Powered By Blogger

Wednesday 4 November 2015

Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Anak mata tajam menerjah setiap horizon ruang tamu.

"Line clear!"

Zappp! Sepantas super hero Flash  berhijab menyusup keluar dari rumah


**********

 
"Kau ni bila nak pakai tudung labuh ah? Tak guna lah pakai tudung tapi still tak tutup dada.Dah lah baju pun ketat.Allah haih,sampai bila nak jadi macam ni ha? Jangan terlambat sudah! Aku dah banyak kali ingatkan  kau,tapi still tak berubah! " Pesan seorang naqibah

Tunduk.Terpaku diam seorang.Lalu titisan demi titisan air mata  jatuh.

"Ya Allah,beri aku kekuatan..."


**********

 Tiba sahaja di hadapan rumah,tudung di kepala pantas dicabut,disorokkan dalam beg.

"Mak,Anna dah balik ni!"

"Anna! Mari sini kejap!" buntar matanya tanda marah

"Ada apa mak?" 

"Meh sini beg kau" Beg Anna dirampas kuat lalu dibuka

"Apa ni! Apa ni haa! Mak cakap apa! Anna tak boleh pakai benda ni! Kau tak faham ke haa! Dasar anak tak reti bahasa!! Kalau kawan-kawan mak nampak kau pakai ni,mana mak nak letak muka ni ha??  Malu mak kau taw tak!!! Mulai dari sekarang kalau kau pakai lagi benda ni,jangan kau balik rumah lagi!! Kau faham tak?" 

Lantas kain tudung Anna dikoyakkan depan anak matanya

"Mak!! Jangan!!!" Anna menangis kuat.Sakit di hatinya Tuhan sahaja yang tahu.Berbulan-bulan dia telah cuba mengumpul kekuatan untuk berubah yang akhirnya asyik dipandang buruk,baik keluarga mahupun orang luar.

-Tamat-



Apa kita tahu kisah hidup dia? Perit susah dia nak berubah? Pernah kita tanya kenapa dia jadi macam tu? Pernah kita cuba untuk dekat dengan dia? Rasa apa yang dia rasa?

Tak.

Tahu kita hanya terus pada konklusi dari pandangan mata kasar saja.Sedang mata hati buta melihat kisah disebalik kejahilan itu.Itulah manusia.Too enough judgemental.Terasa diri dah cukup baik,cukup sempurna untuk menelaah diri orang lain tanpa usul periksa.

Nampak sahaja dia tak tutup aurat sempurna,terus lebel sebagai insan terpesong.Tak ikut syariaat islam.Katanya perempuan murahan lah,takde harga diri.Come on lah brotha sistah!

Kita tak tahu susah payah dia nak berubah.Sampai sanggup malukan diri pakai tudung,kene ejek dengan member.Kita tak tahu dah berhari-hari,maybe berbulan even maybe bertahun dia cuba beranikan diri nak pakai tudung.Kita tak tahu usaha dia nak belajar pakai tudung sampai tengok tutorial youtube.Kita tak tahu rupanya parent dia tak benarkan pakai tudung.Kita tak pernah tahu.

Tahu kita apa?

"Awak ni bila nak berubah?" 

Kau tahu tak betapa susahnya nak berubah! Apa kau ingat nak berubah ni macam transformer ke haa?? Transform automatik.

Ijtihad atas jalan amal ini bukan suatu perkara yang mudah bro.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang totally jahil.Tak tahu solat,tak tahu baca quran.Mudah bagi kita menasihati orang itu ini,dok keluar hadith ayat quran bagai,tapi tahu tak kita susah payah insan yang nak berubah ini.

Pernah tak dalam hidup ni kau jumpa dengan orang-orang yang memang jauh dari tuhan? Kau nampak diorang hisap vape,tangan bertatu,rambut berkaler,laki pempuan pegang tangan,duduk rapat-rapat,tapi Islam.Mesti kau fikir "Ish-ish teruknya diorang ni" .Jangan ingat insan-insan macam ni tak ada impian nak berubah.

Firman Allah, [Surah Ar Rum; 30]

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu.Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah.(Itulah) agama yang lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Perkataan 'hanifa' dalam ayat itu sendiri bermaksud cenderong kepada kebaikan.Kerana itu Allah menciptakan manusia itu mempunyai naluri suka pada kebaikan.Hanya kerana wujudnya syaitan buatkan kita kadang-kadang terbuat jahat.Terbuat dosa.

Kita tak akan pernah faham perasaan seorang pendosa yang ingin berubah.Kita tak akan pernah faham betapa susahnya dia nak berubah.

Ada antara mereka yang sudah usaha sebaik mungkin.Sedaya kudrat dia cuba untuk berubah sehinggakan sampai sanggup pergi dengar ceramah,join usrah,baca quran,baca tafsir,baca buku Tarbiyah Sentap,Henshin bagai tapi akhirnya terjatuh kembali pada dosa lama.

Dia menangis.Merintih,merayu pada Allah,memohon kekuatan.Lalu dia bangkit semula,menyusun langkah dengan penuh keazaman dan impian untuk berubah menjadi lebih baik.Namun,fitrah kemanusiaan itu tak pernah lari.Manusia itu sendiri bersifat lemah.Entah macam mana,tiba-tiba dia terleka,dan terbuat semula dosa.

"Syaitan!!!!!!! Jahanam kau!!!! Kenapa kau hasut aku!!!" Hatinya meraung marah.Panas sungguh penuh dendam terhadap Si laknatullah.

Dia menangis.Menangis dan terus menangis.Hatinya luka perit sehingga terdetik di hati untuk menghentikan langkah itu.

"Cukup lah,Cukup!! Ya Allah aku lebih rela mati sekarang dari aku terus hidup lama menanggung dosa.Ya Allah tolong aku....tolong.....Sampai bila aku nak jadi macam ni je.Ya Allah aku lemah.Aku tak mampu" Rintih hati penuh sayu memohon pertolongan dari Yang Maha Mengetahui.

Ketika jiwanya merasa kesal dan kecewa,mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.Ketika harapan dirasakan tiada lagi.

Allah berfirman, [Surah Az Zumar;  53]

"Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya,Dialah Yang Maha Pengampun,Lagi Maha Penyayang"

"Aku nak lari,lari dari dosa mencengkam diri"

Allah S.W.T mengampuni semua dosa hambaNya yang bertaubat melainkan mereka yang mati dalam keadaan syirik.Usahlah kau bersedih hati,mengenang diri yang tidak berubah-ubah lagi.Allah itu tahu yang hambaNya ni baik,Allah tahu kau nak berubah,Allah tahu susah payah engkau nak berubah.Kerna syurgaNya itu mahal.Bukan mudah insan picisan persis kita ini untuk peroleh syurgaNya.Kerana itu,kuatkanlah hati,teguhkan iman.Keep on tajdid!
Nabi S.A.W. bersabda, "Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa, "Ya Allah,ampunilah dosaku." Allah Ta'ala berfirman, "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu". Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa,lalu berdoa lagi, "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku". Allah berfirman "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu." Kemudian orang itu melakukan dosa lagi,lalu berdoa "Wahai Tuhanku,ampunilah dosa ku". Allah berfirman, "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu,kerana Aku benar-benar telah mengampunimu".Abdul A'la berkata "Aku tidak mengetahui apakah  Allah berfirman berbuatlah sesukamu pada yang ketiga kali atau keempat kali

(HR Muslim)

Maksud "berbuatlah sesukamu" bukanlah bermaksud suka hatilah kita nak buat apa,buat je dosa apa pun Allah pasti ampunkan.BUKAN!!! Tetapi nak tunjukkan bahawa betapa Allah ini Maha Pengampun.Biar sebesar kapal pun dosa kau pikul,ingatlah rahmat Allah itu seluas lautan selagi mana kita ikhlas,kita tak terniat pun nak tipu,memang betul-betul nak taubat ni,cuma tergelincir saja.

Aku pendosa,kau juga pendosa.Tiada manusia yang suci dari dosa.Bila terdetiknya dalam diri nak berubah,nak taubat.Maka buatlah! Ketahuilah sesungguhnya itu adalah sentuhan dari Allah.Dia lihat kau macam dah jauh,dah lari sikit dari siratolmustaqim,sebab itu dia jentik sikit hati kau.Tiba-tiba kau terasa macam nak jadi baik.Maka buatlah.Buat!

Sebaik-baik pendosa adalah mereka yang menyegerakan taubatnya.Ya,aku tahu kadang dalam hati ni pernah bisik. "Alaa,hari ni aku taubat,nanti esok lusa aku  buat balik dosa.Apa bezanya?" Mesti antara kita pernah terasa macam ni.Terasa macam kita tipu Allah.Kita dah taubat ni.Nangis-nangis,sekali tak lama kemudian dalam seminggu dua,kita buat balik dosa yang sama.

Wahai pendosa,Ingatlah! Allah itu tidak pernah membeza-bezakan hambanya dari segi dosa yang dilakukan.Siapa diri kita yang dulu,Allah tak pernah kisah.Sesungguhnya air mata yang mengalir dari seorang pendosa lebih Allah cintai dari tasbih seorang wali.

Maka,insan-insan di luar sana,cubalah untuk faham susah payah,pahit getir seorang pendosa yang ingin berubah ini.Mungkin kau lihat mereka di luar tidak bertudung,tidak solat,hatta ada yang tidak tahu mengucap.Ya! Mereka insan yang jauh.Tapi jauh di sudut hati mereka,tak siapa yang tahu keinginan mereka untuk berubah.