Powered By Blogger

Friday 28 February 2014

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
(sebuah cerpen pendek)

Sajak Hidupku

Kalau dulu,
Hidupku begitu bahagia,
Hidupku dipenuhi dengan gelak ketawa,
Hidupku begitu tenang dan aman sekali,
Aku boleh bergurau dengan adik-adikku,
Aku boleh mencium tangan orang tuaku tiap kali pergi ke sekolah,

Tapi sekarang,
Hidupku berubah,
Tiada adik-adik,
Tiada mak ayah disisi,
Membuatkan hidupku seperti kosong,
Tidak bererti,

Aku tidak lagi dapat merasai semua itu,
Semuanya aku lakukan sendiri,
Semuanya aku tempuh sendiri,
Kerana terkandas di dalam,
"Penjara kejayaan",

"Penjara kejayaan"? atau dalam erti kata lain asrama.Ya!Aku ialah pelajar asrama.Dan aku tidak suka duduk asrama.Kenapa? Jawapan itu ada pada sajak yang aku tulis di atas.Aku tidak tahu mengapa mak ayah aku hantar aku ke sekolah ini.Aku tahu dulu,aku ini anak yang kurang ajar dan biadap.Tapi tidak bermaksud aku bencikan mereka."Mak,Ayah Angah minta maaf jika Angah selalu kurang ajar.Tapi Angah masih lagi sayang pada Mak dan Ayah.Kenapa Mak Ayah hantar Angah sekolah jauh-jauh ni?kenapa?".Aku masih lagi tidak mengerti.Soalan itu terus terkubur di telan dek masa yang berlalu.

Sejak aku masuk asrama,aku berjauhan dari mereka yang aku sayang.Adik-adik,kawan-kawan dan...sudah tentu Mak dan Ayah.Cukup jauh dari mereka.Sehingga merentas sempadan negeri.Aku sangat merindui mereka.Setiap hari aku menghubungi mereka di public phone.Aku langsung tidak malu tatkala aku menangis-nangis di public phone.Setiap hari aku merayu Mak dan Ayah untuk mengeluarkan aku dari tempat ini.Tapi mereka tetap berkeras jua.Entah apa yang mereka fikirkan.Kalau inilah yang terbaik untuk aku.Aku rasa tidak.Bagi aku langsung tidak gembira tinggal di sini keseorangan.Seringkali,aku bersendirian di sini.Kerana aku seorang yang pendiam.Aku tidak pandai bergaul.Kerana itulah aku tiada kawan.

Setahun berlalu.Dan aku masih lagi terkandas di "penjara" ini.Aku masih lagi tidak menemui jawapan mengapa aku dihantar ke sini.Tetapi aku sudah mula belajar sesuatu di sini.Aku pandai basuh baju,Aku pandai iron baju,aku pandai berbelanja sendiri.atau aku telah BERDIKARI.Dulu aku tiada kawan.Tapi sekarang aku sudah mula disenangi mereka.Tapi,aku masih aku yang dulu.Aku tetap ingin keluar dari sini.Sehingga sekarang public phone lah teman karib ku.Pagi sebelum pergi kelas,aku jumpa 'dia'.Petang lepas habis kelas,aku jumpa 'dia'.Malam sebelum tidur pun aku jumpa 'dia'.

Tahun ketiga aku di "penjara kejayaan'.Satu cahaya petunjuk yang dahulunya malap kini mula menerang.Dia sedang mula menunjukkan sesuatu untuk aku.Sedang usia aku meningkat,fikiran aku juga mula dewasa.Aku mula memikirkan mengenai kehidupan aku selama ini.Jika dulu aku tiada matlamat hidup.Aku tiada target yang ingin aku capai dalam hidup.Tapi,pabila aku mengenangkan kembali selama aku di sini,aku sudah mula mengejarkan sesuatu.Iaitu,aku ingin cemerlang dalam peperiksaan.Dan syukur kepada Dia kerana aku sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaanku.Mungkin ini semua kerana aku sudah mempunyai matlamat.Mungkin.

Kini,sudah tiga tahun aku di "penjara...,eh aku rasa perkataan itu sudah tidak sesuai.Mungkin perkataan ini yang aku perlu sebut tiga tahun dahulu,"Madrasah Kehidupan".Kenapa?Kerana memang itulah nama yang sepatutnya.Persoalan tiga tahun dahulu,kini telah terjawab.Tapi,jawapan yang aku temui bukan sekadar itu,malah aku temui bermacam-macam jawapan:

 1.Well,aku telah mampu berdikari.Semuanya aku lakukan sendiri.
 2.Aku menjadi seorang yang kuat.Kuat menempuh pelbagai ujian yang datang.Semuanya aku selesaikan sendiri dengan bantuan Dia.
3.Perangai aku telah berubah.Berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.Aku tidak lagi menderharkai kedua orang tua ku.
4.Aku mempunyai matlamat hidupku sendiri.
5.Aku belajar untuk tidak berputus asa.
6.Aku dilatih menjadi muslim yang baik.Solatku terjaga,akhlakku terjaga.

Kini,aku sudah dapat melihat lukisan hidupku.Aku tidak menyangka sungguh indah sekali lukisan itu.Sungguh halus.Sungguh teliti.Dan tentunya penuh makna di sebalik lukisan itu.Dia yang melukiskan ia untuk aku.Dia takdirkan aku untuk belajar di sini adalah untuk mengubah diri aku yang dahulu.Aku yakin dan pasti,jika aku tidak dihantar ke sini aku masih lagi tidak menghormati kedua orang tua ku.Jika aku tidak dihantar ke sini,sudah tentu aku akan terpengaruh akan segala racun-racun di luar sana.Yang akan menarik aku keluar dari landasan ituDan aku pasti agama dan iman ku tidak akan terjaga jika aku tidak dihantar ke sini.Kerana itulah Dia takdirkan diri aku ini di tempat ini.

"Aku yang dulu bukan yang sekarang..."aku

Betapa tulus dan sucinya cinta Dia pada hamba yang hina seperti aku ini.Jika manusia, dia menunjukkan kasih sayangnya pada kekasihnya.Dibelikannya bunga,berlian dan permata supaya si dia menyayangi dia.Tapi itu bukan cara Dia.Bagi Dia,kasihNya sungguh halus sehinggakan hambaNya itu tidak dapat melihat kasih sayangNya.Mengapa Dia lakukan sedemikian?Kerana Dia ingin hambaNya ini untuk mencari kasih sayang itu sendiri.Kerana itulah kita hendaklah sentiasa bermuhasabah.Ambillah sedikit masa dalam kehidupan seharian kita untuk memikirkan nikmat-nikmatNya,kebesaranNya,penciptaanNya.Pasti air mata mu akan menitis.Saat itu,barulah kita sedar betapa banyaknya nikmat yang diberikan pada kita selama kita hidup,sehinggakan kita tidak sedar itulah nikmat sebenarnya.

(Cerita di atas ini adalah cerita sebenar yang saya peroleh dari seorang rakan saya.Dia kongsikan cerita ini pada saya dan meminta saya supaya ceritanya ini dikongsikan bersama.Semoga ia dapat memberi manfaat buat kita semua dalam menuju redaNya...)


"Saya rindu Allah"


    

3 comments:

  1. Waalaikumussalam Encik Mimpi (menjawab salam di shoutbox). Saudara/saudari (mohon dapat perkenalkan diri ya). Wah.. wah.. kita guna muzik Yiruma yang sama. Terima kasih atas jemputan ke blog ini. Insyaallah saya akan cuba berikan pandangan dan bantu anda jika berkelapangan. Kita saling membantu dan saling mempelajari antara satu sama lain.

    Salam kenal. :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga.saya Sahirul.terima kasih kerana sudi melawat blog saya.saya harap saudara dapatlah berkongsikan tips penulisan ya.saya ini baru mula belajar.harap dapat bantu saya.Apa pandangan saudara terhadap karya2 saya?okay tak?apa kekurangan yg saya perlu baiki?

    ReplyDelete
  3. Maaf tanya lagi. Sahirul, saudara/saudari. Konfius sikit ni. Hehe. Saya sekarang 19tahun belajar di Shah Alam. Saya tinggalkan emel, wanariahamiza@gmail.com supaya mudah untuk kita berkomunikasi. Saya rasa medium blog ni terlalu terbuka kalau nak cerita tentang perkara yang sedikit 'peribadi'. :)

    ReplyDelete