Powered By Blogger

Wednesday 14 March 2018

Tinta Tiada Title

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku tujukan tulisan ini khas buat Engkau yang bergelar seorang muslim

Aku tujukan buat mereka yang bernama Ahmad,Muhammad yang rupawan

Aku tujukan pada Nurul dan Siti yang cantik


"Uish,lama tak menulis,apa cer tiba-tiba menulis ni?"


Sebab aku,kau,KITA SEMUA sudah tiada banyak masa lagi.

Suatu masa nanti matahari akan terbit dari barat,Gunung-ganang akan terbang merata di atas langit,bumi ini akan berlipatan macam kau gulung tikar!

Dan ketika itu,kekasih yang kau gelar "sayang" setiap kali OTP kau lempar dia jauh-jauh.
Lebih teruk lagi,si ibu sanggup meninggalkan anaknya yang baru lahir!

KITA SUDAH TIADA MASA
DUNIA DAH TENAT!
AGAMA DAH MATI!

Kawan-kawan,

Kita sekarang hidup di zaman di mana semua orang telah lena dibuai mimpi akan tipu daya duniawi.Zaman di mana kuasa & harta menjadi rebutan para pemimpin.Zaman di mana wanita bukan lagi hiasan,wanita itu sendiri yang menjadi SAMPAH!

Tuhan bukan lagi tempat kita mengadu kasih
Tetapi Twitter,FB,Instagram,Snapchat menjadi 'Tuhan' tempat memohon Doa

Tika Sang Yahudi Zionis begitu asyik menyembelih saudara seislam kita bagai haiwan ternakan
Kita di sini begitu sibuk mempersoal artis penunggang agama

Kalau dulu al Syahid Hassan al Banna begitu sibuk ingin membangunkan jiwa dakwah setiap individu muslim
KINI,MUSLIM di Malaysia sedang begitu sibuk menghafal tarian PANAMA!Walhal bacaan alfatihah masih lagi tidak betul

Allahu....Ya Allah....ujian apa yang kau beri pada KAMI ini ya Allah!

Kawan-kawan, (mohon izin untuk guna bahasa lebih pasar)

Cukup2lah tuh bermain dengan dunia.Kita semua dah kene tipu weh!Tak penat ke dengan dunia ni....

Aku maybe bukan seorang alim dan aku bukan seorang hafiz yang boleh berkata-kata penuh hikmah.Habis semua ayat quran keluar.BUKAN.Sebab tuh aku menulis.Sebab aku takde daya nak ajak korang nak kasik nasihat depan-depan.

Tapi,Allah beri sedikit kelebihan dekat aku.Dia jadikan aku ni jenis yang overthinking.Semua bende kecik besar,remeh atau hal penting semua benda aku fikir.Nak cakap kat korang betapa teruknya fikiran aku nih sampai satu masa aku boleh terfikir

"Islam ni betul ke BETUL? Ye lah aku lahir2 je dah islam.Lepas tuh pegi skolah agama di ajar semua pasal islam.Logic thinking memang aku percayalah islam tuh BETUL.Same goes to those Christian,Buddhist,Hindi or what so ever lah agama.Semuanya dapat didikan agama masing2 so of cos lah everyone rasa yg diorang tuh betul"

Sampai macam tuh sekali weh aku berfikir.Long to short, this is the answer

"Ada benda yang kita tak boleh persoal.Islam sendiri ajar untuk bersederhana.Adab berfikir.Akal nih pun ada batasan dia untuk berfikir."

Tapi untuk persoalan aku tuh ada jawapan dia.Islam ada bukti kebenaran.

"Pa dia?"

Haaaa tuh hang kene ngaji lah sendiri.Tak mampu aku nak listkan kat sini.Tp satu je aku boleh jawab.

"Al Quran!" *kecing-kecing ;)

Dan kerana KELEBIHAN itulah aku dapat KESEDARAN nih

Kesedaran yang mana aku nampak Islam sekarang sudah mati
Dakwah Nabi sekarang sudah sampai ke hujung
Dan aku nampak yang KITA SUDAH TIADA MASA LAGI!

Kadang aku terfikir (fikir lagi~~~banyak betul fikir -_-) 

Kadang aku terfikir,apalah yang difikirkan anak remaja KITA sekarang.Aku suka perhati orang.Dan aku tengok begitu bahagianya tengok kehidupan diorang.Ada yang handsome,cantik followers IG ramai,ada yang hebat bersukan,semua sukan dia hebat,ada yang genius nauzubillah.Ada yang kaya,travel tak ingat dunia.Ada yang dah kahwin,dah ada anak,dah ada kerjaya,hebat pulak tuh.

Tapi

Apa diorang pernah terfikir soal agama?
Pernah tak diorang terfikir yang kita sekarang dah hilang kebanggaan sebagai seorang MUSLIM itu sendiri.Yang mana dahulu kala,Islam ini agama yang paling bertamadun,tamadun yang paling kaya,yang paling berilmu.Semua aspek lah KITA yang paling!

TAPI,SEKARANG???

Islam dipandang sebagai ISIS,GANAS,JUBAH HITAM,BOM.

Kawan-kawan,

Hari ini aku menulis bukanlah atas nama aku ini BUDAK USRAH.
Dan bukanlah niat aku nak menyebarkan dakyah "JOM JOIN USRAH!"

TIDAK!

Demi Allah,terniatnya aku menulis hari ini adalah hanya kerana atas satu TUJUAN.

Untuk MEMBUKA MATA HATI KITA SEMUA

Bahawa KITA kene sedar dan bangkit!
KITA DAH TAKDE SIAPA-SIAPA LAGI YANG BOLEH KITA HARAPKAN UNTUK BANGUNKAN ISLAM KEMBALI!KITA DAH TAKDE UMAR,KITA DAH TAKDE AL FATEH,KITA DAH TAKDE MUHAMMAD SAW!!!

ALLAHU..... (jujur aku nangis nih wehhh)

KITA DAH TAKDE SIAPA-SIAPA LAGI YANG BOLEH KITA HARAPKAN.YANG KITA ADA HANYALAH IMAN....CEPISAN IMAN.....

"Rilek sudah,kita ramai lagi ulama,hafiz,pendakwah semua"

Psttt

"So what??Ko expect ko boleh lepas tangan tanggungjawab agama tuh pada diorang je ke??"

Realitinya sekarang tugas dakwah ini bukan lagi terletak pada bahu mereka yang alim,ahli surau,ahli usrah,pendakwah muda & segala bagai title pendakwah lah

Bukan guys bukan....

Tugas dakwah sekarang,tuh tengok kiri kana korang

PADA BAHU KITA SEMUA!

KITA BUKAN LAGI BERCAKAP SIAPA PALING TINGGI IMANNYA,SIAPA PALING BANYAK MENGHAFAL QURAN DIALAH YANG PERLU TAMPIL MENJADI WAKIL

YANG LAIN BOLEH RILEX GOYANG KAKI,MAIN GAME,MAIN FUTSAL,TENGOK WAYANG,BERCINTAN CINTUN,KAHWIN,KERJA KUMPUL DUIT BANYAK-BANYAK BELI RUMAH,BELI TANAH KEJAR KUASA SEMUA.

KITA KINI SEKARANG BERCAKAP SOAL SIAPA YANG BETUL-BETUL MAHU BERUBAH!

SIAPA YANG SANGGUP KORBANKAN MASANYA SEMATA-MATA UNTUK BERLIQA,BERSYURA MEMBINCANGKAN MASALAH UMMAH!

SIAPA YANG SANGGUP KORBANKAN LENA TIDURNYA SEMATA-MATA UNTUK MEMBINA KEKUATAN ROHANI DI MALAM SEPI MENGHADAP RABBI.

SIAPA YANG SANGGUP KORBANKAN HARTANYA UNTUK MEMBANGUNKAN MASJID,BANGUNKAN INDIVIDU MUSLIM!

SEBAB SYURGA ITU BUKAN KAU BOLEH DAPAT FREE2

Dan alkisahnya,realiti dakwah sekarang PELIK

Aku lihat ada SEGELINTIR yang lebih awal mendapat didikan agama (maksud aku yang berkelulusan agama),mereka yang mempunyai kelebihan menghafal 30 juzuk quran, yang ada ilmu agama lebih dalam lagi,sayangnya bukan mereka yang ada di atas jalan dakwah ini.Malah ada yang lari dari dakwah.

Yes,ada skeptikal yang tak baik pada those yg bergelar budak skolah agama ini.Some people will say,

"Pergh budak sekolah arab,pandai cakap arab.Mesti faham quran kan?"
"Ko dah khatam 30 juzuk kan,imamlah hehe"
"Ko dulu kt skolah belajar bahasa arab kan? Nak minta buat kelas bahasa arab boleh tak?"
"Ko hebat tarannum kan? Aku nak cadang kita buat kelas tajwid & tarannum nak? Ko ajar"

Semua KAU

Aku tak salahkan pada mereka yang diberi pressure macam nih.Sebab aku pun dah rasa mcm mana rasa dpt pandangan mcm tuh.Bila dulu aku semangat sangat dengan usrah,sekarang macam-macam aku kene buat untuk usrah.

Yes,Indeed it is somehow really pressured.Yes,it is truth.

But,guys...

KALAU KAU MENGHARAPKAN SENANG LENANG,MANIS SAJA ATAS JALAN DAKWAH NIH,THEN THIS IS NOT UR JALAN LAH.

NABI SENDIRI DAH PESAN,ORANG YANG MENJAGA AGAMA DI AKHIR ZAMAN KELAK IBARAT MEMEGANG BARA API (pg lah try,kalau mampu tahan seminit than kau boleh main jauh-jauh dari dakwah,kau boleh masuk syurga sorang-sorang hahah sarcastic attack) 

"Oh so ini bukan jalan aku lah,aku tak mampu,aku tak kuat"
"Fine,tapi aku tak mampulah,kau tak tahu jahat aku,kau tak nampak dosa apa aku buat..."

Common alasan untuk lari dari tanggunjawab

Mostly apa yang aku dapat lihat,ramai yang ambil jalan mudah untuk stay di comfort zone masing-masing.Mereka lebih suka untuk menjaga diri sendiri.Tidak berani untuk ambil tangungjawab kerana risau diri itu tidak mampu dan akhirnya tersungkur futur.

Kawan-kawan,

Jatuh futur itu sudah menjadi lumrah hidup kita sebagai manusia,sebagai hamba.Kita semua punya dosa,punya khilaf.KITA LEMAH.
\
Tapi,KAU kene ingat KITA ada Allah!
Dan UMMAH PERLUKAN KAU!

This is WHY aku sedih dan agak marah!

Just because mereka fikir "Alaa aku jaga solat,aku tak buat dosa besar,okay lah,masuk syurga jugak nanti"

Kawan-kawan,

Kita ini hidup dalam zaman fitnah bersepah dan fitnah terbesar nanti fitnah Dajjal.By that time agama pun kau boleh gadai hanya semata-mata nak seteguk air.

Kalau kau rasa dengan cara MENJAGA DIRI SENDIRI tuh,kau boleh jaga iman,kau boleh faham Islam itu sebetulnya,dan kau yakin yang kau takkan tertipu dengan fitnah Dajjal nanti....DIPERSILAKAN (terhampar red carpet`~~~)

TAPI

"Berpegang teguhlah kalian pada agam Allah secara berjemaah dan janganlah berpecahbelah..."
[al-Imran,103]

Allah sendiri menyeru untuk bergerak secara berjemaah,bersama-sama,bukan seorang.Kerana iman itu kalah disaat dia bersendirian.Ini aku cakap jujur sebab aku dah pernah rasa macam mana rasanya hilang IMAN tuh.

Mungkin...mungkin ramai antara kita tak dapat lagi kesedaran ini sebab mereka rasa mereka sudah selamat.

Kerana fitrah manusia itu bila dah susah,bila dah jatuh baru teringat Tuhan.Dalam Quran banyak kali Allah sebut tentang sedikit sekali orang yang bersyukur.Kita tak akan faham macam mana rasanya kenikmatan beriman itu selagi kita tak pernah hilang iman

So, nak tunggu sampai KITA hilang iman dulu ke baru KITA nak sedar??Aku suggest jangan tunggu lah,sebab aku dah rasa dah sakitnya hilang iman tuh.Sakit beb...

Dan kini jalan dakwah ini bukan lagi 'dianuti' oleh mereka yang baik saja.Oh yea....

Benda PALING aku pantang bila dengar suara-suara dari The Voices,

"Kau budak BAIK,boleh lah join benda-benda ni"

Psttt

Realiti dakwah sekarang orang berzina pun join dakwah.Orang kaki arak,kaki judi,kaki perempuan segala kaki pun join liqa' (Yes,aku jadi saksi!)

Nah,mana orang BOEK yang kau cakapkan tuh,MANA???

Allahu...maaf kalau cara tulisan aku ini bernada marah.(act memang tengah marah but more pada kecewa)

"Kau nak berdakwah,guna cara kasar,sarcastic bagai mana orang nak ikut"

Kadang dalam dakwah kita perlu kekerasan sedikit sebab ummah sekarang sudah terlalu manja!

Manja sampai masjid sebelah rumah pun tak mampu nak pergi.Paling sedih bila tiba malam 1 Ramadan.

Allahu....aku sendiri yang rasa malu,yang rasa munafik.Kenapa sampai macam ni sekali KITA bertalam  dua muka dengan Allah???


"Korang dah tak berhak nak mengkritik kalau someday korang tengok mereka yang membawa dakwah ini berperangai buruk,tak jaga mulut,tak jaga ikhtilat lah,tak jaga solatlah,tak solat subuh lah,tak  pergi kelas or maybe even pegi club,ahli zina,ahli judi,minum arak.Tak!Korang tak layak nak bercakap buruk tentang diorang!"


Disebabkan  mereka yang memilih untuk duduk di comfort zon ni lah,jalan dakwah sekarang hanya tinggal orang-orang macam ni.orang-orang yang tahu dia banyak dosa tapi nak berubah,orang-orang yang takde ilmu agama tapi nak bangunkan agama ,orang-orang yang bodoh tapi ada kesedaran betapa tenatnya agama kita sekarang!


"Sebab kalau aku fikirkan dosa aku saja,takde siapa lagi nak amek tanggunjawab INI"


Dalam keadaan UMMAH yang tenat ini,Gunung Dosa bukan lagi persoalannya!

Umat Islam di Gaza,Syria,Palestin dan terbaru di Ghouza bermati-matian mempertahankan agama.Dan KITA kene sedar apa yang terjadi pada MEREKA itu bukan saja-saja Allah buat.

Allah takdirkan perang itu jadi di zaman ini adalah untuk MEMBUKA MATA HATI UMAT ISLAM!
Dan sesungguhnya MEREKA disana adalah mereka yang TERKUAT!

KITA?

"Macam mana nak tolong.Kita Malaysia bukan kuat pun.Dengan singapore yang kecik pun kalah"

Tugas KITA bukan untuk pergi berperang.Tapi tugas kita adalah untuk membangunkan UMMAH,MASYARAKAT KITA YANG SEDANG LEKA!

DAN TUGAS KITA ADALAH UNTUK MEMBINA JIWA ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA DALAM SETIAP INDIVIDU MUSLIM.BUKAN SEKADAR NAMA SAHAJA!

ITU TUGAS KITA

Malangnya....segelintir saja yang peduli.Sedikit saja mereka yang sedar akan situasi ummah sekarang.

Kawan-kawan,

Mungkin hari ini aku menulis dan esok kau lihat aku tiada di surau

"Hek eleh,baru semalam cakap pung pang pasal dakwah,hari ni dia sendiri tak datang surau APA CER??!"

Aku juga manusia.Aku juga lemah.Dan terkadang aku perlu masa untuk berehat.Aku perlu masa peribadi aku sendiri untuk keluar sendirian mengubat diri aku yang sudah lelah atas jalan INI.

Demi Allah,AKU DAH PENAT.Banyak kali aku dah cuba untuk berhenti dari jalan INI.Aku pernah tinggalkan usrah,aku lari,mesej murabbi sendiri aku tak terbalas.Surau aku biar kosong,Quran hampir setahun tidak terbuka,sehinggakan doa pun tidak terungkap...

AKU FUTUR....

Allah itu tidak kejam.Dia hantarkan aku INSAN-INSAN untuk pimpin aku balik  bangun dari kefuturan dan bergerak semula.

Kini,aku masih lagi di atas jalan INI.Jalan yang aku tak ingin tapi takdir membawa aku ke sini.

Dan sebenarnya jalan INI adalah takdir KITA semua umat Islam.Hanya satu saja jalan yang benar iaitu Islam

Tugas aku hanya menyampaikan.Tugas aku hanya mengajak.Tugas aku hanya meyambung apa yang disampaikan.

Antara untuk menerima atau menolak itu tugas KALIAN...



"KITA SEMUA SUDAH DEWASA,PUNYA AKAL PUNYA IMAN.KITA SENDIRI YANG PILIH MANA YANG BAIK MANA YANG BURUK UNTUK DIRI KITA SENDIRI..."



**************


Kebenaran.Sesungguhnya Islam akan bangkit jua pada akhirnya.Namun,Tidakkah kalian mahu menjadi asbab kepada kebangkitan Islam itu sendiri biar dengan hanya sekecil-kecil dakwah?