Atas nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalammualaikum,Encik Mimpi...
Ini merupakan kali pertama aku berblogging.Seorang blogger yang bergelar Izzati Hashim, http://izzatihashim.blogspot.com/2011/03/best-ke.html telah membuka inspirasi aku untuk berblogging.Aku amat tersentuh saat membaca postnya yang bertajuk Best ke? kerana akak aku juga seorang perantau yang kini sedang menuntut di negara orang.Aku amat merinduinya,kerana dialah sahabat terbaik dalam hidup aku,susah senangku sentiasa ditemani olehnya...tetapi ketiadaan akak buat masa ini membuatkan aku berasa kosong.Mungkin kerana aku belum lagi dapat membiasakan diri dengan ketiadaannya...Dan mudah-mudahan bermulanya aku mencipta blog ini sekurang-kurangnya dapatlah aku meluahkan perasaan di sini....
"Ya Allah,aku mohon kepada Engkau agar jagakan akak untukku....Engkau bantulah dia saat dia dalam kesusahan,Kau gembirakanlah dia saat dia dalam kesedihan dan kesunyian,lindungilah dia daripada sebarang bahaya dan kecelakaan,Amin Ya Rabbal a'lamin..."
No comments:
Post a Comment