Powered By Blogger

Saturday, 31 January 2015

Jalan Ni Sumpah Panjang!



Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dengar cer 'penanam-penanam anggur' sekarang dok sibuk isi upu? Haih,teringat zaman bergelar penanam anggur dulu kala,pun dok kalut nak ngisi segala jenis borang.Memang leceh! Part nak sediakan keperluan dokumen2 such as sijil,cop pesuruhjaya laa,pengesahan pegawai gred ntah ap ntah,perghh dy punya kalut tu,huihhh.Belum citer lagi bila nak bukak buku bank,then IC x boleh guna,tunggu berejam bhai.Terpaksa lah pi buat IC dulu,delay lagi masa.Penat ayah yang dok ke hulu ke hilir, tuhan saja yang tahu.Allah....Sebab itu,Wahai penanam anggur yang bakal menamatkan kontrak tak lama lagi ni,seboleh2 buatlah semua hal UPU ni sendiri atau buat dengan member2 ke,jangan biar mak ayah yang settlekan untuk kita.Bila perhati,tanya kawan2 lain mcm mana nak isi borang2, semua dok cakap x taw sebab mak ayah yg settlekan.Ni sapa yang nak masuk uni ni???

A little advice from ex-penanam anggur :

  1. Most important masa isi borang tu always cakna about due date isi borang,isi no akaun bank sbb dulu ramai member yg isi borang last minit sbb langsung x amek tahu.Then, baru menggelupur isi UPU.That time mmg isi cincai je,x pikir panjang terus pilih course ntah pape tanpa selidik. 
  2. Sediakan dokumen lebih means kalau dia mintak sijil SPM 2 copy,kau buatlah 4 copy ke.Dulu depa mintak 2 copy medical check up,aq kasik 5 sekali.Haha sian doktor kene sain byk2.It is very usefull during emergency.
  3. Seingatnya, nak isi UPU only 3 kali.Eh? Tapi yang pasti mmg ada limit laa.So everytime login nak isi always well  prepared that you had decide the choice.So than nanti x rasa ragu2 nak tukar pilihan.Ini sikit2 tukar.At last dah x boleh login.
  4. Last maybe,is susun lah sgala dokumen2 dlm satu fail khas.Susun teratur.Asingkan dokumen for UPU from others dokumen such dokumen for MARA.So that nnt x serabut nak tercarik2 dokumen.

And...this is about the entry  >>>> 'JALAN NI SUMPAH PANJANG!'

Jalan apakah itu yang dikatakan "Sumpah panjang!". Jalan Tunku Abd. Rahman kah? Jalan Sultan Ismail kah? Jalan Lebuh Raya Utara-Selatan kah?

"Jalan itu ialah Jalan Tarbiyah"

Untuk yang sedang gembira bermain dengan kertas2 putih tu , ingatlah kehidupan selepas tamat sekolah ni bukan kehidupan yang anda idam2kan, di mana kebebasan semua milik kita.Tak, selagi kita bergelar manusia kita ada batas sendiri.Lain kalau kau rasa kau binatang,nak bunuh sesuka hati pun boleh,tuhan tak marah.Sebab binatang tiada akal.Ironinya binatang pun tahu sayang anak.Kita?

Jalan yang bakal korang hadapi ni adalah satu jalan yang "Sumpah panjang!" dan kau akan lelah nanti. Kerana, memang itu diciptanya dunia,tempat berpenat.So,siapa yang merasa hidupnya selama ni happy2 go lucky mmanjang,ingatlah

"...Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" 

(Ali'Imran;185)

Kau happy??? Kena tipu dgn dunia....

Buat masa sekarang dah boleh susun strategi apa kursus nak pilih? Uni mana nak pilih? Apa plan selepas habis belajar nanti? Kerja? Sambung belajar lagi? Kawin??? Memang Allah sebaik-baik pengatur dan memang Dia dah susun takdir untuk kita.Tapi apa guna Allah wujudkan kudrat dan usaha.Kerana sesungguhnya Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana dia tidak berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri.Kita demam.Makan panadol adalah suatu ikhtiar.So start planning?

"Tak tahu lah nak pilih ap?"

Haaaaa! Absolutely its a normal thing for SPM Leavers.Memang korang akan buntu menemui jalan mati.That time relax....itulah gunanya Uncle Google.But first,ask yourself who really are you?Kenal diri dulum sedalam2nya kerana pilihan yang korang pilih nanti melibatkan diri korang.Jangan otak eng. tapi pilih medic dek kerana org kata doktor bagus.NO WAY!Never ikut ckp org!

Dah kenal diri,baru pi search Uncle Google about kursus yang korang minat.Sebaiknya baca lah blog2 student yang sdg belajar dan pastikan entry yang dibaca tu kurun ke berapa.Jangan baca 1999,memang lain lah citernye dgn sekarang.

"Tapi....mak ayah suruh amek ni....."

This quite tough gak sebenarnya sbb kita belajar perlukan reda mak ayah.Mereka tak reda tak kemana weiii.The thing is bincang dgn mak ayah.Kalau betul minat dgn kursus yang diidamkan tu,minta izin mak ayah.Jangan ikut kata hati jee sbb kita ni baru nak merasa garam wal hal mereka dah hadam dengan garam2 dunia ni.Sincerely i said, dulu ayah sarankan aku untuk  masuk IPG jd guru,but diri tetap keras hati nak pilih aerospace.Ayah diam... sbb dia tahu anaknya ni minta giler babeng dgn aerospace dr kecik.Sedang hatanya risau memikirkan masa depan anaknya sbb di Malaysia mmg susah carik kerja in field aerospace ni.At last, as time passing niat semakin berubah.Semakin lama diri terdidik dgn tarbiyah dan matlamat belajar dah berubah.From wanna be an IR to MOTIVATOR.Nampak tak???  motivator----guru, alah tak jauh beza kann.

Kerana reda ALLAH itu terletak pada reda MAK AYAH....

"Nak belajar oversea!!!!"

Hohohohooh... 

"Thinking that they were happily enjoying with the snowman? That is just a photo dude! There's tears behind their smile always."

Dik.... study oversea is not about dreaming walking with the snowy or landing baekk on the beatiful autumn leaves.No! Never dream about that cos you'll be bored at its once.Its about survival of your life.How you manage your life without family.Just you.Altough it seems like memang best merasa salji, amek gambar background daun gugur2, baring kat rumput menghijau but belive me perasaan itu akan expired about only in 2 month.After that mula lah meroyannak balik Malaysia.Ngada...

Bagi sesiapa yang willing nak belajar oversea time degree, awal2 lagi dah teghebang.Fikir lah 150 juta kali.eh, macam lagu.Fikir balik.Betul ke diri ni dah sedia nak jauh dari keluarga? Diri ni dah ready nak hilang wallet dalam metro? Diri tu cukup kuat ke nak demam panas,kena pi exam jalan kaki dalam keadaan salji bapak tebal? Larat ke nak ulang alik universiti hampir sejam setiap hari? Sarapan oreo dgn susu je sbb elaun x masuk lagi? Exam fail berkali2 sdg kawan2 yg lain dah menjauh belajar bende lain,kita terpaksa ulang topik sem lepas, dlm keadaan nak kejar topic sem ni? Sanggup???

And one thing that really freaking out all overseas students is,

"SANGGUP DAPAT BERITA FAMILY MENINGGAL SEDANG KITA ADA DI NEGARA ORANG?"

Dear brothers and sisters, ask yourself again and again about this.Percayalah belajar di mana2 semua sama.Kalau malas x guna jugak even bergelar pelajar 'atas air' but malas belajar.Result hancusss.Pelajar oversea,result belowsea....Diri ni dah cukup terpedaya dgn feeling tu.That why i share what i had felt.

Tips nak pilih kursus :

  1. Bagi siapa yang jenis belajar rilex2,santai2 pilih lah diploma, and for those yang merasa diri dia dah ready nak ngadap buku 24 hours tu dah boleh daa tekan asasi/found/IB/A-level/ADFP/Pre Russia,Canada & segala jenis pra uni.Tapi jgn igt budak dip ni lembab.Tak! Cos every kursus have pro and cons.
  2. Disarankan join lah group FB Halatuju Selepas SPM.Melambak senior2,guru2,budak degree,master smua ada nak tanya segala jenis syubhah di hati korang.But then jangan terlalu percaya sgt kerana setiap org ad pandangan berbeza.Buat lah pemerhatian dan perbandingan sendiri.Buat pro and cons.Then,buat conclusion.Masing-masing dah besar kan,so act wisely.
 Mungkin ini saja perkongsian untuk entry kali ni.Diharap function & bermanfaat untuk anda semua yang bakal bergelar pelajar universiti satu hari nanti.Insyaa Allah.Sedikit pesan ku,

"Dik,bila dah sambung belajar nanti tak kira kau kat mana,belajar apa sekalipun ingatlah niat kita menuntut ilmu duniawi ini adalah untuk ummah,untuk ISLAM! Kautlah seberapa banyak ilmu yang boleh kau peroleh dan sumbangkan untuk kemajuan umat Islam.Bila belajar nanti satu perkara harus kau ingat, PENAT.Belajar semua penat.Memang sakit,memang lelah berjalan di atas jalan ilmu ini.Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu,Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga". When you think that you wanna give up,think back.18 years you had tried so hard to reach somewhere were you now,and at last you gonna stop all of it? hmm if yes,you has wasting 18 years of you.Allah tahu kau boleh hadapinya,kerana itu Dia tempatkan kau dalam situasi tu.Memang sakit kita nak ngadap,but then everything will be fine one day.Just try...

"JALAN NI SUMPAH PANJANG!"

 

 


Tuesday, 6 January 2015

ЗАЧЕТ

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


ЗАЧЕТ (ZACHOT)

"Fail lagi zachot,Masuk ni dah tiga kali aku fail.Haihh, apa nak jadilah..." Diri mengeluh  tanda kesal kerana gagal zachot (kuiz).Di Russia zachot sangat penting kerana wajib untuk pass zachot sebelum ambil ekzamen (final).Aku terduduk sebentar di bangku tepi jalan,termenung seorang mengenang nasib diri yang kian hanyut dengan kemuraman zimma (winter).Hening pagi tadi,semangat penuh membara kini membeku bersama hujanan salju yang semakin menebal menyelimut diri.

"Leon,shto tir hocesh birt kagda  vyrastesh? (Leon,apa kamu ingin jadi bila besar nanti? "
"Ya hacu birt vrac! (Saya nak jadi doktor!) "

100 ribu langkah anak semut ke kiri,telinga tertangkap perbualan seorang ayah dengan si anak.Riangnya melihat si anak menjilat lollipop,tanpa sedar apa yang baru sahaja diungkapkannya tadi.

"Haihh budak,kau belum faham apa itu doktor sebenarnya.." monolog ku sendiri..

Aku juga seorang kanak-kanak......dululah...

2003

"Irul,apa cita-cita kamu?"

Yes! Soalan lazim bagi insan bergelar pelajar dan pastinya antara jawapan terbilang lagi mengundang kontrovesi adalah, "Saya nak jadi polis,cikgu!" , "Saya nak jadi saintis,cikgu!" , " Saya nak jadi cikgu!"

"Eh,kenapa awak nak jadi saya??" Si cikgu perasan....Okay,lame!

Itulah dia Si Ribina yang bulat-bulat warna ungu tu. "Err,???" "Kanak-kanak Ribina lah!huh".Yang belum hadam apa-apa pun mengenai kehidupan.Sekelumit pun mereka tidak faham atas tujuan apa mereka hidup,belajar,solat dan doa.Tahunya hanya COC.

"The 20's generation ~~~"

2012

Waktu kian berlalu,umur juga semakin meningkat.Fikiran pula sudah mula bertindak matang.Punya tujuan,punya matlamat dan pastinya bila dikatakan manusia,ia punya nafsu.Kadang ada diantara kita tindakannya berlandaskan akal lalu nafsu menjadi sang pemandu.Pabila agama bertunjangkan logik akal dan nafsu,habis semua hukum syar'ie agama,halal haram dilanggar bak melanggar lampu isyarat merah.

Aku juga pernah melalui zaman jahiliyah,dimana solat hanyalah keperluan semata untuk melepasi tuntutan fardhu,al-Quran disentuh pabila disuruh,menadah tangan tatkala musim peperiksaan.Amalan sunat? Jauh sekali.Maklumlah bila manusia itu sudah berada pada zon selesa,ia berasa seperti semuanya sudah cukup.Cuba ditarik sedikit nikmat sihat,baru merintih pada Tuhan memohon sembuh.Bila diri sudah terlalu leka dengan halwa duniawi,lupa siapakah Si Maha Pemberi Rezeki.Asyik dengan dunia fanak ini,padahal...

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang beriman.Padahal orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka pada Hari Kiamat.Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa batas."
 (Al-Baqarah;212)

"Jahil lah katakan..."

2014

"Arghhh!!!!! Stressnya!!!! Susah gilerrr!!!!!" Seorang budak medic Russia sedang menghadapi saat-saat getir tahap maksimum kuasa kuda unicorn. "Okay,takde kena mengena".Minggu-minggu peperiksaan final yang penuh dengan tekanan perasaan,jiwa dan raga juga fizikal sehingga mampu menjadi panda Malaysia ketiga.Puas sudah aku menelaah dari muka surat pertama sehingga muka surat terakhir,dan ulang balik muka surat pertama.Dan...lupa semula apa yang dibaca.Aku  stress.Sehingga satu ketika aku mula untuk futur di atas jalan ini.

"Ceh,'futur' bhai.dah pandai ngayat islamik sekarang."
"Impak bulatan gembira bro!"

Aku terduduk seorang di belakang asrama.Ku pandang langit.Gelap,yang ada hanya bulan menemani diri.Saat itu aku mula berfikir.Terfikirkan suatu yang selama ini,sepanjang 18 tahun tidak pernah terlintas di fikiran ku.

"Lalu jejantas kot"
"Oh pehlisslah,serius!"

"Haihh,untu apa sebenarnya aku study gila-gila macam nak mati ni? Gaji tinggi? Orang puji sebab belajar atas air? Atau melepaskan nafsu sarakah selama 18 tahun untuk menyentuh salji semata-mata?"

"Ting!" Notification Whats App masuk

Ternyata whatsapp dari si akak.Ucapan good luck barangkali.

"Salam,dik bittaufiq wanajjah untuk esok.Akak faham mesti kau tengah stress sekarang.Medic memang susah walaupun akak bukan medic tapi akak tahu.Belajar semua susah,dik.Tiada yang senang kalau nak senang.Ingat! Ini semuasatu jihad juga,Insyaa Allah nanti Allah balas penat kau dengan kejayaan."

Sepotong hadis turut dikirimnya,

"Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga" (HR. Muslim)

Allahu,sekelip mata Allah menjawab persoalan melalui si akak.Aku terkedu melihat situasi sebegini.Seolah-olah Allah sedang berinteraksi menjawab persoalan ku tadi.Kian air mata mengalir spontan menyentap diri yang tadinya ingin futur.Ternyta Allah itu Maha Mengetahui setiap hamba-hambaNya.Lantas ku kesat air mata lalu ku gapai tafsir di atas almari.Aku menyelak mencari surah al-Mulk,Sekilas pandang mata terpana melihat sepotong ayat dari Surah Ali'Imran;29

"Katakanlah "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya,pasti Allah mengetahui" Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi.Dan Allah Maha Kuasa atas egala sesuatu."

"Subhanallah! Sekali lagi hati ku disentap dengan kalamullah.Kali ini dahi ku sujud mencium lantai,sebak tak tertahan dek suci tulusnya kasih Tuhan itu pada hambaNya yang hina ini.

"Woi!Kalau nak solat hajat pun,bentanglah sejadah dulu"

~!@#$#%^&*

"Ish! Mamat ni kacau line betul lah.Orang tengah feeling ni"

2015,Nizhny Novgorod State Medical Academy

Tarbiyah terbaik adalah dengan pengalaman hidup.Apalah ertinya kehidupan jika tiada musibah.Setiap kita perlukan musibah bagi mentarbiyah iman sekuat manakah ia.Jika kehidupan itu hanya dipenuhi dengan kemanisan dunia sahaja,takut-takut membawa penyakit pada hati.Kit aperlu pahit juga,supaya menjadi penawar buat hati yang sering leka.Itulah tarbiyah dari Maha Penyayang.

Kian lama aku bingung,menanti hikmah lelah ku selama ini.Kini aku bisa melihat sendiri sebuah lukisan 5D.Disebalik lukisan itulah tercalitnya warna-warni, suka duka hikayat hidupku selama ini.Lukisan yang dahulunya suci nan putih kini penuh seri tanpa ku sedar.Sungguh Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Meski aku susah sekarang,separuh gila mengulang kaji pelajaran yang dua tahun masih lagi tidak mengerti,ulang-alik selama 40 minit menaiki bas kemudian metro dan transit menaiki tramvai ke academy semata-mata ingin mengambil lecture note.Semua itu aku hadapi selama dua tahun ini.Aku lelah,aku penat,sumpah ! aku penat.Namun aku percaya aku bukan seorang,aku ada Dia,Allah S.W.T.

"....Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (al-Baqarah;214)

Lantas ku bangun dari menungan,menuju ke stesyen tramvai.Apa yang pasti semangat yang layu tadinya,kini mula mekar bak kembangnya bunga Rafflesia.Mungkin hari iniaku jatuh,dan sudah berkali aku jatuh di bumi Novgorod ini,tapi ku ingin Kau tahu tiap bangun ku ini semua kerna Mu Ya Rabb.Kuatnya aku datangnya dari Mu dan pada Mu jualah ku mohon kekuatan agar aku terus sabar dantsabat di atas jalan ini.

Kaki melangkah penuh yakin,tangan menyeluk poket menahan dingin Inche Salju sedang kaki sibuk menyepak-nyepak salji tebal di atas jalan.

Benar kata seorang akhi,

"Nanti bila kau fail zachot,kau balik rumah jalan kaki sepak salji.That's it,remember!"

"Haihh,esok kena pi zachot lagi..." 



















Saturday, 13 December 2014

What Do You Want To Be When You Grow Up?

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2005

Aku mulakan dengan situasi sekitar tahun 2005,seorang budak lelaki berumur 9 tahun.Tahun depan bakal dipukul mak ayah jika dia meninggalkan solat fardhu.Seorang kanak-kanak normal yang masih lagi riang dalam dunianya tersendiri.Kabur akan apa itu hidup,tiada matlamat hidup,mengharapkan tuah mendapat keputusan baik dalam peperiksaan dan sudah tentu tahunya hanyalah bermain dan terus bermain.Indah bukan zaman kanak-kanak,seperti tiada masalah,tak perlu fikir apa pun,tak payah fikir "Alamak exam nak dekat ni!", "Damn! homework tak siap lagi", "Apa cikgu ajar ni,tak paham" "Arghh stressnya!!!".Dia rilek jer,cool sentiasa.

"HS(nama samaran) what do you want to be when you grow up?" Soal Guru BI pada budak itu
"I want to be scientist"

Budak2,tahunya doktor,polis,bomba,askar dan saintis

Dia juga seorang pengawas sekolah dari darjah 3 sehinggalah darjah enam.Pengawas yang hanya tahu tulis nama budak bising,budak lambat datang kelas dan budak main dalam kelas masa cikgu tak ada.Itu yang dia tahu.Tanggungjawab? ngehh, tahu eja je.Waktu rehat ditugaskan menjaga blok akademik supaya pelajar tidak masuk ke kelas bagi mengelakkan kecurian.Emm,budak kecik tetap budak kecik.habis satu sekolah dia berlari main kejar2 dengan kawan yang lain.Pagi dia ditugaskan menjaga pintu sekolah bahagian belakang.Emm,dialah makhluk Allah terakhir yang masuk ke pintu itu ketika yang lain sudah terpacak di dataran perhimpunan.Dia? Rilek je.Tapi kadang-kadang kalut juga dek kerana cikgu warning.Tapi apalah sangat, dia tetap budak 9 tahun yang asyik dengan dunianya sendiri.

Itu dulu....
Melalui proses tumbesaran yang normal,Dia semakin membesar,meninggi dan berisi

2014
Kini,Dia dulunya seorang budak telah bergelar pelajar universiti.Sudah kenal apa itu kehidupan,sudah ada tujuan dan matlamat hidup tapi belum ada GF.ngehh ~~~ Yang pasti dia dah DEWASA!
Hari demi hari dia meniti hidup ini.Berbagai tarbiyah dia peroleh dari Yang Satu.Kadang dia penat dengan hidup ini dek kerana peritnya menuntut ilmu itu.Dia pernah berniat untuk bertemu denganNya.Namun dia tahu dia hina dan belum layak untuk berdiri menghadapNya.Dan dia terpaksa mengharungi semuanya berbekalkan reda dan takwa.Maha penyayangnya Allah itu Dia mengutuskan budak itu dengan insan2 yang sering memberi semangat padanya.Dia ada seorang akak yang selalu beri ayat2 al-Quran sebagai penguat semangat untuk terus kuat di jalan ilmu ini.


Dia pegang pada janjiNya bahawa setelah kesulitan adanya kemudahan.Mujahadanya dalam jalan ilmu ini tidak lain tidak bukan hanya ingin peroleh reda Ilahi.Pernah satu ketika dia tertanya2 untuk apa dia bersusah payah,penat lelah tak tidur malam menuntut ilmu ini,apakah semata2 ingin peroleh kerjaya hebat?kumpul duit banyak2 & pergi merantau seluruh dunia? Sehinggalah suatu hari datang seorang senior.Tanpa dia bertanya apa2 akhi itu memberi jawapan akan persoalannya selama ini

"Belajar bukan untuk dapat kerja gaji tinggi2.Ya,memang tidak salah untuk menjadi seperti itu,tapi kena ingat bukan itu matlamat kita menuntut ilmu.Rezeki itu ketentuan Allah.Tak perlu risau jika kita yakin akan janji Allah setelah kita usaha sebaik mungkin.Konsep taqwa.Tanam dalam hati.Matlamat kita satu,REDA ALLAH,DIK.ingat tu! "

Jawapan dari Allah menerusi seorang akhi yang sentiasa mengambil berat tentang pembelajaran dia.Setiap minggu jika dia free,dia datang menjenguk memberi usrah.See!Allah itu Maha Penyayang,Maha Mengetahui apa yang hambanya sedang hadapi.Selagi kita sentiasa yakin padaNya,usah risau Dia sentiasa di sisi

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW.  bersabda "Allah berfirman "Aku berada di sisi persangkaan hambaKu.Dan Aku selalu bersamanya di saat dia mengingatiKu" HR Muslim 

Kini,dia seorang remaja yang sedang bermujahadah berusaha sebaik mungkin di atas jalan ilmu ini untuk menamatkan perjalanan ini sehingga ke hujung jalan.Reda Allah menjadi matlamat hidup,melihat keluarga bahagia dan senang menjadi impiannya.Walau perit manapun jalan itu,dia terpaksa tempuh jua kerana itulah dunia bukan tempat berehat bagi yang menginginkan Sorga.Syurgalah tempat berehat bagi mereka.

"Actually,What i really want to be when i grow up is, I WANT TO BE A CHILD....."







Sunday, 13 July 2014

Hidup = London Ferris


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


London Ferris atau lebih dikenali Eye of London.Gahnya dia berdiri dengan bertapakkan dua kaki itu menjadi tatapan segenap ruang kota London.Apa yang hendak disentuh pada entry kali bukan mengenai London Ferris atau apa-apa yang berkenaan dengan London.Tetapi lebih menjurus kepada sebuah persoalan dan realiti kehidupan.Yang jika diintai disebalik kemegahan bulatan London Ferris itu terdapat sebuah nilai yang boleh dijadikan sebuah simbolik kehidupan.

Ya! RODA KEHIDUPAN...
Seringkali yang tua asyik berpesan kepada kita, "Hidup ini umpama roda.Kadang kita di atas,kadang kita di bawah".Betul lah tu....kita pernah rasa diri kita hebat kerana berjaya mendapat pointer tinggi,kita pernah merasa diri kita bagus kerana mendapat pelbagai tawaran,kita juga pasti sering merasai kegembiraan sehinggakan seolah-olah hidup ini begitu indah sekali.Itu pasti.Tapi semua itu tidak akan berlaku tanpa adanya kesusahan,ujian,cobaan.

Firman Allah S.W.T;

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" [al-Ankabut;2-3]

Kita pasti akan diuji.Tidak kira lah diuji dari segi kesihatan ke,kemewahan ke,ataupun dari segi pangkat...yang penting PASTI akan diuji!


SENIORITY
#ditujukan khas buat bakal-bakal 'penanam2 anggur' a.k.a SPM leaver

Aku (rasanya panggilan ini lebih sesuai) nak kongsikan secebis lah pengalaman aku sewaktu mula bertapak dalam dunia baru ni,alam universiti.Perkara paling utama sekali yang aku nak higlight ialah soal EGO.Ya! aku tahu masing-masing sudah bergelar super senior di sekolah dulu.Tapi gelaran itu just tersekat sampai pintu pagar sekolah korang je.Di luar,korang masih lagi kanak-kanak Ribena yang baru nak teroka dunia sebenar di luar sana.Jangan tinggi kan sangat seniority tu silap-silap korang yang dipandang rendah akhirnya nanti.

Bila di universiti nanti anda semua akan melalui minggu oreantasi.Ada u yang panggil MSR Minggu Silaturahim dan ada yang panggil Minggu Siswa.Jika dulu masa f1 f2 mind set kita bila sahaja dengar tentang minggu oreantasi mesti kita suka.Yelaa seminggu tak ada kelas,buat aktiviti itu itu,explorace lah sgala baghai.Tapi bila di universiti sebut sahaja "Minggu Oreantasi" semua cabut lari masuk bilik kunci.Siapa tak jenuh satu hari dok dengar taklimat,taklimat,taklimat...Tapi sebenarnya sepanjang minggu inilah yang akan membuktikan siapa diri kita sebenarnya setelah hampir 5 tahun di'lentur'.Tempoh waktu seminggu inilah yang akan mula memaparkan siapa kita untuk tahun-tahun berikutnya.

Ada sebab kenapa senior atau faci yang bertugas sepanjang minggu oreantasi tu mengarahkan kita supaya pakai pakaian begini,begitu.Tuck-in lah,pakai baju berkolar lah,pakai kasut bertutup,pakai nametag dan macam-macam lagi peraturan pemakaian.Ada sebab kenapa tiap malam program habis pukul 1,2 pagi then semua kena bangun tidur pukul 4 pagi.Dan ada sebab kenapa masa oreantasi nanti korang semua akan dimarah,ditengking dalam dewan setiap malam!

1.Tuck-in,baju kolar,kasut,nametag

Memang itulah penampilan seorang doktor,seorang engineer,seorang peguam,.SEORANG YANG BERKERJAYA HEBAT ITULAH PAKAIANNYA SETIAP HARI.Jika anda tak dapat nak berketerampilan sebegitu,sudah sampai masanya anda packing bag daftar keluar dari PALAM ke,PASUM ke dan start susun strategi jadi businessman ke,jadi petani ke.Tapi nak jadi businessman,petani yang berjaya juga harus segak,kemas.SO,WHO ARE YO TO BE???

"Status seseorang juga berdasarkan penampilannya juga" ~HSXB7~

2.Program habis pukul 1,2 pagi.Then korang suruh aku bangun pukul 4 pagi?? What the ...!!!

Dik,nak jadi orang hebat kena kurang tidur.Doktor,arkitek,specialist semua tak cukup tidur dik.Dapat call pagi2 buta sebab ada emergency case kat ICU.Siapkan kan skecthing,model sampai tak tidur sebab esok presentation.Pagi2 lagi kena pi hangar check aircraft status sebab pukul 5 pagi ada departure.Semua itu memang lifestyle seorang manusia hebat.Nak jadi muslim hebat pun kena kurang tidur,bangun tahajjud.

3.Kena marah,tengking,maki

Its a normal scene in life bro! Lebih-lebih lagi bila korang berkerja makan gaji satu hari nanti.Memang akan sentiasa dimarah,itu tak betul,ini tak betul.Semuanya bos yang betul.Kita tak ada hak nak cakap apa2 pada orang atasan.Masa kerja nanti pantang silap sikit,pantang lewat sikit dah kena masuk bilik jumpa bos.Bukan masa zaman kerja sahaja.Bahkan bila anda menjadi student juga anda akan hadapi situasi seperti itu.PASTI.Lebih-lebih lagi pelajar-pelajar malaysia di luar negara terutamanya di negara Arab dan Rusia.Di sana majority rakyatnya memang sejak azali lagi bersifat kasar baik dari bahasanya dan juga adab dan perilakunya.Jadi jangan menangis lah bila anda berjalan di tepi jalan raya tiba-tiba anda dilontar oleh kanak-kanak Arab.Kerana itulah cara gurauan mereka.Belajar di Rusia pula anda harus kuat semangat.SEMANGAT MESTI KENA SOLID,PADU! kerana lecturer di sana amatlah menggerunkan.Berani lawan cubalah,jangan lecturer lelaki,lecturer perempuan pun dah cukup buat student lelaki malaysia menangis.Ini semua FAKTA ya wahai adik2 sekalian.BUKAN PROPA semata2...

Kerana itulah mereka-mereka yang berpengalaman itu melakukan perkara-perkara demikian.Ianya adalah sebagai persediaan buat kita supaya tidak akan terkejut akan situasi sebegitu,orang kata CULTURE SHOCK.Kerana itulah saya jadikan London Ferris as opening entry kali ini.Bila kita berasa kita sedang berada di atas,jadi siap siaga untuk berhadapan dengan segala kemungkinan kerana satu masa nanti kita akan kembali di bawah semula.Itulah lumrah kehidupan.Yang muda tegap berdiri,pasti akan tua membongkok.Yang pandai grad 4flat pasti akan bekerja di bawah seseorang juga.

DAN YANG SENIOR DI MRSM,SBP,SMK,SMKA....PASTI AKAN BERGELAR JUNIOR SEMULA DI UNIVERSITI NANTI.KONKLUSINYA JANGAN EGO!


~THE BEST MSR I EVER HAVE~ 

Sekian =)





Tuesday, 1 July 2014

#Stalking


#Stalking



Orang cakap siapa yang suka stalking-stalking ni tak tahu malu,busy body,buat dosa kering.
Ada aku kisah.Aku suka stalking orang.
Kenapa aku suka stalking?

Bila aku stalking,aku dapat tahu ada kawan aku yang sudah menjadi seorang yang lebih baik dari aku,ada kawan aku akhlak mereka lebih hebat dari aku,mereka berda'wah,mereka telah menjadi seorang muslim yang hebat.Aku ingin sekali menjadi seperti mereka.Lalu,aku doa agar aku dapat jadi seperti mereka.

Bila aku stalking,aku dapat tahu ada kawan2 perempuan/lelaki aku sudah ada bf/gf.Ada yang siap bergambar bersama teman masing2.upload jadi gambar dp.Aku dapat tahu ada kawan perempuan aku yang sudah tidak bertudung.Lalu,aku doa agar Allah membimbing mereka ke arah yang benar.Aku sebut satu persatu nama mereka.

Bila aku stalking,aku dapat tahu peribadi seseorang itu bagaimana.Aku dapat tahu bagaimana pergaulan mereka dengan rakan2,bagaimana bahasa mereka,baik atau lagha,aku dapat tahu apa yang dibualkan,sama ada perkara sia-sia atau manfaat.semuanya melalui status mereka.


Kerana itulah aku suka stalking.Bukan untuk menyibuk hal peribadi seseorang dan bukan juga ingin menambah dosa kering melihat gambar2 lagha.tetapi lebih pada ingin muhasabah diri melihat umat Islam di alam maya.

(Tuesday,6 May 2014; 7:26 a.m)

-HASHTAG 5-

-


#Tawaran



#Tawaran

Mak : bila keputusan keluar?
Anak : 4 hri bln ni/ 8 mei ni. (Dah byk kali mak tanya)

Dalam kita bergembira mendapat bermacam2 tawaran yg bakal keluar tak lama lagi,ada insan yang sedang berasa sedih sebenarnya.Mereka lah mak & ayah.
Mereka bukan sedih kerana anak mereka ini mendapat tawaran menyambung pengajian,tetapi mereka berat hati untuk melepaskan anak itu.Anak yang selama ini amat dijaga makan minumnya,solatnya dan juga hatinya.Mereka risau siapakah yang bakal menjaga anak itu pabila berada di luar sana kelak.

Sekadar peringatan bersama,bila sudah berada di luar sana nanti pilihlah kawan yang boleh memimpin kau ke jalan yang benar.Jangan hancurkan dirimu yang selama ini dijaga baik oleh dua insan itu...

(Thursday,1 May 2014; 15:50)

-HASHTAG 4-



#Lagi-lagi


#Lagi-lagi

Adik bongsu : sekolah Mira lagi best (dengan bangganya dia berkata)
Adik ketiga : tak! sekolah Inul lagi,lagi,lagi lagi best!!
Si abang : Tak! sekolah abang laaagi,lagi,lagi,lagi,lagi,lagi,laaaagi BEST!

Hahaha,bagi kanak-kanak 'lagi-lagi' itu membawa maksud sesuatu itu lebih hebat.Apa-apa yang dikatakan oleh mereka adalah sesuatu yang ikhlas dan jujur dari hati.Tidak kiralah apa yang ingin dikatakan dengarlah.Kalau mereka kata anda buruk,Ya!memang betul lah tu anda memang buruk,Hahahah

Kanak-kanak ini sangat memerlukan perhatian.Jika tidak mereka akan merasa tidak dihargai.DENGARLAH....

(Friday,25 April 2014; 7:30 p.m)

-HASHTAG 3-