Powered By Blogger

Sunday 9 March 2014

Coretan Seorang Anak


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Coretan Seorang Anak


"Papa,please come back..."


Papa,
Engkau pergi menunaikan kewajibanmu,
Engkau pergi atas ketentuan Ilahi,

Bukan kehendakmu,

Pergi meninggalkan kami,
Tetapi urusan kerja membuat engkau terpaksa pergi,
Bagi memberikan secupak nasi buat kami di sini,

Papa,
Di manakah engkau menghilang?
Apakah engkau baik-baik sahaja?
Apa yang terjadi sebenarnya?
Adakah engkau telah meninggalkan kami?
Adakah semua ini kerana kesilapan aku?
Mengapa kau pergi tanpa khabar berita?
Mana Papa?

Papa,
Kami di sini setia menanti mu,
Kami tetap di sini untuk mu,
Aku tahu sesuatu telah berlaku,
Namun,hatiku tetap kuat menafikannya,

Papa,
Jika satu hari nanti,
suratan takdir,
Tidak menemukan kita di sini,
Janganlah engkau berduka,
Allah sentiasa bersamamu,
Jika bukan di sini,
Di pintu syurga,
Kita bertemu,
In Syaa Allah...

Papa,
Ku kirimkan sekalung doa buatmu,
Yang jauh nun di sana,
Semoga engkau baik-baik saja,
Semoga kita bertemu lagi.

(NUKILAN ENCIK MIMPI)
~SEMOGA MANGSA-MANGSA MH370 DITEMUI DALAM WAKTU TERDEKAT INI.DAN SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN MENGHADAPI UJIAN DARIPADANYA INI~

No comments:

Post a Comment