Powered By Blogger

Saturday 8 February 2014

Rindu Dalam Doa

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum,Encik Mimpi....
              Malam ni tiba-tiba aku rasa rindu sangat kat seseorang ,dia berada jauh sangat,walaupun boleh berhubung melalui FB,Wechat,Whatsapp, tapi......ianya masih lagi tak cukup.Setiap hari aku asyik teringatkan dia.Jadi malam ini aku nak bagitahu macam mana cara sebenar nak lepas kan rasa rindu kat seseorang...
             Kalau kita rindukan seseorang,atau risaukan seseorang tetapi kita tidak mampu untuk berada disampingnya,wahai hati,janganlah terlalu risau kerana sesungguhnya ada yang sedang menjagakan si dia untuk kita.Ya!Allah hu Rabbi!...Dia sentiasa memerhati,mendengar,mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh hamba-hambanya.Jadi janganlah kita terlalu risaukan seseorang yang kita sayangi itu sehinggakan setiap masa asyik calling,texting si dia.Apa yang seharusnya kita lakukan ialah dengan berdoa kepada Allah supaya sentiasa menjagakan insan yang kita sayang itu dan mohon si dia dijauhkan daripada segala kesusahan,kecelakaan,kesedihan serta sentiasa dibantu oleh Nya.Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Dia lebih mengetahui apa yang akan berlaku...
             Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengirimkan doa kepada Allah supaya sentiasa menjaga insan yang kita sayangi itu....

"Ku kirim doa buatmu...."


"Kak,adik rindu akak..."

No comments:

Post a Comment