.
             
                       “Semuanya berlaku sebulan yang lepas.Lebih tepat lagi pada tarikh 8 Mac.Waktu itu saya bersama keluarga pergi menghantar adik saya ke lapangan KLIA kerana dia akan menyambung pelajarannya di Beijing, China.Ketika minit-minit terakhir untuk kami berjumpa,dia ada memberikan sesuatu pada saya.Sesuatu pemberian yang amat bermakna buat saya.Kaca mata hitam inilah pemberian darinya.Inilah kenangan terakhir saya dengan dia.Saya rasa tak perlu lagi saya ceritakan apa yang terjadi selepas itu.Seluruh dunia telah gempar mengenai tragedi ini.”
             
                   “Innalillahiwainnailaihiraji’un.Awak,saya tak sangka boleh jadi macam ni sekali.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya janji,saya akan bayar berapa sahaja yang awak minta.”
               
                  “Tak apa lah.Takdir dah terjadi.Siapa lah kita nak menghindarinya.Jika sudah tertulis di ‘atas’ sana tentang sesuatu,pasti akan terjadi jua.Kita sebagai hambaNya,perlu kuat dan tabah menghadapi segala ketentuan.Reda dengan apa yang berlaku.Saya yakin disebalik semua ini pasti ada hikmahnya.Soal awak,saya sudah lama maafkan.Saya tak ambil hati pun.Awak tak perlu lah risau ya.” Senyuman di bibirnya  jelas terukir tanda ikhlas.Mudahnya dia memaafkan seseorang yang telah pun merosakkan sebuah kenangan yang sangat bermakna dalam hidupnya.
                          
                 Dia seorang jejaka yang berkaca mata hitam.Sungguh tanggapan aku terhadap dia sangat berlawanan dari apa yang sedang aku perhatikan di hadapan ku sekarang ini.Dia jejaka berkaca mata hitam punya hati yang sangat tulus dan luhur.Meski hatinya lembut namun jiwanya kental menghadapi segala ujian yang sedang bertandang dalam bahtera hidupnya.Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga pasti memberikan satu tamparan yang amat menyakitkan sehingga meninggalkan luka pada hati.Namun,tidak bagi lelaki berkaca mata hitam di hadapan ku ini.Dia masih lagi mampu berdiri menjalani pelayaran itu..Aku kagum melihat dia.Sungguh kejadian yang berlaku pada aku ini menyedarkan aku bahawa ada insan yang lebih susah daripada apa yang sedang aku alami.Hati ku tertarik melihat perilakunya,seolah-olah hati aku telah terdetik sesuatu.
                  
                    “Ya Allah,jika Dia lah takdir ku.Kau satukan lah kami.” Hati berbisik.
                        
                  “By the way,nama saya Sahirah Akilah.Degree tahun dua Kejuruteraan Fizik.Awak?”
                    
                  “Saya Tengku Nashrin.Master final year dalam perubatan.”
                   
                  “What! Master? Final year? Berapa umur awak sebenarnya?” jelas terpampang pada wajah ku.Tanda tidak percaya.Muka semuda dia merupakan Master holder tahun terakhir.
                  
                     “Saya dah 28 tahun.Kenapa? Tak percaya?” ketawanya kecil melihatkan aku yang sedang melopong terkejut.Siapa tidak percaya melihat muka semuda itu rupanya sudah 28 tahun.Tua enam tahun dari umur ku.
                
                   Mulai hari itu,bermula lah perkenalan buat kali kedua antara aku dengan seorang jejaka berkaca mata hitam.Dia tenang dan sentiasa menggembirakan orang-orang di sekelilingnya.Sesuai sekali untuk dicalonkan dalam senarai jejaka idaman ku.Hari demi hari,kami lebih mengenali antara satu sama lain.Namun,proses perkenalan kami bukan seperti pasangan-pasangan lain.Kami tidak bertemu secara berdua,kami tidak pernah berhubung dan kami juga tidak pernah bertanya khabar.Jadi bagaimana kami kenal? Jawapannya ialah kawan! Sering kali aku bertanya pada kawan-kawan perempuan yang mengenali dia.Aku tanya pencapaian akademiknya,bagaimana pergaulan dia antara lelaki dan perempuan,apa yang sering dia lakukan serta banyak lagi.Bermacam-macam perkara aku tahu tentang dia.Kini,nama Tengku Nashrin itu tergolong antara tiga teratas dalam carta jejaka idaman ku.
                   
                          Itu lah cerita dua tahun yang lalu tika aku di Jerman…


*******************

                         “Aku terima nikah Sahirah Akilah Binti Mohd Sah dengan mas kahwin RM 14.00 tunai..” Akad dilafaz.Doa dimohon pada  Yang Esa.Maka terputuslah sebuah timbunan beban yang dipanggil tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak perempuannya.Beban itu kini digalas oleh seorang lelaki yang sedang berada di tengah ruang tamu bersebelahan dengan ayah.Dia lah Si Dia yang diutus oleNya untuk memimpin ku sepanjang perjalanan ini.Perjalanan sebagai seorang isteri sudah semestinya bukan mudah seperti yang dijangka.Walau ini lah saat paling indah buat aku,namun di sebalik senyuman itu masih ada sisa-sisa kerisauan untuk menggalas tanggungjawab ini.
                   
               Mungkin Si Dia lah yang terbaik buat ku.Sesungguhnya kita merancang,Allah juga merancang.Dan sebaik-baik perancang sudah semestinya Allah.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagi kamu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah;216)

                         “Mai,kau ada nampak Nashrin tak? Dah lama aku tak nampak dia.” Soal aku pada Humaira.
                      
                          “Tengku Nashrin?”
                    
                          “Siapa lagi Nashrin kat Heidelberg ni..”
                   
                         “Eh,kau tak tahu ? Dia kan dah habis belajar.Masa kita cuti sem bulan lepas.Dia terus balik Malaysia.”
                      
            Aku terkesima pabila mendapat berita yang Tengku Nashrin sudah balik Malaysia.Sudah sebulan aku di sini,kini baru ku tahu khabarnya.Mungkin Tengku Nashrin bukan lah jodoh terbaik buat ku.Sejak hari itu sehingga lah hari aku bernikah,aku langsung tidak menerima berita tentangnya.
                   
            “Tengku Nashrin.Walaupun takdir pernah menemukan kita suatu ketika dahulu.Kini,takdir itu telah memisahkan kita.Meski kau tidak mengetahui,tetapi aku yakin Allah tahu bahawa engkau pernah bertakhta di hati ku.Namun,sekarang hati ini telah pun menjadi milik Si Dia.Aku gembira kerana pernah bertemu dengan seorang jejaka seperti engkau.Tetapi nyata Allah lebih mengetahui.Allah mengurniakan sesuatu kepada kita,bukan apa yang kita mahu.Tetapi,Dia mengurniakan sesuatu kepada kita,kerana itulah yang kita perlukan sebenarnya.Kini,Allah telah berikan sesuatu yang sememangnya aku perlukan.Allah satukan aku dengan Si Dia kerana Si Dia lah yang terbaik untuk aku.Semoga Allah juga mempertemukan seseorang yang terbaik untuk kau.”


Siapa Si Dia?

Hanya Tuhan Yang tahu... =)
                        
                                                                
 Encik Mimpi kata :
“Jejaka kaca mata hitam.Pada tanggapan kita ‘jejaka kaca mata hitam’ itu merupakan suatu simbol yang melambangkan kemegahan,keegoan dan kebanggaan.Tetapi kadang-kala tanggapan itu salah sama sekali.Nyata ianya hanya sekadar satu penilaian dari sepasang mata sahaja.Janganlah kita menggunakan mata ini sebagai satu cara untuk kita menilai diri seseorang.Sebaliknya,nilai lah dengan mata hati.Tidak semestinya wanita yang tidak bertudung itu tidak beriman.Jangan lah sewenang-wenangnya melabelkan non-muslim itu sebagai ahli neraka.Bukan bermaksud mereka yang telah terjebak dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas,zina adalah golongan yang telah binasa kehidupannya.Sesungguhnya,kita lah yang harus bertanggungjawab memimpin mereka ke arah jalan yang benar.Bersamalah kita membina sebuah umat Islam yang hebat dan disegani suatu ketika dahulu…”


Sunday 13 April 2014

Cinta Dia


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cinta Dia


Petang 12 April,
Hamparan langitNya tenang sekali,
MentariNya redup menyinari segenap alam,
Jari-jemari lekas menaip,
Pada papan Lenovo,
Hati tergerak ingin menyampaikan sesuatu,

Cinta pada Si Dia,
Setiap kita pasti ada Si Dia,
Dalam ruang hati itu,
Kian masa mu,
Pasti sahaja teringat pada Si Dia,
Namun adakah kita senantiasa mengingati
Pemilik cinta sebenar itu?

Cinta pada Si Dia,
Pasti rela berbuat apa sahaja,
Biar mengalir peluh mu,
Membentuk sungai,
Asalkan Si Dia tersenyum,
Namun,
Adakah sudah kau tunaikan segala perintah Dia?

Tinggi cinta mu pada Si Dia,
Tapi,
Haruslah tinggi lagi cinta mu pada Dia.



Saturday 12 April 2014

Puisi Jejaka Kaca Mata Hitam


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Puisi Jejaka Kaca Mata Hitam

Jejaka berkaca mata hitam,
Kau di sana,
menjadi perhatian,
buat gadis-gadis di hadapan mu,
di mata mereka,
kau tampak hebat,'macho',tampan,
pada mereka,
kau sungguh bergaya,romantik,
dan pastinya menjadi pujaan,
dalam setiap hati-hati yang melihat,
ketampanan mu,
kehebatan mu,
hebat sekali engkau di hadapan mereka itu,
tapi di hadapanNya?

Wahai jejaka berkaca mata hitam,
walau sehebat mana engkau bersama kaca mata hitam mu,
engkau tetap seorang hamba kepadaNya.



Tuesday 8 April 2014

Sakit itu Suatu Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

                           

~ Demam~

Aku teringat semalam sewaktu hendak melelapkan mata tiba-tiba aku bermonolog sendirian, "Haih,dah lama tak sakit..."

Dan hari ini Allah menambil nikmat sihat itu daripada aku.Tengah hari tadi kepala dah mula memberat.Terhuyung-hayang aku dibuatnya.Ditambah lagi dengan kehangatan bahang matahari lebih memeningkan kepala.Seharian waktu aku dihabiskan dengan hanya terlantar sahaja di atas katil.Bila tiba waktu malam suhu badan semakin meningkat.Dan berakhirlah nikmat sihat ku....

Namun,aku gembira aku sakit.Kenapa? Kerana aku yakin bahawa Allah masih ingat pada hambaNya ini.Dia berikan aku sakit ini kerana sudah lebih empat bulan aku tidak sakit.Dia takut aku leka.Kerana itulah Dia berikan aku sakit ini.Dia juga ingin ingin hapuskan dosa-dosa ku yang dahulu.Kerana itulah aku gembira pabila aku sakit.Bercakap mengenai sakit mengingatkan aku pada saat-saat getir semasa aku sedang meniti hari-hari peperiksaan percubaan MARA tahun lepas.

Semuanya bermula pada minggu terakhir peperiksaan percubaan MARA.Minggu itu aku akan menduduki peperiksaan subjek Kimia dan Pendidikan Jasmani.Aku  mula berasa tidak sedap badan sewaktu mengambil kertas Kimia,sehari sebelum tamatnya peperiksaan.Tetapi,Alhamdulillah tubuhku dan otak ku masih kuat untuk aku menjawab kertas pada hari itu.Keesokkan harinya,bangun sahaja daripada tidur aku tidak lagi mampu berjalan.Badan ku panas mendidih.Lebih teruk lagi kelihatan bintik-bintik ruam merah mula bersepah pada tubuh badan ku.Aku mula risau.Pagi itu aku hanya membersihkan diri seadanya kerana aku tidak lagi mampu menahan kesejukan.Jam menunjukkan pukul 10 pagi.Kertas PJ akan bermula jam 11:30 pagi.Bermula saat itu aku sudah cukup pasti apa yang sedang aku alami sekarang.Aku bukan sekadar demam,malah turut dijangkiti penyakit CHICKENPOP.Pagi itu aku terpaksa dikuarantinkan di satu bilik khas untuk mengambil kertas PJ.Otak tidak lagi berupaya berfungsi dengan baik seperti kebiasaan.Saat itu,aku pasrah dan serahkan segalanya kepadaNya.Maklumlah orang lain berkesempatan untuk mengulang kaji semalam.Sedang aku hanya terbaring layu di atas katil.Walaupun ianya hanya subjek picisan,namun cukup memberi kesan pada pointer kami.Selesai menjawab,lekas aku menghubungi ayah untuk membawa ku pulang.Dek kerana malu dilihat orang aku mengunci diri ku di dalam bilik sakit sementara menantikan ketibaan ayah.Dalam aku sendirian,ada juga insan yang sudi melawat aku.Terima kasih,sahabat!

Dua minggu aku hanya mampu terlantar di atas katil bilik.Tanpa berupaya melihat cahaya En. Matahari mahupun Si Purnama.Apatah lagi menjejakkan kaki di luar rumah untuk menghirup udara.Dua minggu itu sudah cukup merisaukan aku kerana banyak kelas yang aku ketinggalan.Tambahan lagi,aku pulang tanpa membawa sebarang buku untuk diulang kaji.Jadi,tempoh dua minggu itu otak ku rehat sepenuhnya tanpa sebarang ilmu untuk diserap.Alhamdulillah,tempoh dua minggu itu tamat akhirnya dan aku boleh pulang ke maktab untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa.Inilah kali pertama aku teruja sekali untuk pulang ke maktab.Sungguh 14 hari itu adalah ujian buat aku.Dalam menghitung hari SPM yang bakal tiba kurang dari sebulan lagi,aku diduga sekali lagi dengan sakit semput yang amat teruk.Baru sahaja seminggu aku sihat Allah menarik semula nikmat itu.Dan seperti biasa aku pulang ke rumah untuk mendapatkan rawatan.Pada mulanya aku dibawa ke Hospital Pontian untuk menyedut mesin yang aku pun tidak tahu apakah namanya.Selama hampir satu jam aku menyedut mesin itu.Namun,masih lagi tidak berkesan.Malah aku terasa ianya semakin teruk.Seluruh tubuh menggigil secara tiba-tiba.Semalaman aku tidak melelapkan mata dek kerana sesak nafas dan batuk yang sangat kritikal.tiga hari berlalu begitu sahaja.Akhirnya ayah mengambil keputusan membawa aku ke Hospital Pakar Muar untuk mendapatkan rawatan yang lebih serius.Sekali lagi aku diberikan sedutan 'Shi-sha' itu.Syukur rawatan yang diberikan membuatkan aku sedikit lega.Tetapi balik sahaja dari hospital itu,aku tidak lagi mampu bersuara.Sepatah perkataan pun langsung tidak mampu ku lafazkan.Saat itu aku cukup-cukup risau teramat sangat.Bukan risau kerana masih belum sihat,tetapi dek kerana SPM yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.
                               
                     "Dua minggu! Dua minggu untuk aku mengulang kaji semula segala yang aku tinggal? sempat ke? " Soalan itulah yang sentiasa berawangan di minda ku setiap hari.

Kini,sudah seminggu aku di rumah.Dan sakit ku masih belum reda.Aku masih semput.Aku masih batuk.Aku masih tidak boleh bersuara.Satu hari mak bertanya pada ku,

                        "Macam mana? nak balik juga ke?" Lantas aku menganggukkan kepala tanda mengiakan soalan mak itu bagi menggantikan lunak suara ku.Mak dan ayah tidak lagi mampu berbuat apa-apa.Segala kudrat mereka telah pun digunakan,namun langsung tidak menunjukkan hasil yang positif kepada kesihatan ku.Hanya mampu berdoa kepadaNya sahaja.Akhirnya,hari itu aku pulang juga ke maktab dengan keadaan diri yang serba lemah tidak berupaya.Tidak dapat aku membayangkan bagaimanakah akan aku hadapi dua minggu yang berbaki ini.Berat mata memandang berat lagi kudrat yang sedang berdiri ini.Demi masa depan dan demi mak ayah aku terus kuatkan diri ku untuk tetap menghadirkan diri ke kelas.Aku sudah tidak lagi pergi ke prep malam.Setiap malam jasad ku pasti akan kelihatan terbaring di bahagian luar surau.Kadang-kala menitis air mata ku dek kerana hati aku tidak mampu menahan beban itu.Doa memohon agar Dia mengurniakan aku kesihatan yang baik tidak pernah lekang dari mulut ku....

Kini,SPM hanya berbaki tujuh hari sahaja lagi.Dan syukur kepadaNya kerana akhirnya doa ku dikabulkan.Semput,batuk ku telah pun baik.Telah tiba masanya untuk aku mempersiapkan diri ini dengan segala kelengkapan senjata yang bakal ku bawa minggu hadapan di medan SPM.Dalam kesibukan itu tiba-tiba aku tersentak,

                            "Ya Allah,terima kasih kerana meminjamkan aku nikmat sihatMu ini.Alhamdulillah..."

Sakit itu suatu anugerah dari Allah.Sesungguhnya aku telah sedar apa yang Dia telah lakukan pada ku sewaktu meniti hari-hari SPM itu.Rupa-rupanya Dia mengirimkan aku kesakitan itu adalah untuk memberikan aku rehat yang secukup-cukupnya.Dia mahu mental dan fizikal ku bersedia sebaik-baiknya sewaktu menghadapi peperiksaan.Nyata,ianya memang memberikan kesan dalam diriku.Setelah berehat selama tiga minggu,kini aku cukup kuat untuk menghadapi hari yang dinanti-nantikan itu.Itulah anugerah yang aku miliki dariNya.Alhamdulillah,setelah hari keputusan SPM tiba pada tanggal 20 Mac,aku mendapat keputusan yang diharapkan.Sungguh aku terkejut saat melihat keratan slip itu.Pada slip itu cukup membuktikan bahawa sakit yang aku hadapi selama ini langsung tidak memberikan kesan pada keputusan itu.Aku bukan mahu berbangga atau takbur akan apa yang aku peroleh.Tetapi aku ingin nyatakan di sini bahawa kejayaan seseorang itu bukan terletak dalam tangan seseorang sahaja.Ya,memang kita harus berusaha untuk mengecapi kejayaan.Namun,disebalik segala usaha yang kita lakukan itu ada satu kuasa yang mengawal segalanya,Allah!.....



Thursday 3 April 2014

Ini Baru #THROWBACK!

Bismillahirramanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sekejap sungguh masa itu berlalu.Setelah Mac melabuh tirainya,kini April pula tiba melebarkan sayapnya membuka cerita-cerita baharu buat kita semua.Yang penting,masa yang berlalu tidak akan dapat kembali semula.Teruskanlah maju mengorak langkah dalam pelayaran hidup ini.Ada kata-kata pujangga Barat menyebut “You can’t live a positive life with a negative mind”.Kata-kata ini membawa maksud bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran positif dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.Tidak kiralah sama ada ianya manis untuk dirasa atau pahit untuk ditelan.Kerana kadang-kala,yang pahit itulah penawar.
Hari ini,tiba-tiba diri ini terpanggil hendak membuka kembali diari-diari lama semasa zaman sekolah.Jom #THROWBACK!

CERITA PUKUL  2 PETANG
Jam 2 petang.Masa yang sangat dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar seperti kami(MRSM).Masa inilah kelas tamat.Bagi yang last period mereka adalah kelas Fizik,Bio,Kimia dan Add Math pasti melonjak gembira(faham-faham ya).Bila tamat sahaja kelas,lokasi pertama yang akan dituju adalah Dewan Selera.Momen yang aku rindu saat ini adalah pabila melihat menu makanan.Haha,bila yang tertera pada menu makanan adalah ayam sambal,ayam goreng,ikan keli cepat sahaja kami mencedok nasi dan beratur di kaunter.Tapi,kalau yang tertera ialah ikan goreng,daging mulalah masing-masing berpatah balik.Menuju ke mana? Haha “Jom pergi café!”.Cafe diserang hanya untuk membeli telur goreng.Telur goreng bersama sambal goreng.Memang sedap! Setelah selesai makan,lokasi seterusnya ialah surau.Seperti biasa solat zohor berjemaah.Inilah antar kebaikan bagi mereka yang masuk asrama.Tidak ku nafikan solat jemaah seseorang lebih terjaga bila di asrama berbanding jika di rumah.Dan setelah selesai solat,masa ini tahu apa jadi di surau??? Maka bertebaranlah jasad-jasad yang lemah di lantai surau.Hahaha,masa inilah kami mengambil masa yang ada untuk melelapkan mata setelah lebih 6 jam ber’main’ di blok akademik.Dari jam 2:30 sampailah pukul 3 kami tidur.Walaupun hanya 30 minit,tetapi sudah cukup untuk membekalkan kami tenaga untuk 2 jam seterusnya.Itulah cerita pukul 2 petang…

CERITA HUJAN HARI AHAD
Hari Ahad hari paling free buat kami.Tiada kelas,tiada aktiviti.Hari inilah kami basuh baju,jemur baju,iron baju,kemas bilik dan sebagainya.Satu perkara yang aku tidak suka hari ini ialah INSPECTION a.k.a GOTONG-ROYONG.Balik sahaja dari solat subuh belum sempat touch-down atas katil siren dah bunyi.Tandanya inspection sudah bermula.Inspection di maktab sangat-sangat terperinci.Kami harus mengikut semua spesifikasi yang diberikan.Jika tidak,denda menanti.Bermula jam 7 pagi hinggalah 10 pagi.Lama tak lama kami bergotong-royong.Sebab itulah bilik kami bersih tahap tip-top.Tapi,itu hanya sementara.Bila warden-warden keluar sahaja dari asrama semuanya kembali seperti sediakala(faham-faham ya).Masa inilah semua akan terbongkang di atas katil.Qada’ tidur.Hahah.Tetapi,ada bahaya bila tidur selepas inspection. “H.U.J.A.N”.Serangan Encik Hujan menanti buat mereka yang terlena.Jangan menangis bila anda bangun sahaja dari tidur,anda dapati baju-baju yang dah bersih mewangi di ampaian basah kuyup.Itulah padahnya bila tidur selepas inspection.Bila,baju semua dah basah,hanya ada satu sahaja jalan penyelesaian.P.I.N.J.A.M. Ada juga yang ‘kreatif’ mengeringkan baju mereka dengan IRON.Ada juga yang menjemur di dalam bilik menggunakan kuasa angin.Hahaha.Bijak sungguh budak-budak hostel.Satu lagi momen indah bila hari ahad hujan ialah pesta Maggi! Masa inilah jualan Maggi laris dijual.Makan Maggi panas dalam kedinginan bayu hujan….sangat nikmat.Terasa ke’Maggi’annya.Habis lah sudah cerita hujan hari Ahad….

CERITA BALIK MAKTAB
“Arghhhh,tidak!!!!Homework tak siap lagi!!!!” kata-kata normal bagi kami setiap kali cuti sekolah tamat.Namun,itu hanya sekadar kata-kata sahaja.Nampak macam stress.Tapi sebenarnya kami ‘cool’ je. Boleh layan FB,update status lagi. “Prep malam kan ado?” Hahah.Tidak siap kerja sekolah bukan bermaksud kami malas.Tapi,kerana kami sibuk menghabiskan waktu bersama keluarga tersayang.Bukan senang untuk bergurau-senda dengan adik-adik,keluar jalan-jalan dengan keluarga.7 hari bagi kami tidak cukup untuk melepaskan rindu yang telah sekian lama terpenjara di asrama.Inikan pula cuti Sabtu Ahad.Walaupun kadang-kadang keluarga ada datang melawat,tapi masih lagi belum cukup menjadi penawar rindu kami.Sebab itulah homework kami tak siap. Jam 1 tengah hari.Masing-masing muka dah macam lempeng basi.Hati sudah basah dengan air mata sedih dek kerana cuti telah tamat.Namun,kami KUAT!.Walaupun sedih hendak berpisah dari keluarga,kami tetap tersenyum.Kerana apa? Kerana ada sahabat yang sedang menanti di asrama.Menanti apa? HAHAHA.Menantikan ‘bekalan-bekalan’ dari rumah hasil sentuhan mak tersayang…Masa balik maktab inilah penuh bonet kereta.Balik rumah satu bag.Balik maktab bag beranak dua.Lagi dua bag itu ialah barang keperluan dan MAKANAN! Bila buka pintu bilik sahaja muka yang kuyu tadi terus sahaja bercahaya gembira kerana disambut meriah oleh ahli-ahli bilik.Terasa kehadiran diri ini sangat bermakna  buat mereka. “Yeah!Budak Pontian dah balik!” , “Eh,si____ tak balik lagi ke?” , “Wah!besar bag plastic” .Itulah antara dialog-dialog yang pasti keluar dari mulut kami.Bag-bag tadi terus sahaja diletakkan atas meja belajar.Malam lepas balik prep baru kemas.Masa yang berbaki itu dihabiskan untuk bersembang dengan ahli bilik.Tidak cukup ahli bilik,bilik jiran diziarah.Sambil-sambil ziarah bilik,sambil-sambil mengisi perut,hahah(faham-faham ya).Jam 7:30 malam,di surau.Riuh rendah suasana di surau.Masa inilah kami menyambung cerita yang masih belum tamat sejak di asrama tadi.Sehiggalah ketua warden datang ke hadapan surau memberi ucapan selamat kembali,barulah aman.Namun,dalam keamanan itu masih ada suara-suara ‘halus’ menyelubungi suasana surau.Jam 9 malam.Maka prep malam pun bermula.Masa inilah kegiatan photocopy giat dijalankan.Mana-mana mereka yang sudah siap kerja sekolahnya,itulah yang menjadi sumber mesin pencetak.Masa inilah insan-insan tersebut mengambil keuntungan. “Terima kasih,bro!Nanti esok aku belanja kau nasi lemak ayam” Haha.Cerita balik maktab yang penuh momen indah masih lagi tercatat dalam diari ingatan kami.Bagi kami,ia mengajar kami untuk bijak menyelesaikan masalah.Kami belajar untuk berkongsi.Kami belajar untuk bergembira sedang hati kami dalam kesedihan dek kerana terpaksa berpisah dengan keluarga. “KAMI KUAT!”

CERITA BLACKOUT
Sedang tangan sibuk menari-nari bersama Sang Pensil.Sedang otak sibuk menyerap segala ilmu.Tiba-tiba, “Arghhh!!!!” satu jeritan berjemaah kedengaran serentak di segenap penjuru blok akademik.Gelap-gelita,hanya diterangi cahaya malam purnama.Ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung.Bergegar bangunan akademik dek jeritan minah-minah gedik.Yang si jejaka tidak kurang gediknya.Mereka akan meriuhkan lagi keadaan masa ini.Maka,bertambahlah kegedikan minah-minah ini.Dalam kegelapan dan keriuhan itu,tiba-tiba “DIAM!!!!!!”.Secara riflek keadaan terus bertukar kepada mode silent.Rupa-rupanya taiko form 5 jerit.Masa ini,banyaklah ‘penanggal-penanggal’ dok sibuk bersidai di koridor aras.Terjenguk-jenguk ingin melihat gerangan siapakah yang bersuara ‘macho’ itu.Dan sekali lagi,si taiko bersuara. “Masuk kelas la wei!!!” ‘Penanggal-penanggal’ tadi tiba-tiba berkaki pula.Kedengaran hentakan-hentakan kaki melangkah masuk ke kelas.Suasana terus sunyi sehinggalah kembali riuh semula tatkala elektrik terjana semula.Selepas itu,keadaan kembali seperti sediakala.Bila hari esok, “Ahmad!Kenapa tak siap homework?” Haha.Alasan yang paling WAJIB diberi ialah; “Malam semalam blackout,cikgu” .Tiba-tiba satu kelas bersuara menyokong Ahmad. “Ya,cikgu!Semalam satu prep malam blackout”(padahal 5 minit sahaja blackout).Oleh kerana cikgu tinggal di luar maktab,alasan itu diterima.Maka,terlepaslah mereka dari berdiri selama dua masa.HAHAH~~~~

CERITA SLIPAR JEPUN
Alkisah satu malam.Aku singgah sementara ke bilik kawan untuk mengambil barang yang tertinggal.Dan dalam masa 10 saat itu slipar jepun lesap. “Siapa amik slipar aku!!!” Satu malam dihabiskan untuk acara explorace mencari slipar jepun.Walaupun sekadar slipar jepun,namun ia amat bermakna buat kami.dengan slipar lah kami bawa untuk mandi.Malam itu operasi SAR gagal.Maka,malam itu terpaksa kunci jam awal untuk bangun awal esok pagi.Kenapa? Supaya dapat pinjam slipar kawan dahulu.Kalau bangun lambat,memang cari nahas.Sebab masing-masing akan menggunakan slipar masing-masing pagi itu.Setelah 2 bulan berlalu,operasi SAR telah lama ditamatkan.Slipar yang baharu pun telah diberi.Tiba-tiba terjumpa semula slipar jepun yang telah kian lama menghilangkan diri.Cantik sahaja ia tersusun di rak kasut depan bilik KAWAN!.Rasa marah memang ada.Tapi,marah itu hanya dibiarkan tenggelam begitu sahaja.Slipar itu dibiarkan sahaja di situ.Bukan kacang melupakan kulit,tapi sedekah.Situasi ini mengajar kami untuk sentiasa bersabar lebih-lebih lagi dek kerana hal-hal small matter seperti ini.

CERITA TENTANG KITA
Itulah cerita tentang kami.Jika cerita-cerita ini mampu ku coretkan pada helaian-helaian kertas,pasti akan ku lakukan.Jika cerita-cerita ini mampu ku rakam,akan ku lakukan.Namun,ianya hanya sekadar terkunci dalam kotak minda.Kenangan-kenangan itu baik yang gembira ataupun sedih banyak mendidik kami untuk belajar menjadi seorang manusia.Bukan sekadar manusia biasa malah lebih membentuk kami menjadi seorang hamba.Semoga momen-momen ini akan tetap terus terbuku dalam setiap ingatan kami semua.
“KAMI BUDAK HOSTEL”
=)