Powered By Blogger

Wednesday 12 March 2014

Mungkinkah ada hikmah disebalik ini?

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

SEDIKIT PENDAPAT KU MENGENAI KISAH MH370(HARAP DAPATLAH LUANGKAN MASA ANDA MEMBACANYA)

Pabila dimaklumkan mengenai negara2 yg terlibat dalam misi pencarian ini,aku sungguh terharu kerana begitu ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan tika negara kita menghadapi musibah.Mungkin inilah yang dikata orang "budi yang baik dikenang jua".Inilah yang dikatakan 'sahabat'.Kini,lebih hampir 10 negara telah turut membantu dalam misi pencarian ini.Yang terdiri daripada pelbagai pakar2 di seluruh dunia.Yang juga terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.Aku mula terfikir mengenai penglibatan golongan2 ini.Mungkin telah datangnya satu hikmah disebalik kejadian ini.Seperti mana yang kita ketahui,sehingga kini sebarang petanda mengenai MH370 langsung tidak ditemui lagi.Satu persoalan mula melintas di fikiran ku."Tragedi ini telah menarik minat semua ahli2 aeronautik,golongan bijaksana dan juga pakar2.Mereka ini datang dari pelbagai agama.Adakah mungkin melalui tragedi ini,salah seorang atau lebih dari kalangan ini yang bukan beragama Islam akan mendapat HIDAYAH daripadaNya?"
dalam situasi begini,aku cukup yakin dan percaya sesungguhnya Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita.Dan mungkin antaranya ialah persoalan di atas.Tidak kah kita terfikir,jika itulah yang akan terjadi,maka sesungguhnya bertambahlah umat Islam di dunia ini?
aku harap dalam kesempatan kita berdoa memohon keselamatan pesawat serta penumpang2 & kru,diselitkan juga doa agar ALLAH MEMBERIKAN CAHAYA HIDAYAH ISLAM BUAT MEREKA YANG MASIH LAGI BELUM MEMPEROLEHNYA MELALUI PERISTIWA DUKA INI...in syaa allah

2 comments:

  1. Segala-galanya pasti punya hikmah. Cuma manusia kadang-kala tidak sedar. Namun, ketika musibah menimpa, barulah hikmah itu diingat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah,In Syaa Allah.semoga apa yang terjadi kini dapat dijadikan pengajaran dan kayu ukur untuk masa akan datang.

      Delete