Powered By Blogger

Saturday, 26 March 2016

The Muntalaq

Bismillahirahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


M.U.N.T.A.L.A.Q.

"Pe bende doh tu?" 

"Haaa,Muntalaq tu sejenis kuih tradisional org Jawa Timur"

"Pfttt -_-' serius lah sikit ! "

"Okay2,serius! Muntalaq tu ialah perkataan Arabic yang bermaksud titik bermula"

"Dah,tu kenpa dgn Muntalaq?Bende kau nak habak mai kat aku?"

"Takde apa,tu jee.sharing is caring bro ;)"

"Okay......"

-Tamat-

I believe each of us there will be a moment that we call it as 'The Turning Point'.Sama ada ianya telah pun terjadi pada kita atau pun masih lagi mencari-cari bilakah akan tiba waktu tersebut,yang pasti ianya akan berlaku terhadap diri masing-masing.Trust me,you'll find it!

Bila bercakap tentang Turning Point ,pastinya yang terlintas dari kotak fikiran kita adalah perubahan atau bertukar arah atau transformasi,Henshin! But,this kind of Turning Point is about the changes to the good side,perubahan ke arah kebaikan,penghijrahan dari keadaan Jahiliyah kepada perlaksanaan menjadi muslim yang lebih baik.That its!

Zaman persediaan di MIAT merupakan satu tempoh yang sangat kritikal & parah.1 tahun memang jangka masa yang pendek,sekejap tapi betul-betul telah menghambat diri ini menjunam ke lurah kefuturan.Zaman yang mana diri ini baru kenal realiti kehidupan,bila ditanya "Cukup tak duit tu?" dijawab dengan slamber "Cukup je",barulah faham apa rasanya bila takde duit,tiba masanya diri ini untuk menjadi dewasa yang matang,yang tidak mengharapkan lagi bantuan mak ayah,yang bila jatuh pandai-pandai bangun sendiri,walau berat manapun nak hadap paksa diri untuk kuat sendiri,bukan lagi mengharap siapa-siapa.Dan tempoh masa 1 tahun itu lah diri ini teraba-raba mencari  identiti diri,mencari matlamat hidup yang sebenar.

Truely said I was in a deepest stress situation.Futur sefutur-futurnya!

Sehinggalah satu masa,aku menerima satu kiriman whatsapp dari seorang insan ni...



Dan kiriman inilah menjadi asbab,menjadi muntalaq & Turning Point kehidupan 18 tahun aku.Jujur ku katakan,kiriman yang ringkas inilah yang telah buat aku untuk berubah menjadi diri aku yang sekarang ini.Yang mana sebelum ini solat bukanlah menjadi priority kepada amalan harian,quran bukan panduan,tafsir haramlah nak baca,apatah lagi nak bangun tahajjud,solat taubat,puasa sunat,sorry to say I am really like a bullshit muslim before that.Soal dosa yang melambak,yang entah dah beratus kali diulang-ulang sehinggakan tiada rasa menyesal lagi dalam diri melakukan dosa.Allahu Rabbi!Malunya kalau Allah buka aib sendiri.

Jikalau ditanya soal idola selepas Rasulullah,mak & ayh maka jawapannya bukanlah Dr. Zakir Naik,bukan Tuan Guru Nik Aziz dan bukan pula abang naqib (Hahahah maaf akhi),tapi  Dialah 'Si Akak Yang Acah Hipster' asbab kepada penghijrahan ku.Bukan maksud hijrahnya aku kerana dia,TAK.Tapi,aku percaya yang Allah kirim dia sebagai insan untuk bawa aku balik ke jalan yang betul.I am totally lost in somewhere else.

And from that time,fahamlah aku bahawa the first thing is "I need to change my NIAT".Sebab aku percaya sebelum ni niat aku pi sambung belajar adalah hanya semata-mata nak pi oversea.Niat yang sebetulnya,adalah  menuntut ilmu kerana Allah,supaya suatu hari nanti kita dapat sumbangkan ilmu & kepakaran yang kita ada untuk bangunkan ummah,untuk membela ummah satu hari nanti.That it!

Maka bermulalah hikayat baru seorang Muslim yang belajar, sikit-sikit aku cuba untuk berubah.Biar tak istiqamah atleast kita cuba dulu.Mulanya kene paksa diri sendiri nak buat sesuatu amal,sehinggalah sudah terbiasa.Dan percayalah siapa-siapa sahaja yang nak berubah ni,dia tidak pernah seorang,dia ada Allah,teringat potongan hadis ni,

"....Apabila dia mendekatiKu sejengkal,maka Aku akan mendekatinya sehasta,apabila dia mendekatiKu sehasta,maka Aku akan mendekatinya sedepa,.Dan apabila dia datang kepada Ku dengan berjalan,maka aku akan datang kepadanya dengan berlari" 
[HR Muslim]

Birthday Present


Di saat diri ini nak kenal Allah,nak faham Islam dia kirimkan si 'Si Akak Yang Acah Hipster'  ni untuk kasik tafsir ni sebagai panduan.Alhamdulillah,it has been the only novel I never sleep while reading it.

Tak cukup dengan tu,Allah hadirkan lagi insan-insan yang baik.Datanglah sekumpulan kecil ikhwah yang merelakan dirinya untuk membawa usrah untuk setiap minggu.Mereka sendiri secara rawaknya akan datang terus ke bilik aku sehinggakan dah jadi tempat usrah dah.Cantiknya aturan Allah itu bila mana hambaNya nak berubah.Tak payah susah-susah cari,pertolongan tu sendiri datang kepada kita.Bila mana dah bergaul dengan insan-insan yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah,maka bertambahlah semangat untuk berhijrah tu.Tambah lagi dengan melihat akhlak mereka yang baik,huishh terbako beb semarak api semangat hijrah.

"Arghhh,acah sembang lebat lah kau ni.Harap je tulis acah2 alim,tapi kat luar takde pulak nampak  pi berdakwah?"

Please,bro dont misunderstood my point of view here.I am not telling that "Saya budak baik","saya orang alim".NOPE! The thing that I wanna stress out here is

"ALLAH PASTI BANTU BAGI SIAPA SAHAJA HAMBANYA YANG INGIN BERUBAH.PERTOLONGAN ALLAH TERBENTANG SELUAS LAUTAN JIKA KITA NAK KENAL DIA"

Tanpa kita sedar,sebenarnya sepanjang kehidupan kita bermacam-macam bentuk hidayah,bermacam-macam cara telah Allah kirimkan kepada kita supaya kita kembali padaNya.Dan sesungguhnya al-Quran itulah antara petunjuk paling agung yang dikurniakan kepada kita.Kerana itu banyak kali Allah mention dalam Quran menyeru kita untuk berfikir,

"....Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bahagi kaum yang berfikir" (Az-Zumar;42)

"....Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada mu supaya kamu berfikir
(Al-Baqarah;219)

"Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami kemukakan kepada manusia agar mereka berfikir " (Al Hasyr;21)



Betapa baaaaaaanyakknya ayat Quran yang menyeru kita untuk berfikir.Itu hikmahnya penciptaan akal manusia.Untuk berfikir mengenai bukti kasih-sayang Allah,kekuasaanNya,keindahanNya.Bukan semata memerah otak menyelesaikan latihan assignment,guna otak macam mana nak kumpul duit nak kahwin,nak beli kereta bawak balik malaysia sebab cukai kereta kat Malaysia tinggi na'uzubillah.Bukan brother.Bukan itu sahaja gunanya akal fikiran yang Allah beri.

Ambillah sedikit masa dalam kehidupan seharian kita untuk berfikir sejenak soal kasih-sayang Allah.In syaa Allah,pasti korang akan nampak betapa indahnya aturan Allah,betapa cantiknya Dia mencorakkan takdir hidup kau selama ni.Dan boleh jadi tika itulah ianya menjadi MUNTALAQ atau titik bermulanya penghijrahan kau mengenaliNya.Saat kau bertemu dengan Si Hidayah itulah kau akan rasai bahawa Islam itu tersangatlah indah,kau akan mula nampak ISLAM itu dari sudut kaca mata yang berlainan.Islam itu bukan lagi menjadi agama kepercayaan warisan nenek moyang kau atau pun agama ikut-ikutan.

Tapi,tak ramai yang mampu lihat keajaiban ni semua.Ramai yang lebih rela,lebih selesa untuk duduk diam dan terus menunggu dengan harapan Si Hidayah tu akan terus gedebuk jatuh dari langit.

"Nah aku kurniakan dikau HIDAYAHHHHH!!!!!"

"Sesungguhnya orang yang telah pasti terhadap mereka kalimah Tuhanmu,mereka tidak beriman.Meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan,hingga mereka menyaksikan azab yang pedih"
(Surah Yunus;96-97)


Datanglah seribu Dr. Zakir Naik bagi hujah panjang jela,atau sejuta orang persis as syahid Hassan Al-Banna ke,kalau kau sendiri yang tak buka mata hati untuk nampak hidayah yang Allah beri,untuk faham untuk kenal Allah,memang sampai mati pun kau takkan dapat berubah.Maka telah pasti terhadap mereka kalimah Tuhanmu,mereka tidak beriman.

Ada 4 perkara yang telah Allah tetapkan sebelum kita hidup lagi iaitu

1)Ajal
2)Rezeki
3)Amal
4)Bahagia atau celaka

Bukanlah bermaksud yang "Okay,Allah dah takdirkan aku jadi penzina.Takpe Allah aku reda..." Woii! Bukan itu maksudnya,kalau memang itulah sunnatullahnya memang aku duduk diam-diam je lah buat bodoh,yelah sebab dah memang nasib aku akhirnya nanti ke neraka.Tak,bukan macam tu ya akhi....Allah tak kejam.

Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud melaporkan,"Rasulullah menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan,

"......Demi Allah yang tidak ada tuhan selain-Nya,sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.Sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta,tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga"
[HR Bukhari & Muslim]

Suatu ketika,Umar al-Khattab melihat seseorang berdoa di masjid supaya diberikan hidup yang cukup oleh Allah.Tetapi,orang ini langsung tidak bekerja dan hanya pasrah dengan takdir.Akhirnya,Umar mencela orang itu dengna berkata bahawa langit tidak menurunkan hujan emas ataupun perak untuknya.Maka turunlah ayat dari Surah At-Taubah;105

"Dan katakanlah "Beramallah kamu,maka Allah dan RasulNya serta orang mukmin akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui akan ghaib dan yang nyata,lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"




Ikwah& akhawat sekalian,pujuklah hati tu untuk kembali pada jalanNya,I share my experience up there not for takbur or ujub,Na'uzubillah.BUKAN!Tapi aku nak korang semua tahu and rasa bagaimana indahnya rasa semasa hendak berubah tu.Betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya yang betul-betul nak berubah.TU!ITU YANG AKU NAK SAMPAIKAN,AKU NAK KORANG PUN RASA BENDA YANG SAMA JUGAK,APA YANG AKU RASA SELAMA INI.

AKU BUKANLAH SEORANG DA'IE YANG MAMPU BERHUJAH DI HADAPAN JEMAAH,YANG DALAM KEPALA OTAKNYA TERSIMPAN RAPI AYAT-AYAT QURAN,TAFSIR OR HADIS SEHINGGA MAMPU MEMBERI HUJAH DENGAN CEKAP DAN PANTAS.BUKAN.BAHKAN KADANG-KADANG JADI IMAM PUN BOLEH LUPA SURAH PENDEK.KERANA ITU AKU MENULIS.DENGAN HARAPAN PENULISAN KU INI MAMPU MENYENTUH HATI KALIAN YANG MEMBACA,TAK RAMAI ATLEAST SEORANG PUN JADILAH.SUPAYA ADA JUGA KATA-KATA YANG AKU NAK JAWAB DEPAN ALLAH KELAK.ATLEAST AKU CUBA,AKU TRY.

Akhirul kalam,

"Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah,nescaya mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksdu berhijrah kerana Allah dan rasulNya,kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang ditujunya),maka sesungguhnya pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah.Dan sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nisa';100)


*Bagi yg sudah tergolong dalam group usrah tu,kekal lah dalam usrah walau diri rasa terpaksa.Dulu,aku pun macam tu.Ikhlas itu sendiri akan datang jika kau betul-betul tajdidkan niat untuk berubah.


*Bagi 'Si Akak Yang Acah Hipster' terima kasih kerana menjadi asbab perubahan 'Si Adik Yang Super Cool'.Semoga kau tetap qowiy atas jalan ni.

*Bagi pembaca,jika nanti ada antara korang yang dapat masuk syurga dan korang dapati aku tiada ,aku mohon mintakan pada Allah untuk tarik aku sekali bersama korang ke syurga ya =)




Monday, 22 February 2016

Munafik Kah Aku?


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



*Mungkin ini hanyalah satu nukilan ringkas

Pernah kau rasa satu perasaan yang mana kau rasa diri kau tu munafik ya amat? Kau rasa teruk sangat2 pada diri kau.

Sebab apa?

Sebab orang lain hanya nampak luaran kau sahaja.Orang lain hanya nampak yang kau ini tak banyak laghanya,tak banyak benda2 negatif pada diri kau.Apa yang mereka nampak pada diri kau ialah,

"Oh,budak ni baik, Oh,budak ni budak usrah. Oh,budak ni mesti jaga solat. Oh,alim dia ni"

Apa yang mereka nampak hanyalah sekeping wajah yang bertopengkan sifat2 di atas.

Sedangkan wajah sebenarnya,hanya kau dan Tuhan saja tahu.Hanya kau dan Tuhan saja tahu siapakah kau yang sebenar-benarnya.

Maka,akan segala tanggapan orang terhadap diri kau itu hanyalah suatu tipuan belaka.

Pernah rasa?

Kadang perasaan itu buat kita selalu saja fikir yang betapa teruknya diri ini.Betapa hinanya diri ini.Yelah,orang lihat baik kita,tapi mereka tak nampak buruk kita.Andai saja mereka tahu buruk dosa kita,CONFIRM! takde siapa nak kawan kita.Huh! 

Lalu,bila orang tolak kau jadi imam pun kau rasa macam tak layak.Hatta nak sujud atas sejadah imam itu pun kau fikir 2 3 kali,inikan pula kau nak imamkan 2 saf makmum di belakang.Allahu,pernah saja hati berbisik pada Nya

"Ya Allah,aku ini hina Ya Allah.Janganlah kerana dosa aku, buatkan Kau tidak terima solat-solat hambaMu di belakang ini.Jangan,Ya Rabb"

Bila orang lihat kita asyik update benda2 baik,asyik tulis hadith,ayat Quran bagai orang akan berfikir,

"Wah,dia ni mesti selalu baca hadith,baca tafsir.Wah!dia ni mesti selalu baca buku2 islamik.Wah,wah,wah"

Sedangkan kau baca hadith,baca Quran tu semua masa time iman kau melonjak-lonjak excited je,masa time semangat kau punyelah membara-bara dengan harapan kau dapat istiqamah ahh,dapat tsabat atas jalan ni.

Tapi time tu je,bila mana sampai masa Setan laknatullah tu datang balik hasut kau,sedang kau pun terleka tgk movie,dgr lagu mat salleh,buat benda2 lagha,akhirnya kau end up gedebuk jatuh pada takuk dosa lama kau.Dah jatuh bukan senang wei nak bangun.Byk kali kot jatuh,bukan sekali dua,berpuluh kali...hmm tak beratus kali dah!

Lalu,kau pun futur lah sefutur-futurnya.Masa kau futur tu lah kau kena jadi imam,kau kena beri tazkirah.Allah,Allah hu.....

"Kenapa aku??"

Kenapa kau yang penuh dosa ni yang terTAKDIR untuk dapat situasi sebegini rupa.Kenapa?

Sedangkan ramai lagi insan yang lebih layak berbanding kau.

Kenapa?

Tika itu,ingatkah kau akan suatu doa yang kau pernah lafazkan padaNya dikala saat kau futur suatu tika dahulu?

Kau mohon pada Dia,agar tetapkanlah takdir,buatlah apa-apa pun pada diri kau walau seberat mana pun ia,kau reda,asalkan takdir itu akan menjadikan kau seorang hamba yang lebih baik.

Ini lah dia takdir yang kau pinta.

Mungkin saat ini kau terasa diri kau MUNAFIK.Tapi,satu perkara harus kau ingat

"Sesungguhnya manusia itu tidak pernah suci dari dosa"




Kita semua pendosa.Kau,aku masing-masing ada dosa tersendiri,ada aib kita tersendiri.Yang tahu hanya kau dan Dia.Biarlah ianya menjadi rahsia buat kau dan Dia.

Allah tak pernah suruh kita pi mengaku dosa maksiat yang kita buat,Allah tak pernah suruh kita pi announce kat public "HARI NI SAYA BUAT DOSA sekian,sekian,sekian.Tak,Allah tak pernah suruh kita bukak aib kita sendiri.

,Apa Allah suruh hanyalah Taubat.Taubat.Taubat.Kerana.

"Sesungguhnya sebaik-baik pendosa itu ialah yang segera taubatnya"

Akhir kata,mungkin takdir yang kau sedang hadap ini ialah salah satu cara Allah nak latih kau jadi orang lebih baik.

YES!It feel so badly.But,remember this

"YOU'RE NOT MUNAFIK.YOU'RE JUST A SINNER WHO'S  TRYING TO BE A GOOD BELIEVER" 

=)







Wednesday, 6 January 2016

The Usrah Boy's Story

Bismillahirrahmanirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya,maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayangnya" [Riwayat Abu Daud]

Usrah.Ana Anta Ente.Ibrah.Daurah.Futur.Qowiy.Ukhuwah Fillah a'badan a'bada!

"Mak aih,apa maksud doh??"

"Set-set usrah je tahu,kau apa tahu...." dengan bangganya bibir diseret ketepi mengherdik

Era Jahiliyah Na'uzubillah

Satu ketika dulu,sewaktu zaman sekolah selalu juga aku cuba untuk join program-program yang boleh lah dikatakan macam 'usrah' cuma dia bukanlah usrah yang dijalankan sentiasa.Short story nya di sini,bila diri kita ni (aku) yang totally tak pernah pun  join usrah dan dikerumuni oleh golongan-golongan geng-geng usrah,geng-geng yang ber'ana-ente'.Jujur ku katakan, "I am really-really awkward.Awkward giler."

"Assalammualaikum,akhi.Ismi Muhaimin"
"Waalaikumussalam,haa aku Muhammad" 

Then the awkward moment just happened,when Muhaimin a.k.a The Usrah Boy drake my body towards him closely.Okay,takpe aku faham.normal lah lepas salam kadang-kadang kan kita peluk.Okay fine.But the 'Super Janggal Thing' is we also berlaga-laga pipi.

"Arghhhhh!! Gay"
"Come on Bro,That's Usrah style"
"Ops,sorry correction! That is how the way Muhammad taugh us during salaam with each other"

Dan waktu tu aku tersangatlah janggal.Terasa geli-geleman.Almaklumlah,saya bukan budak usrah.Sejak dari zaman sekolah lagi tak pernah pun terdetik hati nak join usrah.Ada je program usrah kat sekolah.Tapi,tak ambil port pun.Zaman jahiliyah.So JAHIL!

Era Renaissance @ The Transformation

Sehinggalah tamat sekolah,bibit-bibit perubahan ke zaman penampakan cahaya.Selama ni tak nampak cahaya.

"Awat tak nampak,Bro?"
"Pakai spec mata hitam mana nak nampak"
"Errr,nice try Bro..."

Setelah mereput 2 bulan di rumah bergelar 'Penanam Anggur Tegar' ada cikgu ajak ex-student dia untuk join satu program under Youth IKRAM.Terdetiklah hati ni nak join.Nasib ada member join,kalau tak memang haram lah aku nak join.It's a common programme called as 'Street Da'wah' yang dijalankan selama 3 hari 2 malam.

Dan sepanjang program,seperti biasalah aku dikerumuni oleh insan-insan yang tersangatlah baik akhlaknya,yang sangatlah terjaga tutur katanya,tingkah lakunya,Aku dah macam The Perk Of Being Wallflower dah,Hahaha.I am still trying to get use into it. 

And,still can't ber 'ana-anta' lagi.

"Alaa,apa susah cakap jelah 'Ana'.Tukar panggilan 'Kau' jadi 'Anta'.Apa susahnya???"

Hang cakap senanglah.Tapi,cuba hang bayangkan 17 tahun hang hidup,tak pernah join usrah,tak pernah bergaul dengan geng-geng usrah,berkopiah,berserban,berjubah ni,yang akhlak,percakapan dan tingkah laku mereka yang 180 bertentangan dengan hang.Apa hang rasa??? 

Pernah juga aku try untuk try bercakap like them;

"Anta dari Johor.Haa ana pula dari mana?" penuh keyakinan aku tanya
"Errr,anta tanya siapa sebenarnya... hehee?" Jawab Muhaimin

Pernah jugak aku try.Tapi,hang tahu tak apa aku rasa?? Perasaan aku bila aku try berkomunikasi in the same way like them is,

"I feel so MUNAFIK" 

Rasa teruk sangat.Malu.Rasa macam berlakon.Macam fake. Semuanya palsu belaka.Rasa macam,kau yang penuh dosa ni,yang selalu cakap benda sia-sia,buat benda-benda lagha,yang solat pun tak terjaga,dan tiba-tiba satu hari tu kau berubah seolah-olah kau tu seperti mereka-mereka yang berkopiah tu.Hari tu jee kau ber'ana-anta'.Lepas habis program,kau melagha balik.

"Bukankah semua tu fake? Tak rasa malu ke? Layak ke aku yang lagha ni nak cakap macam tu?"

Dan kerana perasaan malu itulah aku prefer untuk ber'kau-aku' sahaja dengan mereka.Mungkin ianya tampak tak berapa sopan untuk berbual dengan mereka-mereka yang berkopiah itu.Tapi,it makes me feel better.I feel SO ORIGINAL!

"Original ke Spicy???"
"Haaaa...Hambar Bro,hambar.Stop it!" --__--

TAPI.

Tapi,tak bermakna selepas sahaja tamat program aku terus melagha.Back to the Jahiliyah.Terus dah tak join mamat-mamat kopiah ni.Tak.

Tahu tak,the ibrah bila kita selalu berdamping,selalu bersama dengan orang-orang soleh,orang-orang baik ini ialah secara tanpa sedarnya our physical,our soul will slowly changed and heading to be like them.Trust me!That the way it will happened.Because of what?

Because of this;

"Bersahabat dengan orang soleh dan dengan orang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api).Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya.Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak" 
[Riwayat Abu Daud]


Era 'Saya Budak Usrah'

How it happened?

The story begun during I was in preparation programme.Pihak perwakilan kolej sendiri sudah lama menjalankan program usrah ini di kolej,Tapi,aku tetap aku yang dulu.Tak terlibat pun.Tak ambil tahu pun.Sehinggalah satu hari kami dikunjungi oleh beberapa orang senior yang merupakan bekas pelajar dari program persediaan yang sama.

Sedikit demi sedikit,mereka mula mencucuk semangat ke'usrah'an kepada kami.Mula-mula pengenalan,apa itu usrah? apa objektifnya? apa tujuannya? sehinggalah kepada perkongsian ilmu.Dari situlah titik mulanya timbul minat untuk berusrah dalam diri.

"Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita pasti bersebab.Tidak kiralah orang itu baik atau sebaliknya.Persoalannya adalah kita yang harus mencari hikmah itu sendiri.Figure it out!"

Apa yang lebih menarik minat aku mengenai usrah ini adalah kerana INSAN-INSAN yang membimbing itu sendiri.Dalam erti kata lain para naqib kami.Sikap yang dipaparkan kepada kami sangat-sangat membuka mata dan hati aku bahawa USRAH ini bukan sahaja hanya tersekat pada skala yang mana ianya satu kumpulan yang dok menghadap Al-Quran dan tadabbur.

"Definitely NOT!"

Tetapi ianya lebih kepada satu medium untuk memperbaiki,membersih dan membina jiwa individu,"Inner soul".Usrah bukan lagi kumpulan mentadabbur al-quran,bukan juga waktu untuk mempelajari fiqh semata.Tetapi,bagi aku

"USRAH ITULAH KELUARGA!"

Dari jauh sanggup datang ke kolej yang letaknya celah pedalaman,semata-mata untuk berjumpa kami.Mereka juga punya kerja,ada yang sudah ada komitmen lain lagi (berkahwin),Setiap minggu secara konsistennya datang menziarahi kami.Datang bukan dengan tangan kosong.Kadang ada makanan yang dibawa sebagai hidangan,jika tak bawa mereka akan belanja makan di kafe.Semuanya aku lihat depan mata aku.

Siapa sanggup? Habak mai sini...

Allah hu,mereka hebat!Semoga Allah sentiasa berada di samping mereka.Ameen

Kerana kehadiran merekalah aku mula kenal usrah.Aku mula kenal perkataan-perkataan islamik,kerana mereka jugalah aku mula kenal erti ukhuwah.Dan lebih utama sekali AKU MULA DALAMI ERTI ISLAM YANG SEBENAR!

Kadang dalam hati terniat jugak nak jadi macam mereka.Boleh hafal ayat quran,hafal hadith,walaupun tak banyak tapi ada,boleh tadabbur quran secara mendalam,boleh cerita kisah-kisah sirah tanpa perlu merujuk mana-mana buku pun,nama tokoh,nama imam,semua sudah ada dalam kepala.

"Banyakkan membaca!" Kata abam naqib


Era.....tak tahu dah nak panggil apa

6 bulan mereput kat Moscow.6 bulan aku peroleh tarbiyah.Di sini aku jumpa lebih ramai lagi insan-insan hebat,yang juga aku kenal melalui usrah.Bergaul dengan insan-insan ini buat aku rasa membuak-buak lagi nak berubah menjadi seperti mereka terutamanya apabila mendapat seorang abang naqib yang tersangatlah baik.Cara dia bercakap,cara dia bergurau,cara dia melayan kami,semua aku perhati.

Tiap kali tiba waktu usrah kami,pasti ada je jajan,air yang dia bawa sekali.Sedangkan kami datang koshong-koshong je.Sehinggakan jika satu hari tu dia tak bawa apa-apa makanan atau air,dia sendiri yang meminta maaf.Allah hu,akhi....that time aku rasa bersalah pula.

Ada lagi,pernah juga dua tiga kali kami tidak mampu untuk berjumpa,berhalaqah bersama,kerana ada antara kami yang ketika itu mungkin ada urusan lain.Maka terpaksa ditangguhkan pada lain hari.Tetapi itu jika kami yang punya urusan.Kami wat wat peace jee,sekadar tulis kat whats app

"Sorry tak dapat datang hari ni ada hal lah,kalau kita buat hari lain boleh? heheh"
"Okay,no hal lah! untuk kau semua boleh! haha " abg naqib rilek jee

Settle masalah.Tapi,kalau dia ada masalah dan terpaksa tunda hari lain.Aku faham semestinya dia sibuk atau ada urusan lain yang memang tak dapat nak dielakkan.The next perjumpaan,pasti dia akan meminta maaf.

"Aku minta maaf hari tu tak dapat buat.Salah aku,aku minta maaf sangat.Sepatutnya usrah ni hak korang.Korang patut dapat hak ni.Minta maaf ya" Katanya

Bagi kami,alaa apalah sangat tak buat usrah.Rilek jee.tapi bukan bagi dia.

Ada lagi,aku kenal dengan beberapa lagi insan hebat.Setiap minggu jika ada kelapangan pasti mereka akan datang ke hostel kami dengan tujuan untuk berhalaqah,membuat perkongsian ilmu ataupun bermusyawarah.Jarak perjalanan antara hostel kami dgn rumah mereka mengambil masa selama 2 jam dgn menaiki metro.Subhanallah! Siapa yang punya semangat seperti mereka ni?

Meredah sejuk,berhimpit lambakan manusia bengis dalam metro,Sedangkan pada masa yang sama,mereka ini punya urusan lainnya,ada yang berjawatan,ada antara mereka merupakan orang paling tinggi dalam persatuan pelajar malaysia di Rusia.Bukan di Moscow.Tetapi utk satu RUSIA.

Ada yang berdaurah sehingga merentas negeri yang mana perjalanan menaiki kereta api mengambil masa 7-8 jam! For what?? Hanya untuk menziarahi,berusrah,berkenal-kenalan dgn junior.

I was like "What the???"

Aku pelik dan terfikir bagaimana mereka ini mampu mengimbangkan kesemua aspek?

Mereka itulah INSAN-INSAN HEBAT YANG AKU MAKSUDKAN.

Yang bila mana aku bersama mereka,berjumpa mereka,buatkan aku teringat pada Allah.Bila berjumpa dengan mereka,hilang semua rasa benci,rasa hasad dengki,segala penyakit hati terubat sekelip mata bila bersua dengan insan-insan ini.Dan terkadang bila tiba masa untuk berpisah,akan ada sedikit rasa sedih.Walaupun untuk setakat beberapa hari sahaja.Esok lusa,In Syaa Allah mereka akan datang juga.Tapi,tetap rasa.

Alhamdulillah,sedikit-sebanyak aku mula nampak hikmah disebalik semua ini.Sebelum ini,pernah juga aku terfikir yang aku ini seperti budak pelik,yang tak dikenali,yang tak setanding pun nak berkawan dengan mereka-mereka yang sering menjadi bualan junior-junior sekolah a.k.a 'Hot Stuff' lah senang cerita.

Rupanya,hikmah selama ini kenapa aku ini susah nak bergaul,tak ngam,susah nak kamcing dengan set-set 'Hot Stuff' ni adalah kerana mungkin Allah nak ajar itu bukanlah erti ukhuwah yang sebenar,yang  sering disebut-sebut oleh Budak-budak Usrah "Ukhuwah Fillah a'badan a'bada" (persaudaraan kerana Allah selama-lamanya).

Bukan.

Tetapi adalah dengan sentiasa menghadirkan dalam hidup aku insan-insan di atas.Aku rasa lebih selesa,lebih senang bila bergaul dengan mereka.Walaupun pertama kali bertemu,aku tak rasa janggal.Sehingga kini,aku masih lagi tak mampu nak be'ana-anta' dgn mereka,kadang-kadang kalau salam & laga pipi pun masih lagi terasa awkward,kadang-kadang sampai aku salam sahaja.Takpe,kata salah seorang akhi ni,

"Takpe perlahan-lahan..."

Satu hadith yang buat aku semangat bila jumpa mereka ni,

"Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
[HR Bukhari & Muslim]




"ANA SAYANG IKHWAH SEMUA KERANA ALLAH !"

















Wednesday, 4 November 2015

Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Anak mata tajam menerjah setiap horizon ruang tamu.

"Line clear!"

Zappp! Sepantas super hero Flash  berhijab menyusup keluar dari rumah


**********

 
"Kau ni bila nak pakai tudung labuh ah? Tak guna lah pakai tudung tapi still tak tutup dada.Dah lah baju pun ketat.Allah haih,sampai bila nak jadi macam ni ha? Jangan terlambat sudah! Aku dah banyak kali ingatkan  kau,tapi still tak berubah! " Pesan seorang naqibah

Tunduk.Terpaku diam seorang.Lalu titisan demi titisan air mata  jatuh.

"Ya Allah,beri aku kekuatan..."


**********

 Tiba sahaja di hadapan rumah,tudung di kepala pantas dicabut,disorokkan dalam beg.

"Mak,Anna dah balik ni!"

"Anna! Mari sini kejap!" buntar matanya tanda marah

"Ada apa mak?" 

"Meh sini beg kau" Beg Anna dirampas kuat lalu dibuka

"Apa ni! Apa ni haa! Mak cakap apa! Anna tak boleh pakai benda ni! Kau tak faham ke haa! Dasar anak tak reti bahasa!! Kalau kawan-kawan mak nampak kau pakai ni,mana mak nak letak muka ni ha??  Malu mak kau taw tak!!! Mulai dari sekarang kalau kau pakai lagi benda ni,jangan kau balik rumah lagi!! Kau faham tak?" 

Lantas kain tudung Anna dikoyakkan depan anak matanya

"Mak!! Jangan!!!" Anna menangis kuat.Sakit di hatinya Tuhan sahaja yang tahu.Berbulan-bulan dia telah cuba mengumpul kekuatan untuk berubah yang akhirnya asyik dipandang buruk,baik keluarga mahupun orang luar.

-Tamat-



Apa kita tahu kisah hidup dia? Perit susah dia nak berubah? Pernah kita tanya kenapa dia jadi macam tu? Pernah kita cuba untuk dekat dengan dia? Rasa apa yang dia rasa?

Tak.

Tahu kita hanya terus pada konklusi dari pandangan mata kasar saja.Sedang mata hati buta melihat kisah disebalik kejahilan itu.Itulah manusia.Too enough judgemental.Terasa diri dah cukup baik,cukup sempurna untuk menelaah diri orang lain tanpa usul periksa.

Nampak sahaja dia tak tutup aurat sempurna,terus lebel sebagai insan terpesong.Tak ikut syariaat islam.Katanya perempuan murahan lah,takde harga diri.Come on lah brotha sistah!

Kita tak tahu susah payah dia nak berubah.Sampai sanggup malukan diri pakai tudung,kene ejek dengan member.Kita tak tahu dah berhari-hari,maybe berbulan even maybe bertahun dia cuba beranikan diri nak pakai tudung.Kita tak tahu usaha dia nak belajar pakai tudung sampai tengok tutorial youtube.Kita tak tahu rupanya parent dia tak benarkan pakai tudung.Kita tak pernah tahu.

Tahu kita apa?

"Awak ni bila nak berubah?" 

Kau tahu tak betapa susahnya nak berubah! Apa kau ingat nak berubah ni macam transformer ke haa?? Transform automatik.

Ijtihad atas jalan amal ini bukan suatu perkara yang mudah bro.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang totally jahil.Tak tahu solat,tak tahu baca quran.Mudah bagi kita menasihati orang itu ini,dok keluar hadith ayat quran bagai,tapi tahu tak kita susah payah insan yang nak berubah ini.

Pernah tak dalam hidup ni kau jumpa dengan orang-orang yang memang jauh dari tuhan? Kau nampak diorang hisap vape,tangan bertatu,rambut berkaler,laki pempuan pegang tangan,duduk rapat-rapat,tapi Islam.Mesti kau fikir "Ish-ish teruknya diorang ni" .Jangan ingat insan-insan macam ni tak ada impian nak berubah.

Firman Allah, [Surah Ar Rum; 30]

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu.Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah.(Itulah) agama yang lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Perkataan 'hanifa' dalam ayat itu sendiri bermaksud cenderong kepada kebaikan.Kerana itu Allah menciptakan manusia itu mempunyai naluri suka pada kebaikan.Hanya kerana wujudnya syaitan buatkan kita kadang-kadang terbuat jahat.Terbuat dosa.

Kita tak akan pernah faham perasaan seorang pendosa yang ingin berubah.Kita tak akan pernah faham betapa susahnya dia nak berubah.

Ada antara mereka yang sudah usaha sebaik mungkin.Sedaya kudrat dia cuba untuk berubah sehinggakan sampai sanggup pergi dengar ceramah,join usrah,baca quran,baca tafsir,baca buku Tarbiyah Sentap,Henshin bagai tapi akhirnya terjatuh kembali pada dosa lama.

Dia menangis.Merintih,merayu pada Allah,memohon kekuatan.Lalu dia bangkit semula,menyusun langkah dengan penuh keazaman dan impian untuk berubah menjadi lebih baik.Namun,fitrah kemanusiaan itu tak pernah lari.Manusia itu sendiri bersifat lemah.Entah macam mana,tiba-tiba dia terleka,dan terbuat semula dosa.

"Syaitan!!!!!!! Jahanam kau!!!! Kenapa kau hasut aku!!!" Hatinya meraung marah.Panas sungguh penuh dendam terhadap Si laknatullah.

Dia menangis.Menangis dan terus menangis.Hatinya luka perit sehingga terdetik di hati untuk menghentikan langkah itu.

"Cukup lah,Cukup!! Ya Allah aku lebih rela mati sekarang dari aku terus hidup lama menanggung dosa.Ya Allah tolong aku....tolong.....Sampai bila aku nak jadi macam ni je.Ya Allah aku lemah.Aku tak mampu" Rintih hati penuh sayu memohon pertolongan dari Yang Maha Mengetahui.

Ketika jiwanya merasa kesal dan kecewa,mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.Ketika harapan dirasakan tiada lagi.

Allah berfirman, [Surah Az Zumar;  53]

"Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya,Dialah Yang Maha Pengampun,Lagi Maha Penyayang"

"Aku nak lari,lari dari dosa mencengkam diri"

Allah S.W.T mengampuni semua dosa hambaNya yang bertaubat melainkan mereka yang mati dalam keadaan syirik.Usahlah kau bersedih hati,mengenang diri yang tidak berubah-ubah lagi.Allah itu tahu yang hambaNya ni baik,Allah tahu kau nak berubah,Allah tahu susah payah engkau nak berubah.Kerna syurgaNya itu mahal.Bukan mudah insan picisan persis kita ini untuk peroleh syurgaNya.Kerana itu,kuatkanlah hati,teguhkan iman.Keep on tajdid!
Nabi S.A.W. bersabda, "Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa, "Ya Allah,ampunilah dosaku." Allah Ta'ala berfirman, "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu". Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa,lalu berdoa lagi, "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku". Allah berfirman "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu." Kemudian orang itu melakukan dosa lagi,lalu berdoa "Wahai Tuhanku,ampunilah dosa ku". Allah berfirman, "HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu,kerana Aku benar-benar telah mengampunimu".Abdul A'la berkata "Aku tidak mengetahui apakah  Allah berfirman berbuatlah sesukamu pada yang ketiga kali atau keempat kali

(HR Muslim)

Maksud "berbuatlah sesukamu" bukanlah bermaksud suka hatilah kita nak buat apa,buat je dosa apa pun Allah pasti ampunkan.BUKAN!!! Tetapi nak tunjukkan bahawa betapa Allah ini Maha Pengampun.Biar sebesar kapal pun dosa kau pikul,ingatlah rahmat Allah itu seluas lautan selagi mana kita ikhlas,kita tak terniat pun nak tipu,memang betul-betul nak taubat ni,cuma tergelincir saja.

Aku pendosa,kau juga pendosa.Tiada manusia yang suci dari dosa.Bila terdetiknya dalam diri nak berubah,nak taubat.Maka buatlah! Ketahuilah sesungguhnya itu adalah sentuhan dari Allah.Dia lihat kau macam dah jauh,dah lari sikit dari siratolmustaqim,sebab itu dia jentik sikit hati kau.Tiba-tiba kau terasa macam nak jadi baik.Maka buatlah.Buat!

Sebaik-baik pendosa adalah mereka yang menyegerakan taubatnya.Ya,aku tahu kadang dalam hati ni pernah bisik. "Alaa,hari ni aku taubat,nanti esok lusa aku  buat balik dosa.Apa bezanya?" Mesti antara kita pernah terasa macam ni.Terasa macam kita tipu Allah.Kita dah taubat ni.Nangis-nangis,sekali tak lama kemudian dalam seminggu dua,kita buat balik dosa yang sama.

Wahai pendosa,Ingatlah! Allah itu tidak pernah membeza-bezakan hambanya dari segi dosa yang dilakukan.Siapa diri kita yang dulu,Allah tak pernah kisah.Sesungguhnya air mata yang mengalir dari seorang pendosa lebih Allah cintai dari tasbih seorang wali.

Maka,insan-insan di luar sana,cubalah untuk faham susah payah,pahit getir seorang pendosa yang ingin berubah ini.Mungkin kau lihat mereka di luar tidak bertudung,tidak solat,hatta ada yang tidak tahu mengucap.Ya! Mereka insan yang jauh.Tapi jauh di sudut hati mereka,tak siapa yang tahu keinginan mereka untuk berubah.



















Saturday, 26 September 2015

Pertama Kali

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




5 Julai 2015

Bermulanya catatan baru dalam diari hidup seorang budak lelaki.Pertama kali merasa untuk bergelar pelajar luar negara.Sebenarnya tiada apa yang perlu dibanggakan.Tiada beza luar atau dalam,sekali kau putus asa dan tak bangun setelah kau jatuh,kau digelar looser.Cuma apa yang membezakan antara dua kelompok ini hanyalah situasi.

Sejak dahulu,dia asyik sahaja mendongak ke langit melihat kapal terbang merentasi langit,mengimpikan kapan bila pula giliran untuk dia.Tarikh ini telah menjadi saksi buat dia.Pertama kali mejejakkan kaki masuk ke kapal terbang,disambut pramugari,duduk di kerusi yang ada screen,menjamu makanan-makanan cabin.Setiap detik itu dirakam,dinikmati sebaiknya kerna dia sedar peluang ini hanya sekali buatnya.Mungkin bagi insan lain menaiki kapal terbang bertaraf ekonomi satu perkara normal,ada pula yang telah menjadi rutin harian.Tetapi bukan bagi budak lelaki ini.Perasaan janggal,pelik,takut itu menghambat dirinya almaklum semuanya adalah pertama kali.Hatta nak menolak trolli bagasi pun tak tahu.ditolaknya kuat-kuat.Pelik,kenapa roda tak bergerak.rosak kah? Datang kakaknya mengajar yang dia perlu menekan pada pemegang trolli.

Take off & Touchdown



Perasaan teruja yang teramat sangat bila pertama kali merasai detik take off.Namun perasaan itu terkunci diam dalam benak hati.Tak mahu pula orang berkata jakun.Kalau lah yang berada dengan dia ketika itu hanya keluarga,semestinya reaksi yang keluar adalah bertentangan.Pertama kali tiba di lapangan terbang Dubai.Sebuah negara yang dahulunya hanya mampu mendengar orang bercerita,kini dia betul-betul berdiri di salah satu tempat.Dalam hati,
"Dubai.Checked!"

Sepanjang perjalanan menuju ke Moscow mata tak pernah lelap dek kerana tak sabar.Jam 2100 waktu Moscow, tibalah di negara untuk dia bermukim 4 tahun.Perasaan melompat-lompat tinggi keriangan dalam diri,sedang realiti di luarnya dia cuba berlagak normal.Sengaja dia mengendahkan rasa penat memunggah bagasi berkilo-kilo kerana semangat pertama kali tiba di Moscow.Sewaktu menunggu giliran untuk keluar dari balai ketibaan,lambakan manusia penuh!Ruang yang disediakan tidak sesuai dengan bilangan orang yang tiba.Kecil.Membuatkan ianya mengambil masa yang agak lama.Tambah pula dengan ketiadaan pendingin hawa membuatkan atmosfera di ruang itu menjadi bingit.Lencun badan lain cerita.Maka,fahamlah dia negara ini ada kurangnya dalam aspek pengurusan sistem.Senior juga ada berkata,kalau sakit di sini untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital amatlah susah.

"Moscow.Checked!

Domodedovo Airport


Avtobus Bez Konditsionerova

Hari pertama bergelar seorang foriegner.Seorang asing atau ghurabaian.Pertama kali menaiki bas,metro yang tiada air-cond! 
"Bapak ahh takde air-cond!Panas giler" 

Hari pertama.Persoalan pertama kenapa bas takde air-cond? Tiap kali menaiki bas,pasti sahaja merungut panas.

...............
"Haaaa,boring ahh tulis macam ni " kruk,kruk. Patah-patahkan tangan jap

Hari pertama.Persoalan pertama, "Kenapa bas takde aircond?" Tiap kali naik bas,mulut tak habis-habis merungut panas,panas.But honestly,me prefer more to cold rather than hot.That why I choose Mother Russia.Kalau kat rumah,siap gaduh dengan mak pasal kipas.

*tak rindu pun mak.Tak rindu mak.......

Banyak2 kau je satu merah

Time just flew,and its come to fall.Awal September,suhu mula drop to below 16.Dalam hati, "Uishh dah nak winter dohhh!" Mula lah ajet2 pakai coat tebal.First time keluar asrama,tiba-tiba mulut berasap.Memang jakun tu tak yah citer ahh.Sengaja nafas guna mulut,lepas tu senyum sorang-sorang.Hahaha.Sekali dah sampai dekat bus stop,member tegur 

"Wei,sorok sikit melayu tu"

-_- "

Faham2 lah sejuk kat luar tu...

Bila  dah seminggu dua sejuk,dalam bilik pun berselubung selimut kadang-kadang sakit hati pun ada sebab bila sejuk ni kau nak keluar pi beli roti pun malas.Sakit weii,jalan dok menggigil-gigil.Asian lah katakan~~~.That time baru kau faham kenapa bas-bas,tram,metro di sini takde air-cond.Balik dari kelas,terus kau jalan laju-laju pergi tunggu tram.Memang tak ingat member kat belakang dah.Lambat tinggal,aku sejuk.

And one thing about this rare place is, jangan percaya sangat dengan view kat tingkap bilik kau or suhu yang kau tengok dalam InstaWeather.Selalu je tertipu.Bukak tingkap macam sejuk,ready pakai sweater,sekali  bila turun bawah keluar asrama,hamekkau Burn In Up Jonas Brother.The other day,kau ingat panas macam hari tu,bergayalah kau dengan short sleeves summer berkaca mata hitam.Then,kau keluar asrama.Hushhhhhh~~~~~~~ Meremang bulu roma kau.Entah dari mana angin monsun timur laut boleh sampai Moscow. 

*Kalau tengok ramalan jangan tengok suhu je.Tengok sekali wind speed and humidity.Penting tu.

So,hari tu terpaksalah kau pi naik tingkat 13 balik amek sweater.

First Year

Perhimpuan pagi pelajar tahun satu

Semangat budak-budak first year yang baru nak up.Beli notebook banyak-banyak.Satu buku untuk satu subjek.Teruja nak amek jadual kelas.Tunggu punye tunggu.Dari awal pagi bawak ke petang dok tercegat kat luar bilik dekanat semata-mata nak tahu jadual kelas je.Memang luput dah semangat first year.Bila dah dapat jadual,ambil gambar trus blah.Lapor wei lapor

Untuk sem ni ada 7 subjek,Istoriya,Mathematic analysis,Math algebra,Geometry,Fizika,Rocket & Informatika.And the first class were truely horrible.Sepatah haram tak faham.Lebih-lebih lagi kelas history dengan rocket.Punya berkobar-kobar kau nak salin apa yang lecturer cakap dalam notebook baru,lastly apa yang kau dapat salin hanyalah a few of russian words yang kau dapat tangkap dari lecturer.Fizik and math is so-so sebab most of the physic & math terms (in russian) dah belajar sejak preparation lagi.Balik bilik merenung ke luar jendela,bayu pagi meniup lembut~~~~



Actually,it is a common sense once kau bergelar first year student.For one year kau akan pergi kelas = balik kelas = 0.Or can be even worst kau akan terasa makin bodoh after class.Tok sah kalut sangat.Insyaa Allah everything will be fine.

Kadang ada masa aku down,sedih,cuak jugak.Apa betul ke pilihan aku ni.Takut nak hadap untuk 4 tahun lagi.Dengan masalah communication dalam kelas.Lecturer ajar sehabuk tak faham.Ada jugak rasa menyesal,kenapa aku tak pilih UK dulu.Takut wei,seolah kau menanti masa depan kau nak musnah.Sedang 2 insan menaruh penuh harapan pada kau,siapa tak risau.That time nak sedapkan hati,bisik kat hati 

RIP MaTan Class

"Ada sebab kenapa aku pilih Rusia.Itu lah pilihan Allah untuk aku.Dan semestinya ada hikmah kenapa Allah tempat kan aku dkt tempat 'pelik' ni."

Firman Allah, Surah At-Talaq (7)

"....Allah tidak membebankan seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya.Allah kelak akan memberikan kesenangan setelah berlakunya kesempitan"

Fuhhh.....scroll insta jap.

Ajet-ajet Backpacking

The Holy Trinity St. Sergius Lavra

Last August,squad #JelajahMasjid@RU telah berjaulah ke sebuah outskirt iaitu Sergiev Posad.Tempat ni dikenali sebagai center of Ortodok.Terletaknya sebuah gereja utama bagi para penganut kristian ortodok, The Holy Trinity St. Sergius Lavra.This was our first journey yang boleh lah ~~ dikatakan bag packing project.Hah.Siap bawak bekal untuk lunch.Nasi impit,hot dog with serunding.Perjalanan dalam 2 jam menaiki train.......yang panas -_-" .Buat pertama kali berjaya merealisasikan checklist nak solat public.Sampai sahaja di Sergiev Posad terus pi carik shopping mall berdekatan dan solat lah kami di bawah tangga.



Pengalaman masuk ke gereja,melihat cara-cara penganut lain beribadah,bagaimana mereka menjaga adab sewaktu masuk ke gereja memberi aku tarbiyah.Walaupun mereka bukan seagama dengan kita,selaku manusia kita perlu menghormati agama lain.Gegirl kalau nak masuk gereja kene tutup kepala.Cover kepala dengan scarf.Mereka percaya untuk masuk ke tempat suci,perempuan perlu menutup kepala.Walhal,kenapa para muslimat yang menutup aurat,memakai hijab,tudung labuh,niqab diberi tanggapan negatif,dianggap terrorist? Same goes to the men.Ada yang menganggap Islam ini lapuk,kuno.Sedangkan trend seorang lelaki hipster barat sekarang adalah berseluar singkat atas buku lali serta berjanggut.

Kebersihan di dalam gereja memang tip top.Sentiasa bersih kerana setiap gereja ada makcik-makcik cleaner.Aku ada bertanya kepada seorang makcik cleaner tentang satu perlakuan yang mereka lakukan bila berada dalam gereja.Mereka akan berdiri di hadapan sebuah keranda,buat cross2 salib dkt muka tu,then cium keranda.

"Ohh,untuk mohon hajat.Bila kamu cium keranda tu,maka hajat kamu akan dikabulkan" Jawab makcik cleaner.

Tiba-tiba,keranda tu gegar2 then keluar sekujur mumia dok cekik org yg tgh cium keranda tu.LOL


Ya Allah lindungi aku
 


Macam tahu je cerita ni...


Mak cakap,

"Ekau ni takde kerje lain ke,asyik pergi gereja jee!"

Tak tau nak pergi mana lagi mak dekat moscow ni,hmmm.....


Sambal Telur Ayam Sambal Daging Black Pepper 

Bila duduk jauh2 ni,keadaan 'desperation' akan mentransformasikan kau menjadi calon suami terbaik.Dari tak pandai masak terus pandai masak.It was my first time belajar potong ayam.Memang takde lah rupa macam ayam drumstick KFC tu,tapi okay laa.Still lagi daging ayam~~~.Pertama kali kau siang ikan,nak buang sisik kau pelik tak cabut2 pun sisik.Rupanya pisau kau hala ikut arah sisik,memang sampai kiamat tak cabut.Hhahaha.Pertama kali kau masak lauk,masak sambal,sejuta soalan kau tanya mak,
"Mak bawang byk mana? halia 2 inci besar mana? garam gula berapa sudu? sudu besar ke sudu kecik? Mak macam mana nak titik halia ni? " 

Then mak kau jawab,

"Bawang merah dalam 2 ulas,halia tu agak2 laa jgn byk sgt.garam gula secukup rasa" 

"Kat sini takde bwg merah mak,yg ada bwg besar je.Besar giler"

Practice makes perfect right.Atlast you'll know what is really mean about 'halia agak2 laa', 'garam gula secukup rasa'  dan berapa banyak bwg besar yg kau perlukan untuk menumis satu hidang ayam masak merah.

But till now I still not get it what is 'titikkan halia' ????

Pertama Kali

Bersongkok haji potong daging

Kita semua pernah melalui pengalaman pertama kali.Pertama kali bersekolah,pertama kali berkerja,pertama kali berkahwin,bergelar ibu bapa.Semua perkara pasti bermula dengan pertama kali.Sama ada ianya pengalaman pertama kali yang manis atau pun pahit bukan lah menjadi kayu ukur kita untuk perkara seterusnya.Pertama kali aku masak ayam masak sambal,kau tahu rasa dia tersangat lah pelik,speechless.Rupanya halia seketul besar aku pakai and gula banyak.Mak cakap halia agak2 kan~~~,aku agak macam tu cukup.Hahahah.Pengalaman aku baru-baru ni,pertama kali tolong rewang potong daging qurban.Memang mula2 terasa janggal.Almaklum,seumur hidup tak pernah join ayah rewang qurban.Dok tanya senior sebelah,
"Ni apa? nak asingkan macam mana? Lemak2 ni pun nak jugak ke? kalau terlebih 1kg skit boleh tak?"  Me really like a noobshit! 

Itulah hikmahnya kenapa mak ayah kita dok marah-marah kita join rewang,tolong kacau dodol,tolong potong daging,tolong masak2 kat dapur.Sekali dah terkene diri sendiri padan muka.Orang suruh ketuk halia,aku pi layang halia cantek2.Hahahaha,Kan dah malu....

Halia lagi -_-"


















Thursday, 27 August 2015

My To Do List In Finding Islam (2) Jaulah Ceruk-Ceruk


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

My To Do List In Finding Islam (2) Jaulah Ceruk-Ceruk 



Bila travel kita lebih fokus pada tempat-tempat highlight (popular).Terlalu expose pada tripadvisor bagai,percaya mati-mati yang tempat-tempat seperti Red Square lah,Arbat Street,VDNH (*di Russia) mampu memberi kau 1 zillion memori indah,unforgettable everrrr! But then percayalah the most 'unforgettable' moment korang is taking wefie bersama geng2 backpacking kau dengan GoPro Hero 4 Black.Yang akhirnya kenangan hanya tinggal sekeping gambar yang disimpan dalam bentuk soft copy.

It is more preferred to go somewhere that look rarely but meaningful, where you could get something from it.Dalam erti kata dak2 KL,bukan koshong2.Pergilah explore ceruk-ceruk,yang kau tak pernah dengar,yang bukan semua orang tahu.Somewhere like kampung,bandar kecik,penghujung metro or outskirt.

An isolated town,doesn't means it has nothing

Last weekend,I made myself alone a short escape to a street called Bolshaia Tatarskaia Street.Just a common street like others.Jalan-jalan main redah,without aim of destination and end up di sebuah taman rekreasi kecik (tempat duduk).Diorang ni waktu summer memang berjemur je kejenye.Searching for a seat and I found this Nenek.

Nenek pemalu orangnya

"Izvinitiye,mozhna?" (Sorry,can I?)     *bagi isyarat nak duduk sebelah

"Da,da,mozhna!" (Boleh,boleh,duduklah nak) 

So there is it how the conversation started between a noob boy speaking with horrible russian grammar with a stray old folk.Her name was Babahusha.She got no one else,just a torn bag carried along with her.She has many kind of homes like bus stop,metro station or sometimes on the bench she was sitting.Specifically,NO HOME.And the last day she ate was a day before.What is it? hmmm,yang pasti bukan Chicken grill,or shawarma Livan House.

Nenek tak kasik ambil gambar

And the conversation get much longer when she know I am a Muslim.When I said I am from Malaysia.She doesn't know.Huuu....ingat Malaysia ni dah cukup popular dengan kontroversi hangat meletop Bang Jib.Not yet.

And what suprising me at all is she know Allah.The moment she said that great word,my heart turn into something.Ohh,Nek... you know Allah is exist but yet guidance (hidayah) is all Allah's.May Allah give it to you one day.

Firman Allah,Surah Al-An'am [125]

Barang siapa yang Allah kehendaki akan diberikan kepadanya petunjuk,nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam.Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya,nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit.Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman.

She said, 

"We all have one God.Your God is one,mine also one.Only it's a different God."

[Translated from google translate,LOL]

 *lari tajuk sat

Firman Allah,Surah Yunus [96-97]

Sesungguhnya orang yang telah pasti terhadap mereka kalimah Tuhanmu,mereka tidak akan beriman [96].Meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan,hingga mereka menyaksikan azab yang pedih.

The first tough of mine when I read those 'tafsir' was like seriously?? Adakah ianya bermaksud orang kafir yang takdirnya memang menjadi kafir sampai mati akan masuk neraka?? Macam tak adil...SEE! bisikan syaitonirajim laknatullah.It turn around that understanding to a misunderstanding about those words.

Yup! 'Kalimah' di sini bererti 'ketetapan' ,iaitu orang yang telah ditetapkan Allah dalam Lauh Mahfuz bahawa mereka selamanya tidak akan beriman dan akan mati dalam kekafiran.Keterangan ni kalau kau sorang-sorang pandai-pandai buat conclusion sendiri without murabbi boleh bawak syirik weiii.Kalau kau baca next ayat,itu adalah sambungan keterangan.

Orang yang tidak beriman akan kekal tidak beriman sampai mati even macam2 keterangan,petunjuk,balasan buruk Allah kasik, IF DIA SENDIRI TAK BUKAK MATA HATI,TAK ADA INKUIRI LANGSUNG NAK CARI KEBENARAN.Itulah function akal Allah cipta.Untuk berfikir!

*okay continue



I asked her why she does not stay at the church (ada church dkt situ).And she said they would not allowed it.Hmmm church punye gedabak gah besar cantik orang tumpang tidur pun tak boleh.And this what is happening too in Malaysia.Masjid besar-besar,gilerr besar kot tapi tiada seinci ruang pun disediakan untuk golongan-golongan terbiar ni.Apa function bina masjid besar2 kalau setakat gah dengan infrastruktur dan dipenuhi kerik-kerik.Jemaah 5 waktu pun tak sampai satu saf. Think about it people!

And that all what I 'got' from this nenek named Babahusha.Yang lain-lain entah apa dia cakap aku tak faham,just angguk2 n gelak2 skit buat2 ceria.LOL




Nenek pesan,

"Cakap dekat Allah terima kasih sebab tolong dia"  Insyaa Allah Nek I will.