Powered By Blogger

Friday 28 February 2014

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
(sebuah cerpen pendek)

Sajak Hidupku

Kalau dulu,
Hidupku begitu bahagia,
Hidupku dipenuhi dengan gelak ketawa,
Hidupku begitu tenang dan aman sekali,
Aku boleh bergurau dengan adik-adikku,
Aku boleh mencium tangan orang tuaku tiap kali pergi ke sekolah,

Tapi sekarang,
Hidupku berubah,
Tiada adik-adik,
Tiada mak ayah disisi,
Membuatkan hidupku seperti kosong,
Tidak bererti,

Aku tidak lagi dapat merasai semua itu,
Semuanya aku lakukan sendiri,
Semuanya aku tempuh sendiri,
Kerana terkandas di dalam,
"Penjara kejayaan",

"Penjara kejayaan"? atau dalam erti kata lain asrama.Ya!Aku ialah pelajar asrama.Dan aku tidak suka duduk asrama.Kenapa? Jawapan itu ada pada sajak yang aku tulis di atas.Aku tidak tahu mengapa mak ayah aku hantar aku ke sekolah ini.Aku tahu dulu,aku ini anak yang kurang ajar dan biadap.Tapi tidak bermaksud aku bencikan mereka."Mak,Ayah Angah minta maaf jika Angah selalu kurang ajar.Tapi Angah masih lagi sayang pada Mak dan Ayah.Kenapa Mak Ayah hantar Angah sekolah jauh-jauh ni?kenapa?".Aku masih lagi tidak mengerti.Soalan itu terus terkubur di telan dek masa yang berlalu.

Sejak aku masuk asrama,aku berjauhan dari mereka yang aku sayang.Adik-adik,kawan-kawan dan...sudah tentu Mak dan Ayah.Cukup jauh dari mereka.Sehingga merentas sempadan negeri.Aku sangat merindui mereka.Setiap hari aku menghubungi mereka di public phone.Aku langsung tidak malu tatkala aku menangis-nangis di public phone.Setiap hari aku merayu Mak dan Ayah untuk mengeluarkan aku dari tempat ini.Tapi mereka tetap berkeras jua.Entah apa yang mereka fikirkan.Kalau inilah yang terbaik untuk aku.Aku rasa tidak.Bagi aku langsung tidak gembira tinggal di sini keseorangan.Seringkali,aku bersendirian di sini.Kerana aku seorang yang pendiam.Aku tidak pandai bergaul.Kerana itulah aku tiada kawan.

Setahun berlalu.Dan aku masih lagi terkandas di "penjara" ini.Aku masih lagi tidak menemui jawapan mengapa aku dihantar ke sini.Tetapi aku sudah mula belajar sesuatu di sini.Aku pandai basuh baju,Aku pandai iron baju,aku pandai berbelanja sendiri.atau aku telah BERDIKARI.Dulu aku tiada kawan.Tapi sekarang aku sudah mula disenangi mereka.Tapi,aku masih aku yang dulu.Aku tetap ingin keluar dari sini.Sehingga sekarang public phone lah teman karib ku.Pagi sebelum pergi kelas,aku jumpa 'dia'.Petang lepas habis kelas,aku jumpa 'dia'.Malam sebelum tidur pun aku jumpa 'dia'.

Tahun ketiga aku di "penjara kejayaan'.Satu cahaya petunjuk yang dahulunya malap kini mula menerang.Dia sedang mula menunjukkan sesuatu untuk aku.Sedang usia aku meningkat,fikiran aku juga mula dewasa.Aku mula memikirkan mengenai kehidupan aku selama ini.Jika dulu aku tiada matlamat hidup.Aku tiada target yang ingin aku capai dalam hidup.Tapi,pabila aku mengenangkan kembali selama aku di sini,aku sudah mula mengejarkan sesuatu.Iaitu,aku ingin cemerlang dalam peperiksaan.Dan syukur kepada Dia kerana aku sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaanku.Mungkin ini semua kerana aku sudah mempunyai matlamat.Mungkin.

Kini,sudah tiga tahun aku di "penjara...,eh aku rasa perkataan itu sudah tidak sesuai.Mungkin perkataan ini yang aku perlu sebut tiga tahun dahulu,"Madrasah Kehidupan".Kenapa?Kerana memang itulah nama yang sepatutnya.Persoalan tiga tahun dahulu,kini telah terjawab.Tapi,jawapan yang aku temui bukan sekadar itu,malah aku temui bermacam-macam jawapan:

 1.Well,aku telah mampu berdikari.Semuanya aku lakukan sendiri.
 2.Aku menjadi seorang yang kuat.Kuat menempuh pelbagai ujian yang datang.Semuanya aku selesaikan sendiri dengan bantuan Dia.
3.Perangai aku telah berubah.Berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.Aku tidak lagi menderharkai kedua orang tua ku.
4.Aku mempunyai matlamat hidupku sendiri.
5.Aku belajar untuk tidak berputus asa.
6.Aku dilatih menjadi muslim yang baik.Solatku terjaga,akhlakku terjaga.

Kini,aku sudah dapat melihat lukisan hidupku.Aku tidak menyangka sungguh indah sekali lukisan itu.Sungguh halus.Sungguh teliti.Dan tentunya penuh makna di sebalik lukisan itu.Dia yang melukiskan ia untuk aku.Dia takdirkan aku untuk belajar di sini adalah untuk mengubah diri aku yang dahulu.Aku yakin dan pasti,jika aku tidak dihantar ke sini aku masih lagi tidak menghormati kedua orang tua ku.Jika aku tidak dihantar ke sini,sudah tentu aku akan terpengaruh akan segala racun-racun di luar sana.Yang akan menarik aku keluar dari landasan ituDan aku pasti agama dan iman ku tidak akan terjaga jika aku tidak dihantar ke sini.Kerana itulah Dia takdirkan diri aku ini di tempat ini.

"Aku yang dulu bukan yang sekarang..."aku

Betapa tulus dan sucinya cinta Dia pada hamba yang hina seperti aku ini.Jika manusia, dia menunjukkan kasih sayangnya pada kekasihnya.Dibelikannya bunga,berlian dan permata supaya si dia menyayangi dia.Tapi itu bukan cara Dia.Bagi Dia,kasihNya sungguh halus sehinggakan hambaNya itu tidak dapat melihat kasih sayangNya.Mengapa Dia lakukan sedemikian?Kerana Dia ingin hambaNya ini untuk mencari kasih sayang itu sendiri.Kerana itulah kita hendaklah sentiasa bermuhasabah.Ambillah sedikit masa dalam kehidupan seharian kita untuk memikirkan nikmat-nikmatNya,kebesaranNya,penciptaanNya.Pasti air mata mu akan menitis.Saat itu,barulah kita sedar betapa banyaknya nikmat yang diberikan pada kita selama kita hidup,sehinggakan kita tidak sedar itulah nikmat sebenarnya.

(Cerita di atas ini adalah cerita sebenar yang saya peroleh dari seorang rakan saya.Dia kongsikan cerita ini pada saya dan meminta saya supaya ceritanya ini dikongsikan bersama.Semoga ia dapat memberi manfaat buat kita semua dalam menuju redaNya...)


"Saya rindu Allah"


    

Wednesday 26 February 2014

Surat Untuk Dia

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Surat Untuk Dia

                                    "Ah!Sarah dah besar mak.Sarah tahu yang mana satu baik,mana satu buruk.Dan bagi Sarah,Zikri lah lelaki pilihan Sarah.Dia cukup sempurna buat Sarah." Tinggi suaranya sehingga mampu didengari Shiela di dapur.
                                        "Sempurna kamu cakap?Sempurna sampai mengubah sikap kamu jadi macam ni?Sarah,dengarlah cakap mak ni.Zikri tu hanya hendak menghancurkan hidup kamu sahaja.Budak tu dah pengaruh kamu nak.Cuba kamu tengok,dahulu anak mak ni pakai tudung,tutup aurat,sopan-santun.Tapi,bila kamu kenal dia,kamu dedah situ,dedah sini.Lelaki sempurna apa itu?"
                                        "Ah!!! Mak apa tahu! Mak tu buta! Tak boleh nampak! Mak sebenarnya yang mahu menyekat kebebasan Sarah!" Suaranya semakin tinggi.
                                           "Pang!!!" Satu tangan lantas menapak di pipinya.
                                        "Sarah! Sampai hati kau cakap kat mak macam tu!Anak jenis apa kau ni ha!Pergi masuk bilik sekarang!" Shiela terus sahaja naik ke atas dan melempang adiknya itu.Bau bawang yang dikopek tadi masih lagi melekat di tangannya.
                                       "Kakak pun sama!Sejak abah tiada,semua orang dalam rumah tak pernah sayang adik." Sarah menangis.Pipinya jelas kemerah-merahan.Tanda penyepak kakaknya tadi.Dia masuk ke bilik dengan segunung kebencian.
                                        
                                        *********
                                         
                                        "Hello,awak amik saya malam ni jugak.Saya dah tak larat nak tinggal kat rumah kecik ni.Mak dengan akak semua dah tak sayang saya." Dia tekad habis.Ingin lari dari semua kekangan ini.Malam itu dia menghubungi Zikri supaya membawa dia pergi.Kerana baginya Zikri adalah cinta dalam hidupnya.Dia mahu bebas bersama Zikri.
                                          Malam itu.Sarah menjenguk ke ruang tamu.Dilihatnya ibunya sudah terlena di sofa sedang televisyen masih lagi terpasang.Senyap-senyap dia melangkah keluar dari pintu bilik.Bunyi lantai kayu rumah membuatkan ibunya tersedar dari lenanya.
                                            "Siapa tu?"
                                            "Aduh,sial kau lantai!" hatinya memaki-maki lantai yang tak bernyawa itu.
                                          Dia terus sahaja melangkah.Tiba-tiba,Tapak kakinya terpijak akan sesuatu yang tajam.Lalu,
                                           "Aduh!Sakitnya!"Suaranya refleks menjerit kesakitan.Balasan kerana memaki lantai kayu.Mungkin.
                                           "Sarah,kamu ke tu?Sarah,kamu kenapa?Shiela!Shiela!Tolong mak sini.Adik kau cedera!" Dia yakin suara itu ialah Sarah.Terus dia memanggil kakaknya untuk menolong.
                                         Dia terus jalan ke arah pintu terhincut-hincut.Kemudian,Shiela tiba di ruang tamu.Matanya terkebil-kebil.Separuh sedar.
                                           "Eh,dik kau nak pergi mana ha!" Dia menjerit kuat pabila melihat adiknya sedang sibuk membuka kunci pintu rumah.Dengan beg baju itu cukup memberikannya satu jawapan yang solid.Sarah hendak lari rumah.
                                           "AH!Bising lah kau.Jangan sibuk hal orang!.Aku nak bina hidup baru.Dah tak tahan lagi nak duduk kat sini!"
                                            Akhirnya,pintu terbuka.Seorang lelaki,bermotorsikal jelas terpampang di luar rumah.Menunggu untuk menjemput cinderallanya.Ibu,yang telah mendengar terus sahaja melulu walaupun dia tidak tahu kemana dia sedang tuju.
                                              "Sarah,kamu nak lari ke?jangan nak,jangan..mak sayang Sarah.Tolong jangan pergi nak!" Ibunya menangis merayu padanya.Dipelukknya kuat kaki Sarah.Betul-betul di hadapan pintu.
                                              
                                              Mereka bergelut.Sarah yang jauh lebih kuat berbanding kudrat kakaknya telah menolak Shiela sehingga jatuh ke bawah."Dushh" kepalanya terhantuk kuat pada lantai simen akibat terjatuh dari atas.Namun,Sarah masih lagi terkunci akan pelukan ibunya itu.
                                        "Awak,tolong saya!" 
                                        Zikri turun dari motornya dengan helmet di tangan..Shiela yang sedang kesakitan tidak mampu berbuat apa-apa.Lemah.Lalu,
                                       "Zapp!" Sebilah pisau lipat tepat dicucuk pada jantung orang tu itu.Warna merah mula meresap pada baju lusuhnya.Lalu,menitik tidak henti.Ibunya terus rebah.
                                          "MAK!!!Apa awak buat ni?Saya suruh tolong lepaskan saya sahaja!Bukan bunuh dia!" matanya membeliak besar.
                                        Zikri yang sedang diselubungi takut, terus sahaja menghidupkan motornya dan lari.
 Sedang,Sarah meraung-raung dia meminta tolong.Namun,dia tidak mampu berbuat apa.Fikirannya panik.Dia memeluk erat ibunya yang sudah tidak sedarkan diri.Shiela pula telah lama pengsan akibat terhantuk.
                                     "TOLONG!!!!!!!"

************

                                   "Sarah,mari sini sekejap.Akak ada benda nak beri pada kamu.Ianya pemberian mak" Sepucuk surat dikeluarkan dari kocek.Lalu,diberikan pada Sarah.
                 
                                   "Sarah,anak kesayangan mak.Mak tak pernah membeza-bezakan sayang mak pada Sarah ataupun Shiela.Dua-dua mak sayang.Sarah,ada satu perkara yang perlu mak beritahu pada engkau,nak.Mak tahu sejak mak lahirkan kamu mak tak pernah lihat anak mak ni.Tapi mak yakin anak mak ni mesti cantik orangnya,mesti putih kulitnya.Tu yang sampai ramai lelaki berebut kan.Mak minta maaf kalau selama ini mak dah malukan Sarah depan kawan-kawan Sarah.Mak tahu Sarah mesti malu sebab ada mak buta macam mak ni.Mak minta maaf sangat-sangat.Lepas Sarah dah baca surat ni,Sarah dah tak perlu malu lagi.Sebab mak dah tak ada.Nanti boleh lah Sarah ajak kawan-kawan Sarah datang rumah ya.
                                     Sarah,tidak mudah untuk mak membuat keputusan ini.Tetapi mak percaya inilah yang paling baik.Mak mungkin tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat kamu,tetapi....mak nak kamu tahu yang mak sayang sangat-sangat kat kamu berdua.Selepas hari ini,mak tidak akan menjaga kamu berdua lagi.Mak bahagia ada anak-anak seperti kamu.Mak doakan agar kamu berdua menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan mak di alam sana.
                                        Satu perkara yang mak nak pesan.Sarah,tolong jaga mata mak baik-baik ya....
                                
                                                                                                                              Yang benar,
                                                                                                                              si 'pemilik' mata "

                                     "Mak!" Sarah menangis dan meraung.Dia kesal atas kesilapannya.Selama ini,dia telah membencikan orang itu.Dia telah menghina orang itu.Sedangkan orang itulah yang telah sanggup menggadaikan nikmat melihatnya buat anaknya  dengan harapan anaknya ini dapat melihat dia."Mak....maafkan Sarah!"

                                
                                     





Monday 24 February 2014

Squad Solat


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Squad Solat
                          Keempat-empat matanya ditumpukan sepenuhnya kepada pemain JDT yang menyarung jersi bernombor 18,Mahali Jasuli.Degup jantung bertambah kencang.Menaruh  sepenuh harapan kepada pemain itu agar dapat meruntuhkan pintu gawang gol pihak lawan.
                         “Tolonglah gol….,tolonglah gol….gol lah….” Bisik hatinya penuh harapan.Seperti cacing kepanasan.Tidak senang duduk dibuatnya.Gaya duduknya kejap dialih ke kanan,kejap dialih ke kiri.Risau.
                         “Ya itu dia Safiq Rahim kepada Mahali ! Mahali pass kepada pemain jersi nombor 19,Figueroa! Figueroa mengawal bola melepasi Stewert dan….dan…Itu dia!Alamak!Nasib tidak menyebelahi JDT.Cubaan hanya mengenai tiang gol.Namun satu percubaan yang cukup cantik,cukup berani dari Figueroa!” Penuh semangat Ku Farish seakan-akan meniru gaya seorang pengulas bola sepak di kaca televisyen.Dia sememangnya seorang yang cukup arif dan petah dalam berbicara.Periang dan agak bising membuatkan dia amat disenangi oleh orang sekelilingnya.
                          Melopong.Hanya mampu menongkat daku.Hampa dan kecewa pabila pemain yang diminatinya itu gagal menghasilkan gol.”Haih,kalah lah jawabnya JDT kali ni “ Seakan-akan sudah dapat mengagak keputusan perlawanan antara team JDT & Pahang.Dua mata tambahannya ditanggalkan untuk mengelap segala habuk yang melekat pada kanta membuatkan pandangannya tidak jelas.Itulah dia Tengku Mirzad Nafhan,peminat tega JDT yang tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri setiap perlawanan team kesukaannya itu.
                         Bunyi wisel ditiup pengadil.Menandakan bermulanya perlawanan masa kedua antara team JDT & Pahang.Pahang yang telah menundukkan JDT dengan 1-0 pada masa pertama tadi mula mengorak langkah untuk mencari gol seterusnya.Terkebil-kebil matanya tertumpu ke tengah padang.Langsung tidak diendahkan hal sekelilingnya.Waima kapal terbang Airbus A380 terhempas di sebelah stadium pun tidak akan diendahkannya.Penuh khusyuk dan tawaduk dia melihat perlawanan itu.
                       Ku Farish kembali bersuara “…dari Mahali terus kepada Figueroa!Figueroa melepasi Stewert sekali lagi.....Figueroa mencuba di situ!Dan…Goaaallll!!!!”
                      Penyokong-penyokong JDT yang sudah lama menantikan goal terus melonjak kegirangan.”Yesss!!!!Goal!!!!” Jerit Tengku Mirzad Nafhan sambil memeluk Ku Farish yang duduk di sebelahnya bukti kegembiraan.Bendera JDT dijulang ke udara.Berkibar penuh megah.Saat itulah harapan penyokong-penyokong JDT yang tenggelam pada masa pertama kini seakan bersinar kembali.Jelas gol hasil daripada Luciano Figueroa telah memberikan sinar baharu buat penyokong JDT untuk terus mengibarkan bendera di Stadium Tengku Syah Iskandar ini.
                    Masa semakin suntuk.Dengan kedudukan 1-1 membuatkan kedua-dua pasukan tidak mahu mengalah.Masing-masing berjuang sepenuh hati untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini.”Go JDT,aku tahu kau boleh” bisik hatinya penuh harapan.Tiba-tiba,tumpuannya terganggu akan sesuatu objek.”Eh,apa tu? “ Betul-betul di tengah padang kelihatan seorang lelaki berjubah putih sedang sujud.Pelik.Kaca matanya dilap bagi menjelaskan lagi pandangan ,kemudian dipakainya semula.Iris mata dikecilkan untuk lihat lebih jelas.Kini hatinya berdebar-debar.Lelaki yang dilihatnya itu tadi tiba-tiba hilang dari pandangannya.Dia terduduk diam,langsung tidak mempedulikan perlawanan yang sedang berlangsung.Malam itu fikiran Nafhan penuh runsing memikirkan apa yang dilihatnya itu.
                         “Apa yang aku lihat tadi?Siapa lelaki tu?Macam mana dia boleh tiba-tiba ada kat padang?Agak orang lain tak nampak ke? “ penuh persoalan di minda membuatkan malam itu dia tidak dapat tidur lena.
******
                         Matahari memanah .Terasa terikan makhluk gergasi itu menyimbah pada wajahnya. 
                         “Hello!Wei,Putra kau dah gerak belum ni?lama tau aku dengan Farish tunggu ni.Apa kau fikir kitorang ni tunggul ke kat sini ha!” berang Nafhan kerana terpaksa menunggu kawannya itu.
                         “Alaa,rilex lah bro!Ayah aku suruh aku solat asar dulu baru dia kasik aku keluar.Ni aku baru nak gerak.Kau tunggu je lah,sat lagi aku sampai ya..”
                       “Hah,ya lah.Macam budak kecik lah kau ni.Nak keluar rumah pun kena mintak kebenaran bapak.Cepat sikit!Kalau tak aku sedekah je lah tiket kau ni,dapat jugak pahala aku”
                        Begitulah rutin mingguan tiga sahabat ini,Nafhan,Farish dan Putra.Setiap minggu pasti stadium milik bapa Nafhan ini menjadi destinasi mereka bertiga.Tepat jam lima petang sudah terpacak di perkarangan luar stadium.Maklumlah ingin merebut tempat duduk hadapan mestilah datang awal.Habis straight dua waktu solat ditinggalnya.Asar kemana,Marghrib pun entah kemana.Isyak pula ikut mood.Kalau terasa nak solat mereka solat,tapi kalau game habis 9:15,lepas tu lepak kat restoran, balik rumah tengah malam, ke katil lah perginya.
                    Teguran mak ayah?Sudah.
                    Pukul? Pelik sungguhlah jika remaja berumur 21 tahun seperti mereka ini masih lagi dipukul.Kadang-kadang Tengku Nafhan pernah diperli oleh ibu bapanya,
                  “Nafhan….,tak kan lah nak Ummi pukul pakai rotan baru nak solat.Buat malu je.”
                  “Pukul je budak ni Ummi,nanti kan kita yang kena tangkap polis sebab pukul anak macam kes baru-baru ni.Biar dia serik tak dapat jumpa kita ni.Baru dia tahu!” usikan dari bapanya itu jelas mencerminkan bahawa lelaki bergelar Tengku Syah Iskandar ini seorang yang cukup pandai melawak.Tidak hairanlah jika si Ummi tertambat hatinya kepada si jejaka ini.
                 Namun segala kata-kata itu ibarat pisau mainan.Langsung tidak memberikan apa-apa kesan pada hatinya yang sungguh kebal dipenuhi perisai kejahilan.Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur menikmati halwa duniawi.Sungguh pada mulanya semua perkara adalah harus.Nak menyanyi.Islam benarkan.Nak pergi konsert.Islam benarkan.Hatta nak pergi menonton perlawanan bola sepak di stadium juga Islam benarkan.Tetapi,manusia ini sungguh kejam.Difitnahnya Islam ini satu agama yang kuno,mengongkong dan zalim.Ditohmahnya bahawa sesiapa yang masuk islam tidak boleh menyanyi,tidak boleh pergi konsert,tidak boleh pergi stadium.Itu,ini,bermacam-macam alasan diberi.Padahal semua larangan itu adalah disebabkan diri kita sendiri yang telah menyalahgunakan kebebasan yang Islam beri.Ya! pergi stadium adalah haram,JIKA! Ianya melalaikan sehingga solat ditinggalkan, tiada batas antara lelaki dan perempuan dan yang membawa kepada amalan syirik.Namun,mata-mata itu,hati-hati itu,semuanya telahpun dikaburi dan diracuni oleh syaitan laknatullah.Termasuklah tiga sahabat ini……
                    Lalu,sang matahari kian menunduk diri memberi laluan buat sang bulan menyinari diri.Sedang sang durjana melompat tinggi tanda kegirangan
                  “Ha!Ha!Ha!,zaman sekarang ni mudah sungguh kerja kita ya.Modal kita hanya sebiji bola sahaja.Tapi,haaa…tengoklah betapa banyaknya income yang kita dapat,Ha!Ha!Ha!”
                 “Ya,betul.Cuba kau tengok,satu stadium ni tak solat marghrib.Ha!Ha!Ha! tak sabar rasanya nak bagi report kat bos hari ni.” Penuh rasa bangga kedua-dua ekor makhluk itu berkata-kata.
                  Sesak.Sempit.Penuh.Bingit.Itulah suasana yang dapat digambarkan tatkala mereka melangkah masuk ke dalam stadium Tengku Syah Iskandar.Lelaki perempuan sama berhimpit.Ada yang turut memimpinkan tangan pasangannya yang bukan muhrim sebagai tanda dirinya itu gentleman.Dalam ribuan mangsa-mangsa kelalaian itu,ainun Nafhan tertangkapkan sesuatu.Dia cukup kenal lelaki itu.
                “Eh,itu bukan ke lelaki yang sujud kat tengah padang hari tu ?.” Kata-kata dari hatinya itu hanya tersekat pada kerongkong.
               Dirinya seakan-akan ditarik.Kakinya terus sahaja dipaksa melangkah ke arah lelaki berjubah putih itu.Lalu ditegur,”Aaaa,saudara,tumpang tanya sekejap boleh?” sapa Nafhan segan,sambil tangan kanan dihulur tanda meminta salam.
              Salam Nafhan disambut lembut.Wajahnya penuh cahaya serta suci jika dipandang.Terasa dingin tangan apabila salamnya tadi disambut lelaki itu.Ditambah pula dengan manis senyuman cukup menenangkan hati Nafhan.Ketika itu jugalah sesuatu yang pelik mula dirasai dalam diri Nafhan.Kakinya kaku,tangannya digenggam erat,matanya pula semakin layu.Pandangannya terus berubah gelap dan sunyi,Seakan-akan dirinya telah dibawa ke suatu alam yang berbeza.

*******
                
                  Alam kubur.
                  Bukan.Dia masih lagi berada di dunia fana’ ini,Cuma….
                “Wahai saudara ku,lekas bangun dari lena mu itu”
                Suara itu menembusi kegelapan tadi.Menarik dia dari kelamnya lena.Perlahan-lahan Nafhan membuka mata.Cahaya masuk,dan wajah suci lelaki itu menjadi persembahan pertama.Lelaki itu sedang memandangnya dengan prihatin.
               “Mari,” suara lembut itu keluar dari mulut yang harum dihidu si hidung.Sambil tangannya dihulur kepada Nafhan.
              “Eh,pergi mana?”
              Kekal dengan senyuman,tanpa sebarang jawaban.Dipimpinnya Nafhan baik-baik masuk ke halaman padang.Tika itu,matanya membulat besar,mulutnya melopong serta kakinya terdiam kaku untuk melangkah.Terpesona dan terkejut melihat suatu pemandangan yang tidak pernah dilihat sepanjang hidupnya.
                Padang yang kehijauan kini dipenuhi dengan warna putih.Ada yang sedang sujud,ada yang sedang bertafakur dan ada juga yang sedang berdiri tegak.Seakan-akan menantikan sesuatu.
              “Haaa,sekarang saudara pergilah ambil wudhuk dahulu.Sebentar lagi,kita akan tunaikan solat berjemaah bersama-sama.” Telunjuk jari tepat disasarkan ke arah batang paip yang terletak berhampiran tempat mereka berdiri.
              “Allahu akbar,Allahu akbar!.....” kedengaran iqamat memecah sunyi.Tanda solat akan dimulakan.Lelaki-lelaki itu  mula membina saf yang lurus.Penuh padang itu diisi warna putih dari jubah-jubah mereka.Nafhan turut memasuki saf-saf itu.Betul-betul di sebelah lelaki yang bersamanya tadi.Lalu,solat lah mereka beralaskan rumput berbumbungkan langit di situ.
              Leher ditoleh ke kanan.Salam pertama.Tolek ke kiri pula.Salam terakhir dan…
              “Husshhh…..!!!” kedengaran suatu bunyi halus menggetarkan gegendang telinga.
              Ibarat kain-kain berterbangan ditiup angin.Lelaki-lelaki itu lantas dengan lajunya naik ke udara.Nafhan yang menyaksikan situasi itu terus diam terjeda.Bagaikan patung yang bernyawa.Tidak mampu berbuat apa-apa.Terkejut.

*******
               Seminggu berlalu begitu sahaja.Sejak kejadian di stadium tempoh hari,dia menjadi seorang yang pendiam dan lebih suka bersendirian.Nafhan ditemui pengsan oleh kawannya setelah perlawanan pada malam itu tamat.Pabila ditanya apa yang berlaku,dia tidak menjawab.Sehingga pada suatu petang di sebuah café Putra Palace.Ketika tiga sekawan ini sedang duduk asyik bersembang.
               “Wey,geng!” suara Nafhan memotong perbualan.”aku ada satu plan ‘baik’ ni.Korang nak join tak?”
               “Wah! Its seems like a great plan je Nafhan.Apa dia plan ‘baik’ kau tu?” balas Putra tidak sabar mengetahui plan ‘baik’ Nafhan.Farish juga menantikan jawapan itu.
                “Aku plan nak tukar stadium bapak aku jadi ‘masjid’ lah,amacam ?”
               “ HAHAHAAAHAHAAA!!!!” pecah suasana sunyi café Putra Palace dengan gelakan Putra dan Farish.Berdekah-dekah tawa mereka.Hingga memegang perut tanda senak terlalu kuat tertawa.
               “Banyaklah plan ‘baik’ kau tu.Aku rasa ni semua sebab lelaki jubah putih yang kau jumpa tu kan.Sampai mereng dia buat kawan aku ni.” Farish berbicara penuh perli.
               “Nafhan,Nafhan,lebih baik kau pergi jumpa pakar psykologi bapak kau.Aku rasa kau ni dah kena pukau “ Putra turut menambah perencah pada perlian Farish tadi.Secukup rasa.Cukup menusuk pada hati.
                Tetapi tidak pada hati Nafhan.Hati yang dahulunya kebal dengan kejahilan kini sedang digantikan dengan perisai kebenaran,IMAN.Dia langsung tidak terkesan akan kata-kata itu.Malah,dia penuh yakin dan percaya bahawa suatu hari nanti plan ‘baik’nya itu akan menjadi kenyataan.Jelas senyuman di bibirnya.Tanda tidak kisah.
               “Pak cik yakin suatu hari nanti anak akan berjaya dengan plan kamu itu.Percayalah! “ Satu suara tiba-tiba memecah suasana mereka membuatkan masing-masing menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang lelaki tua,berjanggut,berkot,berseluar hitam, dan berkasut hitam berkilat.Yang cerah pada lelaki ini hanyalah kulitnya dan baju kemeja putih yang dilindungi kot. Rupanya perbualan mereka telah didengari oleh lelaki tua itu.Dia bingkas bangun dari duduknya lalu pergi mendekati Nafhan,Putra dan Farish.
               “Nak….jika anak-anak berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dengan penuh yakin disertakan niat yang ikhlas kerana Allah,Percayalah Allah akan sentiasa bersama kita selagi hamba-hambaNya itu kekal pada jalan yang benar,iaitu jalan menegakkan agama Allah!” Pendek.Padat.Penuh makna disebalik kata-kata itu.Cukup menyentuh ketiga-tiga hati itu.
                 Malam itu,Nafhan tekad penuh semangat.Kata-kata pak cik itu bermain-main di fikirannya membuatkan dia tergerak ingin melakukan sesuatu.Buku nota serta sebatang pen diambil.Tangannya mula menulis.Helaian kertas yang mulanya kosong kini dipenuhi dengan bermacam-macam strategi dan perancangan.
               Strategi? Perancangan?
               YA! Strategi dan perancangan untuk menjayakan misinya.Misi ME’MASJID’KAN STADIUM TENGKU SYAH ISKANDAR! Pelik,tapi sangat bermakna dan penting buat Nafhan.

**********
Strategi Pertama : Edarkan flyer
                            Memandangkan dia salah seorang pelajar di Taylor’s University maka,pelajar-pelajar disitu lah menjadi sasaran utamanya.Selama seminggu dia berusaha mengedar-edarkan keratan-keratan flyer itu.Penuh gigih.Titisan peluh yang jatuh kerana asyik berulang-alik dari satu tempat ke tempat lain tidak terkira.Namun bukan penghalang bagi diri pemuda ini.Baginya inilah namanya dakwah.Keyakinan yang teguh terhadap Allah bak teguhnya Burj Dubai membuatkan dia tetap dengan jalan ini.Jalan ke  arah menegakkan agama Allah!
                           “Assalamu’alaikum saudara,nama saya Nafhan.Saya berharap agar saudara dapat turut sama menyertai persatuan saya ini.Misi utama persatuan ini adalah untuk memastikan penyokong-penyokong yang datang ke Stadium Tengku Syah Iskandar menunaikan solat terlebih dahulu sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak.” Penuh mesra dan lembut bicaranya terhadap seorang pelajar lelaki sambil memberikan dia sehelai flyer.Namun,
                           “Argh!!!Merapu lah persatuan kau ni.Orang nak tengok bola tapi diajaknya solat.Gila apa!!!” Seperti biasa.Itulah jawapan yang sentiasa dia terima dari mulut-mulut mereka.Gila.
                           Tanpa disedari.Setitis air jernih mula mengalir di pipi halus itu.Lalu jatuh lagi setitis.Kemudian ia terus mengalir.Nafhan menangis sedih.Bukan kerana hinaan lelaki itu.Bukan kerana tiada siapa yang ingin menyertai persatuan itu.Dan bukan juga kerana dilihatnya banyak flyernya dibuang di merata tempat.Tetapi kerana mengenangkan kembali perjuangan KekasihNya dalam menyebarkan Islam 1400 tahun dahulu.
                         “Muhammad,kuat sungguh dirimu menjalani semua ini.Tabah sungguh hatimu menerima segala tohmahan.Teguh sungguh imanmu menerima segala dugaan dan cabaran.Sedang aku,baru diuji dengan kata-kata itu sudah membuatkan diriku berasa sedih sangat.Wahai Muhammad,sungguh selama ini aku lupa.Aku lupa akan segalanya yang telah engkau perjuangkan untuk aku.Engkau sanggup dimaki!Dihina!Diseksa! semata-mata hendak memberikan cahaya Islam buat aku.Aku lupa semua itu Ya Muhammad!!Selama ini aku telah mengabaikan semua perjuanganmu.Aku tinggalkan solat,aku tinggalkan al-Quran malah sunnah-sunnahmu langsung aku tak buat.Kini,aku dapat merasainya.Maafkan aku,Muhammad.Maafkan aku!!” Terduduk diam.Dia merintih seorang.Ingin sahaja dia menjeritkan kata-kata hatinya itu.Namun dibatalkan serta-merta.Sungguh lebat hujan di dalam jiwanya.Tanda kecewa akan dirinya yang dahulu.
                        “Nafhan…” satu suara muncul dari arah belakang memanggil namanya.Automatik dirinya berpusing ke belakang.
                      “Eh,Putra,Farish! Ada apa tiba-tiba cari aku ni?Rindu ke?” Kesedihan tadi terus dilupakan dengan usikan itu.Walaupun jelas kelihatan air matanya belum kering lagi di pipinya.Lalu,dilapnya air mata itu oleh satu tangan.Penuh rasa kasih dan sayang.Tanda sayang seorang sahabat.
                       “Nafhan,kami tahu apa yang sedang engkau lakukan.Kami tahu apa yang engkau sedang hadapi ini.Dan kerana itulah kami di sini untuk turut serta dalam perjuangan suci mu ini.” Bicara Farish.
                       “Ya,kita kan sahabat dunia akhirat.BFF,best friends forever!Susah senang kita hadapi bersama!” Sambung Putra memberikan semangat buat sahabatnya itu.
                         Hari itu.Bermulah kisah perjuangan tiga sahabat ini.Bermacam-macam usaha dan cara mereka lakukan bagi mengajak para pelajar menyertai persatuan ini.Dan bermacam-macam dugaan dan cabaran jugalah mereka terima.Namun,dengan kuat mereka tempuhi ia bersama.Lebih banyak flyer ditampal disekitar Student Life Centre,tempat lazim bagi pelajar-pelajar Taylor menghabiskan waktu seperti belajar,lepak-lepak.Tidak lupa di Commercial Building.Masa senggang mereka banyak dihabiskan di Starbuck,Old Town White Coffee dan Subway.Bukan untuk bersantap,tetapi untuk berdakwah menerangkan keindahan Islam disamping menyebarkan flyer-flyer.

Strategi kedua : Tubuhkan Persatuan
                            Dia memandang jari-jemarinya.Kuku merah jambu cerah diperhatikan.Ibu jari bermain sebentar dengan empat temannya yang lain.Tapak kasut dihentak-hentak berkali-kali dari bawah meja bulat itu.Termenung seorang.Sedikit bosan.Ruang matanya diisi dengan kumpulan-kumpulan meja dan kerusi yang tersusun kemas menunggu pelanggan datang.Kelihatan dua tiga orang pelanggan  lengkap berkot hitam sedang menikmati sarapan pagi di situ.
                            Bertempat di Café Garden Blossom Putra Palace.Pagi ini merupakan hari penubuhan persatuan itu.Awal sungguh Nafhan tiba di café itu tanda semangatnya.Sekian lama dia menanti,akhirnya pasangan matanya itu tertarik akan dua orang gadis di pintu masuk Putra Palace yang kelihatan sedang tertinjau-tinjau mencari sesuatu.Seorang bertudung bulat berwarna coklat gelap manakala yang sebelahnya bertudung putih serta berpurdah hitam.
                         “ Fathin!Ezzaty! kat sini” kotak suaranya ditinggikan sambil melambai-lambai ke arah dua gadis itu.Fathin Nadhzirah Lee dan Nur Ezzaty Bte. Tan Sri Azammuddin.Itulah dia bakal-bakal srikandi yang akan bersama-sama melaksanakan suatu misi penting.Misi membawa kembali cahaya Islam yang sebenar.Misi membawa penduduk-penduduk Islam Bandar Sri Alam kembali ke jalanNya.Juga misi buat Putra dan Farish yang baru sahaja tiba.
                          “Assalammu’alaikum,sahabat sekalian,tujuan kita berkumpul pada pagi ini adalah untuk menubuhkan sebuah gerakan.Gerakan yang berpegang teguh pada pegangan Ahlul sunnah.Misi utama kita adalah untuk me’masjid’kan Stadium Tengku Syah Iskandar.Maksudnya disini adalah untuk mengajak dan memastikan mereka-mereka yang berada di stadium itu untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum perlawanan dimulakan.Saya yakin dan percaya sepanjang misi ini dijalankan,pasti pelbagai cabaran yang akan kita tempuhi.Dan kerana itulah ia memerlukan srikandi-srikandi yang teguh imannya,cekal hatinya,penuh kepercayaan terhadap Allah dan tentu sekali kuat semangat jihadnya! Jadi,adakah anda semua sudah bersedia untuk bergelar Squad Solat? “ Penuh semangat dan iltizam jelas dilihat pada wajah pemuda itu.
                         Wajah-wajah itu mula menundukkan diri.Berfikir sejenak akan kata-kata itu.Kata-kata yang tidak boleh dinilai menggunakan akal fikiran.Tetapi perlu dengan iman.Hanya insan –insan tertentu sahaja yang sanggup menghadapi semua itu.Lama juga Nafhan berdiri seorang menantikan tindak balas mereka.Sehinggalah satu suara muncul membuatkan wajah-wajah tunduk tadi kembali diangkat.
                       “Demi agama Allah,demi menyambung semula perjuangan Muhammad dan demi umat Islam,aku rela menghadapi semua itu” seorang pemuda.Anak kepada Insp. Ku Shahri,Ketua polis bahagian Bandar Sri Alam.Semangat dan keberanian bapanya itu turut tertanam dalam dirinya.Itulah dia Ku Farish Syakirin.
                        “Aku juga!” Putra turut menyokong Farish.
                        “Saya sanggup “ Suara lembut Ezzaty jelas memperlihatkan semangatnya itu.
                       “Saya juga Nafhan” sambung Fathin membuatkan wajah suram Nafhan tadi terus  bertukar ceria.Senyuman mula terukir.Tanda gembira.Melihat sahabat-sahabatnya yang sanggup berjuang bersamanya memberikan dia satu harapan.Harapan yang semakin menyinar.Harapan untuk membebaskan umat Islam dari dikaburkan halwa duniawi ini.
                          Pagi itu.Hampir dua jam mereka berbincang.Bermula dari perlantikan sehinggalah kepada urusan dokumen-dokumen penting serta surat-surat yang diperlukan untuk dihantar kepada Majlis Agama Negeri,Ibu Pejabat Polis Bandar Sri Alam dan juga pihak pengurusan Stadium Tengku Syah Iskandar.Semuanya itu adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sepanjang misi ini dijalankan.Untuk menjayakan sesuatu yang luar biasa,usaha yang luar biasa juga perlu dilakukan.
                        Tamat sahaja azan zohor dilaungkan,maka tamatlah perbicangan mereka pada hari itu.Sebelum bersurai,Nafhan menyampaikan sesuatu sebagai peringatan bersama;
                       “Allah itu,Maha Berkuasa atas segala-galanya.Dialah yang satu-satunya mampu mengubah hidup hambaNya.Maka,mustahil bukan untuk mendapatkan bantuanNya,sekiranya kita tidak mendekatiNya.”
                       “Allah ada berfirman : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka: sesungguhnya Aku (Allah)sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.Surah Al-Baqarah ayat 186.Ingat ayat ini ya ,wahai teman-temanku.Allah itu Maha Dekat.Dia juga Maha Memperkenakan doa.Tetapi,manusia itu sendiri pertamanya perlu taat kepadaNya,selain perlu berusaha mengubah diri sendiri.”

**********
Strategi ketiga : Berniaga
                              “ Jersi JDT! Jersi JDT! Haa,ni original punya ya! Kami jual sehelai RM 30 sahaja,mari!mari!mari! “ Kedengaran suara lantang  di sekitar perkarangan luar Stadium Tengku Syah Iskandar ini.Penuh semangat Ku Farish mempromosi gerai jualan mereka.Selaku AJK Komunikasi inilah antara tugasan yang perlu dilaksanakannya.Selain itu,Farish juga ditugaskan untuk menyediakan design flyer,banner dan juga logo Squad Solat memandangkan hanya dia sahaja yang khatam bab-bab tersebut.Tetapi,semua kerja itu bukan dilakukannya seorang diri.Dia turut dibantu oleh ahli S.S yang lain jika mereka mempunyai masa terluang.Pendek kata walaupun masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri tetapi mereka saling membantu antara satu sama lain.
                            Hari ini merupakan perlawanan kedua bagi team JDT selepas bertarung di gelanggang musuh di Kedah.Kini giliran Harimau Selatan pula bermain di kandang sendiri.Sudah tentunya perlawanan malam pasti amat dinanti-nantikan oleh peminat setia JDT seperti Nafhan.Kerana perlawanan tempoh hari, team JDT telah mendahului Kedah dengan agregad 2-1.Dan malam ini adalah penentuan buat JDT untuk menunjukkan belangnya.Namun,jika JDT kalah pada malam ini mungkin penyokong-penyokong JDT selepas ini tidak akan seramai seperti hari ini.Kerana itulah perlawanan pada mala mini amat penting buat JDT.Mereka perlu menang.
                          Kesempatan dan peluang keemasan inilah digunakan ahli-ahli S.S untuk mula melaksanakan misi mereka.Pelbagai perancangan dan strategi telah dirancang oleh AJK-AJK Pengurusan,Putra dan Amanda.
                           Amanda? Ya. Atau nama panjangnya Tengku Mirsha Amanda
                           Adik kandung kepada Tengku Mirzad Nafhan.
                          Bagaimana? Sejak bila?
                          Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik Perancang.Semuanya terjadi secara tiba-tiba pada satu malam.Semasa Nafhan sedang sibuk menyiapkan kertas-kertas kerja.Hampir satu hari dia terperuk di dalam biliknya menyiapkan tugasan itu.Surat kebenaran tapak niaga,surat kebenaran lesen untuk berniaga,surat pengesahan persatuan dan segalanya perlu disiapkan sebelum hari ini.Selalunya hari-hari minggu seperti ini dirinya pasti akan hilang sejak dari awal pagi lagi.Pergi mall,lepak di Putra Palace atau pergi bermain bola di padang.Namun,semuanya keseronokan ditinggalkan semata-mata amanah ini.Dan kelakuan anehnya ini telah pun diperhatikan oleh Amanda.
                        “Abang,hari ni satu hari abang tak keluar bilik.Kenapa?” Soal Amanda dengan nada suara yang  sedikit perlahan.Takut-takut mengganggu abangnya itu yang sedang sibuk bermain dengan helain-helain kertas di atas meja.
                        “Oh,aku tengah settlekan urusan persatuan yang aku tubuhkan ni.Macam-macam kena buat.Lusa ni pulak kitorang nak buat jualan kat stadium Papa.Tu yang tak keluar satu hari ni.” Jari-jemarinya terus bernari-nari bersama pen dakwat hitam di atas helain kertas itu.Langsung tidak terganggu akan pertanyaan Amanda itu.
                        “Persatuan? Persatuan apa wei kau tubuh kan ni? Tak habak kat cek pun.”
                        “Squad Solat! Hang nak join ke? Lagipun kami sedang dalam misi menambahkan lagi bilangan ahli ni.Lebih ramai lebih afdhal.”
                       “Wah! Macam best je! Nak join,nak join! Tapi apa squad ni buat?”
                       “Ha!Squad Solat ini ditubuhkan adalah untuk mengajak serta memastikan semua umat Islam terutamanya di Bandar Sri Alam ini menunaikan solat lima waktu.Tapi misi utama kami buat masa sekarang ini adalah untuk memastikan penyokong-penyokong yang hadir di Stadium Tengku Syah Iskandar agar menunaikan solat terlebih dahulu sebelum perlawanan bermula.Itulah tugas ahli S.S.”
                     “Style la lu bro! Wa tabik sama lu.Nak join? Adik pun nak berdakwah juga.Ianya tanggungjawab adik juga sebagai umat Islam.Dan adalah menjadi suatu kewajipan bagi adik sebagai mukmin untuk memikul amanah ini.” Itulah dia Amanda.Seorang gadis yang kasar dan ligat jika dilihat dari luaran.Tetapi dalaman rohaninya penuh dengan kelembutan dan kesopanan seorang muslimah sejati.
                     Pada malam itulah,secara rasminya nama Tengku Mirsha Amanda tercatat pada carta organisasi S.S dan telah dilantik sebagai AJK Pengurusan untuk turut membantu Putra Aqasha merangka segala perancangan.
                   Dan salah satu perancangan mereka adalah dengan berniaga. Mereka melihat berniaga di stadium itu adalah cara terbaik untuk mendekati sasaran utama misi ini.Soal modal, tidak menjadi satu masalah bagi mereka yang rata-ratanya datang dari keluarga yang senang dan berada.Terutamanya pasangan dua beradik ini,Nafhan dan Amanda yang merupakan keluarga kerabat diraja kerajaan Johor.
                  Hari itu,bermula lah strategi ketiga ini.Tepat jam dua petang setelah selesai menunaikan solat Zohor maka perniagaan mereka pun dibuka.Bermacam-macam produk yang dijual.Dari jersi,T-shirt,,kasut sehinggalah kepada keychain JDT turut dijual.Semuanya dijual pada harga yang berpatutan. Disamping itulah,mereka turut mengedarkan flyer kepada pelanggan-pelanggan yang datang untuk turut menyertai misi Squad Solat.Kerana bukanlah keuntungan menjadi matlamat utama mereka menjalankan perniagaan ini.Tetapi ada matlamat yang lebih penting lagi dari semua itu yang mereka kejar-kejarkan.
                            Setiap kali pelanggan datang ke gerai itu,mereka dilayan dengan baik sekali.Diberinya segelas air.Jika kanak-kanak diberinya gula-gula,anak patung dan juga permainan.Jika ada orang tua diberinya kerusi.Semuanya itu dilakukan bagi menarik lebih ramai pelanggan.Dan jelas sekali ianya berkesan.Hari demi hari gerai mereka tidak putus-putus didatangi oleh pelanggan.Sungguh ramai.Sehingga membuatkan segelintir peniaga yang turut berniaga di situ mula menjeling-jelingkan mata.Tanda iri hati.Itulah manusia dengan penyakit hati mereka.Dengki.Pantang melihat orang lain senang.Ada sahaja tohmahan yang dilemparkan.
                              Sejak hari itu,pelbagai fitnah telah dihambatkan pada gerai bernama S.S ini.Ada yang mengatakan mereka menggunakan ilmu hitam,dan pelbagai lagi kata-kata hinaan menghujani gerai itu.Namun,siapa yang makan cili dialah yang merasa pedasnya.Mereka langsung tidak terkesan akan kata-kata itu.Kerana mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah betul di sisi undang-undang dan halal pada syarak.
                          “Biarkan sahaja mereka itu.Buat apa kita perlu takut.Sesungguhnya kita ini sedang berada pada jalan yang benar.Lagipun inilah antara cabaran yang kita perlu terima sebagaimana yang telah aku cakap dahulu.Kita perlu kuat.Kerana akan ada cobaan yang lebih dahsyat dari ini perlu kita tempuhi.” Kata-kata itu keluar dari mulut Nafhan memberikan dorongan kepada sahabat-sahabatnya yang  lain agar terus tetap bertahan.

Strategi keempat : Public Solat
                                “Okay,Putra.This is the time!” setelah memandang jam tangannya,Nafhan terus memberi isyarat kepada Putra yang telah pun bersedia memegang mikrofon.
                               Tepat jam 4:35 petang,maka ianya berkumandang.Buat kali pertama dalam sejarah Stadium Tengku Syah Iskandar azan dilaungkan di sini.Azan yang dilaungkan hanya di atas sebuah kerusi plastik dan menggunakan pembesar suara.Cukup membuatkan suasana yang tadinya begitu gamit dengan bunyi radio dan gendang terus terhenti.Masing-masing terpinga-pinga antara satu sama lain.Tanda kehairanan.
                               “Dah kenapa budak-budak tu.Tiba-tiba azan.Buang tebiat ke apa.” Corong telinganya tertangkap suara itu.Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan  30-an yang juga berniaga bersebelahan dengan gerai mereka.Dia tertawa seorang.
                              Selesai azan.Mata-mata yang terpinga-pinga tadi masih lagi memandang kearah enam orang pemuda tersebut.Seperti menyaksikan sesuatu perkara yang luar biasa sekali.Lalu dibentangkan sehelai sejadah,dan dua bentang tikar.Satu di hadapan,dan satu lagi di belakang.Kemudian mereka mula membina saf untuk menunaikan solat secara berjemaah di hadapan khalayak orang ramai.Tanpa rasa malu.Tanpa rasa ragu-ragu.Hati-hati itu penuh khusyuk dan tunduk pada yang Satu.
                             “Allahuakbar!” Takbirratul ihram.Suara Nafhan mengetuai jemaah.
                             Dan saat itulah bermulanya cobaan dari Ilahi buat ke enam-enam srikandi ini.Bukan untuk menggagalkan usaha mereka.Tetapi untuk mendidik mereka supaya lebih kuat.
                             “Woi budak! Korang buat tebiat ke apa! Tiba-tiba nak sembahyang kat sini.Pergi masjid lah!” Satu suara mula menjerit lantang.
                                   “Entah! Gila! Mengganggu ketenteraman awam betul ! Orang nak berniaga pun tak senang ! “ Satu suara lagi menyambung.
                             Ketika itulah,seorang remaja lelaki bertindak membaling botol plastik yang ada pada tangannya ke arah jemaah itu.
                   “Dush!!” Terkena kepala Nafhan.Wajah yang tadinya tenang dan penuh khusyuk kini berubah.Matanya terpejam-pejam,dahinya berkerut menahan kesakitan di kepalanya yang mula menampakkan tanda merah.Bengkak.
                  Balingan itu turut disambung yang lain.Ada yang membaling sisa makanan,ada yang mencurahkan air ke arah mereka.Dan ada yang sanggup menarik tikar yang terbentang itu.Dengan harapan agar mereka tidak dapat bersujud.Biarpun pedih dahi-dahi itu menahan kepanasan tar jalan.Namun,mereka tetap meneruskan solat.
                 Ketika itu,kelihatan linangan air-air jernih mula membasahi pipi.Tidak dapat menahan kesedihan.Saat itu,ke enam-enam remaja ini dapat merasa bagaimana sakitnya Rasullullah dibaling,dicaci,dimaki penduduk Taif.Sehingga darahnya mengalir ke buku lali.Rasullullah cedera teruk ketika itu.Dan kerana itulah mereka tetap kuat meneruskan solat.Mereka yakin bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
                 “Assalammu’alaikum warahmatullah!” salam terakhir.
                Setelah itu,tiba-tiba mereka ditarik oleh beberapa orang pegawai keselamatan yang bertugas.Mereka dihalau.
               “Baik korang semua pergi dari sini!Aku tak nak tengok muka korang berenam lagi lepas ni kalau tak…”
               “Kalau tak apa!” Tiba-tiba datang satu tekikan dari arah belakang membuatkan semua yang berada di situ terpandang.Seorang lelaki tua. ,berkot,berseluar hitam, dan berkasut hitam berkilat.
               “Kalau tak apa! Apa yang engkau akan buat pada mereka ini! Jika engkau berani khabarkan pada aku! Cepat! Apa yang engkau hendak katakan tadi! HA! “ Matanya menusuk tajam ke arah pegawai keselamatan tadi.Jelas kelihatan riak mukanya yang sedang bengis.Kemerah-merahan.Tanda marah.
               “S,s,…s,saya tak kan buat apa-apa pada mereka ini.saya, janji “ jawab pegawai itu terkial-kial.
               “Dengar sini sekalian! Jika ada sesiapa yang berani mengapa-apakan mereka selepas ini.Hatta mencaci mereka dibelakang mereka sekalipun! Maka, berwaspada lah.Kecelakaan menanti kamu ! INGAT! “ Suaranya penuh lantang memberikan peringatan.Seakan-akan tidak menggambarkan dirinya yang sudah mencapai lingkungan 50-an.
              Pak cik café? Dia ke? Nafhan mula mengecam muka lelaki tua itu yang sedang membuka langkahnya pergi dari situ.
              “Pak cik! Tunggu! “ Nafhan cuba mengejarnya.Namun lelaki tua itu terus hilang dari pandangannya.Muka Nafhan sedikit kecewa kerana gagal berjumpa dengan lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih.

************
                                  Suasana hari ini damai.Tenang.Padang rumput yang luas,bersama kewujudan beberapa pokok hijau yang merimbun indah menyempurnakan lagi pemandangan pada tingkap pejabatnya.Ketika itu,kelihatan di udara dua pasang burung terbang pulang ke sarang mereka,yang terdapat pada sebatang pokok.Bunyi kicauan pasangan burung itu,membuatkan seorang lelaki yang sedang bermain-main dengan sebatang pennya mengangkat wajahnya.
                                  Dia melihat meja kerjanya yang dipenuhi dengan fail tugasan yang bertimbun.Kebelakangan ini kerjanya bertambah.Pelbagai projek harus diselesaikan dengan segera.Namun,dirinya pasti dan penuh yakin semua masalah ini pasti akan selesai juga akhirnya.Kerana dia punya ‘pembantu’ yang sentiasa bersamanya susah dan senang.Ujian dan dugaan selama bertahun-tahun dia tempuhi untuk menubuhkan syarikat yang kian mencipta nama ini,membuatkan dirinya semakin mendekati  Dia.Semakin dia cuba untuk mendekatiNya,semakin pelbagai ujian diterimanya.Dan itulah yang menjadikan dirinya sekarang ini.Kuat.Gigih.Penuh semangat serta keyakinan.Walau sebesar mana sekalipun masalah yang datang, kepada Dia jua lah dia memohon pertolongan.
                                 15 tahun telah berlalu.15 tahun yang cukup diisi oleh pelbagai cerita suka dan duka.Enam orang ahli S.S yang dahulu kini telah menjadi rakan kongsi di sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia dan sedang mencipta namanya di peringkat dunia.Syarikat ini pada asalnya hanyalah sebuah persatuan yang kecil sahaja.Diberi nama Squad Solat kerana misinya untuk mengajak umat Islam menunaikan solat telah berubah kepada Hero Squad.Satu nama yang cukup dikenali ramai.Syarikat ini bukan sahaja menjalankan perniagaan membina stadium,malah juga telah menjadi pioneer kepada satu sistem baharu.Sistem 3S (Solat.Selamat.Sedekah).Sistem ini telah mendapat sokongan penuh oleh kerajaan,Jabatan Agama Islam Malaysia(JAKIM) serta orang ramai kerana ciri-ciri yang dititiberatkan.
                               S yang pertama adalah solat.Syarikat ini telah menggubal satu undang-undang dimana semua penyokong beragama Islam yang datang di stadium-stadium syarikat ini diwajibkan untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum perlawanan dimulakan.Perlawanan hanya akan dimulakan setelah solat isya’ berjemaah ditunaikan di stadium itu.Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh syarikat ini seperti ruang wudhuk berasingan lelaki dan perempuan serta pentas bergerak yang cukup besar dan luas untuk dijadikan ruang solat.S yang kedua adalah selamat.Lazimnya,hanya pegawai keselamatan sahaja yang ditugaskan.Tetapi kini keselamatan di stadium semakin terjamin apabila syarikat ini telah melengkapkan ia dengan pelbagai teknologi sekuriti yang canggih.Ada CCTV di setiap sudut,ada alat pengimbas atau scanner di setiap pintu masuk bagi mengesan terdapatnya barang larangan dibawa masuk.Tempat duduk penyokong juga diasingkan serta diawasi oleh pegawai-pegawai keselamatan.Jika terdapat sesuatu yang tidak diingini berlaku,satu dinding lut sinar akan menutupi ruang antara penyokong.Ianya dilengkapi dengan pendingin hawa.Cukup memberikan keselesaan.Dan kerana itulah ramai yang bersetuju dengan sistem ini.S yang ketiga pula ialah sedekah.Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan layanan yang amat istimewa buat penyokong-penyokong yang hadir.Mereka diberikan minuman dan makanan secara percuma setelah perlawanan tamat.
                               “Tok,tok,tok,Dato’ boleh saya masuk?” satu suara datang dari belakang pintu masuk pejabatnya.
                                   “Masuk”
                                  “Dato’, ada seseorang ingin berjumpa dengan Dato’ di lobi.Katanya dia bapa saudara Dato’.Bila saya tanya namanya dia hanya tersenyum sahaja.”
                                 Ayah saudara? Setahu aku ayah seorang sahaja anak lelaki atuk.Lantas dia bangun dari kerusi dan mula melangkah keluar.Kerut-kerut pada dahinya jelas kelihatan.Bukti kehairanan.
                                Setapak demi setapak dia menuruni tangga itu,lalu menuju ke ruang lobi syarikat.Pandangan horizonnya ditumpukan ke ruang itu.Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk melawan arah dari tempat dirinya berdiri.
                               “Assalammu’alaikum,pak cik” tegurnya lembut tanda menghormati tetamu itu
                               Mendengarkan suara itu terus sahaja dia menoleh menunjukkan wajah sambil bangun berdiri.Tangan dihulur.Senyuman terukir lebar pada wajahnya yang cerah.Walaupun sudah berumur,namun cahaya ketenangan jelas terpapar pada wajah lelaki tua itu.
                               “Wa’alaikummussalam,apa khabar Dato’ Tengku Mirzad Nafhan,masih ingat lagi pada pak cik?
                              “Subhanallah,pak cik ‘café’ dulu tu ya.Sudah tentu saya ingat” Jawabnya sambil buat-buat tersenyum.Perasaan pelik mula menyelubungi hatinya.Sudah 15 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki tua ini.Dahulu,sewaktu pertama kali dia bertemu dengan lelaki itu di Putra Palace, lelaki itu sudah cukup tua.Bak kata orang sudah sampai masa kubur kata mari,rumah kata pergi.Tetapi apa yang menghairankannya, lelaki tua ini masih ada lagi setelah 15 tahun.Sudah tu riak wajahnya,warna rambutnya,suaranya dan gaya dia berdiri langsung tiada beza dengan dirinya yang 15 tahun dahulu.Sama sahaja.
                             Lama juga dia berbual-bual bersama pak cik itu di lobi.Setelah hampir satu jam,pak cik itu meminta kebenaran untuk pulang.Katanya dia perlu ‘terbang’ ke London malam ini kerana urusan perniagaan.Nafhan juga mengiringinya ke pintu keluar.Semakin lama, tubuh lelaki tua itu semakin jauh dari pandangan Nafhan.Tetapi dia tetap melihat ke mana lelaki tua itu pergi.Sehingga pada satu ketika,betul-betul di tepi jalan raya yang sibuk itu.Lelaki tua itu berhenti dan…
                           “Hushh”.Dia ‘Terbang’ naik ke langit.Hilang begitu sahaja dari pandangan Nafhan.Dan ketika itu jugalah Nafhan tersenyum seorang.Matanya langsung tidak terbeliak melihat kejadian itu.Malah hatinya cukup gembira dan tenang sehingga mampu membuatnya tersenyum.Akhirnya,persoalan selama 15 tahun itu terjawab juga.Kini,dia sedar siapa lelaki itu.Yang dahulunya pernah memberikan semangat untuknya terus berjuang.Yang dahulunya pernah membantunya saat dia dan sahabatnya dalam kesusahan.Dialah utusan dari ‘pembantu’nya.Sungguh selama ini,sepanjang perjuangannya membawa kembali cahaya Islam telah mendapat pertolongan dariNya.Pertolongan yang amat bermakna sehinggakan dirinya tidak sedar itulah pertolongan.Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambaNya.Cuma kita sahaja tidak menyedari kehadiranNya.Saat itu,tiba-tiba senyuman tadi kembali muram.Dia tunduk kaku pada dinding kaca itu.Lalu,setitis demi setitis air matanya jatuh mencecah lantai yang kilat itu.Dia sedih dan terharu pabila mengenangkan kasih sayangNya pada dirinya selama ini.Biarpun dahulu dia langsung tidak pernah mengingatiNya walau sesaat sekalipun.Tetapi Dia tidak pernah melupakan dirinya yang hina ini.Malah,diberinya peluang untuk terus hidup.Diberinya petunjuk untuk kembali ke jalan semula.’Didikan-didikan’ itulah membuatkan dia berasa sangat sedih akan dirinya yang dahulu.
                       “Terima kasih,ALLAH….”
“Kadang kala Tuhan memanggil kita,
Agar kita memanggilNya,
Agar kita meninggalkan selimut kelekaan,
Munuju ke medan perjuangan untuk membawa kemenangan”
-Hilal Asyraf-
(Petikan dari Simfoni Cinta)
                             

"Thank you ALLAH"



Tuesday 18 February 2014

Allah Tidak Kejam

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(Sebuah cerpen pendek)

                                   Termenung keseorangan sedikit bosan.Dia melemparkan sudut pandangannya ke luar tingkap.Dilihatnya dua orang kanak-kanak tidak jauh dari keretanya itu.Baju mereka compang-camping,rambut mereka kusut masai serta susuk tubuh mereka ibarat ranting kayu jelas menggambarkan betapa miskin sekali hidup mereka.Sehingga satu saat dirinya seakan diberi kejutan elektrik.Dilihatnya dua kanak-kanak itu sedang gembira menikmati seketul sisa ayam goreng yang baru dikutipnya dari tong sampah.Apa yang menyentuh hatinya adalah pabila kanak-kanak itu tadi sanggup memberikan  sedikit daripada isi ayam itu kepada seekor kucing yang sedang menggesel-geselkan kepalanya di kaki salah seorang kanak-kanak itu.
                                   Saat itu dia terfikir mengenai kanak-kanak itu.Walaupun hidup mereka susah,namun apabila mereka mendapat nikmat yang sedikit,mereka tetap sanggup berkongsi.Sedangkan dia yang dikurniakan nikmat harta yang melimpah-ruah hanya membelanjakan ia semata-mata untuk dirinya sahaja sehinggakan sampai satu tahap dia tidak tahu lagi ke mana hendak dibelanjakan harta-harta itu.
                                  Lantas dia keluar dari Mercedes-Benz SLS AMG nya itu lalu melulu ke arah kanak-kanak itu.
                                      "Dik,mak ayah adik mana?"
                                      "Hahaha,kami berdua je,Mak ayah dah tak ada."
                                   Saat itu,dirinya menerima kejutan sekali lagi.Hatinya sungguh terasa dengan jawapan itu."Haih,budak-budak ni,dah lah mak ayah tak ade,hidup susah pulak tu,tapi boleh still lagi ketawa.Kuat sungguh engkau,dik.Sedangkan abang yang baru sahaja putus cinta ini sudah berasa sangat kecewa dan sedih.Seakan-akan abang tak sanggup hidup lagi di dunia ini." Rintih hatinya keseorangan
                                  "Dik,nak ikut abang tak?"
                                  "Pergi mana bang?
                                  "Kita pergi istanan abang nak?Istana abang besar,luas.Nanti adik boleh main sepuas-puasnya kat situ.Jom!"
                                 "Wah!!!Bestnya!!!nak,nak" Penuh girang suara-suara itu.Jelas sekali kegembiraan di wajah suci anak-anak ini.

                                 Dipimpinnya kedua tangan kecil itu dengan penuh kasih dan dibawa masuk ke dalam keretanya itu.Lalu dibawanya pulang ke rumah banglo miliknya.Sejak hari itu,kanak-kanak itu dibelanya menjadi anak angkat.

                             Allah itu tidak kejam.Ada yang diberikanNya kecelakaan.Ada yang diberikanNya ujian.Ada yang diberikanNya kemewahan hidup.Ada yang diberikanNya amanah dan tanggungjawab.Sungguh Allah Maha Tahu,apa yang hambaNya perlu.Allah itu memberikan apa yang hambaNya perlu,bukan apa yang hambaNya mahu.Jika ujian yang mampu membangkitkan hambaNya itu,maka itulah yang diberikanNya.Jika kehidupan yang pahit mampu membina peribadi hambaNya menjadi lebih baik,maka itulah yang dilakukanNya.
                                    Dan nyata Allah itu tidak menzalimi hamba-hambaNya.Tinggal,hamba-hambaNya sahaja yang perlu kuat untuk bangkit dari kejatuhan masing-masing.Dan bukanlah kejatuhan itu,kesedihan itu,kepayahan itu,satu perkara buruk.Kadangkala,itulah proses bagi manusia menyedari akan kesilapan diri,dan pembuka jalan bagi manusia mempertingkatkan peribadi mereka.

                                

Monday 17 February 2014

Cinta Si Pemilik Stickynote

Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

              “Assalammualaikum Syasha,semoga berjaya untuk ujian selaras minggu hadapan.~HSXB7~” mata pena yang dipegangnya itu diletakkan semula ke dalam bekas tulis.Sambil memegang stickynote berwarna kuning itu,dia lantas bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas 5 Quantum.”Line clear!Ni lah masanya” cepat-cepat dia menyelinap di kelas sebelah lalu menuju kearah meja Syasha.Stickynote itu ditampal baik-baik di atas meja,kemudian diletaknya sebuah buku bagi menghalang ia dari dilihat orang.Dia bingkas keluar dari situ.Hatinya yang tadi kencang kini kembali reda.”Huhh,selamat…”hembus nafasnya lega.Kini dia hanya tinggal menunggu berharap agar Syasha melihat stickynote itu.
              Terkejut apabila dia melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.”Eh,baik aku cepat.Dah lambat ni.”dirinya digesa supaya bergegas  ke Dewan Selera kerana jika tidak terpaksalah dia ikat perut sampai prep habis.Seperti kebiasaan Dewan Selera akan ditutup tepat 6:45 petang.Lagi-lagi hari ni menu ikan keli masak cili api.Bukan senang nak dapat makan sedap kat asrama.Kalau terlepas  rugilah jawabnya.
             “Terima kasih,Cik”senyuman manis tidak pernah dia lupa tatkala mengambil makanan di kaunter.Sememangnya makcik-makcik di Dewan Selera amat menyenangi akan sikap peramahnya itu menyebabkan dia dilantik menjadi AJK Biro Makanan & Kesihatan di sekolah ini.Ruang matanya terus dilebarkan,mencari kawan-kawannya yang mungkin juga sedang makan di situ.Dilihatnya dari jauh kelihatan Naufal,roomatenya melambai-lambai tangannya memanggil dia untuk makan bersamanya.
             “Eh,Fal ! tunggu aku tau”pesannya kepada Naufal
            “No prob lah.Aku pun baru makan ni”balas Naufal sambil tergesa-gesa menogak air sirap bagi menolak makanan yang tersekat di kerongkongnya.
             Hari ini 10 Februari.Genap setahun dia menuntut dan tinggal di sekolah ini sejak dari tingkatan 4.Semasa mula-mula dia di sini,dia tidak punya kawan rapat.Dia seakan dapat menghidu takdir bahawa dirinya akan sentiasa keseorangan.Mungkin kerana dia terlalu memandang hina dirinya sendiri.Menganggap yang tiada sesiapa sudi berkawan dengannya kerana tiada rupa,gemuk pulak tu,tak pandai & juga pendiam.Tetapi semua tanggapannya itu jelas berakhir pabila suatu hari.Ketika dia berseorangan di wakaf semasa waktu riadah…
          “Seorang sahaja?”
          Cuping telinganya menangkap pertanyaan itu.Membuatkan lehernya automatik menoleh.Seorang pelajar berpakaian sukan,agak tinggi,berwajah cerah,sedang berdiri di hadapannya dengan roman wajah yang manis.Siapa pula ni? Tersipu-sipu dibuatnya apabila dirinya tiba-tiba ditegur.
       “Cantik kasut kau?Bila lagi nak tunjuk kat orang.Jom lah jogging dengan aku!” bertambah merah pipinya sebab diperli sedemikian.Dia terus kaku tersipu malu tanpa sebarang kata.Hanya mampu tersenyum sahaja kepada Naufal yang gigih mengajaknya berjogging bersama.Senyum.Itulah satu-satunya aset dirinya.Membuatkan Naufal terasa ingin berkenalan lebih dengannya.Lantas ditarik oleh Naufal tangannya.Itulah pertama kali terjalinnya sebuah ikatan antara Hariz dan Naufal.Sebuah pertalian persahabatan yang telah ditakdirkan oleh Allah di Luh Mahfuz.Siapa tahu Hariz yang dahulunya pendiam dan pemalu kini telah menjadi seorang yang cukup peramah dan menyenangkan.Dia disenangi oleh kawan-kawan,guru-guru dan juga cleaner-cleaner di situ.Semuanya ini adalah hasil usaha dan dorongan Naufal yang tak henti-henti memberikan keyakinan kepada Hariz yang selama ini cukup merendah diri sehingga malu untuk bergaul.
********
                    “Next I would to call upon our Acedemy Bureau,Nur Syasha Ezzaty to deliver her speech.Please welcome”.Matanya kini fokus menatap wajah itu.Telinganya dipasang baik-baik mendengar lunak suara itu.Hatinya kian tenang tatkala dia berdiri di atas pentas bagi menyampaikan sepatah dua kata berkenaan ujian selaras yang akan dijalankan pada hari ini.”Assalammualaikum and good morning.Its a nice day for us to start our first exam this morning.I hope each of us had been well prepaid for this and remember always pray to Allah.In Syaa Allah,He will make it easier for us.So, I want to share with you about…..” Itulah Biro Akademik,Nur Syasha Ezzaty yang menjadi idaman semua jejaka di sekolah ini.Bak kata orang,’Pakej lengkap!’.Sesuai untuk dijadikan girlfriend.Cantik,pandai,berjawatan,manis senyuman,potongan badan yang cantik seolah-olah tiada kekurangan dalam dirinya itu.Tetapi tidak bagi si gadis kecil molek ini.Bagi Syasha setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Allah itu Maha Adil.Semua makhluk adalah sama di sisi-Nya.Yang membezakan hanyalah amalan dan ibadah.Kekayaan,kecantikan,kepandaian bukanlah sebagai penanda aras bagi-Nya untuk menilai seseorang hambanya itu.
                “And always remember this, Biar kita buruk di pandangan manusia,tetapi jangan sekali-kali Allah memandang buruk terhadap kita.Biar kita hina di sisi manusia,tetapi jangan sekali-kali kita hina di sisi Allah S.W.T.That all from me,thank you” Itulah ayat yang selalu diungkapkan oleh Syasha tiap kali dia menghabiskan ucapannya.Ayat itulah juga yang telah sebati di kepala Hariz.Setiap pagi dia akan membaca ayat yang dipahatkan di pintu lokernya itu sebelum pergi ke kelas.
              Selesai sahaja mc menutup majlis,para pelajar terus bergegas ke kelas masing-masing bagi membuat persiapan terakhir.Last minute study lah katakan.Begitu juga Hariz yang tadinya asyik memerhatikan Syasha, kini dia melupakannya sebentar bagi menumpukan perhatian untuk ujian selaras ini.”Good luck,bro!” dirasai bahunya disentuh oleh seseorang yang cukup disayanginya.Naufal.”Oh,terima kasih.Kau pun sama,doakan aku ya” masing-masing berbalas senyuman sambil dalam hati mereka berbicara,”Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan Naufal dan aku untuk menghadapi ujian pada pagi ini.Bismillahitawakkaltua’allah.”Begitulah juga Naufal yang turut mendoakan sahabatnya itu.Beginilah persahabatan antara Naufal dan Hariz.Sentiasa mendoakan antara satu sama lain.Sentiasa menyokong antara satu sama lain.Susah senang ditempuh bersama.
                    Pernah sekali Hariz ditimpa musibah dengan kehilangan wang sebanyak RM180.Wang itu diberi oleh bapanya untuk membayar yuran PIBG.Hariz sungguh sedih ketika itu.Bukan senang bagi dirinya untuk memperoleh wang sebanyak itu.Bapanya hanya seorang juruteknik manakala ibunya hanya seorang surirumah.Walaupun RM180 itu merupakan satu nilai yang kecil bagi orang lain seperti Naufal tetapi tidak bagi Hariz.Hatta 10 sen pun sudah cukup bernilai bagi diri Hariz yang hidup dalam serba kekurangan.Bukan seperti anak-anak orang lain.Diberinya wang belanja RM50 setiap minggu masih lagi merungut tidak cukup.Sedangkan Hariz yang hanya menerima RM30 ringgit daripada biasiswa sekolah untuk perbelanjaannya selama sebulan.Itupun dibelanjanya jika perlu sahaja seperti yuran rumah sukan,lawatan atau yuran kelab.Jika tidak,tabung lah perginya wang itu.
                     Menyedari akan musibah yang dihadapi Hariz,Naufal dengan tanpa teragak-agak menggunakan wang akaunnya sendiri untuk melunaskan bayaran PIBG Hariz tanpa pengetahuan Hariz.Sedar-sedar sahaja Hariz dimaklumkan oleh gurunya yang dia tidak perlu membayar apa-apa lagi selepas ini.Apabila mendapat tahu yang Naufal lah individu disebalik semua ini, terus dicarinya Naufal.
                  Matanya tajam melihat Naufal yang sedang duduk di kaki lima surau sedang kakinya laju melangkah kearah Naufal.Naufal yang sudah boleh mengagak  riak wajah Hariz lantas bangun dan berkata, “Kau,diam!biar aku tanya kau dulu” Hariz yang tadinya tidak sabar-sabar terdiam seketika.
                 “Aku tahu kau nak cakap apa kat aku.Alaa,small matter je bro! Kau nak kasik hadiah kat aku kan?sebab aku dah tolong kau.Betul tak? Dengan selambanya Naufal berkata kepada Hariz.Dilihat Naufal tersengeh-sengeh.
                 “Kenapa kau susah-susah bayarkan untuk aku?”
                 “Sebab aku ni kan anak orang kaya.Suka hatilah aku nak buat apa dengan duit tu.”gurau naufal sambil tergelak.Hariz juga turut tersenyum akan gurauan Naufal.
                 “In Syaa Allah,aku janji nanti aku bayar balik kat kau.Cuma…”
                “Wei,Iz!Kau dengar sini baik-baik.Aku ni sahabat kau.Allah takdirkan aku jadi anak orang kaya sebab untuk bantu orang macam kau.Dan sebab tulah kita ni dipertemukan Allah untuk menjadi sahabat.Sesungguhnya harta kekayaan yang walid aku miliki ni hanya sementara.Semuanya itu adalah milik Allah.Adalah menjadi suatu kewajiban bagi aku untuk berkongsi pinjaman-Nya ini dengan insan yang memerlukan seperti kau.Jadi,tak payah lah susah-susah kau nak bayar balik kat aku.”Cepat Naufal memotong percakapan Hariz.
                 Dengan tanpa diduga bebola matanya mula dibasahi dengan air mata.Hariz tidak dapat berkata apa-apa.Dia hanya mampu menatap wajah suci Naufal.Senja itu seakan-akan turut merasai keindahan persahabatan mereka berdua.Tenang,aman,dan Indah.
*******
                 “Baiklah,anda boleh mula menjawab sekarang.”
              Dengan tenang Syasha membaca doa sebelum menjawab soalan.Dia menunduk khusyuk.Tiba-tiba sang mata tertarik akan kepingan stickynote kuning.Ditatapnya kepingan itu lalu membacanya.Tanpa disedari satu minit telah berlalu.”Astarghfirullah!” Cepat-cepat dia membuka kertas soalan dan mula menjawab dengan basmallah.Hal stickynote kuning dilupakan seketika.Saat itulah senyuman tiba-tiba terukir di wajah Syasha.Mungkin kerana stickynote kuning tadi.
             Di kelas sebelah.Kelihatan Hariz dan Naufal sedang tenang menjawab ujian.”Tik,tok,tik,tok,…” begitulah gambaran suasana di dalam kelas mereka.Senyap,sunyi hanya ditemani dengan bunyi jam dinding,putaran kipas dan kadang-kala ada yang terbatuk,mungkin kerana tidak sihat atau hanya sekadar batuk kering sahaja.”Okay,tinggal setengah jam sahaja lagi ya!” Suara Cikgu Radziah yang lantang memecahkan kesunyian di kelas itu sekali gus membuatkan pelajar-pelajar turut bertambah cemas.Hariz juga.Tulisannya kini semakin bercakar ayam.Maklumlah dia amat lemah dalam menghasilkan karangan kerana sukar mencari idea.Lebih-lebih lagi saat-saat akhir seperti ini.Apa-apa yang terlintas di fikirannya terus sahaja ditulis.
            “Iz! Apa cer tadi BM,okay? Tanya Naufal seperti tiada masalah.Naufal sememangnya tiada masalah dalam subjek ini maklumlah subjek kegemarannya.Oleh sebab itulah,dia telah dipilih menjadi wakil sekolah untuk ke pertandingan Kuiz Bahasa Peringkat Daerah tahun ini.
           “Alhamdulillah,macam tulah.Boleh tahan susah lah tadi.Aku bukan macam kau boleh tersenyum lagi.” Puji Hariz
         “Eh,kenapa pulak.Aku pun menggelabah jawab BM tadi.Tonggang-langgang ayat aku.” Balas Naufal merendah diri.
         Sementara menunggu kertas soalan seterusnya yang akan bermula pada jam dua petang ini,Hariz menggunakan masa yang ada untuk menyelak-nyelak buku Sejarah.Walaupun dia sudah berkali-kali membaca topik yang sama tetapi hatinya tetap berkeras supaya membacanya.Wakaf Ibnu Khaldun menjadi pilihannya tiap kali ingin berseorangan.Cukup selesa.Wakaf ini betul-betul terletak di sebelah padang sekolah dan di bawah pokok yang rendang.Membuatkan ia sentiasa ditiup bayu angin.
              Termenung.Sedikit kebosanan.Dia merenung jauh mengalihkan pandangannya ke arah kehijauan padang yang terang disinari hangat matahari.Lantas muncul seorang perempuan di tengah-tengah pemandangan itu.Kecil molek,bertudung labuh,punya lesung pipit tatkala dia tersenyum.Ya!Syasha Ezzaty tentunya.Sambil  ditemani kicauan anak-anak burung,Hariz bermonolog sendirian
           “Nur Syasha Ezzaty Bte. Md. Radzi,alangkah beruntungnya jejaka yang bakal mengahwini mu.Ingin sekali aku mengenali mu dengan lebih dekat kerana aku amat mencintai mu.Ingin sekali aku berbual,bertexting dan menelefomu seperti kawan-kawan ku yang lain.Melihat mereka bergembira bercouple bersama dengan pasangan masing-masing.Andainya jika aku dapat berbuat demikian.Tetapi sesungguhnya aku tahu itu bukanlah cara yang benar untuk aku mencintaimu.Cinta yang sebenar,mestilah membawa ke syurga.Itu baru namanya cinta.Selain itu, semuanya palsu belaka.Dan kerana aku ikhlas mencintaimu lah aku rela tangguhkan itu semua.Aku yakin jika benar kau lah jodohku tuhan akan satukan kita suatu hari nanti tanpa perlu aku memikatmu.”
                “Allahu akbar,Allahu akbar!...” Laungan azan lantas menyedarkan Hariz bahawa telah masuk waktu Zohor.Kelibat perempuan yang dilihatnya tadi juga lesap dari pandangannya.Lama juga Hariz bermonolog.Tersenyum sendirian.Dia bingkas bangun dan menuju ke surau segera supaya tidak ketinggalan jemaah.
******
                         Kini Hariz telah bergelar mahasiswa di salah sebuah universiti di bumi para anbiyya’.Menuntut dalam bidang Usuluddin dan ini merupakan tahun terakhirnya menuntut di sini.Hatinya berbelah bahagi tatkala memikirkan yang dia akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.Berat sekali hati ingin meninggalkan bumi Mesir ini kerana di sinilah Kekasih-Nya dilahirkan.Walaupun sudah tiada di dunia ini,tetapi kehangatannya masih terasa.  Terasa masa berlalu terlalu pantas sekali.Sahabat-sahabatnya yang lain telah pun mempunyai haluan masing-masing.Sahabatnya Naufal,telahpun melanjutkan pelajaran peringkat Masternya di Lanchesher,United Kingdom.Ada juga yang telah bekerja dan berkahwin pun ada.
                          Hari ini Hariz akan mengambil kertas terakhirnya untuk peperiksaan final sem sebelum dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.Dijawabnya dengan tenang dan penuh keyakinan sekali.Tidak hairanlah apabila dia pernah dianugerahkan gelaran Mumtaz dalam universiti itu kerana sikap Hariz yang sentiasa tidak lekang daripada pusat sumber dan buku-buku pengajiannya disamping ibadah-ibadah sunat seperti solat hajat,tahajjud,taubat tidak pernah dilupakan.Setelah dua jam setengah berhempas-pulas dengan kertas soalan akhirnya Hariz berjaya menghadapinya dengan tenang.
                   “Alhamdulillah,syukur Ya Allah kerana telah mengurniakanku ketenangan saat aku sedang menghadapi ujian sebentar tadi.Kini, aku serahkan segalanya ke atas-Mu.Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.” Syukur.
                   Keluar dari kelas.”Bitbitbitbit….”tiba-tiba handphonenya yang dalam mode silent bergetar.Cepat diangkatnya panggilan itu.”Mak’s calling…”seakan-akan sesuatu yang penting ingin diberitahu.
                  “Waalaikummussalam,ya Mak!”lantas dia menjawab panggilan salam ibunya.
                  “Iz,sihat?macam mane tadi exam?” seperti yang dijangka itulah yang akan ditanya tiap kali Hariz menamatkan kertas peperiksaannya.
                 “Oh,Alhamdulillah mak,Iz sihat.Paper tadi pun alhamdulillah Iz tak ade masalah sangat.”
                “Alhamdulillah,syukur lah kalau macam tu.Mak tahu Iz boleh buat.Ni,mak ada perkara penting nak bagitahu kat Iz.Tapi Iz janganlah terkejut beruk pulak ya?”
                “Dengar macam serius je mak ni,ada apa-apa perkara buruk terjadi ke mak?” Perbualan mereka kian bertambah tegang.Bermacam-macam perkara buruk dibayangkan Hariz.Dia tidak dapat bayangkan jika apa yang dibayangnya itu benar-benar terjadi.Sedang dia masih berada jauh dari keluarga tersayang.
                 “Ya Allah,jauhkanlah aku dari khabar yang buruk itu.Berikanlah aku kekuatan jika ia benar-benar berlaku.” Hatinya kencang berdegup dengan harapan mohon dijauhkan semua itu.
                “Tak,tak ade benda buruk pun yang berlaku.Kami semuanya selamat.Iz tak usah lah risau.Cuma Mak nak cakap yang ayah kau dah pergi merisik  anak perempuan kawan dia semalam.Mak harap bila Iz balik sini nanti boleh lah Iz jumpa bakal tuning Iz tu.” Jawab Mak dengan gembira sekali.
               Iz pun yang telah sekian lama menunggu-nunggu khabar berita ini terasa sangat teruja tatkala mendapat berita ini.Dahulu,sebelum dia bertolak ke Mesir Hariz telah pun menyampaikan hasratnya kepada kedua-dua orang tuanya supaya mencarikan dia calon isteri.Kini hasratnya telah tercapai.Dia yakin pilihan ibu bapanya itu adalah yang terbaik buatnya.Saat itu dia terkenang kembali kenangan 5 tahun yang lepas.Seorang gadis yang bernama Syasha pernah bertakhta di hatinya dan merupakan cinta pertamanya di zaman sekolah dahulu.Namun,sekarang telah lama dia tidak mendengar khabar dari gadis idamannya itu.Entah di mana dia berada,sudah berkahwin ke belum? Tanda tanya itu terus bermain di fikiran Hariz tanpa menemui jawapan.Walaupun dia pernah menanyakan kepada sahabat-sahabatnya,tetapi tetap tidak berjaya.”Mungkin dia bukan jodoh aku…”
              “Hello,Mak? Hello?” Talian terputus rupanya.Mungkin kerana credit handphone Mak sudah habis.Maklumlah Perhubungan jarak jauh sudah tentunya mahal.
******
                       Segak bergaya.Warna putih menjadi pilihan.Melihat dirinya di cermin seperti tidak percaya yang itu adalah dirinya.Tanjak di kepala yang kelihatan senget sedikit dibetulkan.Sampingnya yang keemasan itu juga diperkemaskan lagi.”Handsome jugak aku ni ya.” Puji dirinya sendirian.
                   “Iz! Ooh Iz! Dah,dah lah berdandan tu.Eeh,melebih-lebih pulak dia.Cepat turun majlis dah nak mula ni!.Tunang ni yang penting.Dah lah tempat bersandingnya jauh.Ada tak kahwin kau ni.” Bebel si mak memang sentiasa didengarnya.Majlis akad nikah dan persandingan Hariz dan pasangannya akan diadakan pada hari ini sekali gus.
               “Okay,okay!Beta turun ni.” Berlagak seperti raja.Lekas dia menuruni tangga kayu rumahnya itu.
              Sementara di rumah pengantin perempuan sedang sibuk berdandan di dalam bilik.Walaupun majlis perkahwinan ini hanya diadakan dengan sederhana tetapi ramai sungguh saudara-mara juga kenalan dari kedua belah pihak yang hadir ke majlis ini bagi menyambut kedua mempelai.
             “Tok,tok,” Pintu bilik persalinan pengantin perempuan diketuknya.Lalu dibukanya perlahan.
            “Kak,Sya,ada kiriman dari pengantin lelaki.Dia suruh akak buka sekarang.”Rupanya Hariz telah menghantarkan sebuah kotak hadiah kepada adik si pengantin perempuan untuk diberi kepada pasangannya itu.Kotak yang berisi 1001 makna,1001 kenangan,dan juga 1001 persoalan.Dihulurkan kotak itu kepada bakal pengantin Hariz.
            “Apa ni dik?” Tanya si gadis mempelai itu sambil tertanya-tanya isi kotak itu.Dibukanya perlahan.
            Kelihatan berkilau sekali dari dalam kotak itu seutas jam tangan yang sangat cantik dan sesuai untuk kulit cerah macamnya.Pandai Hariz memilih.Seperti sudah lama kenal dengan bakal isterinya ini.Anak matanya kini bukan terpukau melihat kilauan jam itu tetapi dia terkedu pabila melihat sekeping stickynote kuning yang dilekatkan pada jam tangan itu.Ia juga tertulis sepatah ayat,”Untukmu dari HSXB7”
                       “Stickynote kuning?HSXB7?Ni kan….” Dirinya yang tadi berasa gembira dan tidak sabar-sabar ingin bersanding kini dihantui oleh stickynote itu.Pelbagai persoalan mula berpusing-pusing di kepalanya.Hadiah itu seakan membanya pulang mengimbas kembali kenangan 7 tahun dahulu.Sewaktu itu dia berada di tingkatan 5.Sering kali dia menerima stickynote kuning yang ditampal di atas mejanya.Tetapi si pemiliknya hanya menggelarkan dirinya sebagai HSXB7.Puas juga dia mencari siapakah gerangan pemilik kod ini tetapi tidak berjaya.Dan kini kod itu muncul kembali dalam hidupnya.
                     “Siapa dia ni?Nama bakal suami aku Hariz.Macam mana dia boleh tahu kod ni? Dia ke HSXB7? Tapi tak pernah nampak pun muka handsome macam tu masa kat sekolah dulu?Nama Hariz pun macam tak pernah dengar pun.” Dirinya dihujani dengan pelbagai persoalan.Hanya seorang sahaja yang boleh menjawab semua persoalan ini.Hariz.
                     Akhirnya,mereka berdua telah selamat dinikahkan dan telah menjadi pasangan suami isteri yang sah dan dengan cara yang halal.Inilah namanya cinta hakiki yang dikirimkan Allah untuk hambanya yang beriman.Zaman sekarang ini isu seperti couple,pergaulan bebas seolah-olah sudah menjadi satu lumrah hidup abad ni.Amat sukar sekali untuk menemui jejaka seperti Hariz pada zaman seperti ini.Sanggup menangguhkan semua nikmat itu sedang mereka yang sebayanya seronok dibuai cinta,”Cinta Monyet”.Bukan cinta dari Ilahi,tetapi cinta dari Sang Durjana,Syaitan! Kerana yakin akan janji-Nya, dia sentiasa istiqamah  menjaga imannya agar tidak dikuasai oleh hawa nafsu yang sentiasa dihasut oleh Si syaitan supaya dirinya itu sesat. Hampir setiap malam Hariz bertahajjud memohon kepada Allah agar mengurniakannya jodoh yang baik.
                 Kalau dah jodoh tak ke mana.Gadis yang selama ini didambakan sejak bangku sekolah lagi kini betul-betul duduk bersebelahannya.Ibarat pinang dibelah dua.Cukup padan.cukup manis.Pasangan yang cukup sesuai sekali.Namun,persoalan-persoalan tadi masih lagi bermain di minda Syasha.Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk ditanya kepada Hariz.Hariz yang sudah mengetahuinya sengaja membiarkan Syasha ditenggelami dengan persoalan-persoalan itu.Menunggu sahaja dirinya ditanya.
              “Assalammualaikum,Iz!” sibuk bersalaman bersama tetamu yang hadir, tiba-tiba Hariz dikejutkan dengan satu suara dari arah belakang.Suara yang sudah sekian lama tidak didengari.Suara yang amat dirinduinya selama dia menuntut di negara orang.
             “Waalaikummussalam,subhanallah!Kau rupanya Naufal!
             “Wah,wah,wah.Makin handsome kau ya sekarang.Dulu bukan main kembang lagi.Apa rahsia bro? “ tersenyum Naufal sibuk memuji penampilan Hariz yang telah berubah banyak.Badan yang dahulunya seperti belon kini telah menjadi susuk tubuh yang amat diidam-idamkan oleh jejaka lain.Wajahnya juga tidak kurang hebatnya.Amat berbeza daripada dahulu.Photogenic.Tidak hairanlah Syasha terus bersetuju dengan risikan bapa Hariz apabila ditunjukkan gambar Hariz kepadanya.
            “Tahniah,Sya.Ingat lagi tidak aku ni?Takkan dah lupa kot.Aku bukannya berubah macam suami kau ni.100% berubah! “ sindir Naufal tersengih.
           “Eh,emmm….ingat,ingat.hihihi.Terima kasih” cemas sungguh dia menjawab soalan itu.Walaupun nampak simple,tapi bukan bagi dirinya.Syasha memang tidak pernah mengingatkan kawan-kawan lelakinya semasa sekolah dahulu.Mungkin hanya segelintir sahaja yang diingatnya seperti ahli –ahli badan perwakilan pelajar dan juga pelajar-pelajar lelaki yang  menjadi bualan setiap gadis di sekolah itu a.k.a Budak Hot.Budak lelaki normal seperti Hariz jangankan namanya,rupanya juga langsung tidak diingatnya.Apatah lagi sekarang ini Hariz telah pun berubah dari gemuk ke kurus.Dari tak handsome kepada handsome.
******
                               Tangannya dikucup ikhlas.Terasa nikmatnya.Kini Hariz pula mencium ubun isterinya itu sebagai tanda kasihnya kepada Syasha.Selesai sahaja solat,inilah saat yang tepat bagi Syasha untuk merungkai segala persoalan-persoalan tadi.
                         “Awak,errr…saya nak tanye sikit boleh?” suaranya malu bertanya kepada Hariz yang sedang melipat sejadah.
                         “Ya,saya.Apa dia?” Hariz seakan-akan sudah mengagak apa yang akan ditanya Syasha itu terus sahaja bertanya kembali.Lantas diambilnya kotak hadiah pemberian itu dan mengeluarkan sekeping stickynote kuning.
                       “Betul ke ni dari awak ke?’
                        “Aah,memang dari saya.Kenapa?Awak tak suka ke?”
                       “Eh,bukan.Saya suka,suka sangat.Cuma….Stickynote kuning ni dengan kod ni,macam mane
                         Awak tahu?”
                      
                       Itulah dia soalan yang ditunggu-tunggu sejak dari pagi tadi.Hariz bangun dari duduknya lalu membawa Syasha  duduk di atas katil.Malam itu,Hariz memberitahu segala-galanya.Dari saat dia mula-mula jatuh hati pada Syasya semasa sekolah dahulu sehinggalah saat dia mendapat khabar yang bakal isterinya ini ialah Si Dia,Nur Syasha Ezzaty Bte. Md. Radzi.Setiap perkara,setiap pengorbanan dan  penantiannya selama ini diceritakan kepada Syasha.Membuktikan betapa ikhlas dan sucinya cinta Hariz kepada Syasha.

*******
                             “Sya,dari dulu sampai sekarang cinta abang pada Sya tak pernah luntur.Syalah segalanya buat abang.Sya telah mengajar abang erti cinta yang sebenar.Dari Sya,abang belajar erti pengorbanan dan dari Sya jugalah abang kuat menjalani hidup ini.Allah telah satukan kita di dalam satu jalan penceritaan yang sangat indah.Sya ingat lagi tak masa zaman kita sekolah dulu?Masa tu abang selalu hantar stickynote kuning,wishes card,birthday card,dedication kat Sya.Walaupun abang tahu yang Sya tak pernah pun menaruh perasaan kat abang.Ya lah,siapalah abang masa tu.Pelajar biasa,tak ada rupa,gemuk pula tu.Siapalah yang nak kat abang ni.Tapi,abang tak kisah semua tu.Yang penting masa tu abang nak tengok Sya sentiasa gembira dan tersenyum.Kadang-kadang sedih juga bila mengenangkan apa yang abang buat masa tu ibarat bertepuk sebelah tangan.Tapi abang tetap kuatkan diri.Setiap malam abang sentiasa bangun tahajjud,memohon agar suatu hari nanti kita ditakdirkan bersama.Dan kini tidak sia-sialah usaha abang selama ini.Allah telah perkenankan doa-doa abang.Sekarang Sya dah jadi isteri abang yang sah.Walaupun sekarang Sya dah…………..”
                             Tidak dapat menahan,tiba-tiba air mata mula berlinangan di pipi Hariz tanpa henti.Matanya kian kemerah-merahan.Dia mengesat air mata itu,namun ia tetap juga jatuh menitis.Hariz berasa sungguh sedih sekali.Ditatapnya penuh kasih saying batu putih itu.Dibelainya batu itu penuh rasa cinta dan reda.
                         “Sya,abang sedih.Sedih sangat sebab cinta kita hanya sekejap sahaja Allah pinjamkan.Setiap malam abang asyik teringatkan Sya.Abang rindu Sya.Rindu sangat.Jika masa ini mampu diulang,abang sanggup Sya walaupun terpaksa menggadaikan nyawa ini.Namun apakan daya,kita ini hanya hamba-Nya yang lemah.Abang harus reda akan takdir-nya ini walaupun perit untuk abang menerimanya.Abang yakin pasti ada hikmah atas semua ini.Mungkin sudah tiba giliran Sya pula untuk menanti abang di ‘sana’….Abang janji kita akan bersatu semula suatu masa nanti.Semoga Sya sentiasa bahagia di ‘sana’ dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.Sya tunggu ya…”
                       “Ayah,cepatlah! Awal nak balik ni.Dah lapar dah perut ni.” Muncul satu suara membuatkan Iz tersedar.Cepat-cepat dia mengesat pipinya supaya tidak dilihat si comelnya itu.Syawal.Syawal merupakan satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan buat Hariz dan Syasha.Berkulit cerah,berambut keperang-perangan dan ligat sekali persis ibunya.Dialah satu-satunya kenangan yang tinggal buat Hariz.Satu anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi.
                     Kini,sudah tiga tahun pemergian Syasha dari hidup Hariz.Nyata tiga tahun yang telah berlalu,adalah tiga tahun yang indah.Tiga tahun diisi oleh dengan keeratan mereka berdua.Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama.Terlalu banyak perkara yang dilalui bersama.Syasha telah disahkan menghidap kanser cervic semasa dia melahirkan Syawal tiga tahun lepas.Kehadiran Syawal dalam hidupnya seakan sebagai pengganti bagi diri Syasha.Dia tidak menyalahkan kelahiran Syawal sebagai sebab pemergian Syasha,bahkan dijaganya hadiah yang diberi Syasha itu dengan penuh kasih sayang seorang bapa.Walaupun Syasha tela tiada di dunia ini,tetapi Hariz masih lagi dapat merasai kehadirannya dengan menatap wajah Syawal yang mirip sekali dengan ibunya.Dialah tempat Hariz melepaskan rindu.Dialah sumber kekuatan buat Hariz untuk terus hidup di dunia sementara ini.Bagi Hariz,Allah itu tidak kejam malah Maha Penyayang.Ya!Dia mengambil Syasha dari hidup Hariz,tetapi dia gantikan dengan kehadiran Syawal sebagai pengubat duka.Itulah Allah.Tuhan yang Maha Penyayang terhadap semua hambanya.Walau sejahat manapun hamba-Nya itu,jika dia bertaubat dan kembali kepada-Nya sudah pasti Dia akan mengampuninya.
                         Huruf ‘S’ dalam kod HSXB7 adalah untuk mewakili Syasha kini telah digantikan oleh Syawal.Tetapi hanya pemilik sebenar sahaja yang mengetahui maksud keseluruhan kod ini….

"Aku setia menantimu..."