Powered By Blogger

Wednesday 26 March 2014

Diari 120 Jam

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

                        Adakah anda pernah berjauhan dengan keluarga tersayang selama berhari-hari tanpa khabar berita dari mereka? Aku pernah.
                       Adakah anda pernah hidup dengan hanya berbekalkan kentang rebus dan air paip? Aku pernah.
                      Adakah anda pernah tidur di lantai hanya beralaskan bisep dan trisep? Adakah anda pernah merasa dingin malam sehingga ke tulang? Aku pernah.
                       Persoalan terakhirku.Pernahkah anda melupakan Allah walau sesaat dalam hidup anda?Aku pernah.Malah lebih dari itu.
                      Hidup manusia umpama sebuah layang-layang yang tampak bebas berterbangan di udara.Namun yang pasti,setiap lelayang itu terikat pada tali agama yang menyatukan kita dengan Maha Pencipta.Jika terputus tali itu,maka lelayang yang terbang di udara akan hilang arahnya.Ia akan mengikut hala angin sehingga jatuh mencium bumi.Rangkanya mungkin patah dan dindingnya barangkali koyak.Begitulah juga nasib manusia yang terlupa pada asal usulnya dan pegangannya.
                     Kehidupan ku yang dahulunya begitu indah dihiasi pelbagai warna-warni kehidupan telah berubah menjadi kelam yang turut diselangi oleh hujan lebat berserta bunyian guruh yang menggegar langit.Dek kerana suatu tragedi yang telah tertulis pada keratan Luth Mahfuz itu.Tragedi hitam yang tidak ku sangka-sangka akan berlaku dalam hidup ku.Tragedi itu merubah segalanya.Ibarat mesin masa yang membawa ku dari satu dimensi ke dimensi yang lain.
                      Semuanya itu berlaku dalam masa 120 jam!
                      120 jam itulah aku terseksa.Dan sepanjang 120 jam itulah aku rasai suatu ketenangan.
***********
Hilton Manchester Deansgate Hotel; 2014
                     “Sir,please I’am begging you.Please,please!” seorang lelaki tua kacukan Belanda-Arab,yang kelihatan kemas dengan sut hitam merayu-rayu pada boss nya.Sepucuk surat permohonan cuti turut dihulurkan,diletaknya baik-baik di atas meja.
                    “I’am sorry.I can’t approve it.Whatever happened,you must do your jobs first!” Deansgate.Seorang jutawan yang juga pemilik kepada beberapa hotel terkemuka di Manchester seperti Hilton Manchester Deansgate,Britannia dan The Lowry,menolak rayuan salah seorang pekerjanya itu untuk memohon cuti beberapa hari.
                    “Please Sir,please.My son was..”
                   “One more word you say,you’re totally fired from my company!Do you understand?” Teriakan itu cukup menggambarkan hatinya yang sedang membara marah.Apatah lagi wajahnya.Pekerja itu terus diam membatu.Tidak mampu berkata lagi.Perlahan-lahan langkahnya dibuka dan keluar dari pejabat itu.
                    Bekerja sebagai seorang pemunggah bagasi di Hilton Manchester Deansgate.Alfred Mehrab Diaz hanya mampu menuruti arahan lelaki itu.Bermula terbit matahari hinggalah bulan menjelma diri,dia terpaksa menyelesaikan kerja-kerjanya memunggah bagasi-bagasi.Anak lelakinya yang terlantar di katil hospital terpaksa ditinggalkan demi mendapatkan wang bagi membiayai kos-kos perubatan anaknya itu.Setelah 5 tahun pemergian isteri tercintanya,kehidupannya kini hanya ditemani Michael Afable Mehrab,satu-satunya anak bagi pasangan itu.Michael yang baru sahaja berusia 10 tahun  menghidapi satu penyakit komplikasi jantung,Patent Ductus Arteriosus (PDA).Hidupnya hanya bergantung pada mesin-mesin dan ubat-ubatan.Hanya dengan cara inilah jantungnya bisa berdegup.Sehinggalah suatu petang,jantung itu terhenti.Buat selamanya.
                         “Good evening,can I speak to Mr.Alfred Mehrab Diaz?”
                         “Yes,this is Alfred speaking.” Suara itu menjawab lemah.Jelas keletihan yang masih lagi tidak lenyap.
                         “Mr. Alfred,I’am sorry to tell you that your son Michael Afable had gone just now.We had done the best to save him.But,…”
                        “Thank you sir,that enough.I…I…I will be there in five minutes.Thank you again.” Jari-jarinya menggigil dingin.Bukan dingin kerana kesejukan pendingin hawa,tetapi kerana terkejut sehingga dirinya tidak terkata.Walau tiada linangan air mata di pipi secara zahirnya,namun di hatinya telah cukup ditenggelami bah kesedihan.Dia lantas meninggalkan kerjanya hari itu dan terus pergi ke hospital.Pada hari itu jugalah dia dipecat serta merta.
                       Dalam gopohnya dia melangkah masuk pintu hospital itu,hatinya berbisik tegas
                       “Deansgate! You just wait and see.I will not let you go! NEVER!”

**********

Costa Café;2024
                              “Assalammu’alaikum,mom.How are you there?” kelihatan seorang pemuda,agak tinggi,cerah kulitnya dan berkumis kemas sedang duduk di bangku sambil menikmati hamparan permaidani hijau di hadapannya.
                          “Wa’alaikumussalam,ya Luqman.I’am fine.We all fine here.So,how your class today?” satu suara lembut jelas keluar pada corong-corong telefon bimbitnya itu menyambut salam.Tenang hatinya pabila suara itu menyentuh gegendang telinganya membuatkan satu senyuman terukir reflek di bibir merah itu.
                         “Alhamdulillah,everything was fine.I’am just finished…”perbualan itu berlangsung untuk  beberapa minit.Sudah agak lama dirinya tidak mendengar khabar berita dari keluarganya yang jauh di bumi Palestin itu.Kali terakhir mereka berhubung adalah bulan lepas iaitu setelah dia baru sahaja menamatkan peperiksaan final bagi semester keduanya.Luqman al-Haqim merupakan seorang anak jati Palestin,berusia 20 tahun yang kini sedang bertadabbur di bumi Manchester bagi menamatkan pengajian ijazah kejuruteraan fiziknya di University of Manchester.Dengan hanya berbaki dua semester sahaja lagi dia sentiasa mengambil segala peluang yang ada bagi mengaut segala benih-benih ilmu di sini.Benih-benih itulah yang akan disemai olehnya di tanah tempat dia berasal.Janjinya untuk berbakti kepada negara tidak pernah luput sejak dia mula menjejakkan kaki di tanah Eropah ini.
                         Walaupun berada di negara orang yang secara totalnya berbeza budaya dan adat,namun Luqman seorang pemuda yang kuat.Bukan kuat dari fizikalnya sahaja,malah jati diri pemuda ini cukup kuat melindungi dirinya daripada tersalah memilih simpang.Jiwanya sentiasa  dihidangkan dengan halwa-halwa rohani seperti berzikir,selawat dan membaca al-Quran.Tidak kurang dengan itu,dia senantiasa menyibukkan dirinya menghadiri usrah-usrah serta majlis-majlis ilmu yang  diadakan di sekitar Manchester.Lebih-lebih lagi di Manchester terdapat satu persatuan yang giat menjalankan aktiviti-aktiviti seumpama itu saban waktu.Persatuan yang diberi nama Manchester Community of Old Trafford sentiasa mengatur pelbagai acara yang membawa ahli-ahlinya dekat pada Pencipta.Sebagai contoh,hampir setiap hari minggu jika tiada kelas,sebuah Kembara Usrah pasti akan diadakan ke suluruh United Kingdom.Luqman juga tidak ketinggalan mengikut kembara ini supaya imannya senantiasa di’upgrade’.Tidak cukup dengan itu majlis-majlis seperti qasidah,tarannum al-Quran serta marhaban turut mengisi jadual hari minggunya. Hampir semua wilayah United Kingdom mereka mengembara demi melaksanakan sebuah obligasi.Obligasi untuk menegakkan agamaNya.Obligasi untuk meneruskan syariat Islami di bumi ini.Supaya hamba-hambaNya ini senantiasa mengingati dan bersujud padaNya.Itulah matlamat sebenar Manchester Community of Old Trafford atau lebih dikenali sebagai MCOT.
                        Tika dirinya sedang asyik melayan rindu di Costa Café,tanpa disedari sepasang mata telah lama memerhatikannya sejak dia keluar dari Schuster Building,sebuah fakulti fizik. Mata-mata itu amat cakna memerhatikan gerak-geri Luqman.Tiada siapa yang tahu apa motif yang sedang dilakukan lelaki berkaca mata hitam itu.Dirinya dilengkapi sepasang tuxedo hitam lengkap yang tampak kemas dengan topi di kepalanya.Lensa matanya kekal dihala ke arah Luqman yang duduk tidak jauh darinya.Luqman terus alpa bersama  telefon bimbitnya tanpa sedar yang dirinya sedang diperhatikan.

292, Great Western Street,Lancashire
                         Sebuah pintu sliding ku tolak separuh terbuka. Perlahan-lahan ku langkahkan kaki masuk ke ruang itu .Tapak kaki yang masih lembap dek air dari bilik air membuatkan aku payah untuk melangkah.Di ruang yang agak besar itu kelihatan begitu banyak sekali susunan kasut berjenama di atas para-para,baju-baju bergantungan di ampaian dari hujung penjuru ruang sehingga ke penjuru lagi satu.Kaya,mewah.Itulah gambaran buat kehidupan pemuda 20 tahun ini.Tiada apa yang mustahil baginya untuk memperoleh sesuatu.
                      “what kind of shirt that I want to wear today?hmm” bisik hati ku bingung.Tidak tahu hendak memilih pakaian untuk hari ini.
                      Lantas mata ku tertarik akan sehelai baju t-shirt berwarna kuning yang terselit dalam lambakan baju bergantungan itu.Ku sarungkan baju itu.Perkataan Polo Raph Lauren jelas terpampang megah pada lengan baju itu.Kemudian ku padankannya dengan seluar jeans pendek keperang-perangan.Akhir sekali aku sarungkan kaki ku dengan sepasang kasut snickers.Kena dengan warna baju ku.
                   “Uncle Lim!Please get my car.The red one.I want it be infront of the door after my break.okay?” Begitulah rutin harianku.Itu ini aku perintahkan pembantu peribadi ku itu yang lebih senang dipanggil Uncle Lim.Segala kerja di rumah daripada menyediakan makanan sehinggalah mengemaskan bilik ,semuanya dilakukan oleh sepuluh orang pembantu rumah.
                   Hari ini kelas ku bermula pada pukul 11 pagi.Kerana itulah aku keluar rumah agak lewat.Selesai dari menikmati sarapan pagi,aku bergegas melangkah menuju ke pintu utama.Kelihatan sebuah Audi R8 berwarna merah yang enjinnya telah siap dihidupkan oleh Uncle Lim menjemput diri ku di muka pintu.
                  Pedal minyak ku tekan perlahan.Audi R8 merah ku mula bergerak membuat pusingan 180 di hadapan rumah sebelum menuju tegak ke pintu keluar.Aku sempat mendengar bunyi mesin rumput di sebelah kanan ku yang sedang giat menikmati rumput-rumput hijau di halaman rumah.Rumah agam ‘Heaven of Deansgate’ kelihatan mengecil pabila ku tiba di pintu keluar.
                  “Have a good day Sir Zachary”  Uncle Jim,pengawal rumah menyambut ku dengan senyuman manisnya itu.Senyuman itu ku balas sambil tangan ku terus memutarkan stering kereta membelok ke kanan.
                 “Have a good day too,Uncle Jim!”
                
Costa Café ,
                   Hirupan terakhir secawan Latte membuatkan Luqman teringat akan sesuatu yang perlu dilakukannya pagi ini.Lantas dia bangun dari kerusi dan menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.Langkahnya semakin melaju pabila dia keluar dari café itu.Seakan-akan terkejarkan sesuatu yang sangat penting.Matanya membulat besar  tatkala melihat jarum jam tangannya telah menunjukkan pukul 11: 05 pagi.Pagi ini,Luqman sudah berjanji dengan pemilik rumahnya,Madam Sierra untuk melunaskan sewa rumahnya yang telah tertangguh hampir dua minggu.
                    Sinaran makhluk gergasi ciptaanNya itu terus menyimbah bumi Manchester.Namun,kehangatannya langsung tidak dirasai dek kerana ‘mood’ winter di sini masih menyelubungi  seluruh bahagian Eropah.Sang angin kadang-kala bertiup sayup menyentuh ruang-ruang roma Luqman,membuatkan dia terpaksa memeluk tubuhnya dengan lebih erat walaupun sudah berlapis-lapis baju di pakainya.
                  Sebelum ke Chester Road,lokasi rumah Madam Sierra, Luqman harus melalui sebuah lorong yang agak sunyi.Lazimnya dia akan memilih Oxford Road untuk ke rumah itu.Namun,disebabkan telah agak lewat dia memilih untuk melalui lorong itu sebagai jalan pintas untuk ke rumah Madam Sierra.Dalam dia melangkah laju tatkala melalui lorong itu,tiba-tiba laluannya disekat oleh dua orang lelaki.Seorang botak,seorang lagi berambut panjang yang diikat.Yang jelas pada dua lelaki asing itu ialah mereka berpakaian lengkap dengan tuxedo hitam,berkaca mata hitam.Seakan-akan mereka ini seorang ahli perisik terkemuka.
                 Hati Luqman sudah mula bercelaru pabila melihat kelakuan dua lelaki yang menghalang laluannya itu.Langkahnya terpaksa dihentikan.
              “I’am sorry Sir.I was run out of time now.Can you move on my way?Please..” dia mengatur ayat baik-baik dengan harapan tidak mahu mencari nahas dengan dua lelaki itu.
              “Who are you wanna to ask me like that,ha!” lelaki yang berkepala botak itu tiba-tiba menengking ke arah Luqman.Dan dalam sekelip mata,satu sepakan padu daripada kasut kulit hitam yang bertapak kayu padat menapak betul-betul di perut Luqman.Jasadnya terus jatuh menyembah bumi tanpa sempat mengelak sepakan itu.Dia bingkas bangun.Kali ini matanya melihat sebuah buku lima sedang menuju ke arahnya.Dia sempat mengelak.Dengan kudrat yang ada dia membalas layangan buku lima itu dengan buku limanya yang terus mengena tepat pada muka lelaki berambut panjang itu.Luqman cuba sedayanya untuk melindungi dirinya.Namun,apakan dayanya untuk melawan dua lelaki  yang jelas kedua-duanya berbadan sasa.Luqman tewas dalam perlawanan itu.Dia jatuh menyembah bumi untuk kali kedua.Kali ini,tubuhnya tidak lagi mampu membekalkannya daya untuk dia bangun.Tubuhnya lemah,mukanya dipenuhi dengan ‘jejak-jejak’ buku lima kedua-dua lelaki itu,cecair merah mula meleleh keluar dari hidungnya.Luqman cedera teruk.Melihatkan Luqman yang sudah terbaring lemah di atas jalan.Dua lelaki itu mengangkatnya lalu menyumbatnya ke dalam sebuah van yang tiba-tiba datang menjemput mereka.
Alan Gilbert,University of Manchester,
                         Aku memberhentikan kereta ku di Alan Gilbert Building supaya mudah untuk aku menuju ke kelas.Aku mengunci pintu log kereta setelah mengambil briefcase ku yang ku letakkan di bahagian tempat duduk belakang.Dengan secara tiba-tiba,
                     “Don’t move or I shoot you! Follow my word!” seorang lelaki tiba-tiba menerjah ku dari belakang.Aku dapat merasakan hujung pistol pada bahagian perut kanan ku sedang sedia hendak meluahkan isinya bila-bila masa sahaja.
                    “Now,get into your car!Hurry!” suara lelaki itu terus menggegar gegendang telinga ku.Tidak mampu aku untuk melawannya kembali kerana bila-bila masa sahaja satu tembakan akan dilepaskannya.Hanya mampu menuruti kehendak lelaki yang langsung tidak ku kenali.Aku buka kembali log kereta,lalu masuk ke dalam kereta.Tetapi kali ini,bukan aku yang memandu.
                   “Who are you?What do you want from me?Money? I can give it.How much do you want,ha?” Aku cuba menawarkannya dengan duit,kerna ku pasti itulah yang dia inginkan.Jantungku terus berdegup laju sedang mata ku tajam memandang ke arah pistol di tangannya yang kekal dihalakan pada ku.Namun,sangkaan ku itu terus lenyap begitu sahaja.
                  “I don’t care with your money!If you dare to do anything,YOU DIE!” jelas pada ungkapannya bukan duit yang dia mahu dari ku.Aku mula gelisah memikirkan apa yang bakal menimpa ku selepas ini.Siapa lelaki ini? Apa yang dia mahukan? Kemana dia hendak bawa aku? Dan bermacam-macam lagi persoalan mula bertandang dalam minda ku.Sedang lelaki itu leka memandu,perlahan-lahan ku gerakkan tangan kiri ku menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit ku.Malangnya,
                 “If you dare to make any call,don’t think you will alive after this!Understand?Give it to me,now!”
               “Damn it!” hati ku bicara dengan marah sekali kerana perancangan aku telah diketahui.Kali ini,pistol yang tadinya dihala agak bawah kini betul-betul menyentuh rangka kepala otak ku.Bunyi picu pada pistol itu jelas kedengaran,membuatkan aku berpeluh keresahan.Aku terpaksa mengalah.Handphone yang sudah berada pada tangan ku,terpaksa aku serahkan padanya.

*************
                “Hey! Wake up! Wake up!!!” satu sepakan menyinggah di kepala Luqman,membuatkan dia tersedar dari pengsannya yang agak lama.Tubuhnya masih lemah tiada daya.Kelihatan darah pada hidung dan beberapa luka pada tangannya telah mengering.Namun kesakitannya masih dirasai Luqman.Dia dipapah oleh dua lelaki tadi keluar dari van.Dia cuba merakam persekitaran tempat dia berada kini untuk mengenalpasti di mana dirinya dibawa.Dalam sekali imbas,Luqman dapat melihat sebuah rumah lama yang dikawal rapi oleh lebih sepuluh orang lelaki berbadan sasa,lengkap dengan senjata di tangannya.Terdapat dua orang lelaki dapat dilihatnya pada pintu masuk rumah itu.Nampaknya,peluang untuk melepaskan diri dari tempat itu amat tipis sekali.Lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang lemah,menipiskan lagi harapan itu.
                 Dia dibawa masuk ke dalam rumah itu.Dari pintu masuk itu,Luqman dapat melihat seorang lelaki yang didampingi oleh dua orang gadis di kiri dan kanannya sedang sibuk melayan lelaki itu.Badannya besar,umurnya sudahpun meniti hari-hari terakhirnya untuk mati.
               “Huh,he must be ‘The Boss’!” bisik hatinya mengagak bahawa lelaki itulah ketua kepada sindiket ini.
               “Who are you?What do you want,HA!” suaranya ditinggikan.Matanya tajam.Penuh perasaan marah melihat lelaki tua itu.
               “HA!HA!HA!,Who I’am? You don’t know me?HA!HA!HA!” lelaki tua itu tertawa penuh megah.Seolah-olah dialah yang berkuasa.Hati Luqman bertambah marak pabila melihat lelaki tua itu tertawa.Kalaulah tangannya itu tidak diikat,sudah lama penumbuknya melekat pada muka setengah abad itu.Namun apakan dayanya untuk melawan.Dirinya kini hanya mampu berserah padaNya sahaja.
             Tidak lama selepas itu,pintu masuk tadi dibuka semula.Si tua yang sedang leka dengan tawanya juga turut terhenti.Semua mata-mata yang berada dalam rumah itu masing-masing menghalakan pandangan mereka ke arah pintu terbuka itu.
            “Sir,here is your Zachary that you want” Seorang lelaki berkulit hitam,berdiri betul-betul di muka pintu itu bersama seorang pemuda di sebelahnya sambil berkata dengan penuh yakin kepada ketuanya.
            Suasana di dalam rumah usang itu menjadi sunyi seketika tanpa sebarang pun yang berkata.Masing-masing terlopong penuh kesima melihatkan dua pemuda yang telah mereka colek itu.Pandangan di balas dengan pandangan.Yang jelas pada pandangan itu adalah persoalan mengenai dua pemuda itu.
          “Shit! How many Zachary in this world? Which is the ‘real’ Zachary?” Si Tua itu menengking marah.
          Rupa-rupanya mereka telah menculik dua orang pemuda yang mempunyai wajah yang amat sama.Tiada apa yang dapat membezakan rupa paras mereka berdua.Seorang itu ialah Luqman.Dan yang seorang lagi…ya,itulah aku!Sean Zachary Deansgate,The ‘real’ Zachary yang mereka kehendaki.Kami saling berpandangan dengan penuh terkesima dan terkejut melihatkan muka yang saling tidak tumpah persamaannya.Tidak ku sangka aku telah menjumpai salah satu daripada tujuh pelanduk di dalam dunia ini.Siapa tidak teruja pabila dapat bertemu dengan insan yang mempunyai rupa paras yang sama dengan kita.Malangnya,pertemuan itu tidak menggembirakan dalam keadaan yang sedang kami hadapi ini.
                     “I’am Zachary.Now,tell me who are you?” aku menjawab sambil tangan ku tetap di pegang erat oleh lelaki kulit hitam itu.
                  “Oh! So you are the ‘real’ Zachary.HA!HA!HA!,Sean Zachary Deansgate,ten years.Ten years I’am waiting for this.And now the ‘time’ has come.HA!HA!HA!”
                 “What ten years that you waiting for? What do you want  from me?HA!” Marah ku semakin membuak-buak melihatkan muka tua itu yang sedang tertawa seorang.
               “You know who is that?Did you know!” tiba-tiba muka tua itu berubah merah sambil jari telunjuknya dihalakan tepat pada satu bingkai gambar besar yang diletakkan pada dinding rumah itu.Dalam bingkai tersebut kelihatan gambar seorang kanak-kanak lelaki yang masih kecil.Umurnya dapat ku teka dalam lingkungan sembilan ke sepuluh tahun.Wajahnya mirip sekali lelaki tua itu.
                    “That is my son.The only son I ever have!And he was died ten years ago! HE DIED BECAUSE OF YOUR FATHER! ‘THE EVIL DEANSGATE!”
                    “How dare you! What he had done to your son?
                     “Argh! Shut up! Hant,Gunner! Bring them to the room.Let Deansgate feel what I’am feel ten years ago.”
                  “Yes,Sir!” jawab dua lelaki yang botak dan berambut panjang itu.
                    Kami diherat ke satu bilik bawah tanah yang terdapat di bawah rumah itu.Sunyi,sempit,hanya ditemani satu cahaya yang keluar dari sebiji mentol yang tergantung pada siling.Kini,tinggal aku,pemuda yang mirip aku dan juga Si Mentol yang sudah lama menghuni ruang itu. Maka bermulalah episod kelam dalam hidup ku di sebuah ruang kosong bersama seorang insan yang tidak ku kenali.
                  “Hey,actually who are you?” satu suara tiba-tiba memecah sunyi di ruang itu menegur aku.
                   “I’am Zachary,Sean Zachary Deansgate” aku membalas sambil mendekati pemuda itu.
                  “Deansgate? The millionair?”
                  “Yeah,he is my father.”
                   “I’am Luqman al-Haqim.” Tangannya dihulurkan pada ku sebagai tanda perkenalan.Lantas,aku menyambut salamnya.Senyuman di wajahnya terukir tatkala kami bersalaman.Seolah-oalah seperti tiada apa yang berlaku kepadanya.Padahal,jelas sekali pada mukanya kesan-kesan lebam yang masih lagi menghitam akibat dibelasah.
                   “I’am really sorry Luqman.Just because of me,you also involve in this problem”
                   “Nevermind.It just happened.” Dia menjawab dengan penuh tenang tanpa secebis pun rasa marah dalam hatinya.Jikalau aku berada pada tempatnya,sudah tentu aku merasa marah sekali kerana terpaksa terlibat dalam masalah yang tidak sepatutnya terjadi pada aku.Namun,Luqman al –Haqim seorang pemuda yang sangat tenang menghadapi kesukaran ini.Aku dapat melihat ketenangan pada wajahnya yang dipenuhi dengan kesan lebam dan darah yang sudahpun mengering.Adakah ini semua kerana dia seorang muslim? Persoalan itu aku simpan dalam kotak mindaku menunggu saat yang sesuai untuk bertanyakan padanya.

***************
24 Jam
                                   Seluruh tubuhku menggigil kesejukan dek kerana dinginnya lantai sehingga tulang-temulang ku juga bisa merasainya.Tubuhku yang dahulunya dilandaskan pada sebuah katil bersaiz king yang sangat selesa, kini hanya terbaring kaku di atas lantai yang keras itu.Kepala ku yang dahulunya dialaskan dengan bantal-bantal yang lembut,kini hanya mengharapkan otot bisep dan trisep ku untuk mengalas kepala ku yang kadang-kala mengebas dek terlalu lama menampung berat kepala ku ini.
                               Kini,telah seharian aku berada di dunia yang sangat asing bagi diriku.Sinaran Encik Matahari mula menembusi lubang-lubang yang ada pada bilik itu.Sinaran itu terus tepat mengena pada mataku,membuatkan aku terganggu untuk meneruskan tidur ku.Sikit-sikit ku bukakan mata yang berat kerana tidak cukup tidur.Dalam aku berupaya membuka mata,aku tertangkapkan sesuatu di penjuru bilik.Kelihatan Luqman sedang bersujud.Aku cukup yakin itulah yang dilakukan oleh semua orang yang beragama Islam.Mereka akan melakukan beberapa gerakan seperti mengangkat kedua belah tangan mereka,berdiri tegak,tunduk dan juga seperti yang sedang dilakukan oleh Luqman kini,sujud.Namun,aku masih lagi tidak mengerti mengapa ‘mereka’ lakukan sedemikian.Aku bertambah pelik apabila ‘mereka’ ini boleh melakukannya di mana-mana sahaja.Di atas rumput,di tepi jalan dan juga di bawah tangga.Apa yang mereka sembahkan? Persoalan itu juga aku masukkan dalam kotak mindaku.
                            Beberapa ketika Luqman akhirnya bangun dari sujud dan duduk.Kemudian,kepalanya ditolehkan ke kanan dan ke kiri.Setelah itu,dia menyapu mukanya dengan tangan kanan.Dan akhirnya,dia menadah tangan.Yang ini aku tahu apa yang sedang dia lakukan.Ya,Luqman sedang berdoa.
                        “Luqman,what had you done just now?” melihatkan dia yang seperti sudah siap melakukan ‘kelakuan’ itu,aku terus sahaja menyapanya.
                        “Oh,I’am doing a pray that ‘we’ call it as Dhuha” satu perkataan yang tidak pernah aku dengar sebelum ini.Dhuha? Apa maksudnya? Aku buka penutup kotak mindaku dan memasukkan persoalan-persoalan itu.Nampaknya aku perlukan sebuah kotak minda yang lebih besar untuk menyimpan segala persoalan ini.Sebenarnya,selama ini aku cukup tertarik untuk memahami tentang Islam,namun aku tidak tahu ingin bertanyakan pada siapa sehinggalah hari ini.
                      “Luqman,can I ask you something?”
                      “Yes,what is it? Terus sahaja dia memandang ke arah ku.Seperti sudah bersiap sedia untuk menjawab pertanyaan ku.
                     “What is actually you and the muslim pray to”
                    Tiba-tiba,Luqman tersenyum seorang.Seperti persoalan ku itu sejenis jenaka.Kemudian,dia bersuara kembali.
                     “We as a muslim only pray to the only god,ALLAH The Mighty” Allah.Sering kali aku mendengar perkataan itu.Namun,aku tidak tahu siapa dia? Lantas aku terus sahaja bertanya.
                   “Who is Allah”
                   “Allah is our creator.The creator of the universe,the tree,the animal.Everything in this world He create it.”
                   “But,where is He?”
                 “Zach,can you smack the wall with your hand.I want you to smack it as strong as you can.Can you?”
                  “But,if I  do that my hand will be injured.And I will feel very painful.”
                “Huh! I want to ask you.Can you show me where is the ‘pain’?”
                “The ‘pain’ is on the hand”
                “Nope.Its not the ‘pain’.Its just a wound.”
                  “So,where is the ‘pain’?”
                 “Zach,we can’t look the ‘pain’.But,we can feel it on the wound.The ‘pain’ is exist by feel it on the wound.” Aku tersentap tanpa sebarang kata tatkala mendengar jawapan  itu.Kata-kata Luqman sangat mendalam.Dia menyambung kata-katanya tadi,
               “Same to Allah.Allah is exist by looking at the creation that He had create.The ‘wound’ is the creation and the ‘pain’ is Allah.” Satu persoalan dalam kotak minda ku mula keluar menemui jawapan.

**************
48 Jam
                          “Hey,dude!wake up!” Terpisat-pisat mata ku buka perlahan.Dari jauh di hujung satu sudut aku bisa melihat Luqman yang juga sedang duduk bersila lemah.’Jam loceng’ bernyawa itulah yang akan mengejut kami setiap pagi untuk menghantar dua biji kentang rebus dan juga dua gelas air.Dan itulah bekalan untuk seharian kami di ‘penjara’ ini.
                          “Oh my God!Damn!I’am Zachary Deansgate okay,you give me ‘this’ ?” sang perut bising merungut.Maklumlah,21 tahun ‘dia’ hanya menerima makanan-makanan mewah dan lazat.Tetapi kini,’dia’ terpaksa menerima makanan sebegini rupa bagi membekalkannya tenaga untuk terus hidup.Kadang-kala ‘dia’ cukup marah sehingga membuatkan aku mengerang kesakitan dek kerana rembesan asid’nya’ itu.Tidak cukup dengan itu,ditambah pula dengan air paip yang terpaksa diterima’nya’ juga,maka berganda-ganda lah sakit ku terima.Tetapi,aku pelik melihat Luqman.Dalam aku tak bisa menerima takdir ini,namun Luqman kelihatan tenang sekali.Kelihatan dari lensa mata ku dia sedang menikmati seketul kentang rebus itu dengan penuh rakusnya.Manusia jenis apa dia ini.Seperti tiada apa yang berlaku terhadapnya yang menjadi mangsa keadaan ini.
                     “Luqman,how are you today?” sapa aku.Sengaja ingin memulakan bicara.
                      “I’am fine.Do you enjoy your breakfirst?” Jawabnya sambil mempersembahkan senyuman pada ku.Bertambah kerutan pada dahi ku.Kehairanan melihatnya.
                      “Err..yea.Hey,why do you so calm,ha?Are you doesn’t feel mad,or....what are you feel right now?”
                    “Zach,do you belive God?”
                    “Of course,I do”
                    “Me too.I believe that Allah will help me.As a Muslim,we need to believe of His faith too.Because everything that He give for us either it is good or bad,it must be a reason why He give it.And at the end of tunnel,there is always light.”
                  “Hmmm,can I know  why do you prefer to be Muslim? And what is Islam actually? “ Aku mula mengorek lubang persoalan yang sekian lama tertanam dalam diri ku.Bagi ku,ada sesuatu yang menarik pada Luqman,membuatkan aku bertambah gian untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam.
                “You just said that you believe the God,right? But, is it enough for just believe Him without recognize Him? Why are you doing the good?What is exactly the main purpose He create you?” Aku terus tergamam kerana tidak pernah memikirkan soalan demikian.Diri ku seolah-olah dipanah bertubi-tubi dengan anak panah soalan darinya.
              “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kekusutan (kufur).Oleh itu,sesiapa yang tidak percayakan Tharut,dan ia pula beriman kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus.Dan ingatlah Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.al-Baqarah;256” [ayat ini tidak dapat ditafsir ke dalam bahasa Inggeris kerana saya tidak berilmu dalam bidang ini]
                Makna Surah al-Baqarah ayat 256 itu disampaikan oleh Luqman dengan menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh memaksa sesiapa pun untuk menerima Islam.Hati ku semakin ditarik arus magnet yang terdapat pada Luqman. ‘Islam’ itu sendiri bermakna ‘pengabdian atau berserah diri secara ikhlas dan damai kepada Tuhan sekalian alam ini’.Oleh itu,tak mungkin seseorang itu boleh dipaksa untuk ikhlas menyerah diri kepada Tuhan,melainkan dirinya rela hati menerima Islam.Kepada Allah jualah miliknya petunjuk Hidayah dan Cahaya kebenaran dan Dia memberikan kepada sesiapa yang diketahuiNya.
                          “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk member hidayah petunjuk kepadanya,nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya.Seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-An’am;125)
                         Satu-persatu anak-anak soalan aku keluar dari kotak minda itu.Aku dapat merasakan ianya semakin lapang dan ringan.Luqman benar-benar seorang pemuda muslim yang sangat hebat.Walaupun dia terpaksa menghadapi semua masalah ini,namun dia terima seadanya.Kerna dia cukup yakin akan Tuhannya itu.Sedang,aku? Di mana tuhan aku sebenarnya? Aku menjadi sangsi akan apa yang aku percaya selama ini.Semakin aku mengenali Luqman,semakin aku dapat merasai suatu ketenangan yang tidak pernah hadir dalam ruang hati ini.Sungguh pun selama ini aku bisa memperoleh segalanya.Namun,aku masih lagi berasa tidak cukup.Sungguh pun hidup ku dikelilingi oleh kemewahan yang sepatutnya dapat membahagiakan aku.Tapi,tidak.Semuanya itu langsung tidak membahagiakan aku.Malah,kehidupan kini yang hanya di ruang sempit ini,dengan berbekalkan  seketul kentang rebus dan air paip serta ditemani seorang insan yang tidak dikenali ini sudah cukup menenangkan jiwa ku yang resah.
                     “What I kinda of ‘ feeling’ is this?” Encik Hati bicara penuh bingung memikirkan perasaan yang dialaminya kini.

************

72 Jam
                                  Kini,72 jam aku terkandas di sini.72 jam aku di ‘rumah agam’ ini.Dan dalam masa 72 jam itu jugalah aku banyak belajar mengenai Islam daripada Luqman.Pernah satu ketika aku diajarnya bagaimana hendak bertayamum.Tayamum? Ya, kata Luqman tayamum ini ialah sejenis keringanan untuk mengambil wudhuk dengan menggunakan debu-debu suci  bagi menggantikan air.Tayamum ini hanya boleh dilakukan sesudah berusaha mencari sumber air namun tidak berupaya.Pernah juga beberapa kali aku cuba mengikut gerak-geri Luqman bersembahyang.Bagiku ianya sesuatu pengalaman yang sangat bermakna sekali.Sehinggakan,ada satu perkara yang benar-benar aku teruja sewaktu melakukannya,iaitu pada saat dahi ku mencecah lantai.Secara riflek aku dapat merasakan suatu aura yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini mengecas seluruh tubuh ku.Sungguh tenang,sungguh damai.Tidak dapat ku lafazkan perasaan tika itu.
                              “Hey!Zach ,come on wake up.Are you sleeping?” kedengaran suara Luqman meng’hidup’kan aku kembali.Rupa-rupanya aku telah terlena seketika sewaktu melakukan sujud.
                            “Huh,wow! Luqman what is ‘that’? why its very…how?how?how its happenend?” lantas aku menerkam Luqman dengan sebakul persoalan.Kali ini,aku tidak menyimpan soalan-soalan itu di dalam kotak minda.Malah,aku lontarkannya terus kepada Luqman untuk mengetahui jawapannya.Riak wajah ku jelas memaparkan isi hati ku yang tidak sabar-sabar menadah jawapan dari Luqman.
                            “Hmmm,that Is the secret of solat.And that why me and the other muslim were always strong and cool,hahaha” Luqman berjenaka sejenak sebelum menyambung kembali kata-katanya yang berubah ke mood serius.
                           “Where do we find happiness?Not material happiness,but true internal happiness.As Muslims,we may respond that true happiness in this world comes from being closer to God.The closer you are to Allah,the more your heart is at rest. “Sekali-kali tidak!Janganlah kamu patuh kepadanya;dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah)” Surah Al-‘Alaq;19
                        “Errr,but Luqman I still don’t get it.How prostrate can do that?” soal aku tertanya-tanya
                          “Sujud is Arabic (Islamic) word, wich technically mean prostration to God in the direction of the Kaaba at Mecca. Which involves five members of bodies that decentralized to the earth: forehead, nose, both hands, knees, and all toes. And spiritually humbling the mind and heart (soul), while saying dzikr. This made sujud as typical muslim term, which can not be changed or translated. Dr. Fidelma O ''Leary for instance, Phd (Neuroscience). From St. Edward''s University, has converted to Islam because finding important facts about the benefits of sujud to human health.
As a neurological (nerve specialist), this Irish women found that there are certain nerves in the human brain, which only occasionally entering by the blood. If blood does not enter at all, it will cause serious harm to human health, such as stroke and paralysis. Because that, routin activity that entering the nerrves with the blood is required. And That rutine activity is sujud like what Muslim do in their daily shalat.”
                                Tergamam.Kagum sungguh aku mendengar penjelasannya itu.Sangat teiliti dan terperinci.Membuatkan aku lebih memahami mengenai satu perkara yang telah lama bersawang di dalam kotak itu. Dan kini,Luqman lah yang telah membersihkannya.Namun,timbul satu persoalan pula dalam benak hati ku pabila terdengarkan perkataan Ka’aba keluar dari mulut Luqman.
                                “There something I confuse.Just now, you’ve said that the Sujud is direct to Ka’abah.So,why do the Muslims worship and bow down the Ka’abah in their prayer?”
                                 “ Ka’abah is the Qibla;the direction Muslims face during their prayers.It is important to note that though Muslims face the Ka’abah during prayer,they do not worship it.Muslims worship and bow to none but Allah.It is mentioned in Surah Baqarah;144, “Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit,maka Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.Palingkanlah mukamu kea rah Masjidil Haram.Dan di mana saja kamu berada,palingkanlah mukamu ke arahnya.Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasarani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak berlengah dari apa yang mereka kerjakan.” One more I want you to know.People stood on Ka’abah and gave the adhaan.At the time of the Prophet,people even stood on the Ka’abah and gave the ‘adhaan’ or the call to prayer.One may ask those who allege that Muslims worship Ka’abah;which idol worshipper stands on the idol he worships?” Dia menyoal aku kembali.Dan sekali lagi aku tergamam kaku tanpa bisa menjawab persoalannya itu.Ianya satu jawapan yang sangat-sangat tepat.

***************

96 Jam
Palestin,
                              Rumah batu itu sunyi dek tiada penyeri.Bayu duka jelas dirasai menyelubungi rumah yang dihuni oleh seorang wanita tua serta tiga orang kanak-kanak yang masih meniti hari-hari mendatang.Sejak berita kehilangan Luqman tiga hari lalu,Khatimah sering kali termenung sendirian mengenangkan keberadaan anaknya.Senantiasa dia berdoa memohon petunjuk daripada Yang Esa agar anaknya itu dipertemukan jua.Nyata doa seorang ibu benar-benar didengari terus olehNya tanpa perlu memalui 7 lapis ‘tol’ itu.Malam semalam,Khatimah telah mendapat suatu mimpi.Dalam mimpinya,dia dapat melihat dua orang pemuda sedang berada dalam sebuah ruang yang sempit.Dia sungguh yakin dan percaya bahawa salah seorang itu adalah Luqman.Bukan sekadar itu,malah Khatimah juga berupaya melihat kawasan sekeliling tempat anaknya dikurung dalam mimpinya itu.Ianya seperti sebuah perkampungan yang terpencil,terdapat padang menghijau yang diserikan dengan segerombolan lembu-lembu tenusu di atasnya.Seperkara lagi yang terlintas dalam mimpi Khatimah ialah satu perkataan, Lancashire.Barangkali itulah nama tempat anaknya berada.
                             Setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha,Khatimah bingkas menyiapkan diri menuju ke pejabat polis di kawasannya.Petugas-petugas polis di situ sudah cukup mengenali Khatimah kerana hampir setiap hari dia berulang-alik ke situ untuk mendapatkan perkhabaran anaknya.Kali ini,Khatimah pula yang memberikan maklumat yang dia peroleh itu kepada mereka.Dengan harapan maklumat itu sedikit sebanyak dapat membantu misi pencarian mereka selama ini.Khatimah sangat yakin itulah utusan serta petunjuk dariNya.Tambahan lagi,naluri seorang ibu selalunya benar.Itulah dia Khatimah Juwairiah,seorang ibu tunggal yang sedang menghadapi satu episod duka dalam hidupnya.Setelah 15 tahun dirinya diuji akan kehilangan suami tersayang,kini imannya diuji sekali lagi dengan kehilangan anak sulungnya,Luqman.Namun,kudratnya yang tampak lemah langsung tidak melambangkan imannya yang utuh dan kuat.Berbekalkan sabar serta tawakalnya pada Allah, membuatkan dia terus kuat menghadapi segala badai dan ombak yang melanda pelayaran hidupnya itu.
                               “Zach,I have a plan tonight.Do you want to join me?” bisikan itu jelas terhala pada ruang telinga kiri ku semasa kami sedang ‘menikmati’ sarapan.
                            “What is it?” aku menyoalnya kembali dengan bisikan juga.
                            “Listen.This night,at midnight we must be free from here.” Aku tersedak.Menoleh ke arahnya dengan riak yang terkedu terlakar di wajah ku.Kata-katanya seperti benar-benar yakin yang kami akan keluar dari tempat ini.Lalu,aku membalas,
                           “Are you serious? How we want to get out from here? With this 24 hours control here,I don’t think that we can be free.Unless,we were invisible.”
                         “Here is my plan.”
                         Pagi itu kami mengatur segala strategi konkrit untuk melepaskan diri dari tahanan ini.Nyata ianya bukanlah sesuatu strategi biasa.Perancangan yang amat memerlukan keyakinan yang kukuh di antara kami berdua.Namun,tanpa kepercayaan kepada Tuhan juga,mustahil ia akan berjaya.Percaya kepada Tuhan? Kini,aku sedang berada di dua simpang.Aku harus memilih satu laluan sahaja sama ada laluan Luqman yang kelihatan pancaran cahaya di penghujungnya atau pun laluan yang masih lagi lagi tidak mampu ku lihat dek diselubungi oleh kabus persoalan yang belum terjawab.Aku bingung untuk memilih.Tetapi kali ini,Luqman telah menarik tanganku untuk berjalan bersamanya di laluannya itu.
                      “Zach,I’am really hope that you can believe to Allah this time.Trust  that He will help us.A miracle will happened at last.” Kata-kata itulah yang telah menarik ku.
                    “So,do you believe Him?”
                   “Yes,I believe you”
                    “No.Not to me,but to Allah S.W.T”
                   “Yes,I believe to Allah”
                    Mengapa Luqman begitu yakin sekali akan perancangannya ini? Seolah-olah dia telah diarahkan oleh ‘seseorang’ untuk melakukannya pada malam ini.Ya,memang Luqman telah mendapat arahan itu.Namun,bukan dari seseorang.Tetapi melalui mimpinya.Dalam mimpinya semalam,dia terbayang akan ada sepasukan polis datang menyelamatkan mereka pada malam ini.Namun,mereka haruslah keluar dari tempat itu terlebih dahulu.Luqman yakin bahawa itulah petunjuk yang dikirim oleh Allah untuknya.Dan nyata semua itu adalah benar belaka.
                  Malam itu tepat 12 malam,kami mula menjalankan segalanya seperti yang telah dirancang.Setelah memastikan keadaan di sebalik pintu itu selamat dari sebarang kawalan oleh pengawal-pengawal,aku mula beraksi.Kali ini,aku bukanlah seorang lelaki yang hanya tahu mengarah sahaja.Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.Setiap arahan yang keluar dari mulut Luqman,aku turuti.Kerna aku cukup yakin bahawa Tuhan Luqman akan membantu kami untuk keluar dari situ.Aku mengambil seutas dawai halus yang kutip di lantai ruang ini.Aku menggunakan kepakaran ku menyungkil lubang kekunci pada pintu itu.Dengan harapan ianya terbuka.
                                   “Clucks!” kedengaran satu bunyi pada lubang kekunci itu.Bunyi itu telah membuktikan harapan untuk kami keluar dari situ lebih mencerah.
                               “Yes!Luqman I made it” lapang hati ku gembira kerana berjaya membuka pintu berkunci itu.Sambil tangan ku memberikan isyarat ‘thumbsup’ pada Luqman.Tiba giliran Luqman pula untuk beraksi.
                             Dengan menggunakan ilmu yang ada,Luqman mempraktikkan ilmu itu sebaiknya.Memandangkan Luqman seorang pelajar yang menuntut bidang kejuruteraan fizik,perkara ini amat mudah baginya.Tugas Luqman ialah dia harus melakukan litar pintas pada seluruh rumah itu dengan hanya menggunakan seketul mentol yang ada pada siling tempat kami dikurung.100/100 konsentrasinya diberikan tatkala melaksanakan misi itu.Aku yakin Luqman sedang cuba sedayanya melakukan yang terbaik untuk kami keluar dari sini.Lama juga dia ber’main-main’ dengan mentol itu.Jelaslah perkara yang sedang dilakukan Luqman bukan sesuatu yang mudah.Malah penuh komplikasi yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Dan pada satu ketika,
                           “Zapp!” Seluruh rumah gelap serentak.Luqman berjaya melakukan litar pintas.Dan telah tiba masanya untuk kami ke tahap yang seterusnya .Satu tahap yang amat merbahaya buat kami.Yang tentunya boleh melibatkan nyawa kami berdua.
                        “Alhamdulillah.Zach,are you ready now?”
                        “Absolutely!I’am ready” penuh yakin dan azam.Sambil tangan kami berpegang erat antara satu sama lain.Bukti kepercayaan kami berdua.
                        Maka bermulalah ‘perjuangan’ mempertaruh nyawa dua orang pemuda bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.Dan tentunya perjuangan ini adalah buat keluarga tercinta yang sedang terseksa menantikan kepulangan mereka.Dalam kegelapan yang dipenuhi dengan berbelas acukan senjata itu,mereka menggunakan segala kudrat berbaki untuk ‘berperang’ di medan kegelapan itu.Degupan jantung mereka  kedengaran kuat berdegup.Membuktikan betapa gementarnya mereka tika itu.Namun,dengan semangat yang ada untuk terus hidup mereka tetap kuat.
                    “Hey! Go downstair now! Make sure that they was still in the room.Now!” satu suara mula memecah kegelapan.Masing-masing hanya mampu bergerak berpandukan dengan deria-deria sentuh.Begitu juga kami berdua.Sedang kami meniti anak-anak tangga untuk naik ke atas,gegendang telinga ku disentuh oleh sesuatu yang bergerak pantas melawan arah kami.Ya,aku yakin itu pasti salah seorang pengawal yang diminta untuk memeriksa kami yang sangkanya masih berada di dalam bilik itu.Kami terhenti seketika supaya tidak ditemui oleh pengawal itu.
                  “Oh shit! They gone! They were GONE!” saat itulah aku dan Luqman segera menaiki anak tangga sehingga tiba di atas.Dengan hanya berbekalkan cahaya daripada Sang Bulan,kami meluru terus melalui ruang gelap itu tanpa berfikir apa-apa dengan harapan menemui pintu keluar.Yang kami tahu,kami mahu keluar dari situ dengan segera.Saat itulah,mulanya kekecohan dalam rumah itu.Tapak-tapak kasut yang sedang berlari tanpa halatuju kedengaran di seluruh ruang rumah itu.Sehinggalah satu tembakan di lepaskan bagi menakut-nakutkan kami.Namun,kami tetap meneruskan langkah demi mencari pintu keluar.Sedang kami terkial-kial meraba mencari tombol pintu,tiba-tiba
                                “Clucks!” aku terdengar bunyi tombol pintu dibuka.Lalu,aku memimpin tangan Luqman kuat-kuat menuju ke arah bunyi itu.Seperti jangkaan ku,bunyi itu memang bunyi tombol pintu dibuka.Tuah menyebelahi kami.Pintu yang dibuka itu tidak ditutup kembali.Inilah dia peluang yang dinantikan kami sekian lama.Keluar sahaja dari rumah itu,kami sudah dapat melihat dengan jelas keadaan di luar.Begitu juga Luqman.Langkah kami terus melangkah lebih laju keluar dari kawasan rumah itu.Kami berlari dengan rasa gembira terpancar di hati kami.Saat itu,sudah terbayang di awing-awangan aku kembali ke rumah bertemu dengan keluarga ku.Senyuman juga mula terukir di bibir.Namun,senyuman itu tidak kekal lama,
                               “Bang!” tembakan dilepaskan.Memecah gegendang telinga.

****************

120 Jam
Unisan Hospital
                                 “Zach!” lunak yang keluar dari kotak suara itu menyedarkan aku dari kelenaan.Kelihatan wajah Luqman menjadi ‘sarapan’ pertama ku pagi itu.Senyuman dia menjadi persembahan pertama sebelum dia berbicara semula.
                                  “So,how are you today?” dia menyoal keadaan aku sambil tangannya menggapai sebuah kerusi yang tersandar pada di dinding.
                                “Huh!I’am still strong,okay.haha,” sengaja aku berjenaka bagi membuangkan udara kebosanan di ruang hospital itu.Kami ketawa bersama.
                              Semalam,dalam kami leka berlari.sepasang mata sudah lama memerhatikan kami dari balik tingkap.Sedang sepucuk senapang bersedia dihalakan ke arah kami.Dan saat itulah satu das tembakan dilepaskan.Nasib tidak menyebelahi aku.Tembakan itu mengenai pada betis kanan ku.Aku rebah jatuh mencecah bumi.Aku dapat merasakan aliran darah itu sedang melebarkan ‘tapaknya’ ke seluruh bahagian betis ku sebelum ia menitik ke atas tanah.Dan pada masaitu juga lah,sepasukan polis datang menyerang rumah itu.Aku tidak mampu lagi menahan.Anak mataku terus tutup kuyu.Aku pengsan.
                            Kumpulan yang telah menculik kami telah ditangkap kesemuanya dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan menggugat nyawa seseorang.Rupanya,mereka ini merupakan satu sindiket yang amat dikehendaki oleh pihak polis kerana telah melakukan pelbagai jenayah yang besar seperti merompak bank,memperdagang kanak-kanak dan juga menculik orang untuk dijadikan tebusan.
                               “Luqman,can you tell me who is Muhammad?” tiba-tiba aku menerjahnya dengan soalan cepumas itu.Namun,bukan suatu yang perlu dicemaskan oleh individu seperti Luqman al-Hakim.
                            “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad)melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa,maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” (Surah Al-Anbiya;107-108)”
                                “Allah has sent several men to mankind to remind them of their duty towards Him. Muslims believe that all of these men were prophets. These prophets of Allah include Adam, Noah, Abraham, Ismail, Isaac, Jacob, Jonah, Moses, Joseph, Jesus, and Muhammad, peace be upon them all. However, some of these prophets actually came with a message from Allah for mankind.The prophets that came with a message are also called “Messengers of Allah.” Prophet Moses (Musa in Arabic) was a messenger as he came with the Torah. Prophet Jesus (Isa in Arabic) was a messenger as he came with the Gospel. And Prophet Mohammed was also a messenger as he came with the Quran.”
                               “I bear witness that there is no god except Allah,And I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah”  Hari ini telah menjadi saksi buat aku,Sean Zachary Deansgate telah memeluk Islam.
                             Nyata 120 jam itu aku alaminya.Pada mulanya,aku tidak menerima kenyataaan tatkala aku terpaksa menghadapi semua ini.Jiwa ku kadang-kala memberontak marah akan apa yang telah terjadi.Namun,apalah daya ku untuk mengubah takdir itu.Dengan adanya Luqman yang sentiasa di sisi,membuatkan aku tersedar dari kenyataan yang sebenar.Selama ini mataku,telingaku serta jiwaku telah dikaburi dengan tipu daya Sang Durjana itu.Benar kata Luqman,Islam bukan paksaan.Jika Dia izinkan maka jadilah.Dan kini,Dia telah mengehendaki aku untuk menerima cahaya petunjukNya itu.
                         Nyata episod 120 jam ini bukanlah episod hitam buat ku.120 jam itulah aku belajar tentang erti kehidupan yang sebenar.120 jam itu aku belajar untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku dalam hidup.120 jam itulah aku belajar untuk menjadi seorang insan yang kuat.Dan 120 jam itu aku telah menjumpai segala jawapan yang terbuku dalam kotak mindaku selama ini.
                       120 jam yang lalu kehidupan ku sungguh kelam.Hujan lebat turun mencurah-curah dalam ruang hatiku yang turut diselangi dengan bunyian guruh.Cukup menggambarkan kehidupan ku berubah menjadi satu episod duka.Namun,itu 120 jam yang telah pun berlalu.Kini,hujan itu telah pun berhenti.Awanan yang kelabu itu mula berlalu pergi.Bunyi guruh sudah tidak kedengaran lagi.Kini,Sang Matahari mula menyinari segenap ruang hatiku.Tidak cukup dengan itu,suasana hati ku turut diserikan dengan kehadiran warna-warni Encik Pelangi .
                     Sungguh tidak ku jangka akan takdirNya ini.Rupanya,Dia mengirimkan hujan itu buat seketika untuk ku supaya aku dapat menikmati segala keindahan di sebalik kejadian itu.Tulus suci cintaMu padaku.Halus lembut sentuhan didikanMu itu.Indah nian jalan ceritaMu buat hambaMu yang tidak pernah mengenali Mu.Wahai Tuhan,selama 20 tahun aku melupakanMu.Kini,terimalah hambaMu yang hina ini.20 tahun yang berlalu akan ku gantikan dengan pengabdian ku padaMu seumur hidupku yang berbaki ini.Andai aku tersasar,Engkau pimpinlah aku.Andai aku terleka,Engkau sapa lah aku.Andai aku terlupa,Engkau ingatkanlah aku.
                    Tamatlah sudah diari 120 jam ku ini.Sudah tiba masanya untuk aku membuka diari yang baharu.Diari yang bakal mengisahkan tentang kehidupan ku sebagai seorang hamba.Semoga apa yang bakal ku coret pada diari itu akan sentiasa menjadi tatapan buatNya.TERIMA KASIH,ALLAH…. =)

Encik Mimpi berkata

"Syukur Alhamdulillah atas izinNya kerana memberikan kelapangan masa ini untuk menghasilkan cerpen ketiga ini.Diharapkan Diari 120 Jam dapat menyentuh hati para pembaca.Semoga tinta-tinta yang saya coretkan ini bakal membawa kita untuk lebih mendekatiNya.Terima juga buat insan yang sentiasa berada di sisi walau jasadnya jauh nun di perantauan.Sepanjang penghasilan,Sahirah Akilah lah yang telah membantu memberikan segala apa yang diperlukan.Terima kasih,kak"

Sumber diperoleh:

1.Al-Quran terjemahan Ar-Rahma

2.Buku Most Common Question Asked By Non-Muslims oleh Dr. Zakir Naik


"120 jam itu indah"


Monday 24 March 2014

Hanya sekadar kata-kata?

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah,syukur padaNya kerana telah memberikan hambaNya ini merasai nikmat-nikmatNya sekali lagi.Alhamdulillah,syukur padaNya jua kerana memberikan aku peluang untuk terus berjuang di muka bumi ini yang nyata sedang meniti hari-hari terakhirnya.Alhamdulillah,syukur padaNya kerana Dia lah aku bisa hidup.Kerana Dia lah aku bisa bernafas.Dan kerana Dia lah aku bisa menadah tangan memohon keampunan atas segala khilaf yang telah aku lakukan selama ini.

Lima hari telah pun berlalu.Bualan mengenai keputusan SPM 2013 masih lagi hangat diperkatakan orang.Slip keputusan masih lagi terasa 'kepanasannya' seperti pisang gorang panas.Dan sudah tentu sekali masih ada yang sedang tersenyum mengenangkan kejayaan yang mereka peroleh.Pabila diajukan soalan kepadanya,lantas sahaja dia menjawab, "Alhamdulillah,saya dapat straight A".Penuh rasa gembira dan puas  tika diri menjawab persoalan itu.Namun,adakah luahan kata-kata itu benar-benar melambangkan hati kita sebagai bukti kesyukuran kita padaNya?Atau hanya sekadar lafaz di mulut sahaja? Renungkanlah wahai hati-hati yang luhur.

Aku masih teringat saat aku sedang meniti hari-hari peperiksaan SPM itu.Sungguh,ianya satu dugaan dan cabaran yang kuat bagi ku.Bukan sekadar mengharapkan ketahanan fizikal sahaja,malah mental yang kuat serta iman dan taqwa kepadaNya haruslah turut seiring bersama dalam perjuangan ini.Dan,Alhamdulillah sesungguhnya Allah itu Maha Adil.Atas berkat usaha ku,guru-guru,serta mak dan ayah,Dia berikan aku kejayaan itu.Satu perasaan yang tidak boleh diungkap oleh kata-kata tatkala melihatkan riak wajah kedua orang tua itu pabila melihatkan keputusan anaknya ini.Dalam suasana riuh rendah di dewan itu,aku,Mak dan Ayah saling berpeluk tubuh.Tangisan gembira mereka berdua masih lagi terngiang-ngiang pada corong telingaku.Saat itu aku amat gembira kerana akhirnya aku dapat melihat mereka tersenyum.Sesungguhnya hanya dengan kejayaan sahaja mampu menggembirakan mereka.Pernah sekali Mak mengirimkan kad ucapan hari lahir buat ku.Ketika itu aku belajar di MRSM Serting di tingkatan 3.Dalam kad itu,Mak tuliskan,

                       "Tiada apa yang Mak dan Ayah harapkan dari anak-anak mak melainkan kejayaan anak-anak sendiri sudah cukup menggembirakan kami"

Aku pegang kata-kata itu sebagai kayu pembakar buat membakar semangat ku dalam berjuang untuk membela nasib mereka.Kami bukan orang berada.Kami datang dari keluarga yang biasa.Namun,bukan penghalang buat aku untuk menjadi seorang insan hebat di mata Mak dan Ayah.Selagi mereka masih berpijak di bumi nyata ini.Selagi itu lah kudrat ku tidak akan mengalah walau sedikit pun untuk berusaha membuat mereka tersenyum.Dan nyata tanggal 20 Mac menjadi saksi buat kami sekeluarga.Akhirnya,lukisan yang telah sekian lama kusam dek kerana kehilangan serinya kini mula terlakar padanya suatu lakaran yang indah sekali.Meski ketiadaan Akak membuatkan sedikit cacat pada lukisan itu,namun aku yakin suatu hari nanti lukisan itu akan sempurna jua.

Tika hati ini melonjak gembira.Tika senyuman di bibir tidak henti-henti.Timbul satu anak soalan dalam benak hati yang leka itu;

                           "Ya Allah,adakah ini benar-benar kejayaan yang Engkau kirim buatku? Atau ianya ujian buatku? Ya Allah,aku berharap Kau bimbinglah aku ke jalan yang seharusnya ku lalui..."

Sedikit peringatan buat mu wahai Encik Mimpi.Aku berharap agar kejayaan yang engkau peroleh ini akan mendekat lagi dirimu denganNya,bukan semakin menjauhkan kau dariNya.Sentiasalah berhati-hati dalam menikmati kemanisan duniawi ini.Takut-takut apa yang sedang engkau peroleh itu,itulah yang akan memimpinmu ke lembah kehinaan.

kata-kata dari seorang idola :
                    "Capailah kejayaan setinggi-tinggi bintang di langit,Redahkanlah dirimu serendah-rendah mutiara di lautan" (Sahirah Akilah)


"Demi Mu aku berjuang"

Wednesday 19 March 2014

Esok hari apa,ya?

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Lagi sebulan keputusan SPM nak keluar.(dalam hati rilek,cool)
Lagi dua minggu.( hmmm,masih rilek)
Minggu depan keputusan dah keluar,( perasaan risau,gelisah dah mula timbul dalam hati)
Dua hari lagi( Ya,Allah…takutnya)
Esok dah nak ambil slip keputusan (Jantung macam nak pecah,meremang bulu roma,macam-macam perasaan mula dirasai,macam-macam persoalan bermain-main dalam otak)
“Time wait for no men”.Sekejap sahaja masa itu berlalu.Rasa macam baru hari tu habis SPM.Tup.tup dah nak ambil result.Hati ku berbicara
                  “Haih,hati jika kau rasa bagaimana sekejapnya tarikh keputusan SPM,ini bermakna hari akhirat juga semakin mendekati.Dan tidakkah kau takut.Tidakkah kau risau yang AJAL kau lebih dekat dari semua itu.”
Haih..agak-agak apa yang bakal jadi pada esok hari.Hanya Allah sahaja yang tahu.Yang pasti pada saat itu akan ada yang melonjak gembira dan akan ada yang menunduk kecewa.Tika itulah kita dapat melihat riak wajah kedua orang tua kita yang semestinya tertunggu-tunggu akan hari bermakna ini.Saat itulah kita dapat melihat wajah-wajah puas guru-guru kita yang selama ini telah memerah keringat semata-mata untuk melihat anak muridnya melonjak kegembiraan pada hari tersebut.Sedang diri mereka tidak peroleh apa-apa melainkan tersenyum.
Hari esok merupakan hari penentuan buat kita semua.Apa yang bakal jadi esok hari semuanya telah tercatat pada keratan Luth MahfuzNya.Kita hanya mampu menanti saat itu tiba.Namun penantian yang kosong tidak berguna.Berdoalah dengan bersungguh-sungguh  padaNya.Di sini aku hendak memperingatkan diri aku serta mereka yang bakal mengambil keputusan esok hari.

PERINGATAN BUAT DIRI YANG ALPA :

1.Doalah dengan bersungguh-sungguh.seharusnya usaha ini harus dilakukan sejak mula lagi.

2.Yakinlah dengan ketentuanNya.Sesungguhnya segala yang terjadi dalam kehidupan kita ini pasti ada hikmahnya.Seperkara lagi,sesungguhnya ALLAH MEMBERIKAN SESUATU BUKAN YANG KITA INGINKAN,TETAPI ALLAH MEMBERIKAAN SESUATU KERANA ITULAH YANG KITA PERLUKAN SEBENARNYA!( tanamkan dalam hati)

3.Boleh untuk kita berdoa,”Ya Allah,kau berikanlah aku keputusan straight A Ya Allah..”.Tetapi saya galakkan agar berdoalah sedemikian ;
                    “Ya Allah,sesungguhnya urusan ku telah aku laksanakan.Aku mohon pada Engkau agar kurniakanlah aku keputusan yang cemerlang,yang akan menggembirakan ibu bapa ku dan YANG ENGKAU REDAI,Ya Allah” wahai teman,tidak guna kalau kita memperoleh 20 A+ pun,tetapi Allah tidak reda.Aku pernah berkata dalam hati saat aku berdoa “Ya,Allah aku terima segala apa yang akan kau beri pada ku hatta 9 F pun Ya Allah.Asalkan kau reda.Kerna aku yakin itulah yang terbaik buat aku…

Semoga berjaya buat sahabat-sahabat semua.Semoga Allah memberikan kita kejayaan itu…amin,

 "Kita merancang,Allah juga merancang,dan sebaik-baik perancang ialah Allah"