Powered By Blogger

Saturday 11 April 2015

Dai'nsta

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


-Dakwah itu satu seni-



"Weii, Min! Min! Cepat-cepat sini!"

"Emm?" Leka Amin bersama dunia COC selamba menjawab.Tiada respon.

"Heyy,sini lah kejap!"

"Hishh! Kacau lah! Orang tengah war ni.Kalau kubu hancur kau nak buat balik ke haa??" Tempik Amin menyampah

"Alaa nanti akak buatkan,pakai konkrit lagi taw.Gempa bumi pun tak effect unless kuasa Allah..."

"Haa,apa dia?"

"Tengoklah ni,dia dah tunjuk muka!"

"Ngehh,mamat alim ni ke rupanya.Gelabah lah,hish,gedik!"

"Wardah,amin apa bising-bising ni.Tak baik lah." tegur Tok Wan menyampuk perbualan mereka sambil menggulung sejadah,usai solat zohor.

"Akak ni haa,gedik terlebih"

"Wardah,kenapa ni?" soal Tok Wan

"Alaa,orang just tunjuk gambar je" balas Wardah

"Hmmm,ni mesti pasal Instagerem kan?" Teka Tok Wan mengagak topik perbualan si dua beradik ini.

Wardah dan Amin hanya berbeza umur setahun.Sejak kecil sampailah umur mereka kini sudah belasan tahun sentiasa berkepit.Satu-satunya teman rapat kala pergi sekolah,penunggang dan pembonceng basikal setia saat pergi ke kedai belakang rumah membeli kelapa parut tiap pagi sabtu dan pemimpin tangan bersama tika melintas jalan untuk pergi mengaji.Bukan adik beradik kalau seharian tidak berperang lidah,menangis berebutkan sesuatu hatta saat menonton TV juga harus bergaduh,semua itulah yang membuatkan ikatan Wardah dan Amin  tidak mudah lerai.

 "I N S T A G R A M lah Tok Wan,bukan G E R A M, HAHAHAAA" gelak Amin tercuit kesilapan kata si Tok Wan


"Gambar apa yang Wardah suka sangat tu,boleh Tok Wan tengok?" Tok Wan terasa inkuiri

"Ni lah dia Tok Wan! Orang panggil dia Inche Serban.Wardah suka tengok insta dia.Cer Tok Wan tengok,ada nasihat,ada hadith,ayat Quran.Mumtaz!" excited si Wardah memperkenalkan dai'e impiannya kepada Tok Wan.

"Haa! Yang ni gambar dia,baru je upload tadi,tak sampai 10 minit dah 500 like."Perlahan Wardah meng'scroll' up.Gambar terkini di'click'nya."Handsome kan Tok Wan?Tenang je tengok muka dia.Beruntung perempuan yang jadi isteri dia kan Tok Wan?"

"Wardah,Tok Wan tanya sikit boleh?"

"Apa dia Tok Wan?"

"Wardah kenal dia ke?

"Hehe,belum"

"Wardah rasa hati dia 'handsome' tak?"

"Emmm,tak tahu..." sentap Wardah.Terdiam.Berfikir sejenak.

"Tok Wan faham zaman Wardah sekarang sangat-sangat memerlukan pendirian dan iman yang teguh.Lebih-lebih lagi  bila wujud instagram,twitter,faacebook.Semua orang boleh jadi malaikat depan mata atas skrin.

"Dulu waktu mula-mula wujud Instagram,Tok Wan pon ada akaun instagram..."

"Perghhh thorrbaek ahh Tok Wan!" Sampuk Amin terus menerpa ke arah Tok Wan & Wardah.

"Aik,dah habis dah war 'Perang Badar' kau tu?" herdik Wardah

"Dah.Menang weii,menang!'

"Dah,nak dengar cerita Tok Wan tak?"

"NAK NAK!"

"Masa Tok form 3,masa tu tengah heboh dengan Instagram.Mana yang ada bawak smart phone dekat asrama semua install Insta.Tok tak bawak.So, Tok usha-usha je lah.Apa lah yang best sangat Insta ni? Tahun tu mula lah istilah 'selfie'. Masa prep petang budak perempuan kelas Tok,dok buat duckface ramai-ramai, 'selfie',upload masuk Insta.

Bila cuti sekolah,Tok Wan apa lagi install Insta dalam handphone.Cer teka first gambar Tok Wan apa?"

"Tok Wan selfie?" Jawab Amin.

"Tak.Tok Wan post gambar luka jatuh main bola.Lepas tu caption 'Ya Allah,sembuhkan daku' "

"Wooo..."

"Masa tu Tok Wan jahil.Tiap masa Tok Wan post gambar.Ada masalah,Tok Wan post kat Insta,bila berdoa pon Tok Wan post kat Insta.Seolah-olah Insta lah tempat Tok Wan luahkan perasaan,tempat berdoa.Bukan pada Allah.Sampai satu tahap bila Tok Wan solat,Tok Wan dok pikiaq lepas ni nak post gambar apa? Nak tulis caption apa? Berapa ramai orang like gambar aku? Allah huu... Na'uzubillah" Tiba-tiba Tok Wan tunduk,menitis air matanya atas kain pelekat.

Wardah & Amin turut tertunduk memandang tikar mengkuang usang.Sentap.

"Satu hari,Tok Wan terbaca satu post kat Insta.Nama akaun tu Hamba Allah.Captionnya;

"Untuk apa kau mencari perhatian manusia,sedang perhatianNya kau tidak cari.Biar diri tidak terkenal dalam kalangan penduduk bumi, asalkan nama mu sentiasa menjadi sebutan dalam kalangan 'penduduk langit' "

"Mereka lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka"
[At-Taubah;67]

"Terus Tok Wan terfikir yang selama ini Tok dah leka,lalai,tertipu.Selama setahun lebih Tok mencari 'reda' manusia.Reda Allah? Tok langsung tak kisah.Esoknya,Tok nekad.Tok delete semua akaun Insta,Wechat,FB tinggal twitter je Tok ada sebab Tok rasa Twitter private sikit.Tak ramai follower pun.Kawan Tok pun tak tahu Tok ada Twitter."

"Selang 3 tahun,masa tu Tok 19 tahun.Tok duduk rumah sewa.Jadi,ada seorang housemate Tok ni dia pun igers islamik.Bukan universiti je kenal dia,satu Malaysia kenal dia.Masa tu orang panggil dia Musafir Kasih a.k.a. MK.Dia pun dai'e macam Inche...Inche apa?"

"Inche Serban"

"Haa,sama lah macam dia.Semua post dia tulis tentang da'wah,nasihat,hadith & ayat Quran.Bukan kat Insta je dia viral,kat Twitter,FB pon dia terkenal.Hampir segenap alam maya dia dikenali.Tapi,sepatutnya bila bergelar dai'e apa pandangan Amin tentang perilaku dan akhlak mereka ni?" Tepat pandangan Tok menusuk mata Amin munujukan soalan.

"Emmm,alim?"

"Alim interm of what?" Dialihkan pula pandangannya pada Wardah yang leka bermain dengan jari-jari kakinya.

"Solat tak pernah tinggal,hafal Quran,pandai beri tazkirah" Balas Wardah

"Betul,tapi...bukan itu yang Tok maksudkan.Maksud Tok,bila seseorang itu punya title 'Daie' haruslah dia memapar nilai seorang mukmin sebenar kepada mukmin yang lain.Dai'e itu sebagai role model,menjadi simbolik kepada mukmin.Kerana itu amanah seorang Dai'e bukan calang-calang.Berat tanggungannya.Dai'e itu seperti nila.Bila di'guna'kan secara tidak sepatutnya (terlebih),maka hilanglah kesucian pada kain putih."

"Sooo??? Apa kaitan dengan housemate Tok Wan tu?"

"Kisahnya,bila dia ini tidak berapa menjaga title 'Daie' itu.Di alam maya,semua memang tampak seperti malaikat termasuklah kawan Tok ni.Tapi realiti? Tok bukan nak bukak aib,Tok nak kamu ambil ibrah dari pengalaman Tok ni.Setahun Tok tinggal satu bumbung dengan dia, satu persatu Tok belajar dari dia.Tok cukup kenal sikap dia.Tiap hari Tok balik dengan dia.Habis kelas pukul 4 ,sampai rumah pukul 4:45.Ikutkan dah masuk waktu asar.Bila balik dari kelas beg,baju,buku dicampak atas katil.Bersepah.Terus mengadap handphone,updating Insta,Twitter,FB.Keadaan bilik? Jangan cerita.Bau kepam,nak cari stokin dalam almari serupa macam cari harta karun,boxer bersepah tergantung sana sini.Allah haih,sampai Tok pulak yang malu sebab takut ada orang luar ziarah.Nanti apa pula kata orang?Adakah itu imej seorang Dai'e?" Soal Tok

"Tak" Serentak Wardah & Amin menjawab.

"Bila di uni,Tok selalu kene tunggu dia nak ambil gambar dengan orang lain.Dengan lelaki Tok tak kisah sebab ada gambar Tok sekali ~ ~ ~." Jenaka Tok menghilangkan bosan dua beradik itu.

"Tapi,yang tak sedap dipandang bila diajak bergambar dengan perempuan.Tok memang tolak mentah-mentah.Sengaja Tok cakap nak pergi toilet jap.Dari jauh Tok perhati dia bergambar dengan perempuan.Tiba-tiba ada seorang perempuan cina tegur Tok."


********


"Itu kawan you kan?"

"Aah"

"I tak faham maa,why men muslim boleh rapat-rapat dengan perempuan ya?Bukan haram ke?"

"Errr,Excuse me I,I...have to go lah,makan sambal manyak sangat tadi.Sorry.GTG"


*********


"Terkantat Tok nak jawab masa tu.Memang Tok sedekah senyum je lah."

"Adakah bermesra-mesra dengan ajnabi sehingga ikhtilat jauh ke laut itu satu sifat bagi seorang bergelar 'Daie'? "

"Satu hari,Tok beranikan diri.Tok masuk bilik dia."


*******

"Woi,buat apa?" 

"Emm,macam biasa ahh" sekujur badan dia tenggelam bersama lautan baju tak berbasuh atas katil.

"Irul,aku nak cakap sikit boleh?"

"Apa dia?" sibuk tangannya aktif bermain dengan keypad handphone.Langsung tiada respon peduli.

"Emmm,macam ni,aku tahu niat kau baik.Da'wah memang satu perkara mulia,menyambung perjuangan Nabi.Cuma....cara kau....."

"Kenapa dengan cara aku? Salah? Tak baik? " Tangkas sungguh dia memotong.

"Bukan salah,bukan tak baik..Aku kenal kau dah setahun lebih.Aku rasa kalau kau ubah sikit cara kau,mesti da'wah kau lagi masyuk!"

"Contoh?" berkerut dahi dia masih tidak mendapat poin.

"Emm,apa kata kau mula dengan jaga kebersihan bilik.Kemas bilik,bagi teratur.Lagi pun,kan kebersihan itu salah satu cabang iman.Dan bilik  ni kan tempat kita beribadah.So,mestilah kene sentiasa bersih kan?" Sengaja aku berlakon bodoh tidak tahu.

"Ohh,I got your poin.Kau nak cakap bilik aku kotor? Iman aku tak kuat? Solat aku tak sah,sebab bilik kotor? Kan? Itu poin kau kan??" Cerek kepala Irul memanas.

"Eh,bukan,bukan,bukan itu maksud aku.Irul,kau salah faham.Maksud aku...."

"Ah! Sudah lah Iz.Cakaplah kau iri dengan aku,sebab kau tak famous.Orang tak kenal kau kan.Dah lah,pi main jauh-jauh."


*********

 "Sangka buruk.Ego,tidak boleh menerima teguran.Adakah itu ciri-ciri yang sinonim dengan seorang bertitle Dai'e?"

"Wardah,Amin ingat pesan Tok ya,zaman sekarang ni penuh dengan manusia bertopeng malaikat.Da'wah itu kini menjadi modal populariti bagi golongan bertopeng malaikat ini.Tok bukan memfitnah golongan dai'e semuanya munafik.Tidak.Ada yang niatnya betul,itu memang bagus,mumtaz! Tapi,yang mencacatkan hanyalah segelintir ni,yang bertopengan ni.Nak mengambil nasihat dari mereka boleh,cuma jangan mengagungkan orangnya sehingga mencalar sifat hamba yang sepatutnya  mengagungkan Yang Satu."

"Amboi,syoknya dengar cerita Tok Wan.Opah pun nak cerita jugak!" Terkedek-kedek Opah naik tangga sambil menatang teko dan 4 cawan.

"Wah!Opah pon ada story lah,cer citer, cer citer!"

"Tapi,story Opah ni short story jer.Kisahnya,dulu Opah dengan kawan-kawan Opah pernah ajak dua orang dai'e ambil gambar sama-sama.Tapi,sorang tu tolak.Katanya nak pergi toilet.Opah pun insecure ,mesti dia tu pemalu.Opah pun follow dia dari belakang.Atlast, dia end up menyorok tepi dinding bangunan sambil main-main handphone.That time,Opah tahu he's the one"

-TAMAT-