Powered By Blogger

Sunday 19 July 2015

Ghurabaian Di Bumi Asing

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Moscow,Russia.Ramai yang beranggapan bahawa ianya satu nama asing yang janggal bila disebut.Ada juga yang beranggapan,

"Mat,kau belajar mana?"
"Moscow"
"Uish,negara komunis!! Tak bahaya ke?"

"Russian.Hmmm,muka bengis,ketat!"

Di bumi asing ini bukanlah semuanya bengis,mereka juga manusia bukan ghimau.Kenyataan tu betul,tapi tidaklah se'horrible' yang di bayangkan.Pernah sekali bersesak dalam bas.Tak perasan secara tak sengaja terpijak kasut sorang mamat Russian ni,

"izvinitiye" (sorry)

Perghh!Marah betul muka.Pandang slek je kat aku.Kasut je pun.Bengis kan diorang ni? Tapi tak semua.Dalam metro,ada sorang pakcik ni baru masuk dengan bawak barang.Then,ada sorang mamat russian ni bangun suruh dia duduk.Tapi orang tua tu taknak.Katanya "Takpe".Mamat tu suruh jugak dia duduk.Orang tua tu pun duduk.Mamat Malaysian ada buat dalam KTM? One more,ada satu hari kitorang baru balik dari festival,nak balik tak tahu jalan ke stesyen metro.Terserempak dengan sorang guys,

"Izvinitiye,kak dayehad ke metro?" (how to go to metro)

"Davai,ya nahozhus na mayom puti ke metro" (Lets go,i am on my way to metro)


'First impression is not really the answer cos dont judge a book by its cover otherwise it just an impression'

 Okay,merepek...



Sukar sebenarnya menjadi asing di bumi asing ni.Mungkin sebab itu orang-orang Russia ni agak 'unfriendly' dengan orang asing kerana sikap mereka yang masih lagi tertutup.Kadang jalan sorang-sorang dalam kumpulan yang semuanya Russian ada jugak rasa cuak.Diri sorang-sorang dalam tramvai,masing-masing dalam tramvai dok pandang pelik je.Kalau pergi kelas pagi-pagi tu,kita jalan like Malaysian (santai,sempoi),yang diorang jalan punyelah bapak laju.Kita yang tersepit dalam laluan drastik diorang ni,habis dilanggar-langgar. "Hishh,sana sikit lahh!!" translate bahasa melayu lah...Bayangkanlah,kau jalan dengan nenek tua pun kalah.Tapi bila tiba waktu petang,habis kerja, keadaan kembali reda,yang kita acah-acah nak jalan laju macam diorang.Hhahaha,asing sangat ~~~

Sikap yang harus dibawak balik ke Malaysia.

First time solat public,tepi jalan.Such a great experience once in a life time.Solat di tepi Masjid Prospekt Mira sebab masjid is under construction.No wonder lah solat kat luar.Sepanjang perjalanan,ramai sangat peminta sedekah,ada yang mencari rezeki dengan jual roti bapak besar (tak tahu lah apa nama),ada yang menjadi pengagih kad2,surat khabar,ada yang jual bunga,jual buah,jual kopiah & praying mat.Penuh sepanjang jalan nak ke masjid.And once broke my heart when there's a boy diri sorang-sorang di tengah-tengah laluan jalan kaki.Bersamanya satu mangkuk berisi duit,ada lah sikit.Semoga Allah bersama kau dik...

Ternyata soal kemiskinan,penganggur jalanan,fakir miskin ni even negara yang maju macam US pun masih ada.Sedangkan dalam kalangan rakyat negara itu ada yang hidup bapak kaya sampai kereta pun bersalut emas.Kepada siapa harus dituding jari?

"A man is not a believer who  fills his stomach while his neighbour is hungry"
[Al-Adab Al-Mufrad 112/Book6/Hadith 12] 



Bila sampai depan masjid,fuhhh ramai giler orang islam!Teruja doh jumpa geng.Takdelah asing mana pun kita,hanya rupa je beza,tapi punya kepercayaan yang sama.Nak masuk masjid ada sekatan,ada polis jaga,siap kene lalu 'pintu gerbang' for scanning any tools yang bahaya.Bagaimana lah perasaan orang Palestin pulak nak masuk Masjidil Aqsa? Bila masuk kawasan tepi masjid,perghh berderet dari awal sampai hujung jalan nun sana orang tgh menunggu solat jumaat.Ternyata Islam di sini bukan asing.Jalan di bahagi dua,satu bahagian di sediakan khas untuk orang islam solat,siap berpagar,ada polis yang menjaga.Satu bahagian lagi untuk laluan kenderaan.

Baru-baru ni kami berbuka iftar sempena last day of Ramadan di Kaleidoskop (Shopping mall).Setiap orang punya rezeki masing-masing.Ada antara kami kalau tak silap dalam 10 orang dibelanja oleh seorang lelaki Islam.Kami makan di kedai makanan arab.Nasi arab + ayam ntah ap nama + air + shawarma = dlm 800 Ruble,kira bajet setiap orang RM60.60 kali 10 orang RM 600 wei! Once again,kita bukan asing di bumi yang asing...Thank you Livan House!

Selepas berbuka,kami berpecah ada yang terus pulang ke hostel.Aku bersama 2 orang member berhasrat nak round2 shopping complex,tapi kami harus solat maghrib dulu.Dah lama dah berangan nak solat kat pelusok-pelusok shopping complex sebab mana lah ada surau sini.So,kami decide pi toilet dulu ambil wuduk.Hahaha ambil wuduk dah macam buat jenayah kau tak dak!Sorang ambil wuduk kat sinki,sorang cover kat pintu masuk toilet.Nasib baik toilet tak ada orang.

"Line clear!"

Selesai wuduk.Siap-siap pakai stokin balik,nak solat.Siap check aplikasi arah kiblat lagi.Tiba-tiba...

[Announcement]

"Shopping complex akan ditutup pukul 10 malam...." translate BM,nak tulis russian tak tahu.Tinggal 5 minit je lagi nak tutup...

That moment,bila kau dah tungkus lumus angkat kaki masuk sinki nak amek wuduk,dalam keadaan hati gundah-gulana takut ada orang masuk,punye semangat nak solat public niii,tiba-tiba...

-_- BERHUHUHU BERTIGA~~~

Kami end up balik hostel solat kat hostel akhirnya.Hhahaa,tak pe ada banyak lagi masa nak merasa.



 Alhamdulillah 19 jam tidak terasa sangat lapar dahaganya,sebab bangun pagi normal pukul 8 9 pagi.So,puasa terasa puasa di Malaysia je.Apa yang quite mencabar soal waktu di sini adalah bila masuk waktu marghrib,then menunggu satu jam lebih untuk masuk isyak,then menunggu 3 more hours untuk masuk solat subuh.

Marghrib (9p.m.) ---> Isyak (11 p.m.) ---> Subuh (2a.m.) 

Kau tidur je lepas maghrib,Insyaa Allah selamat pagi diucapkan sebab kau akan bangun esok pagi.Sumpah! Aku dah try dah,berazam kau tahu,siap pesan member bilik lagi sama-sama kejut,habis satu bilik syahid.Atlast,the thing is jangan tidur lepas maghrib sampai subuh.Masa ni lah kau nak main Dota,PES,study,tulis cerpen ~~~.Tapi,tak nafikan ada je insan-insan hebat yang mampu bangun tidur lepas Isyak untuk solat subuh.Its all about nak tak nak je.Sebab tidur lepas subuh ni tak bagus nabi cakap.So jangan follow aku,follow Rasulullah S.A.W.


 ASING TAPI BUKAN TERASING



GHURABA (asing).Kami ghurabaian tapi kami tak merasa terasing.Kita bukanlah makhluk asing yang lain dari yang lain.Kita hanya perantau yang merantau ke negara orang untuk berjihad atas jalan ilmu.Baru 2 minggu di bumi asing macam-macam pengalaman aku hadap.Sampai nak beli air mineral pun translate.Bila translate "Holy ap ntah".Letak balik.Hahaha.Ada tak mengucap aku nanti.Padahal sebenarnya tu sekadar nama saja,nak kata air tu suci bersih lah.Air mineral lah tu.Hmmm



Bila mana menjadi asing ni kadang kena bangga.Pakai baju raya,bersamping,bersongkok,warna-
warni,jalan tengah-tengah bandar,bersesak dalam tram,metro.

"Mir kak artist!" We're like an artist yang ~pelik~

Semua pandang slek.Mata pandang pelik je kat kitorang,macam kitorang ni bogel.Tapi ada juga yang suka.Siap minta nak ambil gambar bersama sekali.Once again,we are ghurabaian but kita tak merasa terasing. Jati diri perlu kuat.Ramai je student hilang arah sampai kat luar ni.Terikut-ikut budaya luar.kejutan voltage negara orang kot,tinggi sangat.Kat Malaysia 240V je.

Okay,hambar...










 

 -Sekian-