Powered By Blogger

Monday 17 February 2014

Cinta Si Pemilik Stickynote

Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

              “Assalammualaikum Syasha,semoga berjaya untuk ujian selaras minggu hadapan.~HSXB7~” mata pena yang dipegangnya itu diletakkan semula ke dalam bekas tulis.Sambil memegang stickynote berwarna kuning itu,dia lantas bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas 5 Quantum.”Line clear!Ni lah masanya” cepat-cepat dia menyelinap di kelas sebelah lalu menuju kearah meja Syasha.Stickynote itu ditampal baik-baik di atas meja,kemudian diletaknya sebuah buku bagi menghalang ia dari dilihat orang.Dia bingkas keluar dari situ.Hatinya yang tadi kencang kini kembali reda.”Huhh,selamat…”hembus nafasnya lega.Kini dia hanya tinggal menunggu berharap agar Syasha melihat stickynote itu.
              Terkejut apabila dia melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.”Eh,baik aku cepat.Dah lambat ni.”dirinya digesa supaya bergegas  ke Dewan Selera kerana jika tidak terpaksalah dia ikat perut sampai prep habis.Seperti kebiasaan Dewan Selera akan ditutup tepat 6:45 petang.Lagi-lagi hari ni menu ikan keli masak cili api.Bukan senang nak dapat makan sedap kat asrama.Kalau terlepas  rugilah jawabnya.
             “Terima kasih,Cik”senyuman manis tidak pernah dia lupa tatkala mengambil makanan di kaunter.Sememangnya makcik-makcik di Dewan Selera amat menyenangi akan sikap peramahnya itu menyebabkan dia dilantik menjadi AJK Biro Makanan & Kesihatan di sekolah ini.Ruang matanya terus dilebarkan,mencari kawan-kawannya yang mungkin juga sedang makan di situ.Dilihatnya dari jauh kelihatan Naufal,roomatenya melambai-lambai tangannya memanggil dia untuk makan bersamanya.
             “Eh,Fal ! tunggu aku tau”pesannya kepada Naufal
            “No prob lah.Aku pun baru makan ni”balas Naufal sambil tergesa-gesa menogak air sirap bagi menolak makanan yang tersekat di kerongkongnya.
             Hari ini 10 Februari.Genap setahun dia menuntut dan tinggal di sekolah ini sejak dari tingkatan 4.Semasa mula-mula dia di sini,dia tidak punya kawan rapat.Dia seakan dapat menghidu takdir bahawa dirinya akan sentiasa keseorangan.Mungkin kerana dia terlalu memandang hina dirinya sendiri.Menganggap yang tiada sesiapa sudi berkawan dengannya kerana tiada rupa,gemuk pulak tu,tak pandai & juga pendiam.Tetapi semua tanggapannya itu jelas berakhir pabila suatu hari.Ketika dia berseorangan di wakaf semasa waktu riadah…
          “Seorang sahaja?”
          Cuping telinganya menangkap pertanyaan itu.Membuatkan lehernya automatik menoleh.Seorang pelajar berpakaian sukan,agak tinggi,berwajah cerah,sedang berdiri di hadapannya dengan roman wajah yang manis.Siapa pula ni? Tersipu-sipu dibuatnya apabila dirinya tiba-tiba ditegur.
       “Cantik kasut kau?Bila lagi nak tunjuk kat orang.Jom lah jogging dengan aku!” bertambah merah pipinya sebab diperli sedemikian.Dia terus kaku tersipu malu tanpa sebarang kata.Hanya mampu tersenyum sahaja kepada Naufal yang gigih mengajaknya berjogging bersama.Senyum.Itulah satu-satunya aset dirinya.Membuatkan Naufal terasa ingin berkenalan lebih dengannya.Lantas ditarik oleh Naufal tangannya.Itulah pertama kali terjalinnya sebuah ikatan antara Hariz dan Naufal.Sebuah pertalian persahabatan yang telah ditakdirkan oleh Allah di Luh Mahfuz.Siapa tahu Hariz yang dahulunya pendiam dan pemalu kini telah menjadi seorang yang cukup peramah dan menyenangkan.Dia disenangi oleh kawan-kawan,guru-guru dan juga cleaner-cleaner di situ.Semuanya ini adalah hasil usaha dan dorongan Naufal yang tak henti-henti memberikan keyakinan kepada Hariz yang selama ini cukup merendah diri sehingga malu untuk bergaul.
********
                    “Next I would to call upon our Acedemy Bureau,Nur Syasha Ezzaty to deliver her speech.Please welcome”.Matanya kini fokus menatap wajah itu.Telinganya dipasang baik-baik mendengar lunak suara itu.Hatinya kian tenang tatkala dia berdiri di atas pentas bagi menyampaikan sepatah dua kata berkenaan ujian selaras yang akan dijalankan pada hari ini.”Assalammualaikum and good morning.Its a nice day for us to start our first exam this morning.I hope each of us had been well prepaid for this and remember always pray to Allah.In Syaa Allah,He will make it easier for us.So, I want to share with you about…..” Itulah Biro Akademik,Nur Syasha Ezzaty yang menjadi idaman semua jejaka di sekolah ini.Bak kata orang,’Pakej lengkap!’.Sesuai untuk dijadikan girlfriend.Cantik,pandai,berjawatan,manis senyuman,potongan badan yang cantik seolah-olah tiada kekurangan dalam dirinya itu.Tetapi tidak bagi si gadis kecil molek ini.Bagi Syasha setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Allah itu Maha Adil.Semua makhluk adalah sama di sisi-Nya.Yang membezakan hanyalah amalan dan ibadah.Kekayaan,kecantikan,kepandaian bukanlah sebagai penanda aras bagi-Nya untuk menilai seseorang hambanya itu.
                “And always remember this, Biar kita buruk di pandangan manusia,tetapi jangan sekali-kali Allah memandang buruk terhadap kita.Biar kita hina di sisi manusia,tetapi jangan sekali-kali kita hina di sisi Allah S.W.T.That all from me,thank you” Itulah ayat yang selalu diungkapkan oleh Syasha tiap kali dia menghabiskan ucapannya.Ayat itulah juga yang telah sebati di kepala Hariz.Setiap pagi dia akan membaca ayat yang dipahatkan di pintu lokernya itu sebelum pergi ke kelas.
              Selesai sahaja mc menutup majlis,para pelajar terus bergegas ke kelas masing-masing bagi membuat persiapan terakhir.Last minute study lah katakan.Begitu juga Hariz yang tadinya asyik memerhatikan Syasha, kini dia melupakannya sebentar bagi menumpukan perhatian untuk ujian selaras ini.”Good luck,bro!” dirasai bahunya disentuh oleh seseorang yang cukup disayanginya.Naufal.”Oh,terima kasih.Kau pun sama,doakan aku ya” masing-masing berbalas senyuman sambil dalam hati mereka berbicara,”Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan Naufal dan aku untuk menghadapi ujian pada pagi ini.Bismillahitawakkaltua’allah.”Begitulah juga Naufal yang turut mendoakan sahabatnya itu.Beginilah persahabatan antara Naufal dan Hariz.Sentiasa mendoakan antara satu sama lain.Sentiasa menyokong antara satu sama lain.Susah senang ditempuh bersama.
                    Pernah sekali Hariz ditimpa musibah dengan kehilangan wang sebanyak RM180.Wang itu diberi oleh bapanya untuk membayar yuran PIBG.Hariz sungguh sedih ketika itu.Bukan senang bagi dirinya untuk memperoleh wang sebanyak itu.Bapanya hanya seorang juruteknik manakala ibunya hanya seorang surirumah.Walaupun RM180 itu merupakan satu nilai yang kecil bagi orang lain seperti Naufal tetapi tidak bagi Hariz.Hatta 10 sen pun sudah cukup bernilai bagi diri Hariz yang hidup dalam serba kekurangan.Bukan seperti anak-anak orang lain.Diberinya wang belanja RM50 setiap minggu masih lagi merungut tidak cukup.Sedangkan Hariz yang hanya menerima RM30 ringgit daripada biasiswa sekolah untuk perbelanjaannya selama sebulan.Itupun dibelanjanya jika perlu sahaja seperti yuran rumah sukan,lawatan atau yuran kelab.Jika tidak,tabung lah perginya wang itu.
                     Menyedari akan musibah yang dihadapi Hariz,Naufal dengan tanpa teragak-agak menggunakan wang akaunnya sendiri untuk melunaskan bayaran PIBG Hariz tanpa pengetahuan Hariz.Sedar-sedar sahaja Hariz dimaklumkan oleh gurunya yang dia tidak perlu membayar apa-apa lagi selepas ini.Apabila mendapat tahu yang Naufal lah individu disebalik semua ini, terus dicarinya Naufal.
                  Matanya tajam melihat Naufal yang sedang duduk di kaki lima surau sedang kakinya laju melangkah kearah Naufal.Naufal yang sudah boleh mengagak  riak wajah Hariz lantas bangun dan berkata, “Kau,diam!biar aku tanya kau dulu” Hariz yang tadinya tidak sabar-sabar terdiam seketika.
                 “Aku tahu kau nak cakap apa kat aku.Alaa,small matter je bro! Kau nak kasik hadiah kat aku kan?sebab aku dah tolong kau.Betul tak? Dengan selambanya Naufal berkata kepada Hariz.Dilihat Naufal tersengeh-sengeh.
                 “Kenapa kau susah-susah bayarkan untuk aku?”
                 “Sebab aku ni kan anak orang kaya.Suka hatilah aku nak buat apa dengan duit tu.”gurau naufal sambil tergelak.Hariz juga turut tersenyum akan gurauan Naufal.
                 “In Syaa Allah,aku janji nanti aku bayar balik kat kau.Cuma…”
                “Wei,Iz!Kau dengar sini baik-baik.Aku ni sahabat kau.Allah takdirkan aku jadi anak orang kaya sebab untuk bantu orang macam kau.Dan sebab tulah kita ni dipertemukan Allah untuk menjadi sahabat.Sesungguhnya harta kekayaan yang walid aku miliki ni hanya sementara.Semuanya itu adalah milik Allah.Adalah menjadi suatu kewajiban bagi aku untuk berkongsi pinjaman-Nya ini dengan insan yang memerlukan seperti kau.Jadi,tak payah lah susah-susah kau nak bayar balik kat aku.”Cepat Naufal memotong percakapan Hariz.
                 Dengan tanpa diduga bebola matanya mula dibasahi dengan air mata.Hariz tidak dapat berkata apa-apa.Dia hanya mampu menatap wajah suci Naufal.Senja itu seakan-akan turut merasai keindahan persahabatan mereka berdua.Tenang,aman,dan Indah.
*******
                 “Baiklah,anda boleh mula menjawab sekarang.”
              Dengan tenang Syasha membaca doa sebelum menjawab soalan.Dia menunduk khusyuk.Tiba-tiba sang mata tertarik akan kepingan stickynote kuning.Ditatapnya kepingan itu lalu membacanya.Tanpa disedari satu minit telah berlalu.”Astarghfirullah!” Cepat-cepat dia membuka kertas soalan dan mula menjawab dengan basmallah.Hal stickynote kuning dilupakan seketika.Saat itulah senyuman tiba-tiba terukir di wajah Syasha.Mungkin kerana stickynote kuning tadi.
             Di kelas sebelah.Kelihatan Hariz dan Naufal sedang tenang menjawab ujian.”Tik,tok,tik,tok,…” begitulah gambaran suasana di dalam kelas mereka.Senyap,sunyi hanya ditemani dengan bunyi jam dinding,putaran kipas dan kadang-kala ada yang terbatuk,mungkin kerana tidak sihat atau hanya sekadar batuk kering sahaja.”Okay,tinggal setengah jam sahaja lagi ya!” Suara Cikgu Radziah yang lantang memecahkan kesunyian di kelas itu sekali gus membuatkan pelajar-pelajar turut bertambah cemas.Hariz juga.Tulisannya kini semakin bercakar ayam.Maklumlah dia amat lemah dalam menghasilkan karangan kerana sukar mencari idea.Lebih-lebih lagi saat-saat akhir seperti ini.Apa-apa yang terlintas di fikirannya terus sahaja ditulis.
            “Iz! Apa cer tadi BM,okay? Tanya Naufal seperti tiada masalah.Naufal sememangnya tiada masalah dalam subjek ini maklumlah subjek kegemarannya.Oleh sebab itulah,dia telah dipilih menjadi wakil sekolah untuk ke pertandingan Kuiz Bahasa Peringkat Daerah tahun ini.
           “Alhamdulillah,macam tulah.Boleh tahan susah lah tadi.Aku bukan macam kau boleh tersenyum lagi.” Puji Hariz
         “Eh,kenapa pulak.Aku pun menggelabah jawab BM tadi.Tonggang-langgang ayat aku.” Balas Naufal merendah diri.
         Sementara menunggu kertas soalan seterusnya yang akan bermula pada jam dua petang ini,Hariz menggunakan masa yang ada untuk menyelak-nyelak buku Sejarah.Walaupun dia sudah berkali-kali membaca topik yang sama tetapi hatinya tetap berkeras supaya membacanya.Wakaf Ibnu Khaldun menjadi pilihannya tiap kali ingin berseorangan.Cukup selesa.Wakaf ini betul-betul terletak di sebelah padang sekolah dan di bawah pokok yang rendang.Membuatkan ia sentiasa ditiup bayu angin.
              Termenung.Sedikit kebosanan.Dia merenung jauh mengalihkan pandangannya ke arah kehijauan padang yang terang disinari hangat matahari.Lantas muncul seorang perempuan di tengah-tengah pemandangan itu.Kecil molek,bertudung labuh,punya lesung pipit tatkala dia tersenyum.Ya!Syasha Ezzaty tentunya.Sambil  ditemani kicauan anak-anak burung,Hariz bermonolog sendirian
           “Nur Syasha Ezzaty Bte. Md. Radzi,alangkah beruntungnya jejaka yang bakal mengahwini mu.Ingin sekali aku mengenali mu dengan lebih dekat kerana aku amat mencintai mu.Ingin sekali aku berbual,bertexting dan menelefomu seperti kawan-kawan ku yang lain.Melihat mereka bergembira bercouple bersama dengan pasangan masing-masing.Andainya jika aku dapat berbuat demikian.Tetapi sesungguhnya aku tahu itu bukanlah cara yang benar untuk aku mencintaimu.Cinta yang sebenar,mestilah membawa ke syurga.Itu baru namanya cinta.Selain itu, semuanya palsu belaka.Dan kerana aku ikhlas mencintaimu lah aku rela tangguhkan itu semua.Aku yakin jika benar kau lah jodohku tuhan akan satukan kita suatu hari nanti tanpa perlu aku memikatmu.”
                “Allahu akbar,Allahu akbar!...” Laungan azan lantas menyedarkan Hariz bahawa telah masuk waktu Zohor.Kelibat perempuan yang dilihatnya tadi juga lesap dari pandangannya.Lama juga Hariz bermonolog.Tersenyum sendirian.Dia bingkas bangun dan menuju ke surau segera supaya tidak ketinggalan jemaah.
******
                         Kini Hariz telah bergelar mahasiswa di salah sebuah universiti di bumi para anbiyya’.Menuntut dalam bidang Usuluddin dan ini merupakan tahun terakhirnya menuntut di sini.Hatinya berbelah bahagi tatkala memikirkan yang dia akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.Berat sekali hati ingin meninggalkan bumi Mesir ini kerana di sinilah Kekasih-Nya dilahirkan.Walaupun sudah tiada di dunia ini,tetapi kehangatannya masih terasa.  Terasa masa berlalu terlalu pantas sekali.Sahabat-sahabatnya yang lain telah pun mempunyai haluan masing-masing.Sahabatnya Naufal,telahpun melanjutkan pelajaran peringkat Masternya di Lanchesher,United Kingdom.Ada juga yang telah bekerja dan berkahwin pun ada.
                          Hari ini Hariz akan mengambil kertas terakhirnya untuk peperiksaan final sem sebelum dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.Dijawabnya dengan tenang dan penuh keyakinan sekali.Tidak hairanlah apabila dia pernah dianugerahkan gelaran Mumtaz dalam universiti itu kerana sikap Hariz yang sentiasa tidak lekang daripada pusat sumber dan buku-buku pengajiannya disamping ibadah-ibadah sunat seperti solat hajat,tahajjud,taubat tidak pernah dilupakan.Setelah dua jam setengah berhempas-pulas dengan kertas soalan akhirnya Hariz berjaya menghadapinya dengan tenang.
                   “Alhamdulillah,syukur Ya Allah kerana telah mengurniakanku ketenangan saat aku sedang menghadapi ujian sebentar tadi.Kini, aku serahkan segalanya ke atas-Mu.Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.” Syukur.
                   Keluar dari kelas.”Bitbitbitbit….”tiba-tiba handphonenya yang dalam mode silent bergetar.Cepat diangkatnya panggilan itu.”Mak’s calling…”seakan-akan sesuatu yang penting ingin diberitahu.
                  “Waalaikummussalam,ya Mak!”lantas dia menjawab panggilan salam ibunya.
                  “Iz,sihat?macam mane tadi exam?” seperti yang dijangka itulah yang akan ditanya tiap kali Hariz menamatkan kertas peperiksaannya.
                 “Oh,Alhamdulillah mak,Iz sihat.Paper tadi pun alhamdulillah Iz tak ade masalah sangat.”
                “Alhamdulillah,syukur lah kalau macam tu.Mak tahu Iz boleh buat.Ni,mak ada perkara penting nak bagitahu kat Iz.Tapi Iz janganlah terkejut beruk pulak ya?”
                “Dengar macam serius je mak ni,ada apa-apa perkara buruk terjadi ke mak?” Perbualan mereka kian bertambah tegang.Bermacam-macam perkara buruk dibayangkan Hariz.Dia tidak dapat bayangkan jika apa yang dibayangnya itu benar-benar terjadi.Sedang dia masih berada jauh dari keluarga tersayang.
                 “Ya Allah,jauhkanlah aku dari khabar yang buruk itu.Berikanlah aku kekuatan jika ia benar-benar berlaku.” Hatinya kencang berdegup dengan harapan mohon dijauhkan semua itu.
                “Tak,tak ade benda buruk pun yang berlaku.Kami semuanya selamat.Iz tak usah lah risau.Cuma Mak nak cakap yang ayah kau dah pergi merisik  anak perempuan kawan dia semalam.Mak harap bila Iz balik sini nanti boleh lah Iz jumpa bakal tuning Iz tu.” Jawab Mak dengan gembira sekali.
               Iz pun yang telah sekian lama menunggu-nunggu khabar berita ini terasa sangat teruja tatkala mendapat berita ini.Dahulu,sebelum dia bertolak ke Mesir Hariz telah pun menyampaikan hasratnya kepada kedua-dua orang tuanya supaya mencarikan dia calon isteri.Kini hasratnya telah tercapai.Dia yakin pilihan ibu bapanya itu adalah yang terbaik buatnya.Saat itu dia terkenang kembali kenangan 5 tahun yang lepas.Seorang gadis yang bernama Syasha pernah bertakhta di hatinya dan merupakan cinta pertamanya di zaman sekolah dahulu.Namun,sekarang telah lama dia tidak mendengar khabar dari gadis idamannya itu.Entah di mana dia berada,sudah berkahwin ke belum? Tanda tanya itu terus bermain di fikiran Hariz tanpa menemui jawapan.Walaupun dia pernah menanyakan kepada sahabat-sahabatnya,tetapi tetap tidak berjaya.”Mungkin dia bukan jodoh aku…”
              “Hello,Mak? Hello?” Talian terputus rupanya.Mungkin kerana credit handphone Mak sudah habis.Maklumlah Perhubungan jarak jauh sudah tentunya mahal.
******
                       Segak bergaya.Warna putih menjadi pilihan.Melihat dirinya di cermin seperti tidak percaya yang itu adalah dirinya.Tanjak di kepala yang kelihatan senget sedikit dibetulkan.Sampingnya yang keemasan itu juga diperkemaskan lagi.”Handsome jugak aku ni ya.” Puji dirinya sendirian.
                   “Iz! Ooh Iz! Dah,dah lah berdandan tu.Eeh,melebih-lebih pulak dia.Cepat turun majlis dah nak mula ni!.Tunang ni yang penting.Dah lah tempat bersandingnya jauh.Ada tak kahwin kau ni.” Bebel si mak memang sentiasa didengarnya.Majlis akad nikah dan persandingan Hariz dan pasangannya akan diadakan pada hari ini sekali gus.
               “Okay,okay!Beta turun ni.” Berlagak seperti raja.Lekas dia menuruni tangga kayu rumahnya itu.
              Sementara di rumah pengantin perempuan sedang sibuk berdandan di dalam bilik.Walaupun majlis perkahwinan ini hanya diadakan dengan sederhana tetapi ramai sungguh saudara-mara juga kenalan dari kedua belah pihak yang hadir ke majlis ini bagi menyambut kedua mempelai.
             “Tok,tok,” Pintu bilik persalinan pengantin perempuan diketuknya.Lalu dibukanya perlahan.
            “Kak,Sya,ada kiriman dari pengantin lelaki.Dia suruh akak buka sekarang.”Rupanya Hariz telah menghantarkan sebuah kotak hadiah kepada adik si pengantin perempuan untuk diberi kepada pasangannya itu.Kotak yang berisi 1001 makna,1001 kenangan,dan juga 1001 persoalan.Dihulurkan kotak itu kepada bakal pengantin Hariz.
            “Apa ni dik?” Tanya si gadis mempelai itu sambil tertanya-tanya isi kotak itu.Dibukanya perlahan.
            Kelihatan berkilau sekali dari dalam kotak itu seutas jam tangan yang sangat cantik dan sesuai untuk kulit cerah macamnya.Pandai Hariz memilih.Seperti sudah lama kenal dengan bakal isterinya ini.Anak matanya kini bukan terpukau melihat kilauan jam itu tetapi dia terkedu pabila melihat sekeping stickynote kuning yang dilekatkan pada jam tangan itu.Ia juga tertulis sepatah ayat,”Untukmu dari HSXB7”
                       “Stickynote kuning?HSXB7?Ni kan….” Dirinya yang tadi berasa gembira dan tidak sabar-sabar ingin bersanding kini dihantui oleh stickynote itu.Pelbagai persoalan mula berpusing-pusing di kepalanya.Hadiah itu seakan membanya pulang mengimbas kembali kenangan 7 tahun dahulu.Sewaktu itu dia berada di tingkatan 5.Sering kali dia menerima stickynote kuning yang ditampal di atas mejanya.Tetapi si pemiliknya hanya menggelarkan dirinya sebagai HSXB7.Puas juga dia mencari siapakah gerangan pemilik kod ini tetapi tidak berjaya.Dan kini kod itu muncul kembali dalam hidupnya.
                     “Siapa dia ni?Nama bakal suami aku Hariz.Macam mana dia boleh tahu kod ni? Dia ke HSXB7? Tapi tak pernah nampak pun muka handsome macam tu masa kat sekolah dulu?Nama Hariz pun macam tak pernah dengar pun.” Dirinya dihujani dengan pelbagai persoalan.Hanya seorang sahaja yang boleh menjawab semua persoalan ini.Hariz.
                     Akhirnya,mereka berdua telah selamat dinikahkan dan telah menjadi pasangan suami isteri yang sah dan dengan cara yang halal.Inilah namanya cinta hakiki yang dikirimkan Allah untuk hambanya yang beriman.Zaman sekarang ini isu seperti couple,pergaulan bebas seolah-olah sudah menjadi satu lumrah hidup abad ni.Amat sukar sekali untuk menemui jejaka seperti Hariz pada zaman seperti ini.Sanggup menangguhkan semua nikmat itu sedang mereka yang sebayanya seronok dibuai cinta,”Cinta Monyet”.Bukan cinta dari Ilahi,tetapi cinta dari Sang Durjana,Syaitan! Kerana yakin akan janji-Nya, dia sentiasa istiqamah  menjaga imannya agar tidak dikuasai oleh hawa nafsu yang sentiasa dihasut oleh Si syaitan supaya dirinya itu sesat. Hampir setiap malam Hariz bertahajjud memohon kepada Allah agar mengurniakannya jodoh yang baik.
                 Kalau dah jodoh tak ke mana.Gadis yang selama ini didambakan sejak bangku sekolah lagi kini betul-betul duduk bersebelahannya.Ibarat pinang dibelah dua.Cukup padan.cukup manis.Pasangan yang cukup sesuai sekali.Namun,persoalan-persoalan tadi masih lagi bermain di minda Syasha.Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk ditanya kepada Hariz.Hariz yang sudah mengetahuinya sengaja membiarkan Syasha ditenggelami dengan persoalan-persoalan itu.Menunggu sahaja dirinya ditanya.
              “Assalammualaikum,Iz!” sibuk bersalaman bersama tetamu yang hadir, tiba-tiba Hariz dikejutkan dengan satu suara dari arah belakang.Suara yang sudah sekian lama tidak didengari.Suara yang amat dirinduinya selama dia menuntut di negara orang.
             “Waalaikummussalam,subhanallah!Kau rupanya Naufal!
             “Wah,wah,wah.Makin handsome kau ya sekarang.Dulu bukan main kembang lagi.Apa rahsia bro? “ tersenyum Naufal sibuk memuji penampilan Hariz yang telah berubah banyak.Badan yang dahulunya seperti belon kini telah menjadi susuk tubuh yang amat diidam-idamkan oleh jejaka lain.Wajahnya juga tidak kurang hebatnya.Amat berbeza daripada dahulu.Photogenic.Tidak hairanlah Syasha terus bersetuju dengan risikan bapa Hariz apabila ditunjukkan gambar Hariz kepadanya.
            “Tahniah,Sya.Ingat lagi tidak aku ni?Takkan dah lupa kot.Aku bukannya berubah macam suami kau ni.100% berubah! “ sindir Naufal tersengih.
           “Eh,emmm….ingat,ingat.hihihi.Terima kasih” cemas sungguh dia menjawab soalan itu.Walaupun nampak simple,tapi bukan bagi dirinya.Syasha memang tidak pernah mengingatkan kawan-kawan lelakinya semasa sekolah dahulu.Mungkin hanya segelintir sahaja yang diingatnya seperti ahli –ahli badan perwakilan pelajar dan juga pelajar-pelajar lelaki yang  menjadi bualan setiap gadis di sekolah itu a.k.a Budak Hot.Budak lelaki normal seperti Hariz jangankan namanya,rupanya juga langsung tidak diingatnya.Apatah lagi sekarang ini Hariz telah pun berubah dari gemuk ke kurus.Dari tak handsome kepada handsome.
******
                               Tangannya dikucup ikhlas.Terasa nikmatnya.Kini Hariz pula mencium ubun isterinya itu sebagai tanda kasihnya kepada Syasha.Selesai sahaja solat,inilah saat yang tepat bagi Syasha untuk merungkai segala persoalan-persoalan tadi.
                         “Awak,errr…saya nak tanye sikit boleh?” suaranya malu bertanya kepada Hariz yang sedang melipat sejadah.
                         “Ya,saya.Apa dia?” Hariz seakan-akan sudah mengagak apa yang akan ditanya Syasha itu terus sahaja bertanya kembali.Lantas diambilnya kotak hadiah pemberian itu dan mengeluarkan sekeping stickynote kuning.
                       “Betul ke ni dari awak ke?’
                        “Aah,memang dari saya.Kenapa?Awak tak suka ke?”
                       “Eh,bukan.Saya suka,suka sangat.Cuma….Stickynote kuning ni dengan kod ni,macam mane
                         Awak tahu?”
                      
                       Itulah dia soalan yang ditunggu-tunggu sejak dari pagi tadi.Hariz bangun dari duduknya lalu membawa Syasha  duduk di atas katil.Malam itu,Hariz memberitahu segala-galanya.Dari saat dia mula-mula jatuh hati pada Syasya semasa sekolah dahulu sehinggalah saat dia mendapat khabar yang bakal isterinya ini ialah Si Dia,Nur Syasha Ezzaty Bte. Md. Radzi.Setiap perkara,setiap pengorbanan dan  penantiannya selama ini diceritakan kepada Syasha.Membuktikan betapa ikhlas dan sucinya cinta Hariz kepada Syasha.

*******
                             “Sya,dari dulu sampai sekarang cinta abang pada Sya tak pernah luntur.Syalah segalanya buat abang.Sya telah mengajar abang erti cinta yang sebenar.Dari Sya,abang belajar erti pengorbanan dan dari Sya jugalah abang kuat menjalani hidup ini.Allah telah satukan kita di dalam satu jalan penceritaan yang sangat indah.Sya ingat lagi tak masa zaman kita sekolah dulu?Masa tu abang selalu hantar stickynote kuning,wishes card,birthday card,dedication kat Sya.Walaupun abang tahu yang Sya tak pernah pun menaruh perasaan kat abang.Ya lah,siapalah abang masa tu.Pelajar biasa,tak ada rupa,gemuk pula tu.Siapalah yang nak kat abang ni.Tapi,abang tak kisah semua tu.Yang penting masa tu abang nak tengok Sya sentiasa gembira dan tersenyum.Kadang-kadang sedih juga bila mengenangkan apa yang abang buat masa tu ibarat bertepuk sebelah tangan.Tapi abang tetap kuatkan diri.Setiap malam abang sentiasa bangun tahajjud,memohon agar suatu hari nanti kita ditakdirkan bersama.Dan kini tidak sia-sialah usaha abang selama ini.Allah telah perkenankan doa-doa abang.Sekarang Sya dah jadi isteri abang yang sah.Walaupun sekarang Sya dah…………..”
                             Tidak dapat menahan,tiba-tiba air mata mula berlinangan di pipi Hariz tanpa henti.Matanya kian kemerah-merahan.Dia mengesat air mata itu,namun ia tetap juga jatuh menitis.Hariz berasa sungguh sedih sekali.Ditatapnya penuh kasih saying batu putih itu.Dibelainya batu itu penuh rasa cinta dan reda.
                         “Sya,abang sedih.Sedih sangat sebab cinta kita hanya sekejap sahaja Allah pinjamkan.Setiap malam abang asyik teringatkan Sya.Abang rindu Sya.Rindu sangat.Jika masa ini mampu diulang,abang sanggup Sya walaupun terpaksa menggadaikan nyawa ini.Namun apakan daya,kita ini hanya hamba-Nya yang lemah.Abang harus reda akan takdir-nya ini walaupun perit untuk abang menerimanya.Abang yakin pasti ada hikmah atas semua ini.Mungkin sudah tiba giliran Sya pula untuk menanti abang di ‘sana’….Abang janji kita akan bersatu semula suatu masa nanti.Semoga Sya sentiasa bahagia di ‘sana’ dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.Sya tunggu ya…”
                       “Ayah,cepatlah! Awal nak balik ni.Dah lapar dah perut ni.” Muncul satu suara membuatkan Iz tersedar.Cepat-cepat dia mengesat pipinya supaya tidak dilihat si comelnya itu.Syawal.Syawal merupakan satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan buat Hariz dan Syasha.Berkulit cerah,berambut keperang-perangan dan ligat sekali persis ibunya.Dialah satu-satunya kenangan yang tinggal buat Hariz.Satu anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi.
                     Kini,sudah tiga tahun pemergian Syasha dari hidup Hariz.Nyata tiga tahun yang telah berlalu,adalah tiga tahun yang indah.Tiga tahun diisi oleh dengan keeratan mereka berdua.Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama.Terlalu banyak perkara yang dilalui bersama.Syasha telah disahkan menghidap kanser cervic semasa dia melahirkan Syawal tiga tahun lepas.Kehadiran Syawal dalam hidupnya seakan sebagai pengganti bagi diri Syasha.Dia tidak menyalahkan kelahiran Syawal sebagai sebab pemergian Syasha,bahkan dijaganya hadiah yang diberi Syasha itu dengan penuh kasih sayang seorang bapa.Walaupun Syasha tela tiada di dunia ini,tetapi Hariz masih lagi dapat merasai kehadirannya dengan menatap wajah Syawal yang mirip sekali dengan ibunya.Dialah tempat Hariz melepaskan rindu.Dialah sumber kekuatan buat Hariz untuk terus hidup di dunia sementara ini.Bagi Hariz,Allah itu tidak kejam malah Maha Penyayang.Ya!Dia mengambil Syasha dari hidup Hariz,tetapi dia gantikan dengan kehadiran Syawal sebagai pengubat duka.Itulah Allah.Tuhan yang Maha Penyayang terhadap semua hambanya.Walau sejahat manapun hamba-Nya itu,jika dia bertaubat dan kembali kepada-Nya sudah pasti Dia akan mengampuninya.
                         Huruf ‘S’ dalam kod HSXB7 adalah untuk mewakili Syasha kini telah digantikan oleh Syawal.Tetapi hanya pemilik sebenar sahaja yang mengetahui maksud keseluruhan kod ini….

"Aku setia menantimu..."


No comments:

Post a Comment