Powered By Blogger

Wednesday 21 May 2014

Selamat Tinggal Encik Mimpi


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"That trademark....."

Awan biru di langit tinggi,
Sayap sang helang melebar megah,
Encik Mimpi mengundur diri,
Buat H'aila Sepia terus berda'wah!

Sudah tiba masanya aku memperkenalkan nama pena aku yang sebenar,H'aila Sepia.Nama inilah yang aku gunakan untuk segala urusan penghantaran karya di surat khabar,majalah dan juga pada pihak penerbit buku.Mungkin rezeki itu belum tiba.Sehingga kini,masih belum ada karya-karya aku yang disiarkan lagi.Tidak mengapa,itulah dia cabaran terbesar menjadi seorang penulis.Ada seorang sahabat pena ku dia memerlukan tempoh masa selama 10 bulan untuk sebuah karyanya diterbitkan oleh pihak penerbit.Apatah lagi H'aila Sepia yang baru sahaja berusia 4 bulan.

"Kenapa nama blog Encik Mimpi?"
"Apa itu H'aila Sepia? seseorang yang istimewa kah?"

Mari aku #throwback,semuanya bermula semasa aku baru sahaja membuat blog ini.Ketika itu,aku saja-saja buat blog,mengisi masa lapang.Maklumlah lepasan SPM yang menanam anggur di rumah...Jadi aku fikir hendak menjadikan blog ini sebagai diari aku.Semasa hendak meletakkan nama blog ketika itu aku sedang mendengar lagu Encik Mimpi Rindukanlah terus sahaja aku meletakkan nama blog aku Coretan Encik Mimpi.Maka lahirlah Encik Mimpi.....

Hari berlalu pergi, aku seringkali blogwalking,membaca blog-blog orang lain.Dan ketika itulah satu minat mula timbul,untuk berda'wah melalui penulisan.Kebanyakan blog yang aku terjah rata-rata mereka menulis cerpen atau artikel yang berunsurkan da'wah.Kerana itulah aku mula giat menulis cerpen,artikel dan puisi yang berunsurkan rona kehidupan dan da'wah.

"H'aila Sepia?"

oh,H'aila Sepia merupakan sebuah nama file yang aku jumpa dalam lap top akak aku. "H'aila Sepia...hmm,sesuai ni buat nama pena" terus aku pilih sebagai nama pena aku.Jadi,H'aila Sepia tidak menjurus kepada seseorang yang istimewa atau siapa-siapa.Ianya sekadar nama sebuah file dalam lap top...

"HSXB7?"

hmmmm,hanya pemilik sebenar yang tahu apakah ia?siapakah dia? 

"Siapa pemiliknya?"

Hanya tuhan yang tahu.....(okay,sekian peace yaw!)

      ~H'aila Sepia~


Sunday 18 May 2014

Medical Check Up


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi yang Maha Penyayang.



"4002, kauter 2" gema suara cik komputer kedengaran saat aku mengambil nombor giliran.
"Pergh,lama lagi ni! " tunggu,tunggu dan terus menunggu.Ayah sudah pun keluar untuk urusan kerja.Tinggal lah seorang budak lelaki berbaju kelabu di kerusi biru itu (AKU).

"4020"," 2015","3070", nombor di hospital memang begitu.Tiada aturan nombor kerana setiap nombor itu urusannya berlainan.Itu kadang-kadang ada melompat-lompat nombornya.

Mata terus memerhati keadaan sekeliling.Bermacam ragam,bermacam watak aku jumpa.Aku memang suka usha-usha, stalking-stalking orang sekeliling.Tapi bukan hanya pandangan kosong,pandangan untuk muhasabah diri.Ada seorang budak perempuan,aku perhatikan gelagatnya.Tidak silap aku dia juga mempunyai urusan sama seperti aku.Ketika itu,ada seorang mak cik tua sedang berjalan di hadapannya mencari tempat duduk.Lalu budak itu lantas bangun menyapa mak cik tua itu untuk mempersilakan dia duduk.Padahal,banyak lagi kerusi yang mak cik itu boleh duduk.Tetapi budak perempuan itu dengan rela hati memimpin tangan mak cik itu dan men'duduk'kannya.Satu perkara yang aku tertarik mengenai budak perempuan itu.Dia FREEHAIR.Aku tahu dia Melayu dan ISLAM.Mungkin dari sudut lain dia ada silapnya.Tapi apa yang aku belajar ialah "NILAI PERIBADI SESEORANG BUKAN BERDASARKAN PENAMPILANNYA YANG ALIM,BUKAN BERDASARKAN RUPANYA YANG CANTIK ATAU HANDSOME,TAPI PADA HATINYA YANG SUCI" kita sering mengklasifikasikan seseorang itu berdasarkan luarannya sahaja.Nampak sahaja perempuan muslim freehair terus sahaja menilai dia itu jahat,tak beribadah,tak ikut perintah Allah.Kita silap...

"4017,kaunter 2" budak lelaki berbaju kelabu pun bangun dan pergi ke kaunter 2

"Adik ambil ni, pergi bilik 8 ya."

"Okay,terima kasih kak"

Ingat bila nombor dah dipanggil dah boleh berurusan.Rupanya kena lagi menunggu giliran untuk masuk ke bilik 8 pula.Tunggu,tunggu dan terus menunggu....

Mata kembali meliar.Mencari 'mangsa-mangsa' buat tatapan mata hati.Kali ini mangsanya merupakan seorang sahabat aku sejak aku tadika lagi.Namanya Huzaifi.Pelajar di MRSM Muadzam Shah.Lama benar tak berjumpa.Sejak tamat sekolah rendah masing-masing terpisah ke tempat pengajian masing-masing,Dia ke Pahang,aku ke Negeri Sembilan.Takdir Allah,kami jumpa akhirnya,

aku : buat medical check up jugak ea?
Huzaifi : Aah.Kau pun?
aku : Aah,Sambung mana nanti?
Huzaifi : PALAM.Kau?
aku : ooh,aku UPM.
........................

Lama juga kami berbual dalam satu jam.Kami bual tentang universiti masing-masing,buat apa masa cuti,nak sambung apa lepas ni,semua perihal tentang SPM leaver.Dalam hati aku terasa satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak tafsirkan.Rasa masa berlalu sungguh pantas sekali.Amat pantas.Huzaifi yang aku kenal dulu semasa sekolah rendah seorang yang sangat kuat bercakap.Sampai sekarang dia kuat bercakap.Kini,kami bakal melanjutkan pengajian kami ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.Tup,tup, kawan tadika aku sekarang dah nak masuk universiti dah...

"TIME WAIT FOR NO MAN.MASA YANG BERLALU TINGGAL KENANGAN,MASA DEPAN TERUS MENJADI PERSOALAN.APA YANG PASTI IALAH MATI.PASTI BERLAKU BILA-BILA DAN DI MANA SAHAJA.JIKA KITA SENDIRI MERASAKAN MASA ITU BERLALU DENGAN PANTAS.MAKA,BERWASPADALAH WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH! AJAL MU SEMAKIN DEKAT.SANGAT!!! DEKAT. "

"Mohamad Sahirul! "akak misi panggil masuk ke bilik 8

maka bermula lah segala jenis proses dalam medical check up.Dari ujian mata,timbang berat dan tinggi,ujian darah,gigi,ujian air kencing sampailah X-ray.Alhamdulillah dalam 2 jam selesai semuanya.

"okay dik,lepas ni adik pergi kaunter D jumpa doktor.Lepas tu boleh balik dah" 
"okay,terima kasih kak" kalau boleh aku nak berbual dengan akak misi bilik 8 itu.Dia sangat peramah orangnya.Tapi aku faham banyak lagi kerenah yang dia perlu layan.Sekadar ucapan terima kasih sahaja aku sampaikan.

Semasa menunggu giliran untuk berjumpa doktor.

"Medical check up eh dik?" seorang pak cik beruniform menyapa aku

"Aah,ya saya"

"Masuk mana lepas ni?"

"UPM."masa ni malu-malu kucing lagi.belum selesa lagi hendak berbual.

"Ohh,anak pak cik pun UPM jugak.Pak cik pun datang medical check up anak pak cik ni"

"Oh ye ke!UPM Serdang ya cik?" mula dah bibit-bibit soal-menyoal

"Aah,asasi" 

.............................

dipendekkan cerita rupa-rupanya pak cik itu merupakan kawan sekerja ayah aku.Dan anaknya pula merupakan teman rapat kepada kawan-kawan ku di maktab.Haihh....

"KITA MERANCANG.ALLAH JUGA MERANCANG.DAN SEBAIK-BAIK PERANCANG ITU IALAH ALLAH.INDAH SUNGGUH JALAN PENCERITAAN ALLAH INI MEMPERKENALKAN AKU DENGAN SEORANG INSAN YANG BERGELAR SAHABAT.NAMANYA HAZWAN.TINGGI ORANGNYA DAN MEMANG SELESA DIAJAK BERBUAL.TAK SANGKA BELUM SEMPAT MENDAFTAR SUDAH PEROLEH SEORANG KENALAN.MORAL OF THE STORY,SENTIASA LAH BERSANGKA BAIK DENGAN PERANCANGAN ALLAH ITU.MUNGKIN SEKARANG KITA MASIH KABUR UNTUK MELIHAT APAKAH HIKMAH DI SEBALIK SEMUA YANG TERJADI ITU.TAPI,PERCAYALAH SATU HARI NANTI AKAN ADA SATU SINAR JAWAPAN DISEBALIK KABURAN ITU..."




Saturday 10 May 2014

Jari-jemari itu


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Puisi Jari-jemari Itu

Jari-jemari itu,
Yang membelai ku,
Tika kulit ku masih kemerah-merahan,
Buat pertama kali,
Aku bisa merasai belaian kasih seorang ibu,
Dia tersenyum,
Tanda syukur.

Jari-jemari itu,
Yang mengusap tangis ku,
Saat aku jatuh dari basikal,
Luka berdarah itu,
Dia yang rawat,
Dengan jari-jemari itu.

Jari-jemari itu,
Yang asyik menekan nombor pada telefon,
Mengharap khabar dari si anak,
Lalu suara harapan itu keluar,
Penuh puas hatinya mendengar,
Walau hanya seketika.

Kini jari-jemari itu sudah tidak berdaya,
Urat dawai mula memenuhi seluruh jari,
Namun,
Jiwanya tetap kuat,
Menahan panahan rindu di hati,
Menunggu si anak pulang ke pangkuan,
Suatu hari nanti.

(SELAMAT HARI IBU)

Secupak Rindu


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Secupak Rindu

Jarak yang memisahkan,
Engkau dan aku,
Terlukis sebuah rasa,
Berbingkai rindu,
Gelisah karna mu,
Ingin di dekat mu,
Suka dan duka bersama mu,
Berharap esok hari,
Kita bersatu,
Menembus dinding waktu,
Menghalang rasa ku,
Aku di sini,
Kau di sana,
Terpisah oleh takdirnya,
Biar jasad tak bertemu,
Hati tetap bersatu,
Doa ku kirim,
Agar secupak rindu ku,
Singgah di ruang hati mu.


Saturday 3 May 2014

Sang Pendosa


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sang Pendosa

                    
          

                   Gelap langit di atas sana seperti hendak jatuh meruntuh.Hamparan langit yang gah meninggi di atas rela menunduk atas arahan Yang Maha Esa.Isinya dicurahkan ke atas bumi yang penuh dengan Sang Pendosa.Buat Sang Pendosa itu merasai nikmat dunia ciptaanNya ini.Sedang manusia yang lemah lagi kerdil itu dengan bangganya ia memikul amanah sebagai khalifah muka bumi ini tanpa berasa sedikit malu sekalipun akan dosa-dosa yang telah dilakukan.
                 
               Kelihatan salah seorang Sang Pendosa keseorang di bawah sepohon pokok.Dia merenung tepat pada hamparan langit yang baru sahaja menurunkan titisan hujan rahmat itu.Kelam suasana selepas hujan itu diisi pula dengan tiupan angin bertiup sayup.Indah sungguh perasaan itu.Tatkala dia merenung,tercurah spontan air jernih persis mutiara mengalir dari kelopak mata itu.Dia mengesat,namun tetap juga jatuh dan terus mengalir.
                 
                   “Ya Allah,mengapa aku menangis?Padahal hati aku sudah cukup mengeras hitam dibalut dosa-dosa ku.Kenapa aku menangis? Adakah kerana masih ada titik putih pada hati ku Ya Allah?”  Sang Pendosa itu kebingungan
               
                   Dia Sang Pendosa telah banyak dosa yang dilakukannya.Sehingga satu masa dia langsung tidak berasa takut tatkala dia melakukan dosa itu.
                 
                 Dia Sang Pendosa sudah begitu alpa akan segala nikmat di dunia ini.Nafsu sarakah menjadi raja dalam wilayah ‘Hati’ dalam hidupnya selama ini.Iman hanya sekadar hamba.Namun,dalam wilayah itu masih ada pejuang yang sedang bertungkus-lumus membebaskan hamba itu,AZAM & INSAF.
                
                 Walaupun sehingga kini mereka masih belum berjaya menumpaskan raja itu,mereka tetap berjuang demi iman yang selama ini terseksa.Mereka berdoa kepada tuhan.Mereka berusaha dengan segala kelengkapan dan senjata untuk bertempur.KalamNya sering dibaca,dahinya tidak pernah lupa untuk bersujud pada Yang Esa hatta setiap hari-harinya seringkali mengingatiNya.Namun tetap jua kalah.
           
              Sungai air mata di kedua pipinya masih mengalir.Kadang-kala Sang pendosa itu sudah tidak berdaya untuk memikul semua itu.Dia putus harapan.Tapi,dia tahu itu bukan jalan yang terbaik.Sesungguhnya Allah sedang mengujinya.Dan setiap ujian yang diberi itu adalah yang termampu oleh hamba-hambaNya.Lalu,para pejuang AZAM & INSAF itu bangkit semula.Lantas dicapai kembali segala senjata dan terus berjuang!
           
                    Kerna mereka yakin suatu hari nanti mereka pasti MENANG!!!

#Kita,Sang Pendosa.Yang sarat dengan berbagai-bagai dosa yang tak kelihatan.Kita,Sang Pendosa.Yang hatinya penuh dengan tompok-tompok hitam pada hati.Ya! itulah kita.Adalah lebih baik kita sering kali kalah terhadap nafsu daripada kita hanya duduk berteleku tanpa sebarang inisiatif untuk berusaha.Sesungguhnya Allah lebih suka kepada hambaNya yang sentiasa berusaha untuk mendekat diri kepadaNya,daripada hambaNya yang langsung tidak berusaha.Terus berjuang wahai pejuang HATI !!!