Powered By Blogger

Tuesday 16 June 2015

DIARY OF PRE-RUSSIANERS

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




*Harap maaf jika penggunaan bahasa yang kejam tahap movie horror 'Saw' serta Bahasa Inggeris yang sungguh menyayat hati.

Entry kali ini aku tujukan buat bakal-bakal Pre-Russian'ers'.Insan-insan yang barangkali putus harap,give up,mengeluh tiap kali habis kelas.Yang sampai satu saat terjatuh gedebuk penuh penyesalan teramat saat sehingga terdetik oleh hati untuk meragut tugas Yang Maha Kuasa mematikan jasad bernyawa.Faham dak? Bunuh diri lerrr.Golongan inilah yang akan dihenyak,dilenyek,dihempap,disiat-siat jiwa & raganya sehingga niat bersepah hilang entah ke mana.

Hah???Gentar tak gentar weii! I honestly speaking from deep in my heart.Trust me!


*************


 JANGAN BAJET



Bohong lah kalau cakap tak excited masa first time dapat surat tawaran sambung belajar,lebih-lebih lagi oversea.Giler kau satu malam dok berangan nak main salji,pakai baju sejuk bulu-bulu tu,pakai snow cap,pergi travel.Masa tu langsung tak fikir diri ni betul ke dah ready? Simptom-simptom penyakit hati dah mula merebak.Mulalah tanya member2 dapat sambung mana? Uni mana? Sengaja sebenarnya sebab nanti mesti member tanya balik.Dan bila ditanya mulalah keluar jawapan-jawapan sebegini rupa yang penuh 'humble' dan 'rendah dirinya' ~~~

"Alhamdulillah,aku dapat MARA." Jawab sikit dulu

"Sambung mana?" Member tanya lagi

"Hmm,dapat sambung kat MIAT." Mula dah permainan dia

"Ohh,amek Dip ea kat sana?" Member terperangkap

"Eh tak,aku buat foundation setahun kat sana"

"Lepas tu?" 

"Lepas tu Insyaa Allah sambung kat Rusia"

 Pang!!! That the trick sebenarnya.Lepas tu mula lah heboh satu batch.Lepas sorang-sorang member inbox,ws tanya.Punyelah bangga diri Na'uzubillah.Tak sedar sebenarnya semua ni ujian Allah.

Finally bila dah sebulan dalam program PR (Pre-Russia) ni,haaaaaa Hamek Kau!!! Meghasa Kau! Padan.Nak sangat jadi budak oversea.Nahhh,rasalah penangan Rusia...

*Hadek-hadek,jangan cuak apa2 lagi.Keep reading cos it is not what you thinking.TERUSKAN MEMBACA.


A YEAR IN THE HELL



"Senyum!"
Tampak gembira seperti tiada duka.No,no,no jangan terpedaya dengan senyum,gelak tu.Tipu belaka.Kalau kau pi scroll Insta,nampak member kau post gambar kat oversea sambil berlatang belakangkan uni dia yang ala-ala old school kat europe tu,jangan ingat dia tengah huhahuha main salji,selfie2 sgala.Kita apa tahu soal hati dia,apa dia hadap kat sana.

"Jangan dinilai senyum di bibir satu makna bahagia"

 Ini adalah diari selama satu tahun kau di MIAT nanti;

1.Selama 3 sem,kau hanya ada 3 subjek yang kene pass,Bahasa Rusia,Fizik & Matematik.Sounds like, "Sikitnyerr! Hmm,aku boleh pass nii". Memang kau akan pass.Tapi kau nak hadap tu mampu atau tak? Walau seminggu kau hanya ada 3 kelas,tapi percayalah kau punya penat tahap gaban.

2.Lecturer math,nama dia Rustem.Dalam tempoh masa 12 bulan,aku tak pernah siapkan assignment yang dia beri.Bukan malas,tapi tak termampu.Tapi ada je yang boleh siap,itu sebab dia pandai dan tak ambil masa nak pikiaq.Kita ni kalau nak tiru pon kena pandai,jangan tiru membuta.okay? Dan bila kau tak siap,kau hantar je.Sebab itu semua carry mark.Selama ni carry mark math kitorang semua full walau tak siap.HAHAHA,Faham-faham lah apa maksudnye~~~



3.For Bahasa Rusia,ada 3 orang lecturer,Tatiana livovna a.k.a. Tatiana kecik, Tatiana Ivovna a.k.a Tatiana besar,dan Natalia Sklemina.Yang akan belajar dengan Natalia aku ucapkan tahniah!Hahah.She is the most caring lecturer dan dianugerahkan anugerah lecturer paling banyak kasik homework!! Tahniah sekali lagi.But,truely speaking memang bagus pon siapa yang belajar dengan Natalia sebab dia mengajar sangat effektif dan sistematik.Nanti budak kelas Natalia je ada buku nota.Percayalah.One more,jangan risau kalau tak dapat perform bahasa time exam nanti,sebab korang confirm pass dan dapat 'Piati' / band 5.Sebab sehari sebelum exam dah bocor soalan...

"Natalia Sklemina"


4.Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Jeng,jeng,jeng.Memperkenal kan Svetlana The Terrible! Hmm,tapi sebenarnya taklah se terrible mana.She is nice.Apa yang kau kena tahu tentang dia.Be prepared.Jangan menggelabah pulak kalau nanti tengah lecture tiba-tiba dia tanya kau First Newton Law.Tak dapat jawab dapat 'minus'.Chill bro! Sebab itu semua lumrah bila bergelar PR.Pencapaian paling cemerlang aku ialah time first sem, -0.4%. Hahaha,mau tergelak aku dapat tahu result fizik 1st sem aku macam tu.Seriusly tak sedih pon.That time kau mula perasan yang kau dah jadi transformer.Kau tak mudah putus harap bila mana benda kecik hentam kau.Macam result exam.Small matter je kalau fail exam,Tak yah stress sangat lah.Dulu 1st sem,satu batch aku fail.Hahaha.

"Svetlana"


5.Nanti korang akan ada zashita,ala-ala interview gitu.Benda tu ialah untuk lab fizik.Akan ada initial interview,sebelum start buat lab & final interview,lepas siap lab.Percayalah semangat membara korang tu just terbakar time buat lab pertama je.Lepas tu dok mengopy member.Hahaha.Sebab kau akan ambil masa nak zashita.Dan paling sadis korang akan dok merempat tepi tangga depan bilik Svetlana sambil tunggu turn zashita.Just PR student je yang mampu buat macam tu.Yang penting utamakan solat,jangan nak pass zashita semata solat kau qada' atas alasan darurat.Pale hotak mu! Memang nanti zashita sangat lama.Boleh jadi zashita sampai pukul 10 malam.Pernah jadi ea...

6.Exam.Untuk matematik korang akan ada dua kuiz satu sem dan final exam.Semua bertulis.Untuk bahasa ada dua final exam,satu exam bertulis dan oral.Oral biasa korang kena hafal beberapa essay yang korang tulis sendiri,tapi time exam korang akan pilih 'Bilet' means soalan.Dan korang akan story telling hanya satu essay depends on Bilet yang korang pilih.Dan ada lagi satu essay kat Bilet tu,kena baca dan fahamkan sebab nanti korang kena jawab secara oral.Untuk fizik,just one TERRIBLE ORAL! Sumpah,sakit nak hadap.Aku repeat 1st & 2nd sem kot.Dah repeat,fail lagi.Hampeh!That Russian way.Setiap law,formula & rule hang kena khatam.Khatam means hafal setiap perkataan.Perghhh.Mengadap lah korang lecture note fizik sampai muntah.Tapi beringat ya,penting-penting lecture note nak  kena hafal,jangan sampai lupa bukak kalam Allah.Atleast dalam sehari dapat baca setengah helai pon jadilah.


"Kejar urusan dunia fanak,jangan sampai tercicir urusan dunia akhirat"

7.Hasad dengki melampau.Gejala ini semakin merebak hampir ke seluruh pelusuk dunia.Nanti korang semua akan bertemu dengan manusia-manusia macam ni,
  - Kau penat study,dia sedap tidur atas katil
  - Kau usaha sungguh-sungguh,tapi kau tak pass exam.Tapi dia rilek2,pass exam.kaler terbang lagi.
  - Kau punyalah jaga solat,doa menangis2,tapi apa yang diharap,hajatkan tak termakbul.Sedangkan 
      yang dok lengah-lengah solat,tinggal solat,senang lenang hidup penuh bahagia.

 Nah!Tampar diri dulu.Sedar tak itu semua rezeki masing-masing.Reda itu apabila kau tidak persoal Allah sedikit pun apa yang terjadi pada hidup kau.Siapa tak sakit hati bila kita dah usaha habis baik,pulas segala kudrat sampai lelah tapi end up dengan satu kegagalan.Sedangkan ada orang yang senang lenang peroleh kesenangan,tak payah stay up sampai tengah malam macam kau,tidur je memanjang,tapi still pass exam.Allah je tahu hati kita.Siapa kita nak lari dari takdir.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepada mu (cubaan) sebagaimana hal orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan,dan digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya; "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Surah al-Baqarah;214)

Apa yang kau perlu hanya sebuah keyakinan dan tawakkaltu a'lallah.Percaya yang Allah itu tidak kejam.Dia Maha Adil.Kalau kau tertunggu-tunggu hikmah,tapi still tak datang.Jangan marah Allah.Mungkin Allah tangguh kesenangan kau kat dunia ni untuk satu kesenangan yang kekal di syurga kelak.Percayalah,Allah itu Maha Adil!

Kau sedih sebab hidup kau susah,kau bukan keluarga senang.Mak ayah kau tak punya apa-apa.Kau rasa sangat malang.Tapi sedar tak kau,ada member kau yang tak punya mak,ayah.Ya,mungkin mereka hidup senang,golongan berada,tapi tahu tak kau yang mereka kehilangan satu sumber keberkatan hidup.Pada saat kau graduasi,kau cium tangan,cium pipi,peluk mak ayah kau....,member kau tak merasa nikmat tu.

Kau sedih sebab kau dah cuba yang terbaik,tapi result kau still rendah.Kau asyik fail je.Sedar tak kau yang Allah sedang tarbiyah kau.Allah tahu kau lemah.Dia latih kau jadi kuat.Dia beri kau ujian,sampai satu masa kau hanya mampu doa "Ya Allah,tolong aku".Penat dah.Allah tahu kau boleh.Bukti? Dah berapa kurun kau hidup kat dunia ni? Kau still lagi hidup,bangun tidur,pergi kelas macam biasa,main bola,gelak-gelak even lawak bodoh.

"Allah gives the hardest battles to His strongest soldiers"


PENUTUP

Apa-apa pun kena ingat,segala yang terjadi dalam hidup ni punya hikmah tersendiri.Allah jadikan lalat pun berhikmah,inikan pula takdir hidup.Toksah sedih sangat lah jadi budak PR.Bukan penamat hidup pun.Jangan give up,hadap je walau sakit.Sebab Everything that start have its ending.Nanti percayalah,saat kau tengah beratur tunggu giliran nak ambil scroll sijil graduasi pre-uni,kau tersenyum sorang2.The most amazing wonderful feeling!Just waiting.... 


"Get ready for the war.This is not a finish,it just a part of your war." Sir Rustem

-_-


"Huh,ingat dah habis.Ingat kat sana nanti dah boleh main baling2 salji."


УДАЧИ ВАМ (GOOD LUCK)



"There's tears behind that smile"















No comments:

Post a Comment