Powered By Blogger

Tuesday 6 January 2015

ЗАЧЕТ

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


ЗАЧЕТ (ZACHOT)

"Fail lagi zachot,Masuk ni dah tiga kali aku fail.Haihh, apa nak jadilah..." Diri mengeluh  tanda kesal kerana gagal zachot (kuiz).Di Russia zachot sangat penting kerana wajib untuk pass zachot sebelum ambil ekzamen (final).Aku terduduk sebentar di bangku tepi jalan,termenung seorang mengenang nasib diri yang kian hanyut dengan kemuraman zimma (winter).Hening pagi tadi,semangat penuh membara kini membeku bersama hujanan salju yang semakin menebal menyelimut diri.

"Leon,shto tir hocesh birt kagda  vyrastesh? (Leon,apa kamu ingin jadi bila besar nanti? "
"Ya hacu birt vrac! (Saya nak jadi doktor!) "

100 ribu langkah anak semut ke kiri,telinga tertangkap perbualan seorang ayah dengan si anak.Riangnya melihat si anak menjilat lollipop,tanpa sedar apa yang baru sahaja diungkapkannya tadi.

"Haihh budak,kau belum faham apa itu doktor sebenarnya.." monolog ku sendiri..

Aku juga seorang kanak-kanak......dululah...

2003

"Irul,apa cita-cita kamu?"

Yes! Soalan lazim bagi insan bergelar pelajar dan pastinya antara jawapan terbilang lagi mengundang kontrovesi adalah, "Saya nak jadi polis,cikgu!" , "Saya nak jadi saintis,cikgu!" , " Saya nak jadi cikgu!"

"Eh,kenapa awak nak jadi saya??" Si cikgu perasan....Okay,lame!

Itulah dia Si Ribina yang bulat-bulat warna ungu tu. "Err,???" "Kanak-kanak Ribina lah!huh".Yang belum hadam apa-apa pun mengenai kehidupan.Sekelumit pun mereka tidak faham atas tujuan apa mereka hidup,belajar,solat dan doa.Tahunya hanya COC.

"The 20's generation ~~~"

2012

Waktu kian berlalu,umur juga semakin meningkat.Fikiran pula sudah mula bertindak matang.Punya tujuan,punya matlamat dan pastinya bila dikatakan manusia,ia punya nafsu.Kadang ada diantara kita tindakannya berlandaskan akal lalu nafsu menjadi sang pemandu.Pabila agama bertunjangkan logik akal dan nafsu,habis semua hukum syar'ie agama,halal haram dilanggar bak melanggar lampu isyarat merah.

Aku juga pernah melalui zaman jahiliyah,dimana solat hanyalah keperluan semata untuk melepasi tuntutan fardhu,al-Quran disentuh pabila disuruh,menadah tangan tatkala musim peperiksaan.Amalan sunat? Jauh sekali.Maklumlah bila manusia itu sudah berada pada zon selesa,ia berasa seperti semuanya sudah cukup.Cuba ditarik sedikit nikmat sihat,baru merintih pada Tuhan memohon sembuh.Bila diri sudah terlalu leka dengan halwa duniawi,lupa siapakah Si Maha Pemberi Rezeki.Asyik dengan dunia fanak ini,padahal...

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang beriman.Padahal orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka pada Hari Kiamat.Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa batas."
 (Al-Baqarah;212)

"Jahil lah katakan..."

2014

"Arghhh!!!!! Stressnya!!!! Susah gilerrr!!!!!" Seorang budak medic Russia sedang menghadapi saat-saat getir tahap maksimum kuasa kuda unicorn. "Okay,takde kena mengena".Minggu-minggu peperiksaan final yang penuh dengan tekanan perasaan,jiwa dan raga juga fizikal sehingga mampu menjadi panda Malaysia ketiga.Puas sudah aku menelaah dari muka surat pertama sehingga muka surat terakhir,dan ulang balik muka surat pertama.Dan...lupa semula apa yang dibaca.Aku  stress.Sehingga satu ketika aku mula untuk futur di atas jalan ini.

"Ceh,'futur' bhai.dah pandai ngayat islamik sekarang."
"Impak bulatan gembira bro!"

Aku terduduk seorang di belakang asrama.Ku pandang langit.Gelap,yang ada hanya bulan menemani diri.Saat itu aku mula berfikir.Terfikirkan suatu yang selama ini,sepanjang 18 tahun tidak pernah terlintas di fikiran ku.

"Lalu jejantas kot"
"Oh pehlisslah,serius!"

"Haihh,untu apa sebenarnya aku study gila-gila macam nak mati ni? Gaji tinggi? Orang puji sebab belajar atas air? Atau melepaskan nafsu sarakah selama 18 tahun untuk menyentuh salji semata-mata?"

"Ting!" Notification Whats App masuk

Ternyata whatsapp dari si akak.Ucapan good luck barangkali.

"Salam,dik bittaufiq wanajjah untuk esok.Akak faham mesti kau tengah stress sekarang.Medic memang susah walaupun akak bukan medic tapi akak tahu.Belajar semua susah,dik.Tiada yang senang kalau nak senang.Ingat! Ini semuasatu jihad juga,Insyaa Allah nanti Allah balas penat kau dengan kejayaan."

Sepotong hadis turut dikirimnya,

"Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga" (HR. Muslim)

Allahu,sekelip mata Allah menjawab persoalan melalui si akak.Aku terkedu melihat situasi sebegini.Seolah-olah Allah sedang berinteraksi menjawab persoalan ku tadi.Kian air mata mengalir spontan menyentap diri yang tadinya ingin futur.Ternyta Allah itu Maha Mengetahui setiap hamba-hambaNya.Lantas ku kesat air mata lalu ku gapai tafsir di atas almari.Aku menyelak mencari surah al-Mulk,Sekilas pandang mata terpana melihat sepotong ayat dari Surah Ali'Imran;29

"Katakanlah "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya,pasti Allah mengetahui" Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi.Dan Allah Maha Kuasa atas egala sesuatu."

"Subhanallah! Sekali lagi hati ku disentap dengan kalamullah.Kali ini dahi ku sujud mencium lantai,sebak tak tertahan dek suci tulusnya kasih Tuhan itu pada hambaNya yang hina ini.

"Woi!Kalau nak solat hajat pun,bentanglah sejadah dulu"

~!@#$#%^&*

"Ish! Mamat ni kacau line betul lah.Orang tengah feeling ni"

2015,Nizhny Novgorod State Medical Academy

Tarbiyah terbaik adalah dengan pengalaman hidup.Apalah ertinya kehidupan jika tiada musibah.Setiap kita perlukan musibah bagi mentarbiyah iman sekuat manakah ia.Jika kehidupan itu hanya dipenuhi dengan kemanisan dunia sahaja,takut-takut membawa penyakit pada hati.Kit aperlu pahit juga,supaya menjadi penawar buat hati yang sering leka.Itulah tarbiyah dari Maha Penyayang.

Kian lama aku bingung,menanti hikmah lelah ku selama ini.Kini aku bisa melihat sendiri sebuah lukisan 5D.Disebalik lukisan itulah tercalitnya warna-warni, suka duka hikayat hidupku selama ini.Lukisan yang dahulunya suci nan putih kini penuh seri tanpa ku sedar.Sungguh Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Meski aku susah sekarang,separuh gila mengulang kaji pelajaran yang dua tahun masih lagi tidak mengerti,ulang-alik selama 40 minit menaiki bas kemudian metro dan transit menaiki tramvai ke academy semata-mata ingin mengambil lecture note.Semua itu aku hadapi selama dua tahun ini.Aku lelah,aku penat,sumpah ! aku penat.Namun aku percaya aku bukan seorang,aku ada Dia,Allah S.W.T.

"....Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (al-Baqarah;214)

Lantas ku bangun dari menungan,menuju ke stesyen tramvai.Apa yang pasti semangat yang layu tadinya,kini mula mekar bak kembangnya bunga Rafflesia.Mungkin hari iniaku jatuh,dan sudah berkali aku jatuh di bumi Novgorod ini,tapi ku ingin Kau tahu tiap bangun ku ini semua kerna Mu Ya Rabb.Kuatnya aku datangnya dari Mu dan pada Mu jualah ku mohon kekuatan agar aku terus sabar dantsabat di atas jalan ini.

Kaki melangkah penuh yakin,tangan menyeluk poket menahan dingin Inche Salju sedang kaki sibuk menyepak-nyepak salji tebal di atas jalan.

Benar kata seorang akhi,

"Nanti bila kau fail zachot,kau balik rumah jalan kaki sepak salji.That's it,remember!"

"Haihh,esok kena pi zachot lagi..." 



















No comments:

Post a Comment