Powered By Blogger

Saturday, 8 February 2014

Rindu Dalam Doa

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum,Encik Mimpi....
              Malam ni tiba-tiba aku rasa rindu sangat kat seseorang ,dia berada jauh sangat,walaupun boleh berhubung melalui FB,Wechat,Whatsapp, tapi......ianya masih lagi tak cukup.Setiap hari aku asyik teringatkan dia.Jadi malam ini aku nak bagitahu macam mana cara sebenar nak lepas kan rasa rindu kat seseorang...
             Kalau kita rindukan seseorang,atau risaukan seseorang tetapi kita tidak mampu untuk berada disampingnya,wahai hati,janganlah terlalu risau kerana sesungguhnya ada yang sedang menjagakan si dia untuk kita.Ya!Allah hu Rabbi!...Dia sentiasa memerhati,mendengar,mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh hamba-hambanya.Jadi janganlah kita terlalu risaukan seseorang yang kita sayangi itu sehinggakan setiap masa asyik calling,texting si dia.Apa yang seharusnya kita lakukan ialah dengan berdoa kepada Allah supaya sentiasa menjagakan insan yang kita sayang itu dan mohon si dia dijauhkan daripada segala kesusahan,kecelakaan,kesedihan serta sentiasa dibantu oleh Nya.Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Dia lebih mengetahui apa yang akan berlaku...
             Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengirimkan doa kepada Allah supaya sentiasa menjaga insan yang kita sayangi itu....

"Ku kirim doa buatmu...."


"Kak,adik rindu akak..."

Tuesday, 4 February 2014

Sebuah Permulaan

                                                          Bismillahirrahmanirrahim,
                                 Atas nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

  Assalammualaikum,Encik Mimpi...
             Ini merupakan kali pertama aku berblogging.Seorang blogger yang bergelar Izzati Hashim, http://izzatihashim.blogspot.com/2011/03/best-ke.html telah membuka inspirasi aku untuk berblogging.Aku amat tersentuh saat membaca postnya yang bertajuk Best ke? kerana akak aku juga seorang perantau yang kini sedang menuntut di negara orang.Aku amat merinduinya,kerana dialah sahabat terbaik dalam hidup aku,susah senangku sentiasa ditemani olehnya...tetapi ketiadaan akak buat masa ini membuatkan aku berasa kosong.Mungkin kerana aku belum lagi dapat membiasakan diri dengan ketiadaannya...Dan mudah-mudahan bermulanya aku mencipta blog ini sekurang-kurangnya dapatlah aku meluahkan perasaan di sini....
          "Ya Allah,aku mohon kepada Engkau agar jagakan akak untukku....Engkau bantulah dia saat dia dalam kesusahan,Kau gembirakanlah dia saat dia dalam kesedihan dan kesunyian,lindungilah dia daripada sebarang bahaya dan kecelakaan,Amin Ya Rabbal a'lamin..."

                                                                "Tuhan jagakan dia"