Powered By Blogger

Friday 6 March 2015

Lek luuu Bro!

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Allah tolong aku"


 Di keheningan maghrib,sewaktu gelojoh menikmati juadah buka puasa secara tiba-tiba...

"Wei,macam mana nak timbulkan rasa takut kat Allah haa???"

Psstttt,tersedak keluar balik ayam masak kunyit yang dikunyah tadi. Errr...

Dengan riflek,mulut seperti disantau mengeluarkan ayat berbunyi,

"Ingat mati" Mungkin itu jawapan dari Allah.Mungkin.

Keluar bilik.Pi basuh tangan di bilik air.Dan tika itu,air mata keluar.Aku menangis.

Kenapa?

Seorang sahabat yang sedang keliru bagaimana nak berubah.Seleka-leka dia,yang pernah tinggal solat,yang pernah menangguh-nangguh solat,senang citer seorang manusia biasa yang sedang leka .Tetapi,dalam benak hatinya sebenarnya masih ada lagi keinginan untuk berubah.Cuma....dia tak tahu.

"Maaf,sahabat.Kerana golongan yang macam aku ni lah yang buat golongan macam kau ni susah nak berubah.Sebab aku tak pandai nak mengajak.Aku takut,bila aku ajak dengan cara salah ditambah lagi dengan dosa aku,aku takut orang macam kau akan lebih jauh.Tahu aku hanya update facebook,insta,twitter tulis benda-benda yang baik-baik dengan harapan akan ada hati-hati yang tersentuh dan ingin mula berubah.Aku  juga sedang cuba berubah.Insyaa Allah sahabat,aku tak akan biarkan kau seorang sampai kau berubah."

-TAMAT-

Dua jenis golongan , seorang nak berubah tapi tidak tahu.Seorang lagi sedang bermujahadah.

 "Mana satu yang jahat?"

Oi Bro! Persoalannya di sini ialah kau tu bila nak berubah???

"Lek luuu bro!! Sap kok luuu!"

Allah berfirman,

Dia (Allah) berfirman : "Berapa tahunkah!lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab : "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,maka katakanlah kepada mereka yang menghitung."

Dia (Allah) berfirman: "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja,jika kamu benar-benar mengetahui."

[Al-Mukminun;112-114]

Apa lagi kau tunggu??? Hidup di dunia ni sekejap sangat-sangat bro.Sekejap sangat.Macam mana kau rasa masa tu berlalu dengan cepat,macam tu lah kehidupan di dunia ni,hatta lebih pendek dari yang kita rasa.Percayalah,kehidupan di dunia ini tiada makna apa-apa melainkan hanya tipu daya semata. Nak bukti???

Bayangkan jumlah hidup kau di dunia ialah 100 tahun dan hidup di akhirat 400 tahun.Katakanlah...Cuba kau bahagikan tahun hidup kau di dunia dengan tahun hidup kau di akhirat.

100/400 =0.25

Tapi,kena ingat hidup di akhirat adalah selamanya.bermakna nilai 400 akan bertambah sedang nilai 100 kekal constant,cewahhh!

100/10000 = 0.01

Lama kelamaan, nilai itu akan mendekati kosong dan menjadi kosong.

See! Dunia tiada nilai bro! Kosong!

Nak lagi???

"Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

[Ali-'Imran;85]

So,nak berubah???

Ingat,jangan pernah menangguh taubat.Bila terdetik dalam hati kau ingin bertaubat,maka lakukanlah.Buatlah!Kerana ketika itu,Allah sedang memanggil kau,Allah sayang kau,sebab itu Dia jentik sikit hati kau.Buatlah! Bila terdetik sahaja dalam hati kau ingin melakukan kebaikan.Jangan tangguh.Ya! Aku tahu mungkin susah kita nak timbulkan perasaan ikhlas dalam ibadah,dalam beramal.Tapi,bila lagi?Bila?

Memang tiada paksaan dalam agama.Tapi,kadang kita kena paksa diri.Paksa bangun solat sunat hajat,paksa pergi surau solat jemaah,paksa diri baca Quran even setengah muka surat.Percayalah,kita masuk ke syurga Allah bukan sebab banyaknya pahala,banyaknya amal.Tak,tapi dengan rahmatNya.Boleh jadi,dek kerana simpati kau pada anak kucing,lalu kau berikan dia seketul ayam yang kau beli RM1.50 kat kafe.Malam tu kau makan maggi je.Boleh jadi itulah sebab Allah kurnia rahmat pada kau sampai kau masuk syurga.

"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan,mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan,mereka itu termasuk orang yang soleh" 

[Ali-'Imran;114]

So....nak berubah???

"Hmmm,wa dah banyak tinggal solat laa bro.Allah nak ke maafkan aku? Nak ke Allah makbulkan doa aku nanti."

Allahu....

Sedangkan Si Syaitan Durjana tu pun Allah makbulkan doa dia supaya dipanjangkan umur dia sampai kiamat.Inikan pula,hamba picisan macam kita ni yang pernah solat,pernah teringat kat Dia,kita cuma lemah je.Itu yang kadang-kadang tergelincir,kejap terleka,terlupa..Allah tu Maha Pemurah bro. 

Jangan sekali-kali,fikir yang Allah tak maafkan hambaNya,sebab

Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Penyayang"

[Az-Zumar;53]

Setiap kita ada dosa tersendiri,ada ujiannya tersendiri.Cuma kita sahaja nak tak nak berubah.Nak bertaubat sekarang,atau  nak tangguh dan terus tangguh sampai nyawa kat kerongkong.Aku pon sama macam kau,Aku pendosa macam kau.Aku buat dosa.Malah,aku ada masa silam aku sendiri,mungkin lagi teruk dari kau.Kadang dalam mujahadah ,aku selalu jatuh kot.Sampai satu masa aku pernah rasa lelah,baghai nak give up.

Sumpah!Wa cakap kat Lu,jalan mujahadah ni memang payah.Nak tajdid atas jalan amal memang penat.

Aku sendiri pernah mengeluh pada Allah,yang aku rela mati dalam mujahadah walau aku tak sempat nak berubah daripada aku mati tak buat apa-apa.Terus kekal dengan dosa.Tapi,percayalah pintu paling bapak besar adalah pintu taubat.

Betapa excitednya Allah bila ada seorang hambaNya nak bertaubat ni adalah lagi excited daripada seorang yang kehilangan satu-satunya unta kesayangan di tengah-tengah padang pasir.Puas dia cari,dengan panasnya,dengan dahaga tetap tak jumpa.Dia berhenti rehat jap kat bawah pokok lalu tertidur.Kemudian,dia terbangun dan dapati untanya itu ada depan mata.Allah lebih gembira dari itu

Allah menunggu taubat mu sahabat... =D

Soooooo nak tak????

*Jawab dalam hati

Allah tahu kau yang tengah baca ni masih ada keinginan untuk berubah.Allah tahu...

Selagi dia masih terbit di sebelah ni,selagi tu Allah terima taubat