Powered By Blogger

Saturday 8 March 2014

Cerita Tentang Pentas Dunia




Kepala ku masih berat tak terangkat.Baru sahaja baik daripada sakit kepala.Kian lama diri ini tidak menulis.Kian lama juga diri ini tidak muhasabah diri.Dan mungkin kerana itulah Dia berikan ujian sakit ini kepada aku supaya aku tetap mengingatiNya.Minggu ini cukup dipenuhi dengan pelbagai cerita baik suka ataupun duka.Baru-baru ini sedang berlakunya ketegangan antara Rusia dan Ukrain.Peperangan yang menimpa saudara Islam kita di Syria masih lagi dengan penderitaan yang tampak tiada henti.Juga berita tentang kegoyangan tampuk kerajaan Thailand yang masih lagi tidak menemui titik tamatnya.Dan yang terkini kita dikejutkan oleh satu berita mengenai kehilangan pesawat MH370.Pelbagai cerita aku peroleh pabila membaca post-post di wall Facebook.Ada yang sedang sedih,ada yang sedang gembira dan ada juga yang sedang dalam kerisauan menunggu keputusan SPM yang dijangka akan keluar pada 20 hari bulan ini.

Tika itu,aku berfikir sejenak,'Pentas Dunia' ini penuh dengan persembahan yang mana persembahan itu akan tamat pada satu hari nanti.Kita merupakan antara pemegang-pemegang watak di atas pentas ini.Kini,aku dapat merasakan yang persembahan ini telah sampai pada peringkat klimaks.Perang,pergaduhan,pembunuhan,pergolakan dan bermacam-macam lagi adegan-adegan yang sedang dipersembahkan oleh kita tanpa mengetahui pengakhirannya.Semuanya telah diaturkan oleh 'pengarah' persembahan ini,iaitu Allah.Dia lah satu-satunya yang mengaturkan persembahan ini dari permulaan hinggalah kepada penamatnya.Sering kali aku memikirkan mengenai jalan penceritaanNya ini.Namun,akal ini tidak mampu untuk memberikan apa-apa tanggapan.JalanNya itu,sungguh halus,penuh dengan komplikasi dan selok-beloknya.Aku hanya mampu menjalani lakonan ini serta menantikan hikmah yang akan datang.

Manusia ini bermacam-macam.Aku baru sahaja melihat-lihat wall Facebook.Dan aku dapati ramai yang mula meng'update' status mereka mengenai tragedi MH370.Kalau dah dikatakan manusia,bermacam-macam tanggapan diberikan mengenai tragedi ini.Masing-masing dengan corak pemikiran mereka tersendiri.Ada individu yang bersimpati akan tragedi ini,mendoakan mangsa-mangsa yang terlibat.Dan ada juga yang mula  memulakan bibit-bibit yang boleh menimbulkan pelbagai komplikasi lain pula.Aku sedikit tersentuh pabila ada yang mula mengeluarkan kenyataan sesuka hati yang bagi aku ianya merupakan fitnah.Ya,memang kita ini ada pendapat tersendiri,tetapi bagi saya tidak sepatutnya kita sesuka hati menebarkan pandangan kita itu secara umum kerana mungkin akan menyebabkan pertelingkahan antara dua pihak.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah.Seperti dalam drama Indonesia,kebenaran pasti akan menang pada akhir ceritanya walaupun sepanjang cerita itu,yang benar selalu sahaja ditindas,sehingga kebenaran mereka tidak dapt dilihat.Bukan bermaksud Allah itu tidak adil,tetapi dia mahu melihat sekuat mana hamba-hambaNya itu bersabar.Dan selagi Allah tidak menunjukkan kebenaran itu,selagi itulah kebatilan bermaharajalela dia atas pentas dunia ini.

Senantiasa diri ini menadahtangan,berdoa padaNya agar menetapkan aku pada jalan yang benar dan dijauhkan dari terlencong ke simpang batil.Aku berharap agar suatu hari nanti aku dapat melihat hikmah-hikmah di sebalik jalan cerita yang sedang berlaku kini.Ku kirim doa-doa ini buat saudara-saudara seIslam dan juga buat umat manusia juga merangkap 'pelakon' pentas dunia ini.Slam takziah buat ahli keluarga kepada mangsa-mangsa nahas tragedi MH370.Semoga Allah merahmati mereka,amin...

"Allah Maha Mengetahui"

No comments:

Post a Comment